walk on wings, tread in air: Saiko <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Saiko
2013-05-14


Orang saiko memang suka dengan perkataan mati.
Sikit-sikit nak mati. Sikit-sikit nak mati.
Tapi orang macam ni la yang sebenarnya paling payah nak mati. Sebab dorang la manusia yang sebenarnya paling takut untuk mati.
Cakap je lebat. Eksyen kemain.
Asal tak reply call je ugut nak terjun jambatan.
Asal tak balas sms ugut nak bunuh diri.
Asal terkehel sikit je ugut nak pi mati.
Eh kau kalau nak mampos sangat pegi je la. Boleh tak jangan nak memekak.
Ada aku kesah?

Lagi satu orang saiko ni dia akan simpan senjata dan bawak senjata ni kemana-mana.
Tak kisah la pistol ke, senapang ke, lembing ke, tapi mesti akan ada senjata yang dia bawak.
Tapi cam ex aku dulu tahap-tahap saya-saiko-baru-nak-blaja. Dia angkut pisau lipat je. Jadiklahhhh.

Manusia kalau suka menakut-nakutkan orang ni sebenarnya dia tu sendiri yang penakut. 
Kau jangan percaya la orang saiko ni kalau dia kata nak bunuh diri, nak mati, nak minum cuka getah segala. Orang kalau nak pegi mampos dia takde de nak kompang kat orang lain dia nak mati.
Orang saiko ni sebenarnya dia nak perhatian. Konon kalau kita dengar dia nak bunuh diri kita akan pujuk dia 'eh epsal ko nak bunuh diri ni...eh jangan lah....kita semua masih perlukan kau.....tolonglah jangan pergi...plisss..plissss.."
Nanti bila dia tengok kita macam perlukan dia, dia tak jadi la nak mati.
Esok-esok pantang terkehel dia sebut la balik nak mati nak mati nak mati.
Tapi matinya tak jugak.
Toksah layan orang macam ni. Kang besok dianya hidup, kita yang melayan karenah dia ni yang mati. Stress okeh!

Exbf aku dulu pun suka acah-acah nak mati. Tapi belum la sampai ke tahap mengaku dah mati siap ada tarikh mati surat mati bagai. Mungkin dia belum sampai ke tahap saiko macam tu sekali. Tapi itu pun dah cukup buat aku naik gila melayan tebiat nak mampos dia. Actually susah sebenarnya nak spot manusia tu adelah seorang saiko apetah lagi kalau kita bercinta dengan dia. Aku pernah ada pengalaman berpakwekan seorang saiko. Aku tak pernah terlintas yang dia seorang saiko walaupun kawan-kawan rapat aku dah nasihat. Biasa la kan, orang tengah bercinta mana nak dengar nasihat orang.

Masa dia dah start-start buat perangai bawak pisau lipat, keluar merayap malam-malam jalan kaki sampai 20-30km tak tentu hala, pastu asik cakap pasal nak mati nak mati ..... masa ni aku dah berpikir 2 kali. Tapi tak terpikir pun pasal saiko maiko ni semua. Aku cuma terfikir orang macam ni ke aku nak buat jadi laki? Gila takde kekuatan kau ni. Sikit-sikit nak mati. Sikit-sikit ugut nak minum coke dengan panadol. Sikit-sikit nak toreh lengan. Pernah satu masa tu aku ada class full pagi pastu petang ada lab. In between tu aku taknak makan sebab nak jumpa lecturer. Itu punnnnnnnnn jadik hal pada dia. Ugut aku kalau tak lunch dengan dia, dia taknak ambik kuiz petang nanti. Biar fail. Tak ke binawe tu? Bila aku buat dek, dia bagi ayat yang buatkan aku serba-salah "Di ni sikit tak pentingkan F (nama beliau). Lepaskan diri dia sorang je boleh study. F tak boleh study sikit Di tak kisah"

Hek elehhhh. Ape-kena mengena study kau dengan aku??
Yang study tu kau. Kejadah haram apekah kau babitkan aku?
Takkan takat tak lunch sama-sama kau boleh jadi bengap sampai takleh study kot.
Kau yang bangang takleh score nak salahkan aku pulak.
Ujung-ujung bila check-check ohhhh patutla meroyan.
Rupanya result exam dia menyembah bumi.

Orang saiko memang suka salahkan orang lain.
Dia sebenarnya tau dia salah tapi somehow dia akan point kat orang lain untuk cover kesalahan dia.
Padahal salah aku cuma tak dapat lunch dengan dia je kan. Tapi dia nak tutup kebangangan dia tak score exam dengan menyalahkan aku tak spend time dengan dia sampai dia lost fokus takleh study.
Puiiiii.

Tapi sebangang-bangang dia, bangang lagi aku la kot. Sebab 2 tahun kena tipu kaw-kaw. Kawan-kawan dah nampak lama dah perangai saiko dia, aku sampai dah kena blasah, kena cekik, kena hempuk, pun still tak perasan-perasan lagi yang pakwe aku saiko. Sebenarnya aku faham kenapa adik reader ni tak percaya pakwe dia saiko sebab aku sendiri pun dulu tak caya pakwe aku saiko. Awal-awal dulu memang la dia tak tunjuk tebiat saiko dia ni. Sebab dia tak tunjuk la maka kita boleh terpikat. Selalunya awal-awal tu memang semuanya cantik je la. Semua flaws pun kita still boleh absorb, sayang punya pasal kan. So bila at one point tetiba dia menggila, perkataan "saiko" tu susah nak terbit dalam fikiran sebab kita tau dulu dia tak macam tu. Mesti ada sesuatu yang menjadikan dia menggila. And sebagai seorang awek kepada orang gila, aku cuba nak identify apa masalah dia. Takkan aku nak blah macam tu je kan. Sebab tu bila reader ni kata adik dia tak percaya balak dia saiko, aku sangat faham situasi tu. Sebab aku penah berada di tempat tu. Memang susah nak percaya. Antara kita tak percaya atau kita taknak percaya sebab sikit sebanyak sayang tu masih ada.

Macam aku dulu pun sama. Berkali-kali dia tipu aku, dia ugut nak terjun jambatan la, nak mampus la, nak kerat tangan segala, aku tak lari dari dia. Sampai kawan-kawan aku naik fedap dengan perangai aku sebab percaya dengan si gila tu. Actually bukan aku percaya tapi bila kau dah lama bercouple dengan orang tu, nak pulak dah kenalkan dengan family semua, sampai satu tahap tu kalau kau bergaduh pun perkataan BREAK tu tak pernah terlintas sebab masing-masing rasa macam dah penat la nak start all over again dengan orang lain pulak. So apa yang ada ni kita teruskan je la. Lagipun bila kita dah rapat tak mudah kita nak lupa kebaikan orang tu macam tu je. Everytime aku rasa nak break mesti akan ada satu suara yang ingatkan aku tentang how sweet he was masa mula-mula kenal dulu, how baik dia belikan aku makanan time aku lapar, how dia tunggu aku balik dari class, etc. So disebabkan tu la apa dia buat pun even dia penah lempang aku berkali-kali pun aku still bertahan. Masa ni the CINTA tu dah tak wujud lagi sebenarnya. Yang ada cuma kita kenang kebaikkan dia dulu. Tu je.

Tapi kalau dah sampai berlepak-lepuk kau bagi kat aku, takde de aku nak kenang sangat kebahekkan kau tu. Kau punya baik je aku nak kenang? Abis aku ni tak penah buat baik la? After 2 years, aku nekad blah je.

Tapiiiiiiii, hati-hati ya.
Jangan ingat bila kita dah berjaya selamatkan adik kita / kawan kita / ahli keluarga kita dari perangkap saiko maka kita terselamat.
NEHI!

Lepas aku break dengan ex aku, dia punya saiko makin menjadi-jadi.
Lebih berani. Siap perasap-perasap pisau depan orang biar orang ngeri la tengok konon.
Pastu kalau sembang pun sembang pasal nak jumpa bomoh, nak bela hantu, nak convert agama. Nak tunjuk kat orang betapa takde hati perutnya aku ni tinggalkan dia sampai dia nak jadi gila.

Hebatkan drama seorang saiko?
Sebab tu aku cakap orang saiko ni sebenarnya tak gila. Dia cuma buat-buat gila.
Kita ni je yang boleh jadik gila melayan perangai dia.

Kalau nak harap kita yang terbabit secara lansung dengan pen-saiko ni sedar yang pakwe kita adelah saiko, memang tak la. Kena ada orang jugak yang sedarkan kita. Dan orang tu harus istiqomah la ya. Sebab orang yang bercinta dengan saiko selelalunya susah nak ditarbiyahkan. Sebab pakwe saiko tu akan terus-terusan menyaiko awekya supaya jangan percaya cakap orang lain. Jadi, jangan salahkan awek tersebut kalau dia tak percaya cakap ko.

Orang saiko ni (dalam kes ni, lelaki) tak boleh terima kekalahan, kekurangan, kepayahan.
Dorang ni spesis tak kuat. Takde keyakinan diri. Takde semangat juang. Taunya semua nak mudah. Susah sikit je dan dan tu nak mati.
Harap ada buah pelir je. Tu pun blom tentu boleh guna ke tak.

Nak tarik ahli keluarga kita keluar dari kepompong saiko ni, ko takleh nampakkan kelemahan pensaiko tu tadi. Kau kena buat seolah-olah dia hebat dan dia deserve better. Kau kena nampakkan pada dia yang adik kau tak layak untuk lelaki sehebat dia. Kalau terpaksa buat diri kau nampak macam bangang pun buatlah. Macam F ni pun, sampai aku dah kawen pun dia boleh gamak datang tido lagi kat rumah Mak Aji. Siap kondem gamba kawen aku lagi. Hek eleh, dah kau tak dapat kan, memang la kau kondem, Cuba kalau kau dapat. Macam takde tempat lain kau nak tumpang tido. Eh tapi, kalau tak datang camana nak bagitau yang dia now dah keje kapal, camana nak bagitau dia ada lesen kapal, camana nak bagitau yang dia hadiahkan awek baru dia home teater, nak tunjuk dia dah pakai kereta. Eh semua tu kena bagitauuuuuuuuu.

Aku dulu pakai Kancil, tak hebat la kan macam dia. Wah kemain lagi depan mak bapak aku dia tanya "Ko pakai Kancil, Diana?".
Yes, aku pakai Kancil. Sebab aku kiut. Kereta pun haruslah kiut.
Tak macam kau. Pantat kau besar. Kang kalau pakai Kancil mau duduk atas handbreak pulak kang.

Nasib baik time dia datang rumah Prelude En Wan still belum sampai lagi time tu. Kalau time dia datang tu Prelude dah menjalar kat depan, konfem dan dan tu dia cakap nak gantung diri.
Tapi takat berani CAKAP je la kan. Buatnya harammmm.
Paham sangat dah aku.
Pirah mabok.






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here
posted by aveo757 @ 4:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER