Sanggup bawak keta shocking pink camni?
Aku sanggupppppppppppp.
Walaupun aku tak berapa nak Barbie, asalkan dia pink aku on je.
Now sana sini aku dengar orang dok plan nak beli Volkswagen GTI la, Golf la, Polo la, Beetle la.
Baru sekarang????
Baru sekarang nak rasa naik Volkswagen Beetle??
Aku sampai nak muntah naik Volkswagen Beetle.
Bagi free pun taknak dah.
Ceh! *flip hair*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Betapa kayanya aku dulu, 35 tahun lepas lagi aku dah merasa naik Beetle hokey?
Setakat Beetle ni alamak aiii....sap sap soi lah.
Hahahhahaa.
Tapi naik Beetle Pak Aji ni dulu memang kalau boleh takyah la nak pakai beria sangat. Pakai singlet-singlet sudah lah. Memang ko akan berlendir satu badan menjejes-jejes peluh kalau masuk keta Pak Aji ni. Mau tak, aircond dah la takde. Pastu lari pun tak berapa nak laju. Kau tekan paddle sampai tembus sampai bergegar stereng pun gitu jugak speed dia. Tapi tang bunyik memang belum penah kalah lagi. Kalau keta ni lalu depan rumah korang, konfem korang ingat motobot yang lalu.
Bom Bom Bom Bom Bom Bom Bom Kelepop!
Pop Pop!
Kelepus!
Bom Bom Bom BABB!
Tang bunyik BABB tu kena hati-hati sikit.
Tu namanya bunyik ekzos jatuh ke jalan.
Dulu kalau dari Bangi nak cecahkan ke Tampin tu makan 4 jam. Tu belum lagi kes ekzos terbarai tengah jalan. Pernah dulu Mak Aji kata tengah-tengah drive sekali keta stop. Rupanya bateri kereta jatuh. Kau ada?
Pak Aji rilek je keluar dari keta, jalan ke belakang kutip bateri keta tercicir.
See? Betapa terernya bapak aku ngorat mak aku dengan berbekalkan kereta ni. Bukan calang-calang lelaki yang nak pakai keta camni. Hati mau cekal. Muka kena sardin. Wakakakaka.
Bukti yang menunjukkan bahawa zaman kecik dulu memang takde tempat lain kalau nak bawak anak jalan-jalan. Kalau tak ke Lake Garden, Tasik Titiwangsa, mesti Parlimen. Balik-balik tu je la aku hadap. Sampai nangis aku kalau nampak bangunan Parlimen tu. Dah bosan sangat. Masa tu aku rasa apa KL ni takde tempat yang menarik ke balik-balik ini je? Baik aku main pasir belakang rumah lagi bagus.
Pak Aji dulu keje cikgu.
So kalau cuti sekolah tu memang berdua je la ngan Pak Aji kat rumah. Dah kalau nama bapak yang menguruskan anak kan, macam-macam la dia eksperimenkan aku. Contohnya pakaian.
Kalau aku ni memang takde la baju lain. Balik-balik singlet ngan short. Sebab tu anak-anak aku skarang pun aku pakaikan singlet manjang. Maybe sebab aku dulu pun kuat berlengas macam anak-anak aku jugak. Tapi aku dulu berlengas pun memang patut-patut. Rumah takde aircond. Keta takde aircond. Harap kat peti ais je la yang sejuk.
Mak Aji cakap, kalau cuti sekolah tu takde apa nak buat kat rumah, Mak Aji pun keje, so Pak Aji akan bawak aku jalan-jalan. Pusing je la KL tu sampai petang pastu balik rumah. Dari kecik sampai ke besor balik-balik kalau Pak Aji kata "Jom siap! Gi KL!", kepala aku adik-beradik dah boleh bayang dah tempat mana dia nak tuju. Tak tugu Negara, Muzeum, Parlimen, Campbell. Tu je la. Aku ni pakka tak cantik. Kalau tak dah lama kerajaan ambik aku jadi duta Tugu Negara tu.
Dah habis bergaya dah ni.
Trademark aku dulu memang short.
Sampai ke tua la dok suka pakai singkat-singkat. Hahaha.
Perhatikan gambar atas dengan gamba yang ni.
Baju berbeza tapi venue tak berapa nak beza.
Memang tu je la balik-balik tempat yang dituju. Senang. Jimat pun jimat. Takyah keluar duit.
Aku rasa sampai sekarang aku tak pernah lagi bawak anak aku pi Muzium and Tugu Negara. Patut la anak aku tak berapa nak patriotik.
Tapi best pi Muzium and Tugu Negara dengan Pak Aji.
Pak Aji kan guru Sejarah. So apa benda yang bersejarah melintas depan mata, aku boleh dapat penjelasan sedetail-detailnya dari dia. Baru lah namanya lawatan sambil blajo.
Lagi satu bukti bahawa makan burger sambil duduk kat tepi-tepi lorong kedai adelah best.
Percaya atau tak, jeans yang aku pakai tu adelah satu-satunya jeans yang aku ada. Bukannya jeans tu aku beli sendiri tapi cousin aku kat Singapore yang bagi. Dia takleh pakai dah so dia bagi la aku pakai. Aku pakai jeans tu dari umur 11 sampai 14 tahun. Ompek tahun dengan hanya sehelai jeans. Sampai attend Children Convention kat Jepun la aku bawak jeans ni. Senteng pun senteng la. Janji ko ada seluar jeans, aku pun adaaaaaaaaaa.
Masa tu rasa dah up to date gila dapat pakai seluar jeans sebab kalau tak memang satu masalah nak keluar jalan-jalan. Memang seluar yang aku ada adelah seluar track ngan seluar taraf-taraf kain alas kaki.
Ni kat area Jalan TAR.
Kalau gi KL tu samada makan kat Campbell atau tapau burger makan tepi jalan. Agak-gak nak nampak sedih makan la burger depan AnW. Mesti sedih je orang tengok alahai budak ni cuma makan burger bodoh-bodoh je depan AnW. Ngagagagga.
Masa tu aku selalu imagine apa dorang makan kat dalam tu?
Macam best je air dorang minum tu.
Terjenguk-jenguk aku adik-beradik tengok orang makan dalam AnW. Tu yang selalu makan penampar Mak Aji tu. Asal aku nampak je aku tanya "Ma, dorang makan apa tu?" Pastu mesti Mak Aji jerkah aku balik "Haih!Macam tak pernah makan!"
Aik?? Betul apa. Mana penah aku makan?
Agaknya kalaulah dulu dah ada FB, dapat pulak masuk AnW mesti penuh timeline aku dengan gamba aku makan kat AnW kan? Jakun siall.Hahahha.
Sape kata Tok Ti pelopor pakai tudung tunjuk jambul?
Aku pelopor okeh.
Gila pailang depan ustazah berani pakai tudung tunjuk jambul. Puii.
Dulu aku ada letak gamba aku nga Ima berdiri kat sudut dinding pakai baju songket ni.
Tapi takde gamba 'pelamin'. Pelamin lah sangatttttt.
Ni tahun 1988, masa aku Darjah 5, Ima Darjah 3.
Majlis khatam Quran. Sebulan lepas majlis ni, atuk aku meninggal. Patut la dia beria-ia nak buat majlis ni. Kalau ikut plan dia, siap nak bawak cucu-cucu dia berarak bagai. Padahal majlis khatam je tapi aunty-aunty aku dari Singapore semua turun. Dulu kalau khatam Quran ni memang satu majlis yang macam grand je. Aku ingat lagi masa lepas khatam aku salam semua orang yang ada dalam rumah tu. Sampai kat Mak Aji ngan aunty-aunty aku, dorang peluk-peluk aku ngan Ima sambil nangis-nangis. Aku macam apesal ni?? Sampai skarang aku tak paham kenapa dorang nangis.
Ni pun mujur arwah atuk aku yang beria nak buatkah majlis khatam. Kalau Mak Aji ngan Pak Aji memang takde de dia nak buat. Janji ko dah khatam sudah.
Dulu kan asal cuti skolah aje duduk kampung. Seingat aku nenek aku tanya bila kitorang nak khatam Quran. Aku bagitau aku dah khatam Quran dari Darjah 2 lagi. Ima Darjah 1 dah khatam. Masa majlis ni aku dah khatam buat kali keempat. Meloncat nenek aku dengar anak dia tak buatkan majlis khatam cucu. Terus dia suruh buat majlis. Tu yang bersesoh aunty-aunty aku kat Singapore carikkan kain songket buatkan baju segala. Siap mekapkan kitorang masa majlis khatam tu. Sumbang mambang aku baca hari tu. Maklomlah mulut ternganga je sebab pakai lipstik.
Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form