2013-05-13

Tadika mana eh?



Korang hantar anak-anak korang tadika kt mana eh?
Aku ingat nak enroll si Rayyan ni kat Brainy Bunch. Tapi takde la pulak kat area Putra Heights ni. Kat sini ada Aulad, ni pun aku tengah consider jugak. Dah malas nak masukkan kat CEC. Bukan sebab CEC tak bagus. CEC ni bagus. Redza dulu aku hantar sini 3 tahun. Memang aku suka CEC cuma untuk Rayyan ingatkan nak masukkan kat tempat lain. Kalau boleh nak carik Islamic pre-school and prektikkan english language.

Ada satu tadikan ni nama dia Ar-Rayyan. Nama dah tempias-tempias anak aku dah ni.
Ar-Rayyan ni pun islamic pre-school gak, also exercising medium English. Tapi tu la, dia belum nak bukak lagi kat Putra Heights. Kalau ada memang sah-sah aku hantarkan kat sini je. Kalau boleh esok jugak aku nak hantar. Sebab aku tengok program yang dorang offer tak too much on academic. Dia lebih fokuskan pada practical. Tau je la kan orang Malaysia ni dari zaman aku budak sampai dah jadi mak budak, still lagi our academic system emphasize on grades. Macam budak-budak kecik ni aku rasa kita kena fokuskan lebih kepada practical sebab umur budak-budak ni otak dia macam sponge. Kau ajar apa pun dia senang nak ingat. And budak-budak ni pulak jenis perhati and ikut.

Macam Rayyan tu now dah satu hal pulak aku nak pakaikan pampers dia taknak. Kemain lain keluar bilik mandi suruh aku sarungkan towel ikat kat pinggang macam bapak dia. Agaknya dia dok perati abang ngan bapak dia habis mandi ikat tuala kat pinggang, now dia pun nak buat macam tu. Pastu bila aku tanggalkan towel, dia tutup pulak kote dia konon malu la. Wah wah wahhhh kote takat besar kelingking ada hati nak sorok. Tapi maybe sebab dia memerhati aje bapak ngan abang dia buat camtu, so dia pun tau malu. Itu tandanya dia hanya nampak moral yang sopan-sopan saje dari bapaknya. Hmmm...maknanya aktiviti waktu senggang kitorang masih lagi terpelihara dari diskodeng oleh anak-anak. Syabas. *tepuk bahu sendiri*

So, aku rasa kalau time umur-umur macam ni kita latihkan dorang dengan something like kerja-kerja yang kita biasa lakukan sehari-hari, lagi bagus.



Ar-Rayyan, Putrajaya Branch

Ar-Rayyan ni dah masuk cawangan ke-lima dah pun. Now dorang tengah launch kat Putrajaya, Presinct 15. So good news la kan untuk orang Putrajaya.
The best part is setiap kelas, dorang accept 10 pelajar je. Jadi budak-budak dapat perhatian penuh dari cikgu-cikgu. Yang buat aku tergerak nak enroll Rayyan ni sebab aku tengok program dia accept age 3.

1. 3 years old for preschool programme
2. 4-6 years old for preschool programme
3. 7-12 years for kafa and kafa transit programme

Kiranya macam one-stop centre.
Kau hantar anak kau kat sini dari pagi, ambik petang pun boleh. Sekai harung semua dia provide. Takyah kalut nak carik mana tempat nak transit, mana tempat nak mengaji, mana tempat nak tusyen...semua ada sini. Kau tinggal hantar and balik jangan lupa jemput. Jangan kau tinggal terus. Mentang-mentang one-stop centre kan.
Kat sini, pagi dorang fokus kat academic learning.
Noon dorang practice solat and iqra'.
Yang best tu apa tau - every Jumaat dorang semua solat Dhuha ramai-ramai. Imagine si kenit-kenit umur 3-4 tahun ni beratuq dalam saf ikut cikgu solat Dhuha.
Ya Allahhhhh sejuk perut aku tengok.




Bukan saje fokus kat blaja, tapi dorang ada sessi cooking buat donut, buat pizza, gardening bagaiiiiiiii.
Mana aku tak geram nak enroll kan si Rayyan kat sini.
Jahanam pokok-pokok aku si Rayyan godek dengan sudu.
Sudu okehhhh.
Rasa nak biar letak dia dalam skolah ni, ha kau gardening la puas-puas.

Eh tapi kalau nak hantar setengah hari pun takde hal.
Kalau half day 830 - 1130am.
Kalau full day 830 - 530pm.
Yang letak anak full day tu maka full la jugak bayarannya ya.
Kalau agak-agak mak bapak nak dinner togther-gether, boleh la extend sampai 7pm ONLY.
Sediakan je la duit OT nanti.




Kalau cuti skolah korang takde apa plan nak kemana-mana, masukkan je anak-anak korang kat skolah ni untuk program cuti skolah. Tau apa anak-anak korang akan buat kat sini?
Solat Camp.
Art Mania Class.
Junior Masterchef class okehhhhhhhh.
Kau kecik-kecik dulu ada macam ni???
Takat main masak-masak kutip bunga raya jiran sebelah tumbuk-tumbuk ngan batu ada la.
Untuk program cuti sekolah ni dorang akan start 27 May 2013.

No. No. No.
Korang belum terlambat lagi. Especially orang Putrajaya.
5th center ni akan di-launch in JUNE 2013.
So now, Pre-Kindy, Preschool and Enrichment Programme registration sedang dibuka.
Another good news, READER BLOG GREEN APPLE AKAN MENIKMATI DISKAUN RM50 SEMASA MENDAFTAR. SILA SEBUTKAN ANDA READER BLOG INI.

Ohhh tunggu dulu.
Ada lagi yang best.
Sekiranya anda yang mendaftar adelah reader blog ni, dan sekiranya anda cepat, maka the first 15 to register will get further deductions on monthly fees.

Hah...kau..kauuu.
Gigil tak?
Skarang jugak pegi daftar!
Cargas!! Cargas!!! 




Please like their FB CLICK HERE  and their website CLICK HERE

 Jangan lupa siapa cepat dapat further discount.

Contact : 0126088148