2013-05-17

Artikel


Ok, baru sempat nak update blog.
Sungguh hari kerahan tenaga today.
Ye ye je aku beli nasik goreng nak makan for beakfast, sampai naik kejung nasik goreng aku kena aircond tak sempat-sempat jugak nak makan.
Keje kalau sampai tak sempat nak makan is not good. Not good. Not good. Jangan contohi perangai gini.

Hari dimulakan dengan Rayyan menumpahkan teh O panas atas invoice-invoice aku.
Dah la mak kau tengah semangat nak kutip hutang ni, kau boleh simbah pulak teh aku atas invoice. Pastu buat muka takde efek.
Bila aku marah, boleh pulak dia gosok-gosok peha aku siap cium-cium lagi.
Hmm...macam pernah aku ligat perangai ni.
Perangai sape eh dah buat salah pastu usap-usap?


 

Malam semalam aku pegi pekena burger bako.
Sangat mahvelles sekali.
Cerita pasal ni, aku story-kan on Monday ya.

 

Kalau ko tegur akak semalam dik, agaknya makin panjang akak ko ni bersembang, siap cantum meja gamaknya. Sebab ....


 

Yang di belakang akak tu jugak adelah reader.
Nama dia Fusyarina. Mesti dia terperanjat dengar suara aku. Aku kalau bercakap takyah pakai hailer. Pulak tu semalam kat restoran tu punyalah ramai manusia.
So suara aku haruslah ditekan pada kadar yang mampu mengatasi suara-suara manusia yang ramai tu.



Today artikel ni keluar.
Artikel ni dia shoot before aku ke umrah lagi.
Reporter tu kata lambat sikit nak release sebab dorang busy PRU.
Sebenarnya aku tak baca pun lagi artikel ni. Cam segan je nak baca cerita sendiri. Bibik Lenny la yang beria-ia baca. Pastu dia tanya aku "Madam, syarikat Madam namanya AZIZ?"

Hoh???

Apesal nama company aku ada dalam tu?
Terus aku sambar paper and tengok adoiiiiiiiiiiiiii.
Aku tak terfikir lansung reporter ni akan bagitau aku own a company, siap nama company sekali naik. Pastu baru aku teringat dia ada mintak namecard aku that day.

Oh by the way sebutan nama company tu "Exist".

Terus button cuak menyala.
Memang cuak sebab takde sorang pun customer aku tau itu adelah syarikat aku. Lebih selesa buat keje memperkenalkan diri sebagai kuli saje.

Tak lama pun.
Setengah jam pastu salah sorang key customer aku  call "Ohhhh, Company tu you punya rupanya. Oh senang la lepas ni kita nak berurusan. Bosnya sendiri yang jaga kita selama ni. Boleh lah diskaun"

Eh, lupa pulak ada url blog aku kat dalam tu. Sedap je aku ngumpat kat sini.
Hahaha.
Dr, if you are reading this, next week lets go nasik ayam penyet.

Selama ni everytime customer tanya "Company you ni sape bos dia? Melayu?"
Apa lagiiiiiiii. Nama En Wang la yang aku dok petik selama ni.
Jangan harap la aku nak jaja nama aku kan.
Dari mula aku setup company ni 5 tahun lepas aku dok mengaku aku just sales exec and today rasa macam bersalah pulak. Takut ada customer yang ingat aku menipu dia :(

*sambil berdoa customer tak ramai yang baca Metro. Fuh! Fuh!*

Ok lah, aku balik la.
Macam terbau-bau karipap sardin pulak.

Oh yes, aku rasa memang blog ni ada ramai new readers sebab sampai hari ni dok masuk email tanya apesal aku tak report polis pasal kena hentak dengan ex, apa jadik kat ex aku now, mintak aku bagitau mana satu orangnya yang dalam gamba tu. Tetiba aku rasa macam kes tu baru jadik semalam sebab semua berminat nak tau. Sorry adik-adik, hakak kau ni mampu tunjuk gamba je. Ko teka la sendiri ya. Tapi ada kawan akak pernah cakap muka dia iras Hairie Othman la, iras Rusdi Ramli la, iras Shah Rukh Khan pun ada kauuuuu. Puiii.

Okla...oklaaaa.
Akak bagi la clue.

Clue : Kulit itam.


By the way netry-entry di bawah ni dah boleh dibaca semula.Penat aku mosaic gamba tau.

Matta

Ni hau ma

Dia dah besar

Tolong aku sakit ulu ati

Hong Kong Part 1

Hong Kong Part 2

Hong Kong Part 3

Hong Kong Part 4

Hong Kong Part 5

Hong Kong Final






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here