walk on wings, tread in air: Keek@Blog <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Keek@Blog
2013-04-05



Ok memandangkan aku ada akaun KEEK tapi aku tak tau guna dan blom ada masa nak kelebet-kelebet the application, jadi aku tepek video kat sini je la sudeyyy.

Rayyan balik dari Tganu seminggu dah. Balik pun sebab demam.
Kalau ikut mak mertua aku memamg tak dibaginya Rayyan balik sebab dia tak percaya aku jaga anak. Hahah. Mak aku memang tau perangai menantu hantu dia ni kalau jaga anak. Asal tak berkenan kat mata je zapppppppppp aku bagi. Si Rayyan ni pulak menjak lahir kan nenek dia yang jaga kat sini. So aku nak marah dia pun tak boleh. Mesti nenek dia backing. Lemak dah budak ni. Selalu abang dia kena buli. Buku tusyen abang dia selamba badak dia siat-siat. Mengongoi-ngongoi si Redza tengok buku dia kena siat depan mata. Si Redza ni pulak aku ingatkan gangster sangat. Asik berlepuk lepak je kena dengan adik dia.

Tapi si Rayyan ni punya penumbuk memang bisa wehhh.
Redza kena masa kat Gambang tu hari sampai terjongkit bibir berdarah. Pastu memang kena titik dengan aku cukup-cukup la kan. Agaknya mak makan hati je aku titik cucu dia depan mata, bila Rayyan kena balik sebab demam hari tu, dia siap pesan kat bibik "Lenny, kalau madam pukul adik, mintak mister hanta adik balik sini ya?"

Tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Balik-balik Madam je yang jahat tau.
Mister tak pernah jahat.

Tapi memang jangkaan dia betul.
Memang kaw-kaw Rayyan dapat dari aku. Memang sakit kali ni dia kena dengan aku.
Takde la aku belasah je dia tak tentu pasal. Budak tengah demam kan, memang la meragam. Tapi sebagai mak, aku pun boleh tau samada kau meragam sebab tak sihat or kau memang sengaja nak dapat tapak tangan aku. Rayyan ni bukan apa, terlampau manja ngan nenek. Nenek tak penah marah. Dan selama ni aku nak marah pun telan-telan air liur je. Bersabor je aku ngan dia ni. Ni nenek dia takde siappppppppppppppppppppppppppp kau.

Hari tu seminggu dia takde, keadaan dalam rumah ni sangat teatur. Kat mana aku letak sikat, kat situlah sikat tu tak berganjak seminggu. Kat mana aku letak spender En Wan, kat situ la dia duduk tak bergerak. Kat mana aku letak pen, situlah dia duduk seminggu tak beralih. Elok je dia sampai balik kat rumah ni, besoknya spender aku dah ada kat laci dapur. Bukak-bukak je laci nak ambik sudip nampak terkangkang je spender aku dalam tu.  Tanjat tau.



Ni gamba the latest dia - pagi ni.
Muka bangga lepas kencingkan tilam aku.

Dah seminggu dah Rayyan tido sebelah aku. En Wan ngan Redza tido kat bawah beralaskan toto. Sian laki aku kan? Dah la tak dapat nak bergesel-gesel, kena pulak tido atas lembek. Semalam dia baik hati, dia ambik Rayyan, dia tidokan. Aku pulak terasa bestnya suami nak tolong tidokan anak, lalu aku pun belasah tido awal. Apekan daya, bini tak berapa nak paham maksud pertolongan itu. Tu la, P Ramlee dah pesan jangan buat perangai "baik  ada maknaaaaaa". Nanti kesal tak berkesudahan.

Takpelah. Jumaat pun bolehhhh.

posted by aveo757 @ 10:08 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER