2013-05-12

Sunday


Hari ni Mother's Day kan.
Jadi haruskah kita memasak di Hari Ibu??

Sila jawab para suami. Jawab!! *asah pisau lipat*

Nasib baik suami yang ada dalam rumah ni paham yang aku memang takkan masuk dapur di Hari Ibu, jadi pagi-pagi lagi dia dah siap "Jom, breakfast nasi dagang"

Tetappppp nak makan makanan yang ikut selera anak tekak dia kan.
Layan je la.
Tapi kali ni angkut sekali mak ngan bibik. Satu rumah pegi.
Aku cakap hari ni adelah hari dapur tak berasap.
Semua jangan masak.
Sebab aku taknak tolong. Hehe.
Kang kalau aku sorang je tak masak apa lak kata mak mertua aku kan. Cantekkkk muka kau mak mertua yang masakkan kau makan. So aku istihar semua jangan masak, so aku takde la serba-salah sangat kalau tak tolong.



Aku jarang makan kat luar bawak Laksamana sorang ni.
Sebab besar harapan aku mati tecekik.
Dia ni kalau nak bukak bunga silat tak kira dimana jua beliau berada. Asal tergerak nak berpencak je memang kat situ jugak la dia berkuntau. Tak guna kalau takat jegil-jegilkan bijik mata kat dia. Lagi aku besorkan bijik mata cewahhh dia boleh angkat-angkat kening pulak ngan aku.



Kalau sampai restoran/warung memang wajib orderkan dia segelas teh o ais.
Kemain lagi anak aku. Taknak minum milo ke horlick ke. Selera orang tua. TEH!
Dia boleh habiskan segelas teh o tu siap dengan ais dia sekali dia kunyah.
 
Rayyan ni makan kurang sikit. Nama kau nak tengok dia makan habis semangkuk memang takde. Tapi kalau aku makan apa-apa suapkan dia dapatlah 2-3 suap. Masuk suap ke-empat terbelahak.
Dia memang depend kat susu. Susu setin tu sekarang tahan 6 hari je. At least 5 tin every month.
Mana tak londeh seluar bapak kau, nak.



Mahbelllesssss.
Nasi dagang ni boleh makan 2 orang sebenarnya.
Tapi masing-masing tamak.
Nak jugak hadap sepinggan sorang.
Hah kauuu. Terkibai-kibai masing-masing nak habiskan.

Kalau balik Tganu, ada satu kedai kat Manir tu jual nasi dagang untuk breakfast.
RM1 je wehhh.
Dapatla 5 suap.
Ok la kan. Takat buat alas perut.
So aku dah terbiasa makan nasik dagang sikit-sikit. Bila datang sepinggan terak macam ni rasa cam muak pun ada. Tapi nasik dia sedap.



Mak aku cakap orang Tganu kuat makan nasik, tak kuat makan lauk.
So bila mak nampak orang tu hidang ikan tongkol besaer-besar tapak tangan untuk sorang makan, speechless kejap dia.

Memang aku perasan pun, kalau mak buat kenduri kat Tganu, nasik memang masak banyak.
Lauk sikit je. Tengok rasa macam tak cukup je.
Tapi berlebih!
Orang sana makan nasik banyak tapi lauk tak makan sangat. Maybe sebab tu kalau aku pi makan kat warung-warung kat sana, dia bagi lauk alahaiiiiiii.

Family aku pulak memang dah terbiasa suka ratah lauk.
Kalau masak sotong tu terus sekilo. Padahal makan 3 orang je. Tapi memang semua bangsa makan lauk banyak, nasik sikit. Tapi badan aku tetap gemuk. Oh, mungkin senang hati agaknya. Puiii.



Redza memang muka aku.
Dari warna kulitnya....ke kulitnya.....ke kulitnya.



Breakfast laksam, nasik dagang, nasik minyak and kuih kayu keramat.


Lepas breakfast, balik rumah kejap.
En Wan nak sambung check latih tubi Redza buat semalam.
Aku berdoa je jangan la Redza buat silly mistake, memang mampus kensel plan aku nak berjalan hari ni. Alhamdulillah takde. Fuhh.

En Wan ni bukan boleh.
Dia ni particular sangat dengan akademik or anything yang melibatkan benda-benda ilmiah.
Kadang-kadang budak tu punya tulisan huruf 5 terbabas jadi 6 pun dia boleh merempit setengah hari. Taknak tolak ansur lansung.
Takat tulisan tu kalau aku jadi cikgu aku betulkan je, janji aku paham sudah la kan. Ni tak. Seb baik la dia tak jadik cikgu. Kalau ya, aku buat demonstrasi depan pintu skolah.


 
Kitorang reserve lunch kat Bumbu Desa Alamanda.
Tak pernah pegi pun. Dengar pun tak pernah.
Balik dari breakfast kitorang gugel-gugel check mana tempat best nak bawak mak-mak gi makan, then jumpa Bumbu Desa. Check review macam ok. Lagipun kesian Mak Aji nanti nak drive jauh-jauh pulak dari Bangi. Alamanda tu ok la.
 
Sekali parking kat Alamanda gila hazabbbbbbb.
Aku tak sure if ni memang keadaan biasa on weekends ataupun hari ni ramai bawak parents keluar makan sempena Hari Ibu. Sampai ke bumbung baru jumpa parking.
 
En Wan turunkan aku kat level mana ntah, suruh aku carik restoran tu dulu.
Ingatkan restoran tu dalam mall, rupanya dia kat luar.
Kalau sape nak pergi, ko kena jalan menghala ke food court then turun bawah.
Restoran tu area GSC.
Bersebelahan The Garden.



Suasana dalam restoran memang cantik.
Oh yes, lupa nak bagitau. Bumbu Desa ni adelah restoran Indonesia terbaik di luar negara.
Ada kat KLCC, 1-U, The Curve (kalau tak salah aku la).
Aku dah buat member kad terus tadi.
Kalau member dapat 20% off. Kalau keje gov, 30%.



Mak Aji and the geng sampai 15 minits later.
Elok pulak si Ibal senang carik parking. Kat level 3 je. Aku sampai ke bumbung.
 


Bumbu Desa ni style dia, semua makanan dah siap dimasak.
Apa yang ada kat depan meja ni adelah makanan yang dorang offer. Tapi ni display. Ko tunjuk mana kau nak, nanti dia akan panaskan je. Lauk-lauk semua dah masa siap-siap. Jangan tanya aku la lauk semalam ke lauk minggu lepas. Tunggu besok pagi aku bagitau. Kalau kitorang cirit-birit malam ni, ada harapan lauk tu lauk 3 hari lepas.

The objektif adelah supaya customer tak buang masa tunggu lama-lama.
So good point kat situ is service cepat.
Kalau kita makan mana-mana pun of cos nak cepat. Dah nama pun masuk kedai makan kan, takkan masuk kedai makan untuk melanguk beramai-ramai. Konfem lah datang untuk makan. So kalau service kau cepat, ditambah dengan menu menarik, sedap, restoran cantik macam ni, besar harapan orang datang lagi walaupun mahal. Aku cukup tak suka pergi kedai yang ambik order beria-ia pastu setengah jam baru sampai air. Tu pun lupa bagi straw.
Lagi setengah jam nasik sampai. Tu baru nasikkkkk.
By the time lauk sampai, aku dah kenyang telan angin.

Bumbu Desa ni kiranya dia practise point-point utama yang perlu ada pada sebuah kedai makan.
Cantik, sedap, cepat.



Mak Aji dan boifrennya.





Our menu hari ni :

1. Sotong sumbat tauhu goreng
2. Kerapu goreng kerabu mangga, 2 hidang.
3. Sambal ikan bilis tempe --- OF COSSSSS!!
4. Ayam bakor seekor.
5. Gado-gado as appetizer
6. Sup ekor
8. Nasi untuk 9 orang makan.
9. Ice lemon tea
10. Apple juice
11. Orange juice

Alhamdulillah, lichennnnnn.
Well, kalau aku ada kat meja tu mustahil ada leftover.
Perut aku ada 4 compartment. Sekian.



Sesekali dapat makan ramai-ramai macam ni memang best kan?
Tak selera pun boleh jadi selera.
Padahal masing-masing dah makan nasik dagang pagi tu, tapi lunch tadi beria-ia membelasah lagi nasik. Aku la tu.



Suwit tak?
I mean budak tepi aku ni la.
Aku ni toksah lah dipertikaikan lagi kesuwitannya *flip shawl*

Budak ni nama dia Alia.
Ni la assistant Mak Aji's Oven. Ore Kelate.
Kalau sesape berkenan boleh la buat baik ngan Mak Aji.
Mak Aji kata budak ni pandai betul buat keje-keje dapur. Rajin.
Kemain lagik Mak Aji puji. Tak pasal je terus jadik adik ipor aku ni kang.

Kenapa aku rasa muka aku cam timun sikit dalam gamba ni?

 


Kan aku dah kata.
Lichennnnnn.

 


Mak Aji dan Mok Embok.
 
 
Masa kitorang tengah half way makan, Ibal bawak Redza and Rayyan keluar pi arcade.
Ibal tu memang suka melayan budak-budak.
Dan aku sangatttttttttttttt la menghargai khidmat dia.
Tenang sikit aku nak makan.
 
Time makan ni jugak En Wan keluar kejap.
Tidak lah aku bertanya dia nak buat apa.
Bila kitorang dah habis makan, lepak jap kat Level 3 sebab tunggu Ibal and the geng tak abis lagi mai kat arcade. Pastu lagi sekali En Wan menghilangkan diri.
So kitorang lepak la kat kerusi sembang-sembang. Aku pulak meriba Rayyan nak menyusu (susu botol, bukan susu badan. Tetek aku dah kering).
 
Pastu elok je dia datang dengan tolak troli.
Rupanya dalam troli tu ada 4 bouquet flower.




Satu untuk ibu terchenta
 


Satu untuk ibu mertuaku.
 


Satu untuk isteri yang gebu.
Bunga harus letak depan.
Nak cover perut.
 
Yang lain dapat rose.
Aku dapat bunga feveret - Lily.
Ada pilih kasih di situ. Hahaha.
 
Satu lagi untuk bibik Lenny.
Tapi bibik Lenny 2 kuntum je.
....dan bunganya dibawa lari oleh Rayyan sebab Rayyan ingat bouquet kecik tu untuk dia.
Maka kelihatanlah seorang budak laki main game dalam arcade sambil pegang bunga.
 
 


Macam warga emas baru lepas konvo kan?
 


Bunga bibik (left)



 
Aku lom bagitau kan?
Aku ada kasut pengawas baruuuuuuuuuuuuu.
 
Ok lah, aku nak makan roti tulur sat.
Pastu aku nak tido.
Sebab aku dah demam balik.
Aku rasa esok aku kena betul-betul off satu hari untuk benar-benar REST dan TIDO.
Someone perlu sorokkan tab and laptop aku sehari suntuk esok.
Otherwise, memang aku akan terus buat keje walaupun sambil baring.
Bak kata En Wan "Awak ni eloknya ditahan kat wad baru tau rest"






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here