2013-03-29

"Puding Roti Kismis Madinah Bersulamkan Cokelat Cip Yummy Bake Bangi". ....(Nangis Azwan Ali dengar tajuk resepi aku)


 

Minggu ni budak busuk takde kat rumah.
Kalau ada punyalah tak reti senyap, dari mula terjaga dari tido tak benti-benti cakap sampailah tertido balik baru lah sunyi rumah. Ni bila dia takde, rasa lain je. Disebabkan dia tinggal Tganu la makanya aku pun sama bercuti sekolah. Kalau tak, sape nak jaga Redza kat rumah kan sebab Lenny pun aku hantar duduk kampung.

Mak aku la yang memujuk kitorang tinggalkan cucu dia ni kat kampung.
Mak aku dapat cicit.
Oh yes lupa nak bagitau, aku dah ada cucu. Ngeh ngeh ngeh.
Intan (isteri kepada anak sedara En Wan) dah bersalin Isnin lepas, tu pasal mak aku nak balik sebab nak jaga Intan berpantang. Jadinya, mak pulak takleh berenggang dengan Rayyan. Rayyan pun takleh kalau takde nenek dia. Alangkan celik mata tak nampak nenek kat sebelah pun dia dah meraung. Aku pujuk pun tak jalan. Padahal nenek dia pi bilik air je.

So last week kitorang decided tinggalkan je la Rayyan kat kampung dengan Lenny. Wah, sungguh berbahagia la cucu nak nenek tersebut. Semalam aku call mak saje nak tanya khabar Intan and Rayyan. Belum sempat aku mukadimah lagi mak dah cakap "Toksah ambik adik la minggu ni. Biar la dia duduk sini. Adik tak kacau orang. Dia baik. Baik sungguh".
Wah kemain lagi nenek mem-backing cucu. Dia ingat aku tak tau perangai anak sendiri?
Aku paham sangat si Rayyan tu. Baik memang la baik. Cuba tengok kalau dia dah start bukak bunga silat. Tertanggal kain batik nenek nak melayan.

So now aku ngan En Wan berbelah bagi.
Ikut plannya malam ni or esok pagi-pagi lepas Subuh nak gerak balik Tganu ambik dorang bawak balik. Abis tadi call mak, mak macam tak kasik lepas cucu dia je. Adoii pening jap. Aku tak kisah sangat tinggalkan anak kat kampung. Bukan tinggal kat orang lain pun, nenek sendiri. Lagipun Lenny ada nak tolong jagakan. Masalahnya, yang kat sini agak huru-hara la kalau next week Lenny takde. Sebab dah seminggu aku tersadai kat rumah. Seb baik cuti sekolah. Kalau dah samai 2 minggu tak gi keje, apa kesssss. Kang kalau aku pi keje kang, terkejar-kejar nak kena balik tengahari. Redza balik sekolah sape nak tunggu kat rumah. Pastu kul 230pm Redza mengaji, sape nak siapkan. Aku bab masak mengemas tu boleh lagi. Tapi kalau bab terkejar-kejar balik rumah ni yang ada sikit haru. Jumpa customer bukan boleh kejap-kejap. 

Tengoklah malam ni apa keputusan En Wan.
Kalau kena balik, maka dapatlah aku pekena sotong goreng Tok Jembal. Hahah. (ni la sebenar misi-nya)

Baiklah, untuk meredakan ketegangan, kita cerita pasal makan.
Semalam aku upload kat FB puding roti kan, so mari kita lihat bahan-bahannya adelah :


 
Bahan A

Aku pakai 8 keping roti. So, resepi ni adelah untuk bancuhan 8 keping roti.
Aku punya versi simple gila.

Kalau kebanyakkan orang, dia akan tinggalkan beberapa keping untuk diletak kat dasar loyang. Tapi aku punya takde. Aku punya resepi main siat-siatkan je semua 8 keping roti tadi. Pastu remdam dalam 500ml susu cair. Ada orang guna campuran fresh milk sekali, tapi aku tak. Korang nak buat, silakan, tapi pastikan hasil campuran mesti lebih kurang 500ml jugak.

Dah rendam, put aside. Kita settlekan bahagian kedua pulak.


 
 Bahan B - gula and butter.
Gula ni pakai 4 sudu makan cukuplah. Butter pulak 2 sudu makan. Letak tepung jagung sikit.


Bahan C - telo 2 bijik, esen vanilla, choc chips (kalau nak tambah), kismis.
Kismis aku gabak-gabak sebab aku pakai kismis bawak balik dari Madinah. Mau tak berkat puding roti aku? Berkat okehhhh.


 Mula-mula, tuangkan choc chips and kismis ke dalam Bahan A (roti yang dah direndam susu).
Tinggalkan.


Then, campurkan 1 sudu teh vanila esen dalam bahan B (butter + gula).
Kacau sehingga sebati.


Pecahkah telo 2 bijik dalam mangkuk adunan butter and gula tadi. Pastu godak sampai sebati jugak.


Pastu tuangkan adunan tu ke dalam adunan roti. Kacau lebih kurang.





Dah puas hati dengan gaulan, tuang dalam loyang. Jangan lupa sapu butter sikit kat loyang.
Then, bakor pada suhu 150C for setengah jam.


Lepas setengah jam, siap!

Silakan makan bersama sos kastardnya. 
Nak buat sos?
Gi gugel resepi sendiri. Kasi cargas sikit masing-masing.