2013-04-02

Amukan!


 

Saya memang macam ni, suka buat-buat series kat opis.
Macamlah banyak keje sangat pun.

Tapi hari ni awal pagiiiiiiiiiiiiiiiiii lagi aku dah membengkak sebab perangai sesetangah customer. Kang aku list kan senarai jabatan siap dengan nama pegawai and customer kanggggggg.

Ada satu customer kat USM ya ampunnnnnnnnnnnnnn amatlah hazab aku nak handle. Foreigners, biasa la kan. Aku lagi suka sebenarnya handle orang-orang kita, tak kisah la melayu ke cina ke india je. Janji orang kita. Tapi bak kata sorang Dr kat UPM, "Student-student saya yang excel semua foreigners, Diana. Sebab apa tau? Sebab dorang nak cepat grad, nak cepat balik negara dorang. So dorang sangat rajin. Buat lab (research) sampai malam".

True.
Memang half of customer aku semua foreigners.
Dorang sangat aktif dalam mintak quotation and buat purchase. Maybe sebab dorang blaja kat negara orang, so kalau dorang kena sorang sales tu, and kebetulan sales tu baik (read : bangang cam aku) yang selalu luangkan masa untuk tolong dorang, maka memang sales tu je la dorang hadap. Orang-orang kita ni banyak yang suka buat comparison. Compare specs sana, compare specs sini, compare harga sana, compare harga sini. Tapi bila after sales, carik aku. Memang takde la aku nak layan kan. Dah kau nak yang murah, maka hambik la kau customer support yang murah jugak.
Aku mahal. Hahahha.

Ok, berbalik pada foreigners tadi.
Dorang ni pulak satu perangai, dia settlekan bab dia je. Bila bab dia selesai, dia pedulik apa bab kita.
Kalau student tu aku dah paham sangat. Memang takde masalah dah dengan student foreigners. Memang aku carik supervisor dia untuk sign document. Yang aku berapi hari ni, adelah lecturer foreigners. Asalnya, aku jumpa Ketua Projek which is melayu la. This Dr mintak aku berurusan dengan this foreigners yang bertittle Dr juga sebab the cancer project tu under Dr foreigner ni. Ok lah, aku takde masalah.

Mula-mula lagi aku dah pelik.
Dia nak buat projek real time PCR (kalau tak paham buat-buat je la paham ya, aku malas nak explain), tapi bila aku tanya sistem apa yang dia gunanakan (brand), dia kata tak tau. Aik?? Kau nak buat projek ko tak identify ke instrument mana kau nak guna?
So takpe, kat USM ramai dah lecturer yang pakai product aku so aku suggest dia pi tanya Dr ni, Dr tu, untuk pinjam instrument.

Ok, now dah dapat pinjam.
Tanya aku pulak kat mana nak dapat reagent. So aku cakap, kalau kau guna sistem Dr A, maka guna ajelah kit aku (of cos la kan, takkan aku nak suggest guna produk orang lain. Pe kesss???) sebab Dr A also guna kit aku. Ok, habis satu kes.

Walaupun Dr A dah bagi feedback kat dia yang kit aku ok and dia pun memang guna kit aku, Dr foreigner dia tetap nak aku provide sample. Dia nak try. Ok, takpe. Kebetulan sample pun ada, so aku bagi dia try. Ok good, dia puas hati dengan result. So now, masa untuk membeli.
Tapi PO lambat release, dia mintak aku hantar barang dulu.
Oleh kerana dia adalah lecturer-nya, so aku pun release-kan barang dulu. Takpe, ada DO. Yang stamp and sign pun ko jugak nanti. Ok, takpe.

Deliver tahun lepas, tahun ni PO tak sampai-sampai jugak.
Bila aku tanya, dia kata akaun USM bukak Feb. Ok takpe, aku tunggu.
Dah dapat PO, dah invoice. Paymentnya sampai skarang tak dapat-dapat. Bila aku tanya, dia kata nanti dia check. Tapi takde pun respon balik pada aku. Bila aku yang check sendiri, kewangan kata takde pun dalam rekod. Tak berasap pantat aku pagi ni???????
USM so far sejak aku handle dari dulu sampai skarang memang takde masalah bayar lambat. Klaua aku cakap terms 30 days, memang before 30days dah ada payment masuk sebab tu aku berlebih-kurang je dengan USM sebab dorang selalu bayar on time. So aku selalu hantar barang before PO release. Tapi this time, bukan masalah kewangan, masalah customer tu sendiri.

Bila aku call tak angkat, aku sms tak jawab. Apa punya perangai ni. Ni lecturer ke sakai?
Kang aku hangin, esok jugak aku start enjin zassssssssssssss pi USM. Aku dah lama tinggalkan perangai hentak-hentak meja kat kaunter ni. Tak pasal je kang.

*astagapar....astagapar....*


 "Hmm...mari kita pikirkan cemana nak pedajalkan lecturer tu"
(nampak tak tanduk nak tumbuh?)

 Letak gamba dia kat sini agak-agak boleh tak?


 

Dah la aku sakit mata ni. Kau nak menambah angin kat badan aku lagi.
Kali ni ketumbit aku ada kat luar. Tapi tak nampak. Nak tau sebab apa?

Sebabbbbbbbbbbbbbbbbbb aku pi gunting ketumbit tu.
Percaya tak?
Ketumbit aku tu macam ada mata tau, so aku bengang la time ni la kau nak naik ketumbit segala. Jadi aku telah menarik sikit mata dia dan zapppp! Gunting. Dan tergunting sekali 3 helai bulu mata.
Aku ni kalau stress, memang yang pelik-pelik perangai aku buat.

And now rasa pedih gila.
kalau sentuh kat ketumbit tu memang menjerit. Sakit siottttttttttttttttt.
Berair-air ketumbit tu. Tu la kan, pandai sangat.




Oh, by the way ada reader tanya pasal aku and jubah.
The answer is aku belum 100% berjubah, jangan takut. Aku belum 100% baik lagi. Ko tak baca tadi kat atas tu aku merempan? Hahahha. Orang baik-baik mana leh merempan.
Tapi seboleh-bolehnya kalau dapat, aku pakai lah. See? Sape kata pakai jubah takleh pakai skinny jeans? Tu nampak aku tengah posing cara mix and match?
Mix and match lah sangatttt. Haha.

One thing yang aku noticed bila berjubah ni, orang tak 'notice' pun kewujudan kau. Orang takde rasa nak pandang sangat. So kat situ kau dah selamat dah. Nak pulak kalau kau pakai jubah straight takde potongan camni, kaler itam lak tu, sape nak kisah kat kau? Nan ado. So aku lebih selesa buat keje. Dulu even dah bertudung pun, kat sesetengah tempat kau akan masih dipandang atas bawah atas bawah macam kau tak pakai baju pulak. Bila pakai jubah macam ni orang lebih hormat kita.

Tapi, ada disadvantage jugak.
Macam orang yang buat marketing macam aku ni, once ko dah bertudung pun orang dah tak berapa nak sangat deal dengan kau sebab orang yang terlibat dengan marketing ni bukan nak kata lebih sosial, tapi lebih senang untuk dibawa berbincang. Sometimes, discuss over lunch. Kadang-kadang discuss sambil lepak-lepak minum teh. Bila dah bertudung, it's not that dorang takut kat kau sebab kau bertudung tapi sebab otomatik macam ada gap. Gap tu dipanggil RESPECT. Sebab tu jarang tengok perempuan bertudung join sales and marketing. Bukan takde, tapi jarang.

But, ada yang lebih selesa dengan sales-sales yang 'outstanding' pemakaiannya sebab mereka-mereka ni nampak lebih profesional. Sayangnya, kebanyakkan yang ada that kind of attitude adalah dikalangan customer-customer melayu jugak. Tapi apa-apa pun rezeki bukan di tangan dorang. Ingat tu je la.

*tadi merempan, pastu tukar jadi program motivasi pulak*

Dah la, aku nak balik lunch.
Maklumla, opis ngan rumah 3 minit je. Haruslah riak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Peace uolllll.
Akak balik sapedek dulu ya.