walk on wings, tread in air: Mata <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Mata
2013-05-16


Kalau aku berjalan dengan set-set Kilauan Emas hari ni, rasanya dorang lagi laju dari aku.
Sebab hari ni aku tempang sikit.
Puncanya semalam lutut aku terhentak kat lantai. Gila ohsem perasaan itu.
Semalam aku leka siapkan keje tau-tau dah pukul 1.30am. Tak isyak lagi. Aku pun terus cuci muka, bukak lens, wuduk semua pastu solat. Mata aku ni dia punya rabun memang bukan calang-calang punya rabun. Pulak tu malam tadi semua dah tido jadi aku just bukak lampu almari je so keadaan bilik tu dim dim gitu. So masa nak sujud aku tak dapat bajet lantai. Rasa macam jauh lagi lantai ni. Sekali bappppppppp!! Hah kauuuuu. Bergenang airmata aku tahan sakit. Ni kalau orang tengok aku solat semalam mesti ingat aku khusyuk gila sampai meleleh airmata, padahalllllll.



Toksah suruh aku berdiri jauh.
Dalam jarak 20cm dari screen laptop ni, baris ketiga tu pun aku dah tak nampak.
Masa nurse (dulu kan kat sekolah selalu nurse datang check kesihatan) cakap aku kena pakai spek, mengongoi-ngongoi aku balik rumah nangis. Kawan-kawan aku dah api-apikan aku 'habislahhhh nanti bawah mata kau lebam'.

Hek eleee.
Ingat aku takut la tu. Kalau kulit aku macam Zizie Ezette takpelah jugak kau nak takut-takutkan.
Kulit aku memang dah sedia lebam dowh.

Ada satu time tu, masa tu Darjah 5 kot, time ni aku lom pakai spek lagi tapi rabun dah dikenalpasti.
Kitorang nak pi kantin, rehat.
Pastu kat laluan nak ke kantin tu ada budak laki menangis peluk tiang.
Aku nampak orang yang lalu nak ke kantin semua jalan jauh-jauh dari dia. Cam bengang la jugak aku kan sebab budak tu nangis tapi takde sape nak tolong tanya khabar. Maka heroin pun berjalan lah ke arah budak tu. Siap pegang bahu nih. "Dik, kenapa nangis?"
Belum sempat budak tu nak jawab aku dengar kawan aku cakap "Diana!!! Kau pijak taikkkkkk"

Rupanya budak tu terkencet kat sekolah.
Meleleh-leleh taik dia kat kaki sampai menjejes ke lantai aku boleh tak nampak.

Aku sebenarnya nampak ada benda atas lantai tapi mata aku nampak macam daun kering.
Padahal taik kering. Cis. Seb baik aku tak bajet bagus tetiba rajin nak gi kutip daun kering tu masuk lam tong sampah. Kalau tak mesti lepas tu orang panggil aku Diana Taik Kering. Ko tau je la budak-budak skolah ni, suka nau gelar-gelarkan orang. Pantang tersilap sikit je maka kau dapatlah nama gelaran.

Aku pernah tersalah panggil orang sebab ingatkan orang tu pakcik aku padahal India mana ntah masuk rumah nak jual barang. Gila kecik ati pakcik aku kalau tau trajedi ni. Tapi adik-adik aku memang takleh lupa la time ni bila India tu ketuk-ketuk pintu aku boleh teriak dari dalam "Ehhh, Uncle Yem. Masuklaaaa."

India tu pun takut, terus blah.

Dalam 5 tahun lepas kot datang trend budak-budak bersepah pakai spek yang takde power.
Aku cam hilang akal ke apa budak-budak ni tetiba berbondong semua nak pakai spek. Jadahhh??
Ohh rupanya kalau pakai spek nanti nampak macam budak pandai.

Oh realllyyyyyyyy???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ha'ah la.
Nampak macam budak pandai siotttttttttttttttttt.

Pang sedas nak?






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here
posted by aveo757 @ 2:44 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER