2013-05-08

3rd batch


PM dah start keje pun hari ni, aku baru nak update pasal PRU.
Seperti biasa (padahal baru 2 kali), aku mengundi kat Bandar Baru Bangi. Apa ko ingat aku takde kampung? Orang lain balik kampung mengundi, aku pun balik laaaaaa. Tapi orang lain bersesak jem gila babas, aku takkkkkk. Ada orang tua tu tersangkut sejam setengah kat Gombak, nak balik mengundi punya pasal. Aku rilekkk je baru nak gerak ke 'kampung' pagi Ahad pukul 9am.
Pehh, gila eksyen entri ni.

En Wan balik Terengganu la kan, of crosss.
Aku takyah la menyemakkan diri kat Tganu tu. Bior le orang Tganu je kat sana.
Aku balik le ke desa terchenta.


 
Reader ni ingat rupanya wed ann aku :)


Yang "bestnya" PRU kali ni jatuh pada wedding anniversary aku.
Actually wedding ann tu 4 May, tapi sebab 4 May tu En Wan memang dah ada kat Tganu so kiranya masing-masing buat tak reti je la nak celebrate. Aku dah cakap siang-siang kat Mak Aji yang aku taknak memenuhkan rumah dia so aku takkan balik tido sana. Ahad baru aku gerak. Sebab Ima anak beranak pun balik, Ibal dah tentu duduk sana, pastu now Mak Aji ada 2 pekerja perempuan tolong gentel kukis so bilik aku dah occupied. Malas la aku nak memenuhkan rumah. Aku dengan bibik, Redza, pastu yang aku tak tahan Laksamana aku tu la. Mana reti duduk diam. Bersilat je keje dia. Mau berkecai kukis Mak Aji dia kejekan kang. So aku cakap Ahad pukul 6.30am aku gerak. Wah, gila semangat ni nak mengundi.

Sekaliiiiiiiiiiiiii elok je nak start enjin pagi tu, enjin tak jalan. Bateri kong pulakkk. masa ni lah kau nak kong bagai.
DEMMMMMM!!!
Berasap la aku kan.
Gwa dah la semangat ni. Tangan dah gatal nak memangkah, dia boleh buat hal pulak taknak start.
Nak nangis aku memikirkan aku takleh mengundi.
Call En Wan, amukan dalam 15 minit. Pastu call Mak Aji mintak Ibal ambik aku kat rumah.
Apesal aku nak amukan ngan En Wan pun aku tak tau. Ah lantak lah. Janji aku dapat mengamuk.

Ibal sampai dalam kul 9am macam tu, zasssss.
Sampai rumah Mak Aji, collect Ima dan marilah kita ke Sekolah Jalan 3.
Time ni barisan nak panjang gila bahabi.



Mak Aji ngan Pak Aji mengundi kau sekolah lain, so kitorang adik-beradik berbondong-bondong la tercangak-bangak carik tempat check nama, barisan segala. Aku ngan Ima saluran 3, Ibal 4.

Seb baik sekolah tu banyak laluan teduh, so kuranglah sikit berbirat muka aku. Tapi bahang dia mak aiiiii. Aku ngan Ima masing-masing pakai cardigan. Lecak ketiak aku. Kalau muka ni toksah cakap la dia punya berlendir. Rasa nak pakai topeng Batman.

Ima yang sekolah kat Bangi sampai Darjah 6 je pun boleh terserempak dengan kawan-kawan dia. Aku tak jumpa sorang pun kawan-kawan aku.
Maybe dorang mengundi kat kawasan tempat tinggal dorang now kot.
Jadinya, aku bersembang je la dengan Ima.


 
Air kotak bawak dari rumah.
Belum gerak 10 langkah lagi air kotak dah selesai.
Polis kat depan pintu bilik mengundi cakap sejam boleh settle 60 orang je.
So dalam 2 jam gak la aku beratur.
Gila penat, padahal berdiri je, bukan buat apa pun. Tapi penatnya macam baru lepas balik menoreh.



Ibal mangkuk. Punyala nak snap gamba kitorang ni sampai 20 saat aku sengih. Last-last Ima dah terpejam mata sebab tak tahan silau.
Aku suka begamba sebelah Ima.
Aku nampak kurus
Wakakaka.



Ibal yang beratur dekat dengan budak pakai skirt labuh tu. Tu pun kawan-kawan dia gak.
Barisan Ibal cepat sikit bergerak.
Saluran 3 ni ntah apehal lembab sangat.
Takkan dah sampai kotak mengundi baru nak memikir sape yang nak dipangkah kot. Aiseymann.

Suasana kat Jalan 3 ok je. Cuma ada la 1-2 orang yang gila annoying perangai. Biasa la kan, nama pun manusia. Cuma kesian jugak aku tengok sorang pakcik tu. Kat tengah-tengah orang dok beratur tu la dia nak cakap macam-macam sekuat-kuat ada. Aku yang dengar naik segan sebab orang sekeliling macam buat endah tak endah je kat dia. Ada yang toleh pastu buat muka berbulu. Member dia pun takat senyum-senyum je. Agaknya member dia pun segan. Tau la masing-masing excited and semangat nak sokong parti pilihan. Semua pun nak parti pilihan menang. Tapi tengok la kiri kanan jugak. Kita bukan berada dalam kelompok set-set kita. Kita campur dengan set-set orang lain jugak. Takyah la obvious sangat kita sokong mana sebab tak semua sokong sama macam yang kita sokong. Mana nak tau boleh jadi kebencian orang. But deep down memang aku kesian dengan pakcik tu sebab orang tepi-tepi dia macam buat macam dia takde je. Kalau aku, aku layankan je sembang dia. Aku takde hal.

Time beratur takde rasa apa. Dah nak sampai giliran baru rasa menggelabah. Macam aku pulak yang jadi calon. Dah la akak tu sebut nama and IC aku sekuat-kuat ada. Terasa macam kena panggil dengan cikgu disiplin. Gelupur ai.

Lepas mengundi aku kena paw dengan dua ekor ni kat Subway.
Pastu balik rumah Mak Aji mentekedarah macaroni bakor.
Elok lepas makn macaroni, Mak Aji selesai masak tomyam.
Balun tomyam pulak.
Pastu masing-masing terkangkang melingkar kat hall.
Sebijik macam ular.
Ular kalau tengok pun gostan.

Aku tunggu kat rumah Mak Aji sampai En Wan balik ambik aku.
En Wan habis je mengundi terus balik.
Aku call dia kul 12 dah ada kat Gambang. Gila awal.
Kul berapa la dia beratur. Agaknya dia yang tukang bukak pintu pagar sekolah.
Malam tu lepas pengumuman SPR, terus tido.
Esoknya mulakan hari baru.

Memang aku occupied pun esoknya.
Sebab Monday, aku buat shooting untuk model peplum kurung aku.
Ni dah masuk batch ketiga.
Aku tak sure if aku nak re-produce sebab now design peplum baru dah siap jahit, insyallah lagi 2 minggu aku nak shoot lagi. Tungguuuuuuuuu.

Actually peplum kurung ni aku buat 60 pasang je, tak buat banyak sebab rasa macam dah banyak kali aku release design ni. Plannya nak shoot dulu baru jual. Tapi tak sempat. Semua 60pcs dah fully booked with deposit. Agaknya orang memang tunggu design ni kot. So kiranya aku shoot ni untuk simpanan kenang-kenangan. Boleh la aku kompangkan kat cucu cicit aku esok yang neneknya adelah seorang designer tersohor. *PANGGGGGGGGGGGGGG sedas*



Model ni nama Ina, student HELP Institute.
Cantik. Macam omputih.
Time aku pakaikan baju untuk dia, terasa diri ini tak ubah seperti orang gajian. Dengan muka aku yang selenga. Memang sajak sungguh!


Sila jamu mata melihat indahnya ciptaan Tuhan...
Tapi not available la ya, taken oready.
 
 







Untung jadik orang cantik.
Geram aku tengok model ni.
Macam anak patung.
Budak ni badan dia XS sebab baju yang aku sarungkan ni saiz S and aku kena pin-kan kat belakang supaya nampak fit. Gila ahhhh badan model-model ni semua.

Eh tapi best jugak sesekali jaga wardrobe.
Gosok, gantungan baju, pakaikan baju, kutip balik baju.
Sampai Redza konfius "Mama ni sebenarnya keje apa?"

Apa-apa pun boleh lah nakkkk.
Janji kita tak kebuloq.

Peplum new design akan ready tak lama lagi.
Kalau aku nak pakai more model, aku akan announce.
Boleh start diet mulai sekarang.
 







Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form