2013-05-09

Kasut


Anak korang setahun kasut sekolah berapa pasang?
Aku pelik tengok kasut si Redza ni.
Beli 2, 2 jahanam.
Beli 3, 3 jahanam.
Beli 4 pun, 4 jahanam.

Aku dulu time skolah 2 pasang je kasut.
Tu pun kalau tahun depan boleh pakai lagi, memang hadap je la kasut lama.
Dulu aku cam bengang je bila kasut aku tak jahanam sebab takde alasan untuk aku mintak beli baru.
Now kasut si Redza ni kejap-kejap rabak.
Rasanya aku dulu pun pakai Bata gak tapi takdelah kasut aku jadi macam roti kirai.




Tahun ni beli 4 pasang.
Belum cecah bulan 6, dah koyak sana sini kasut si Redza ni.
Budak ni berjalan sambil menyepak ke hape.
Pastu kasut punya lah kotor semacam!
Dulu kasut aku kadang-kadang je aku basuh seminggu sekali. Selalunya 2 minggu sekali sebab payah nak kotor.
Ni tak.
Belum jejak Rabu dah kelabu.
Bila aku tanya "Apesal kasut Redza kotor sangat ni?"

"Kasut Ibrahim lagi kotor"

Pandai spin kan budak-budak skarang?
Aku boleh imagine betapa stressnya cikgu yang handle exam lisan kalau dapat student cam anak aku ni. Seb baik baju tak jadi macam ni.
Dulu masa Darjah 1, dia balik skolah aku tengok ada kesan tapak kasut kat poket baju dia.
Tapak kasut kat poket baju okeh!!!
Kau mampu?
Aku cam pelik amacam tapak kasut boleh ada kat poket baju? Kau blaja sambil telentang ke apa?
Pastu baju dia kelabu semacam je aku tengok.
Aku rasa aku dulu time skolah baju aku 3 pasang je. 2 pasang pinafore, sepasang baju kurung.
Style aku dulu Hari Isnin pakai baju 1, balik skolah gantung.
Esok pakai baju 2, balik skolah gantung.
Hari Rabu pakai balik baju 1. Balik skolah basuh.
Hari Khamis pakai baju 2. Balik skolah basuh.
Jumaat pakai baju kurung.

Elok je baju aku.
Toksah kata nak buruk or kelabu.
Tahun depan siap boleh turunkan kat Ima lagi.
Jadi Ima memang dapat semua baju aku.
Aku dapat baju baru. Hahahahha.

Yang si Redza ni baru sebulan beli, bulan depan aku tengok baju dia kusam semacam je.
Ke anak laki semorang pun macam ni?
Or anak aku ni special case?

Pastu aku rasa dari dia Darjah 1, sampai ke Darjah 3 balik-balik aku kena ulang benda yang sama.
'Redza, balik skolah baju letak terus dalam bakul baju kotor'

Tak paham -paham jugakkkk.
Hari ni ngan besok dia buat la.
Lusa aku tengok bergelimpangan balik baju-baju dia kat lantai.
Betul la kata Dr Fadzilah Kamsah.
Anak lelaki ni pesan 200 kali baru dia akan ingat, beza dengan anak perempuan.
Ok now aku ada 2 anak lelaki dan sorang lelaki tua yang lebih kurang je perangainya.
Semoga Tuhan mengurniakan aku kesabaran yang tinggi.

Isnin, baru dapat celebrate 12th anniversary.
Tu pun terpaksa curik-curik keluar supaya Rayyan tak nampak.
Dah la hujan petir semua cukup.
Tapi aku tak kira, tetap kena celebrate!

En Wan bawak gi Victoria Station.
Masing-masing tak pernah masuk pun.
Ternyata tak sedap.
Seriously tekak aku ngan En Wan kata tak sedap.
Aku rasa steak kat Mr Food Putra Heights ni lagi sedap.


 
Schwann Soup ni boleh tahan la



Nachos dia out.
Lagi sedap Nachos Chilis.



Lime dia pun tak sedap.
Too sour.



Aku punya rack of lamb.
Pun tak sedap.
Gravy dia kureng sikit.
Aku lagi suka lamb kat Mr Food.


En Wan punya lupa nak snap.
Dia mintak Victoria's Steak.
Pun dia kata out.
Maybe kitorang salah pilih menu kot.
Yang pastinya tak masuk dah kot Victoria.
Terasa nak pi TGI je, nak ganti balik makan lamb yang tak sedap ni.
Tapi apekan daya gwe masih tak sihat.

Oh yes, sorry la pada yang email aku berkali-kali semalam yang bertanyakan pasal agen kukis and Ephyra especially.
Aku sebenarnya demam semalam.
Yang follow FB aku maybe tau kot aku demam.
Series melepek setengah hari.
Tido pun before 9pm.
Terjaga kul 3 and 5 pagi sebab badan sakit-sakit. Maybe demam urat kot.
Ni pun sakit lagi, kenselkan semua appointment. So today cuma duduk depan laptop je.
So insyallah yang send email today dapatlah aku reply cepat.

Pasal Ephyra ada yang tanya if beli Best Buy Deal boleh masuk jugak ke contest tu.
Ye, boleh.
Sebab Best Buy Deal RM390 + Free Gift tu hanya di blog ni je.
Aku yang create the offer.
So kalau ko beli sekotak or 2 kotak, still boleh join the contest as long as dapatkan resit bukti pembelian dari aku.
Yang additional RM100 tu pun aku yang offer.
Jangan pulak esok dah menang tanya Ephyra HQ apesal dapat RM500 aje bukan RM600.
Kalau yang menang tu dikalangan yang beli dari aku, additional RM100 tu aku akan masukkan ke akaun korang.



Ni gift untuk new batch.
Hanya yang beli Best Buy Deal RM390 je dapat ni :)






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here