2013-05-14

Bodoh


Hari tu bersembang ngan bibik.


Bibik : Madam tau jiran belakang ni sudah bersalin?

Aku : Tau. 

Bibik : Madam tak pergi tengok anak dia?

Aku : Kat sini lain bik. Bukan macam kampung. Kalau kampung tu memang masyarakat dia rapat. Kita kat sini masing-masing balik keje tutup pintu. Kalau ada jemputan baru kumpul jiran-jiran. Kalau tak dijemput kita tak berani nak pergi. Tegur-tegur macam tu je ada lah.

Bibik : Dia tak ajak Madam?

Aku : Saya tak nampak-nampak pun tuan rumahnya. Rumah dia tinggi sikit dari kita, jadi saya pun tak perasan bila masa tuannya ada kat dapur. Nape, dia buat akikah ke?

Bibik : Takde. Madam pernah nampak anak dia?

Aku : Tak pernah pulak. Dah lama tak nampak anak-anak dia. Dah besar agaknya abang ngan adik tu kan.

Bibik : Tadi bibik belakang tunjuk anaknya.

Aku : Ye ke? Besar dah?

Bibik : Kesian Madam, anaknya sakit.

Aku : Sakit apa?

Bibik : Itu sakit yang mukanya serupa.

Aku : Huh??

Bibik : Apa itu dibilang di sini. Anak yang sakit begitu matanya serupa aja. Mukanya pun sama.

Aku : Oh, down syndrom?

Mak : Ha'ah. Down syndrom. Mok nak cakap tadi ke bibik mok tak reti.

Aku : Ye ke, mak? Laa..kita pun tak nampak-nampak dia tak dapat nak tanya khabar. Tunggu-tunggu jugak kot dia jemput cukur jambul ke, boleh tengok baby.

Bibik : Di sini down syndrom dipanggilnya, Madam? Ohhh kalau kami di sana kami panggil IDIOT. (cara dia sebut = AIR-DI-YOT)


DANGGGGGGGGG!

Oh em ji. Cuak gila aku dengar bibik cakap macam tu.
Tak penah pulak aku dengar selama ni orang panggil Down Syndrome tu Idiot.
Masa aku blaja dulu memang tau la dulu-dulu penyakit ni dipanggil something like Mongol Idiot kalau tak salah. But rasanya orang dah tak guna term tu, now semua panggil Down Syndrome.

Patut la minggu-minggu sudah aku mengemas lemari guest room kat atas, dengar bibik-bibik ni bersembang. Pastu aku macam dengar orang cakap "Idiot! Idiot!" ... "Huh??? Idiot??"
Mati-mati aku ingatkan bibik Filipina blakang ni mengadu majikan dia panggil dia idiot. Dorang kan cakap omputih. Mustahil la bibik aku yang sebut idiot sebab dia memang tak pandai cakap omputih. Rupanya bibik-bibik Indonesia ni bersembang membincangkan pasal anak jiran aku. Ahli mesyuarat tingkap sungguh.

Aku terpikir kalaulah jiran aku tu dengar, adekah dia tau IDIOT yang dorang maksudkan tu referring to down syndrom? Gila kauuu, boleh jadi bahan bergaduh tau benda-benda macam ni. Kalau aku pun sentap like kau pehal nak panggil anak aku idiot? Kau pandai sangat ke?
Benda-benda macam ni sensitif. Nak lagi melibatkan anak kan.
Bukannya mak tu tak sedar anak dia istimewa tapi kadang-kadang kita rasa kalau boleh orang lain takyah la cakap-cakap. Tapi tu la, bibik-bibik ni pun tak salah jugak. Dorang memang panggil IDIOT kat sana. Kita la rasa cam pelik, dorang dah biasa dah. Sebelum ada kejadian apa-apa yang tak diingini....


Aku : Nape panggil AIR-DI-YOT bik?

Bibik : Budak yang sakit AIR-DI-YOT ni bodoh, Madam. 

Hah kauuu.
Aku rasa macam ada panahan petir dan guruh berselang-seli kat belakang bila dia selamba explain macam tu.

Aku : Bik, kat sini orang tak panggil Idiot. Orang panggil Down Syndrom. Bibik jangan panggil-panggil Idiot tau. Nanti jiran tu dengar kecik hati dia.

Bibik : Kenapa Madam?

Aku : Idiot tu bahasa inggeris. Maksudnya BODOH. 

Bibik : Ya! Betul la tu Madam. Memang sakit ini namanya AIR-DI-YOT sebab anaknya bodoh.

Ya ampunnnnnnn,
Dia nak jugakkkkk sebut perkataan BODOH tu.


Aku : Abis kalau orang biasa-biasa macam kita ni kalau bodoh dipanggil apa?

Bibik : Tolol. Ada juga dipanggil dungu. Ada juga kami panggil otak udang. Ada jugak kami panggil bodoh sepat.


.....hilangkan aku nak ajar dia. Dia pulak sudahnya ngajar aku.

Sekian sesi pembelajaran hari ni.






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here