Balik dari miqat Ji'ranah, ada certain jemaah yang tak buat umrah terus tapi simpan sampai malam sebab memang kitorang sampai semula Al-Haram dah nak masuk tengahari. Tapi aku ngan En Wan takut apa-apa jadi kalau terlalu lama dalam ihram. Kitorang ni orang baru lagi, banyak benda yang belum pandai, so tak pasal kena dam sana sini. Jadi, kitorang turun je bas, terus buat umrah. Masa ni aku berdoa supaya Tuhan permudahkan segalanya buat aku sebab aku ni tak berapa boleh berjemur bawah panas (tapi kulit tetapppppppppp...)
Nasihat aku kepada yang bakal pergi, kita pergi ke sana atas jemputan DIA.
Kita ke sana sebagai tetamu DIA.
Jangan risau and banyak pikir "what if..??".
Tau lah DIA jaga tetamu DIA.
Aku rasa menyesal bila pada awalnya ada rasa khuatir boleh ke aku tawaf tengahri-tengahari buta ni? Sampaikan pada mulanya ada rasa malas nak miqat kat Ji'ranah sebab takut migrain tawaf tengahari.
Astaghfirulahalazim.
Macamana la aku boleh terlupa yang apa yang berlaku semua atas izinNYA?
Aku lupa yang di sana, period aku berhenti awal.
Semua atas izin DIA.
Aku lupa aku ke sana pun atas izin DIA.
Macamana la aku boleh teragak-agak nak bertawaf sebab takut migrain??
Ya Allah, teruk betul aku ni.
Memang aku tak sangka aku tak migrain lansung di sana especially bertawaf waktu tengahari.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Lagi satu ada yang email aku bagitau dia nak pi sangat tapi takut tak diterima.
Nasihat aku, kalau dah diizinkan pergi, pergi je la.
Kita kalau ada perasaan sebagai seorang hamba, kita kena terima je la apa Tuan kita nak bagi.
DIA nak bagi benda yang kita suka, kita terima.
DIA nak bagi benda yang kita tak suka pun, kita kena terima juga.
Serupa kalau kita pi rumah orang la. Takkan sebagai tetamu kita nak mengarah and expect tuan rumah sediakan semua benda and gembirakan hati kita? Patut kita pi rumah orang, kita la gembirakan tuan rumah. So konsep di sana juga macam tu. Kita pi rumah DIA, ikutlah DIA nak bagi apa pun kat kita. Apetah lagi itu rumah Allah.
Takut tu, aku rasa memang perlu ada rasa takut.
Kalau kita sedar kita hamba, mesti kena ada rasa takut bila ke sana.
Tapi jangan lah sampai taknak pergi.
Aku pun mula-mula memang ada rasa takut, tapi kalau tak pergi skarang, bila lagi aku nak pegi kan. Kot la aku boleh bajet umur aku sampai tahap bila.
Seronok bila selama ni kita solat pandang Kaabah kat sejadah, bila kat sana, kita nampak Kaabah depan mata. Menangis bila nampak Kaabah tu rasanya bukan aku sorang, semua pun akan lalui moment tu.
The moment nampak Kaabah tu dalam kepala aku macam keluar zup zup zup zup zup lepas satu satu tergambar dosa-dosa sampai mulut tak tau nak mintak ampun dosa mana satu sebab terlampau banyak sangat. Mungkin sebab tu la aku just mampu menangis.
Depan Multazam adalah kawasan yang sangat padat.
Semua orang nak solat depan Multazam. Kitorang pun macam tu jugak.
Oh lagi satu, ada yang tanya aku apa beza Makkah and Madinah.
Madinah selesa, moden, senang and teratur.
Tapi di Makkah lain.
Makkah tak se-selesa Madinah.
Tapi jangan pikirkan sangat pasal selesa or tak selesa.
Kita pi sana pun bukan untuk bercuti.
Makkah memang tempat kita berasak-asak, berpeluh, bersempit-sempit dan berpenat. Kita ke sana memang nak beribadat, so jangan pikir sangat selesa ke tak selesa. Kalau dari segi hotel tu, masing-masing ada pilihan untuk dapatkan bilik yang selesa, tapi di Al-Haram, tetap sama.
Ni suasana dataran tawaf waktu malam.
Penuh. Tapi tak sepenuh musim haji.
Ramai yang buat umrah malam. Sejuk, selesa and ada yang pilih untuk beribadat malam straight sampai Subuh. Siang, lepas Dhuha boleh tido santak ke pukul 12tghri.
Boleh juga nak buat macam tu. Ikutlah masing-masing.
Ni keadaan semasa tawaf.
Orang tak buat umrah serentak. Ada yang buat siang, ada yang buat malam.
Yang buat siang pun tak sama waktu. Ada buat pukul 9pg, ada buat 11pg, ada buat 2pm.
Itupun dah padat.
Tapi, solat adelah serentak.
Jadi boleh imagine tak how padatnya masjid everytime sampai waktu solat?
Sebab tu kalau nak merasa solat dalam masjid, datang lah 1-2 jam lebih awal sebelum azan, insyallah dapatlah carik spot selesa.
Lagi satu, jangan expect di sana macam di negara kita.
Jemaah lelaki di Malaysia aku tak sure, tapi kalau jemaah perempuan kat Malaysia ni, selalunya kalau bersolat paling tidak mesti nak ada space sikit, taknak berlaga bahu sebab takut nanti masa tahiyat akhir takleh duduk la, nanti orang sebelah terduduk atas telekung la, itu la, ini la. Sepatutnya memang takleh ada space lansung kan but somehow di saf wanita masih akan ada space sikit.
Di sana tak sama macam sini. Dorang tak kasik chan.
Selagi bahu kau tak bersentuh dengan orang sebelah, akan ada orang yang menyelit. Biar pun space cuma sejengkal. Ada akak-akak yang aku perati marah bila ada makcik Arab selamba himpitkan badan celah-celah dorang padahal ruang tu memang dah takde. Kalau dari segi adab tatasusila memang aku tak setuju la dengan cara makcik arab tu sebab datang lambat pastu takde hint, takde hont, terus mencelah. Tapi dari segi adab bersolat, kau kena allow dia menyelit. Sebab kau yang bagi ada space walaupun sejengkal.
Di sana membuatkan kita praktikkan benda-benda yang jarang atau hampir tak pernah kita buat kat sini. Di sana kalau keadaan tak mengizinkan, ambiklah seringkas mungkin. Ambik "selonggar" yang boleh, asalkan tak lari dari syarat sah solat.
Macam akak yang bergaduh dengan makcik arab sampai melibas-libas sejadah kat bontot makcik arab tu, ya Allah, aku ni yang duduk belakang dia jadi serba-salah. Nak ditegur takut, tak ditegur pun takut. Akak tu cakap nanti kalau sempit-sempit time tahiyat akhir makcik arab tu terduduk atas kaki dia. Tapi memang pernah ada kes kat surau rumah Mak Aji, jemaah patah kaki orang gemuk kat sebelah terduduk atas kaki dia time tahiyat akhir. Dalam situasi macam ni sebenarnya kita boleh meninggalkan sunnah yang afdal. Agak-agak terlalu sempit, tahiyat akhir tu takyah la buat. Duduk la rakaat akhir tu dengan tahiyat awal sebab tahiyat akhir tu sunat je. Cuma tak dapat la pahala sunat mazhab Shafie. Toksah gaduh-gaduh sangat la pasal sempit-sempit ni, apetah lagi sampai melibas sejadah.
Lagi satu di sana, kadang-kadang akan ada benda yang boleh mengelirukan kita.
Contohnya solat sunat.
Kat sana aku tengok lepas Asar and Subuh ramai yang buat solat sunat. Sampai aku naik konfius eh aku ke yang salah sebab macam pelik bila lepas Subuh orang kiri kanan aku buat solat sunat. Setau aku tak boleh. Merujuk kepada one of my ex-school-mate, sebenarnya di Masjidil Haram sahaja yg dibolehkan segala solat sunat yg dilarang pd waktu2 tertentu termasuklah Solat Sunat selepas subuh dan Asar. Itulah kelebihan Rumah Allah.
Tu blom lagi ada perempuan yang mati-mati nak solat sebelah lelaki dia.
Tak pasal je laki dia sorang je antara jemaah wanita.
Sabor je la...
Tapi bak kata Ustaz, di Makkah ni lain.
Jadi, agak-agak ada yang perangai macam aku suka "bertanya" bila nampak benda yang pelik, harus blaja istighfar banyak-banyak. Mak Aji cukup risau dengan aku before pegi hari tu. Sebab dia paham sangat la aku ni jenis nampak yang pelik sikit je terus bertanya. Kang tak pepasal je kang...ha kang....haaa..
Kita rasa macam kita dah solat banyak dah.
Tapi bila di sana tengok ada yang hanya bawak bekal kurma untuk alas perut sebab solat tanpa henti seharian, terasa insaf betul. Betapa ramainya manusia yang berebut-rebut nak cari redha Allah.
Aku?
Ya Allah....malunya.
Masa ni lepas tawaf, solat sunat tawaf kat dalam la pulak, sebelum ke saie.
Masa kat saie ni nampak ada satu budak kecik ni agaknya besar Rayyan jugak. Ya ampunnnnn comel gila dengan kain ihram. Belah bawah, mak dia dah bubuh getah siap-siap so dah macam skirt je aku tengok. And belah atas agaknya mak dia ikatkan lawa dah, lama-lama dah jadi macam kain terbang Superman aku tengok. So kiut. Kat kawasan lari-lari anak tu, mak bapak dia dah bukan lari-lari anak dah. dah macam marathon sebab mengejar anak dia. Anak dia seronok tengok bapak dia lari-lari anak gamaknya, dia pun pecut lagi laju dari bapak dia, Dah menggagau bapak dia mengejar.
En Wan kata kat Makkah dugaan hebat untuk dia adelah apabila duduk sebilik dengan aku.
Dah la pakai kain ihram je.
Terasa tarikan magnet begitu kuat sekali. Hahahah.
Kat bukit Marwah.
Hari yang kitorang buat umrah lepas balik ziarah tu, adelah the only time kitorang bersolat Zuhur kat kawasan saie. Sebab tak sempat habis saie sekali dah azan, so solat kat saie je la. Best :)
Ni sebenarnya kawasan untuk laluan jemaah yang bersaie guna kerusi roda.
Kitorang guna laluan ni kalau dah selesai bertahalul, nak balik ke masjid.
Bergambar tak kira di mana jua kami berada
Aku paling suka perati team-team membersih kawasan dataran tawaf and saie ni.
Gila cepat dia cuci lantai. Tak menggangu perjalanan tawaf and saie kau lansung.
Kat kawasan bukit marwah adelah tempat berakhirya saie.
So kat sini ramai orang melepak untuk bergunting or lepak sesaje hilangkan penat.
Yang bersolat sunat pun ramai.
Ada satu hari tu masa tengah ambik makanan En Wan kata "Bestnya kalau ada ikan masin kan?"
Sekali esok tu menu ikan masin.
Siap sambal belacan bagai.
Selalunya lepas habis buat umrah, akan singgah kedai ni untuk beli burger.
Dan burger-nya adelah begini ya anak-anak.
French fries yang dimakan dengan burger.
Agak hodoh sikit burger aku ni sebab aku mana makan sayur, sos, ketchup and mayonis.
Burger aku haruslah seperti dara.
Bab makan, bersedia untuk makan apa aja yang ada. Agak-agak tak selera, dipersilakan carik makanan lain. Sana banyak tempat makan. Cuma jangan diluahkan ketidakseleraan kita tu. Sebab ada kes satu makcik tu bila ditanya kenapa tak makan kat hall, dia kata "Balik-balik ini, balik-balik ini. Takleh telan dah". Tup tup memang betul terus dia takleh nak telan makanan apa pun dah pastu. Ya Allah, ampunkanlah kami semua.
On the way ziarah ke Hudaibiyah......
Hari nak menziarah ke Hudaibiyah ni ada terjadi satu kes yang menginsafkan.
Kitorang ni tengah tunggu bas kat depan hotel.
Pastu ada jemaah Indonesia datang kat kitorang bawak sorang pakcik.
Dia kata dia nampak pakcik ni terpinga-pinga dalam masjid. Rupanya pakcik tu dah 2 hari stuck dalam masjid dalam berpakaian ihram. Bayangkanlah pakcik tua yang berpakaian kain ihram selama 2 hari, mesti sejuk, lapar. Tak sure kenapa dia tak jumpa jalan ke hotel. And yang lagi kesian tu bila kita tanya apa travel agency, dia cakap tak ingat. Dia cuma ingat kawan dia Haji Ahmad and Haji Hamidun. Ya ampun, mana nak carik Haji Hamidun kat Makkah ni.
Last-last bawak mausk hotel kitorang mintak orang hotel check dengan kedutaan and Tabung Haji.
Aku tak sure apa jadi dengan pakcik tu lepas tu tapi lepas kitorang balik dari ziarah dia masih ada lagi.
So, pada yang bakal pergi, kalau ke mana-mana, tolong jangan tinggalkan tag and beg sandang yang travel agency bagi. Sebab itu boleh jadi bahan pertolongan kalau jadi apa-apa kat kita.
...untuk melihat unta.
Masa tengah tengok unta-unta ni ada satu unta tu dia asingkan.
Aku tanya En Wan apesal unta lagi sekor tu dia tak kasik berkawan? Sian unta tu.
En Wan : Tu unta jantan lah. Mana boleh duduk sekali. Kalau duduk sekali habis semua unta betina dia projekkan.
Aku : Ye ke? Merepek.
En Wan : Ye lah! Sekor unta jantan boleh projek dengan 50 unta betina. Tak tau ke?
Aku : Huh???? Series???
En Wan : Tu pasal abang nak beli susu unta ni. Biar macam unta kekuatan abang malam ni.
*pastu gelak-gelak macam syaiton*
Aku tak minum sebab takde rasa nak minum.
En Wan kata susu dia macam yogurt.
Yang aku pelik tu, En Wan ni tak minum susu tau.
Susu cair ke, susu pekat ke, dia memanh tak minum.
Tapi kat sana dia boleh minum susu unta satu botol mineral tu.
Ni dia abang arab pengembala unta.
Hudaibiyah ni Allah bagi keistimewaan tanahnya subur. Korang boleh nampak pokok-pokok tumbuh just like Malaysia. Ustaz kata, tanah di Hudaibiyah saje yang macam ada penakung air. Tu lah kelebihan yang Tuhan bagi pada Hudaibiyah.
Kat Hudaibiyah ni ada satu lagi miqat.
Tapi kitorang tak miqat kat sini.
Kitorang plan nak miqat kat Tanaim malam tu. Pegi sendiri.
Malam tu kitorang pi miqat kat Tanaim naik cab.
The driver Ya Rabbiiiiiii, punyalah pecut berdesup, rasa bontot aku tak cecah ke kusyen. Kat sana dorang ni bawak keta laju-laju. Pastu sentiasa ada bunyi hon.
Rindu nak nampak clock tower
Malam tu, kitorang buat umrah waktu malam for the first time.
Seronok jugak buat malam. Ramai orang tapi masih ada space nak mencilok-cilok.
En Wan naik atas bumbung masjid saja-saja nak snap pemandangan.
Kat atas ni pun ramai yang solat.
Tapi kalau solat waktu Zuhur tu panas la sikit.
Gambar berdikari nak bagi nampak clock tower tapi gagal.
Malam ni adalah umrah terakhir kitorang sebab esoknya hari last so kitorang plan nak buat tawaf sunat je.
Muka diblurkan sebab mata aku bengkak dan muka sembab sebab dalam Hatem ni aku banyak sangat menangis.
Lepas umrah, malam tu aku ngan En Wan masuk Hijr Ismail (Hatem).
Kalau pikirkan padat memang padat sentiasa tempat ni. Sape taknak masuk kawasan Hijr Ismail kan.
Kalau nak ikutkan macam takde tempat lansung nak solat kat dalam tu, tapi insyallah kalau betul kita nak, akan ada ruang untuk kita. Jangan ada rasa giveup untuk usaha masuk ke dalam ni. Kawan aku ajar, jangan putus ada berdoa untuk diberi kesempatan solat dalam ni. Dia ajar aku, dalam keadaan berasak-asak nak masuk tu cubalah doa dalam hati "Ya Allah, aku datang dari jauh. Berilah aku peluang untuk solat dalam kawasan Hijr Ismail". Memang inilah yang aku dok ulang-ulang masa berasak-asak tu.
Kalau badan ni memang rasa sesak sangat dihimpit-himpit, tapi jangan putus asa.
Masuk dalam kawasan Hatem, terus cari space nak solat.
Jangan expect kau akan bersolat di kawasan yang selesa. Memang takde punya sebab padat sangat.
Carik je la space untuk kau boleh solat, janji muat untuk kepala kau cecah untuk bersujud, tu yang penting.
Bila aku dapat space, aku terus solat, aku mintak En Wan duduk belakang aku untuk tolong jaga kot-kot ada yang bersolat depan aku, kang mana pulak aku nak sujud. So at least En Wan boleh tolong tegur-tegur. Ni another place yang buat aku menangis. Tak tau la kenapa, kat sana aku banyak sangat keluar airmata. Dalam Hatem ni, angkat takbir je terus berjurai airmata. Banyak dosa memang macam ni kot. Bila aku habis solat, dongak ke atas, Allahuarabbi, aku dapat solat bawah pancur emas rupanya, alhamdulillah.
Masa ni dah nak pukul 1am waktu Makkah, korang pun dah bangun nak pi keje time ni.
Salah satu menu sarapan kat sana.
Sebelom sampai dataran ada orang jual makanan burung, so penuh burung merpati kat situ. Tiap kali lalu berdoa je la keje aku jangan kena taik burung. Satu hal pulak.
Sup kambing dia sedap okehhhhh.
Gila kaw punya sup kambing.
Nak je aku tambah lagi dan lagi. Tapi takut pulak kang tak serasi dengan badan terus terlepek aku dalam bilik.
Malam akhir di Makkah, kitorang buat tawaf sunat.
Dah lama dah dok peratikan Hajar Aswad tiap kali bertawaf tapi setiap kali tu la orang memnag berasak-asak. Pastu kat sana hati-hati ya. Di sana akan ada orang yang approach korang tanya if korang nak cium Hajar Aswad ke tak, dia akan bantu.
Caranya, dorang 5-6 orang akan kepung kau and dorang akan tolak jemaah lain supaya korang boleh sampai depan Hajar Aswad and dapat cium. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii lepas tu dia akan mintak upah. Upahnya adelah SEMUA duit yang ada dalam beg korang pada waktu tu!
Ada sorang jemaah tu cakap, kebetulan dalam beg sandang dia ada SR300, gone!
Semua dorang ambik.
Memang la SR300 tu rasanya takkan sama dengan seronoknya dapat cium Hajar Aswad, tapi cara dorang ambik upah tu tak berapa seronok la. Lagipun tak wajib cium Hajar Aswad. Tapi terpulanglah masing-masing.
Kitorang di-approched 2 kali. Tapi kitorang tolak sebab Ustaz dah pesan dah kalau boleh jangan terima offer tu. Agaknya dorang perasan kitorang dah beberapa kali hampir sangat dengan Hajar Aswad so dorang ingat kitorang nak cium. Memang mulanya nak kiss Hajar Aswad, sape taknak kan. Tapi masa tu kitorang cuma fikirkan, nak selesaikan umrah dulu. Kang berasak-asak kat Hajar Aswad batal pulak wuduk aku. Kitorang merapat ke Hajar Aswad tu supaya dapat berada serapat mungkin masa melambai.
Masa habis sunat tawaf, aku cakap kat En Wan "Jom kita try cium Hajar Aswad nak?"
En Wan terus tarik tangan aku.
Aku tak tau la, mungkin berkat dia ada pada En Wan. Kalau aku sorang tak dapat kot.
Di Nabawi pun dia sentiasa dapat solat dalam Masjid Nabawi siap 2-3 kali pindah tempat dalam satu sessi. Masa dia tarik tangan aku tu, aku terasa macam ada laluan untuk dia lalu, Tup-tup kan, tak sampai 10 minit, aku nampak dia dah depan Hajar Aswad, tangan kiri dia dah pegang bingkai Hajar Aswad tu. Nak dijadikan cerita, mamat Paki big size yang cium Hajar Aswad sebelum tu nak keluar dari situ, and dia main rempuh je jemaah. Yang dia rempuhnya adelah tangan aku. Tangan kitorang pulak tu tak lepas. Walaupun mamat tu tolak-tolak badan dia untuk keluar, En Wan tetap tak lepaskan tangan aku. Aku cuba tahan sakit. Sakitnya Tuhan je yang tau sebab masa En Wan tarik tangan aku tu, aku tak perasan tangan aku terlilit sama dengan tali uncang kasut dia. So bila mamat tu tolak badan dia, semakin dia tolak, semakin tali uncang tu jerut lengan aku. Yang kitorang pulak masing-masing taknak lepaskan tangan. Tapi sampai satu tahap tu aku dah takleh tahan sakit, and aku taknak biar En Wan tunggu aku sebab memang dia dah ada depan Hajar Aswad, aku sentap tangan aku, aku jerit "Just kiss for me!". Lepas tu aku terus terbuang keluar sebab jemaah yang menolak tu memang gila kuat!
Dari jauh aku nampak En Wan kucup 2 kali.
Lengan kiri aku bengkak and lebam teruk esoknya.
Takpelah, itulah kenangan untuk aku.
Cumanya, aku nasihatkan, cium Hajar Aswad ni tak wajib, untuk perempuan, kalau rasa payah, tak perlulah berhimpit-himpit kat sana sebab ada sesetengah jemaah (bukan negara kita) yang punyalah nak cium Hajar Aswad, sampai telekung tertarik nampak sebahagian besar rambut. Sampai ada yang bibir berdarah terkena siku Pak Arab. Dah la, kalau sampai macam tu sekali keadaan dia, baik jangan. Melambai pun dah cukup.
Kat sana, aku telah mengaktifkan daya pemahaman bahasa.
Kat dalam bilik, tengok Hindustan subtitle Arab cerita Sunjay Dutt dengan Manisha Koirala.
En Wan tanya "Paham ke?"
Sadap yu!
Esoknya hari last, kitorang dah tak buat umrah dah. Cuma nak buat tawaf wada' je.
So pagi tu kitorang shopping sikit kat mall.
Breakfast kat D'saji.
Mula-mula carik roti canai, tapi takde pulak.
So makan mee goreng.
Tak sedap.
Rupanya section roti canai dia ada kat sebelah kiri, tersorok sikit.
Lantassssssssssssss, mengorder roti tulur satu, roti kosong satu.
SR6 sekeping.
Blasah la, janji dapat roti canai.
It's shopping time!
Takde la shopping apa pun. Sikit-sikit je buah tangan.
Nak beli jubah bertatahkan batu Swarovski blom mampu, kita bergambo je la. Ambik berkat.
Pastu jalan-jalan kat kedai-kedai berhampiran hotel.
Kedai emas dia kan gila legend.
Dia main gantung je emas kat tepi-tepi jalan tu, sikit takde berpak-guard segala.
Sampai waktu solat, dia tutup dengan kain je. Sikit tak hilang.
Berani kau nak mencuri kat sana??
Lunch terakhir di sana.
Packing air zam zam
Tunggu bas datang kat lobby.
Kitorang bergerak dari Makkah ke airport Jeddah pukul 5.30pm.
Sayu hati masa bas bergerak tinggalkan Makkah. Rasa sekejap sangat kat sana.
Masa mula-mula nak ke sana, aku takut anak-anak rindu kitorang, and kitorang pun rindu dorang.
Tapi rupanya di sana hati kita bulat. Memang fikir nak buat ibadah je. Aku call Redza sekali je, tu pun kat Makkah. Punyalah seronoknya di sana sampai tak teringat lansung kat sini.
Malam pertama sampai rumah tu, aku terjaga pukul 3am.
Aku mimpi aku tengah ambik wuduk kat dataran tawaf.
Ya Allah, rindunya nak ke sana lagi. Sampai termimpi-mimpi.
Sometimes aku sensitif bila bercerita pasal Makkah Madinah. Orang yang tanya aku pasal umrah, aku segan nak cerita sebab bila aku bercerita aku mesti nangis sekali. Rindunya Tuhan je la yang tau.
Ni la pengubat rindu aku sekarang.
Al-Quran gamba Kaabah yang aku beli di sana.
Aku harap aku dapat ke sana lagi.