Sape penah makan Sushi King kat The Summit and IOI Mall?
Ada beza tak agak-agak?
Selama ni aku makan Sushi King kat Summit je.
Disebabkan itu aku dan-dan tak suka Sushi King. Gila tak sedap Sushi King ni. Ntah apa-apa je menu dia. Tapi at the same time aku heran nape kejap-kejap ada kat newsfeed aku orang cerita pi makan Sushi King.
Kelmarin kitorang rasa tak selera nak makan nasik.
So aku suggest makan pizza.
Paling dekat ngan rumah aku ni IOI Mall la.
Lalu depan Sushi King, En Wan ajak masuk. Aku macam alahaiii...aku dah la lapar ni, ko ajak masuk Sushi King pulak. Dah la menu ntah apa-apa. Tapi layan kan je la.
Aku bukak menu book dia, wowwwwwwwwwwwwwwww lainnya menu dia?????!!!
Lansung tak macam rupa menu kat Summit.
Yang kat Summit tu macam cikai-cikai je. Aku nak order pun tak tau nak order apa.
Rupanya menu Sushi King ni berbeza-beza ikut tempat eh?
Yang kat IOI ni boleh tahan gak la. Lagi best dari Sakae Sushi IOI rasanya.
Mula-mula pekena ni. Apa tajuk lupa dah. Tapi dia telur with isi ketam and mayonis.
Sedap nak mampsss.
Pastu aku hadap ebi sushi tanpa wasabi 6 ketul terus tanpa henti. Tak pelawa En Wan pun. Macam ada takde je dia depan aku time ni.
Takoyaki yang kurengggg sedap.
Lagi sedap beli kat kiosk Jusco.
Seploh kali aku makan makanan Jepun pun, seploh kali tetap tak reti patahkan chopstick.
Miso sup kat IOI Mall jauh lagi sedap dari Sakae and Watami, series tak tipu.
Paling hamlau miso kat Summit. Sumpah tak sedap. Tak caya, gi Summit try mintak.
Dia ni tak reti makan benda lain, memang tempura je la.
Soft shell crab yang sedap tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sikit sangat.
Nak order lagi, En Wan kata dia dah kenyang.
Eh, sape ajak kau?
Tapi telan airliur je la nak order lagi sebab tak mahu tunggu dah, tak sempat nak beli barang lain nanti. Takpe, len kali kita datang lagi.
En Wan geleng kepala aku order ayam goreng.
Dia kata kalau takat nak makan air goreng dia pun boleh buat kat rumah.
Eh cuba buat sikit aku nak tengokkkkkkkkkkkkk??
Banyak la ko punya citer nak goreng ayam bagai.
Meggi ayam kau pun aku yang buatkan. Ceh.
Puas hati dengan Sushi King IOI.
Ahad ni nak pi lagi, tak kira.
Ok ni nak bagitau kat sesape yang beli barang dengan aku, tak kira la apa barangnya pun.
Ni aku nak kasitau, kalau aku bagi korang tracking number, jangan check dan-dan tu jugak sebab akan jadi kes macam di atas ni.
Pos Laju ni, dia recycle nombor consignment tau.
So selagi dia belum key in nombor tracking korang, rekod lama menggunakan nombor yang sama akan keluar. Dah banyak kali dah kes macam ni jadi, so untuk yang belum tau ni aku just nak kasi tau je la. Kalau yang dah biasa tu, takpela.
So, kalau aku bagi tracking number hari ni, cuba esok baru check.
Maybe esoknya tu nombor tracking korang dah di-update.
Agaknya nombor dah habis kot, tak kuasa dia nak pikir nombor lain, kita recycle je lah sudehhh. Janji sampai.
Semalam kan aku seharian menyiapkan keje-keje opis.
Aku ni kalau mengadap komputer sehari suntuk mesti akan ada terbabas.
Semalam, terbabas masuk Bestbuy World.
Actually dulu pun penah masuk gak, tapi macam yakin tak yakin je nak beli. Rasanya aku penah tanya pasal BestBuy World ni kat FB dulu.
But semalam terdesak sebab barang-barang aku banyak yang dah habis. Bulan Februari, sebulan penuh aku cuci muka pakai sabun Dettol ya. Blasah la janji bersabun muka aku. Punyalah bertangguh-tangguh nak gi beli sudahnya tak beli-beli. So semalam aku gamble je la beli online.
Sudah sampei.
Tadi try pakai, hmm...macam takde beza dengan beli kat kaunter.
Kot la beza kan, sebab murah sikit harga dia banding dengan kaunter.
See how dulu, agak-agak berselipat muka aku esok lusa, memang aku ban website ni.
Tapi BestBuy ni macam takde jual compact powder je?
Ada pun refill.
Ada sesape tau mana nak beli powder?
Kalau boleh beli online, memang aku suka sangat la. Nak meredah Subang Parade ngan Sunway Piramid semata-mata nak beli Clinique ngan Shu Uemura tu rasa macam hazab bebenar nak mencari parking. Kang nak belinya cuma RM100, ujung-ujung beli benda yang tak perlu sampai RM500. Tu yang selalu En Wan bising ngan aku tu. Padahal nak beli eyeliner je, ujung-ujung ntah hapa-hapa lagi yang aku beli. Ujung-ujung eyeliner beli kat Guardian je sebab duit dah barai kat tempat lain.
So kalau korang ada idea kat mana boleh beli kosmetik, sila bagitau aku ya.
Today, wearing Patchwork 011