walk on wings, tread in air: Pantang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Pantang
2013-03-30

Aku tak sangka ada lagi orang yang percaya pantang-larang merepek.
Kawan aku ni anak dia terpecahkan mug lepas dinner. Tahan dia tinggalkan bekas mug berkecai tu atas lantai semalaman dengan alasan orang tua-tua pesan kalau menyapu malam-malam nanti rumah masuk ular.

Kau mampu buat camtu?

Tepuk dahi kejap.
Rasa nak tepuk dengan dahi-dahi dia sekali.

Aku ingatkan pantang-larang ni dah tak relevan skarang, rupanya ada lagi yang ikut.
Dulu masa aku sekolah rendah selalu lepak kampung time cuti skolah. Nenek aku memang cukup suka kalau kitorang teman dia kat kampung sebab selalunya masa kitorang ada la nenek akan ubahsuai rumah. Alih lemari, alih kabinet, tukar langsir, siap cat dinding bagai. Kadang-kadang sampai ke malam dok mengemas lagi tak siap-siap. So ada satu time tu dah malam, aku nak menyapu bilik lepas mengemas-ngemas. Pastu jiran nenek aku, aku panggil Mak Itam sound "Buek la sapu malam-malam, nanti ado pak panjang datang". Terus ter-stop menyapu.

Tapi aku terpikir gak kejadah apa ular nak masuk?
Apa kaitannya menyapu waktu malam dengan ular masuk rumah? Sampai skarang aku tak dapat relatekan pantang-larang yang satu ni. Orang melayu ni pulak dah didik anak-anak, kalau orang tua suruh tu jangan banyak soal. Buat je!
So bila orang bagi pantang-pantang bangang macam ni aku pun sama jadi bangang. Ikut je.
Nak bertanya kang makan penampar lak.
Selalunya kalau aku tanya Mak Aji "Ma, kenapa kena buat camtu?"
Mak Aji mesti jawab "Buat je lah! Banyak pulak mulut kau ni"
Lama-lama aku jadi malas nak tanya.
Tapi curious sampai ke tua.
Even aku dah kawen pun dulu aku still takut nak menyapu waktu malam. Masa mula-mula pindah rumah lepas kawen, rumah tak siap berkemas lagi tapi aku takut nak menyapu. Pastu En Wan cakap "Rumah kita tingkat 7 Di, ular tak tau tekan lif"
Hmmm betul gak. Pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laki aku. Puii.
Tapi lepas tu aku dah jadi berani menyapu waktu malam.

Kadang-kadang aku pelik apesal la orang tua-tua zaman dulu suka benar create pantang-larang yang susah aku nak paham. Dah la tak susah nak paham, merepek lak tu. Contohnya, dulu time kecik kadang-kadang aku suka duduk atas bantal. Nanti nenek aku sound "Selalu-selalu la duduk atas bantal, pantat kau berbisul nanti".

Ok yang ni walaupun aku tak paham apesal bisul nak kena tumbuh, but at least ok la sikit pantang-larang ni banding dengan ular tadi. Yang ular tu memang hilang akal dowhhh. At least boleh la faham ohh bantal tu tempat letak kepala. Now kau dah letak bontot pulak atas bantal maka kau terkena sumpahan bisul. Ok, yang tu aku leh terima la. Nampak gak la lojik dia kat mana.

Pastu ada pulak sambungan dia. Petua dia pulak.
Bila bisul dah tumbuh, kalau nak bagi baik bisul kena selet ngan taik hidung.
Apekelanchhhhhhhh????

Aku tak tau la efektif ke tak. Sorry la aku nak buat. Ada sesape penah buat? *Matik la nak ngaku*

Seumur hidup aku penah kena bisul sekali. Dah la bisul tumbuh masa hari sanding aku kat Tganu.
Bisul tu pulak betul-betul bawah pinggang. Kalau pakai spender memang getah spender tu cecah atas bisul. Mau tak pedih kau?? Tapi bagus jugak, just the right time la bisul tu tumbuh. Disebabkan dia tumbuh maka seminggu aku tak pakai spender. Senang la sikit En Wan nak jalankan tanggungjawab beliau. Wakakkaka.

Lagi satu ketumbit.
Jangan mengintai orang mandi katanya, nanti tumbuh ketumbit.
Ok fine. Petua ni nak bagi kita takut untuk buat keje-keje mengintai ni.
Abis tu kalau Tok Imam tetiba ada ketumbit? Kot bapak kau tumbuh ketumbit?
Gila nak suspicious kan?

Si ketumbit ni pun ada sambungan dia. Petua gak.
Kononnya kalau nak bagi elok ketumbit kena selet air kencing budak.
Adoilaaa, macam haramjadah okkkk.
Yang ni pun aku tak tau la betul ke tak tapi kalau ada sesape sakit mata/ketumbit meh la datang rumah tadah air kencing Rayyan. Nak? Agak-agak tak jalan, air kencing aku pun boleh.

Ada gak yang kata nak bagi baik ketumbit sapu air susu badan. Kalau cam aku ni dah spesis tetek kering, so option cuma air kencing je la. But soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku nak selet kat mata. Tahan aku tenyeh minyak gamat lagi. Ketumbit pun ketumbit la. Nama aku nak sapu air kencing kem salam. Kang elok-elok cuma naik ketumbit, lepas sapu air kencing terus juling.

Yang lagi satu ni Redza yang cakap. Ntah mana dia dengar tak tau la.
Malam semalam aku potong kuku, pastu dia datang sebelah aku cakap "Ma, jangan potong kuku malam-malam nanti nenek mati"
Wadehelllllllllllllllllllllllllllllllllllll.

Ampunnnn.
Aku harap sangat jangan lah sampai ke cicit aku besok, pantang-larang yang merepek meraban ni still wujud lagi. Orang dulu-dulu memang bagus, kau tak nafikan. Dorang nak anak-anak semua beradab. Biar tingkahlaku semenggah. Tapi tu la, pantang-larang semua yak main belasah je. Ujung-ujung jadi benda yang menakutkan.

Menyanyi kat dapur nanti dapat laki orang tua.
Anak dara bersidai depan pintu nanti dapat laki tua.
Tunjuk pelangi nanti tangan kodong.
Meniarap angkat kaki nanti mak mati.
Tengok kote nanti mata buta.
...bla bla bla...


Aku : Orang Terengganu ada tak pantang-larang macam ni?

En Wan : Ada.

Aku : Sama macam ni gak eh?

En Wan : Lain.

Aku : Apadia?

En Wan : Jangan bogel depan suami.


Terus takut aku dengar pantang-larang dia.
Terasa diri ini dicabuli.


posted by aveo757 @ 5:03 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER