2013-03-26

Gambang Water Park


Jumaat lepas kitorang ke Gambang Water Park.
En Wan yang beria-ia nak pi sini. Aku plan nak ke Tanjung Jara tapi En Wan kata Tanjung Jara tu sesuai untuk honeymoon je. Kalau nak bawak anak-anak macam tak sesuai nanti budak-budak boring. Dia la kata. Aku rasa si Redza tu takde hal pun. Janji ada kolam. Konfem takkan boring. Rayyan tu lagila bukan tau apa pun. Mandi dalam baldi pun jadik. Ala sebenarnya bapaknya yang nak mandi sangat kat Gambang ni. Macam la aku baru kenal dia 12 hari. 12 tahun okeh?

Rupanya kalau nak ke Gambang ni masuk exit Srijaya (eh ye ke nama ni? Tapi ada SRI SRI macam tu). Thot masuk kot exit Gambang.


 

Kitorang stay Arabian Bay Resort. Ni kira hotel baru kalau nak banding dengan Carribean Resort.
Orang kata Carribean tu tak best, so aku pun taknak la book. Aku try la Arabian ni. Hotel-wise, ok la. Kitorang ambik Family Suite sebab rakyat aku kan ramai. Aku tak ingat exactly berapa tapi dalam RM500+. Ok la price ni sebab ada kitchen, living hall, 2 rooms with individual bathroom. Dapat pulak view pool, memang cun sangat dah ni. Aku pulak memang very particular ngan toilet. Apa-apa hal aku check toilet dia ada hose ke tak. Seb baik ada. Kalau jamban takde hose, tapi shower siap ada jacuzzi pun takde makna okeh.




Kitorang sampai sana memang ngam waktu check-in, 3pm.
Tapi dia punya panas Allahuakbar, garing kulit aku!
Aku tak tau la memang Gambang Water Park ni jenis panas or sememangnya now musim panas. Tapi dia punya terik sampai migrain aku. Tak payah berjemur kat luar, duduk dalam bilik pun boleh migrain.

Dah la kitorang memang plan duduk satu malam je sebab esoknya nak balik ke Tganu. Si Gambang Water Park ni tutup pukul 6.30pm. Esok dah takleh masuk dah sebab tiket masuk tu untuk satu hari je. So bayangkan pukul 3pm panas-panas terik tu aku nak melayan budak-budak ngan bapak budak mandi sebab nak kejarkan pukul 6.30pm.


 
 Nak gi waterpark naik bus ni.
Aircond kemain sampai 2 bijik. Tapi tetap panas. Maybe cuaca kot.


 
 Lengang.
 
Sebab cuti blom start tapi kitorang dah sampai.
Pastu sape la yang nak mandi terik-terik kan. Orang lain datang pagi, kitorang mandi tengah-tengah panas. Kat sana kalau ko nak makan apa-apa kena pakai sistem kupon. Rasanya sama je kot mana-mana waterpark pun pakai sistem ni gak. So ko kena beli top-up siap-siap untuk makan. Kalau ada balanace nanti dia pulangkan bila ko keluar.


  
Tapi tak best sangat la Gambang Water Park ni.
Maybe sebab baru lagi kot so tak meriah sangat park dia. Biasa-biasa je. 
Tapi A Famosa pun aku pergi 12 tahun lepas pun rupa gini gak, skarang boleh la. So aku rasa lagi 12 tahun baru Gambang Water Park ni best dikunjungi.




Apa-apa hal makan dulu.
Sebab dah pukul 4pm kitorang tak makan-makan lagi. Aku dah mabuk macam nak terbelahak. Dah la lapar, panas lak tu. Memang mengundang. En Wan sorang je makan nasik minyak. Kitorang semua nasik ayam. TAK BEST. Biasa la kan, makanan apa yang best kat water park? be it A Famosa, Sunway Lagoon, kat Gold Coast sekalipun, aku tengok makanan kat water park takde yang menyelerakan. Sabit nak bagi alas perut boleh.




Betul tak aku cakap?
Bapaknya yang beria-ia nak main water park sebenarnya. Bukan anak dia.
Tu pasal dia yang nak sangat holiday kat sini. Banyak la dia punya alasan Tanjing Jara tak sesuai kan, padahallllllll.

Aku tanya Redza "Papa mana?"

Redza "Ija tak tau"

Kau tak hanginnnnnn????
Selamba dek dia tinggalkan anak dia main sorang-sorang.
Aku pusing-pusing carik sekali jumpa dia tengah terapung kat dalam parit ni. Wah kemain riang lagi. Siap suruh aku ambik kamera snap gamba dia. Pakkal mak dia ada sekali tau. Kalau takkkkkkkkk...


Dia ni pun takde masalah kalau dapat jumpa air. Alangkan hari-hari mandi kat rumah pun dia dah happy dapat main air dalam baldi. Inikan dapat jumpa kolam, memang sorga la.


 Redza pun membawak diri.
Main la ko sorang-sorang. Nak mintak aku join sekali memang takde harapan la.
En Wan memang fedap dah nak ajak aku mandi sekali. Jom la...jom la...jom la...
Kosser aku. Malas nak bersalin-salin. Aku kalau mandi ni suka yang selesa. Kalau mandi nak bertutup litup kepala semua bersarung memang aku malas sikit. Renyah la keje dia. Baik aku mandi ngan ko kat bathtub je la bang. Dah habis la zaman aku mandi kat swimming pool ni kot.


Tempat ni boleh tahan best la untuk budak-budak.
Tapi macam slippery sikit la sebab kat tangga tu air sentiasa mengalir. Aku risau je budak-budak ni tersadung tersungkur kat tangga. Tau je la kan budak-budak kalau main camana. Memang nak berlari aje. Maka terpekik terlolong la suara aku kejap-kejap jerit nama Redza.


Ini best. Aku tengok pun tau benda ni best.
Feeling-feeling air terjun gitu.


Parit budak-budak.


This angle menamppakkan betapa fotostat-nya muka Rayyan and En Wan.



Sian anak aku.
Nak main gelongsor pun terpaksa pilih area yang tak panas.
Sebab memang terikkkkkkkkkkkkkk sangat panas dia.
Aku nak ambik gamba pun malas sebab aku malas nak keluar dari gazebo. Berbulu je En Wan dengan aku asik ambik gamba dari bench. Memang kali ni tak banyak gamba yang aku snap sebab aku malas nak keluar dari khemah. Cara-cara duduk tempat teduh pun muka aku berlendir. Mak mertua aku kejap-kejap gosok mata. Aku tanya kenapa mak? Dia cakap "Sampai kelabu bijik mata panas sangat". 

Kelabu bijik mata okkkk. Kelas mak aku. Takyah pakai contact lens.


Dah pukul 6pm kitorang beralih ke beach.
Masa ni orang pun dah tak ramai. Semua pakat nak balik, kitorang baru nak masuk sini.
Tapi aku suka beach dia.
Pasir dia ala-ala pasir Langkawi gitu. Putih.


Tapi beach dia pendek, and tak "alive" sangat.
Oklah, buat nak mandi-manda.

Kul 6.30pm baru keluar dari waterpark.
Seb baik tak best sangat waterpark dia so dapat mandi kejap pun tak kisah sangat. Kalau best macam Sunway aku rasa mau bertempik si Redza kena ajak balik awal. And mujur jugak depan hotel kitorang pool dia not bad, siap ada pasir pantai bagai. So Redza memang dah aim esoknya nak mandi depan hotel je.

Malam tu dinner masing-masing penat.
Mak and bibik mintak tapaukan je.
So, aku, En Wan and Redza je turun dinner.
Restaurant tak banyak pilihan. Ada satu main cafe kat lobby and satu western restaurant yang macam hidup segan mati tak mau. Takde orang pun kat cafe tu. Apa taknya, gelap malap je. Kot ye pun nak suasana romantik kan, takyah la sampai malap sangat. Dah macam restoran tinggal je aku tengok.

Sebab takde pilihan, and masing-masing malas nak keluar dari kawasan resort untuk carik mamak, kitorang makan kat cafe lobby je. Malam tu ada international buffet. Lepas tengok menu and satisfied, layan je la RM58/person.


Cafe


Ikan bakor


Sweet sour fish fillet


Daging masak apa tak tau


Ikan gulai kuning (belasah la bubuh nama apa pun)


Udang goreng


Sotong pedas


Ini yang aku balun sampai 3 pinggan - shepherd pie
Lazat tak terperi.


Bubur cha cha


Salad table


Menu aku adelah sama dari pinggan pertama sampai ketiga - shepherd pie + chicken lasagna.
Tak sempat nak makan apa dah. Bayar RM58 makan dua benda ni je. Pandai.


Lepas makan, tapaukan mak and bibik dinner pastu balik dan melayan episod akhir cerita Beto.
Sememangnya itulah episod pertama dan episod akhir aku tengok. Selama ni everytime ada keluar cerita ni kat iklan, "Ok, mesti tengok Jumaat ni. Mesti tengok". Tapi tak tengok-tengok. Kelmarin semangat ni nak tengok sekali eh dah habis?

Malam tu kan ada kejadian.
Tak tau la memang kawasan tu berhantu or bilik kitorang berhantu.
Pukul 12 lebih aku blom tido.
En Wan ngan Redza lama dah membuta, penat berpenxak kat waterpark siangnya tu kan.
Masa aku tengak nak tido, aku dengar suara budak nangis. Dekat sangat.
"..huuuu..huuuuuu...huuuuuu.."
Aku ingatkan Rayyan tapi awat mendayu sangat.
Tapi memang selalunya kalau Rayyan menangis aku tak pi jenguk sebab mak selalunya akan cakap "Takde apa". Melainkan mak atau bibik ketuk pintu bilik then baru ada masalah besar.
Disebabkan bunyi tu memang dekat, aku memang bajet itu suara Rayyan menangis walaupun dah terdetik apesal mendayu-dayu sangat ni. Boleh la pulak aku selak-selak langsir nak make sure bunyik tu dari mana. Pastu aku tetido.

Esok paginya mak tanya "Diana tak dengar adik nangis malam tadi?"

Laa, betul la rupanya Rayyan yang nangis.


Aku : Dengar, mak. Merengek je bunyiknya. Pukul 12 kan? 

Mak : Eh tak, adik pukul 11 tido dah. Dia nangis pukul 2.

Meremang dah bulu tengkuk aku.
Tapi buat-buat cool.

Aku : Adik nangis sebab apa.

Mak : Entah la tetiba bangun memekik pastu mata dia dok la pandang siling. Sejam jugak dia nangis. Mak taknak kejut Diana.

Aku : Sakit perut?

Mak : Tak. Mak rasa ada benda sini Diana. Lepas mak baca-baca tiup badan dia baru dia diam. Lepas tu Lenny pulak ngigau. Dia cakap dia mimpi ada lembaga hitam kat hujung katil tarik kaki dia. Mak kejutkan dia. Berpeluh-peluh. Lepas dia sedor tu mak dengar bunyik orang tarik kerusi meja kat luar.


Oh myyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.
Tang tarik kerusi meja yang aku tak berkenan ni.
Tapi nasib baik sampai situ je la. Takde kes yang heavy-heavy.
Agak-agak nak buat pedoman, takyah la accept bilik 7201 ya. Hehe.

Breakfast pagi tu kat cafe yang sama aku dinner semalam.
Tapi breakfast dia tak sedap. Tak banyak pilihan. Boring je aku anak-beranak makan. Tapi habis la jugak.


Waffle


Nasi goreng


Bubur nasik


Chicken ham (smoked)


Tolo masak setengah


Cereals


Beef ham (smoked meat)



Senang je nak bagi budak ni diam.
Bagi satu bijik mangkuk isi cereal, and satu cawan isi air.


Dia akan leka masukkan cereal tu sebijik sebijik dalam cawan.
...dan dapatlah aku makan dengan tenang.


Roti canai

Tu je la gamba yang aku sempat snap.
Tapi memang tak banyak pilihan sangat.



Lepas breakfast terjun kolam depan bilik.
Lagi best kot mandi depan ni dari water park.
Walaupun cuaca takde matahari tapi tetap berbahang.
Aku rasa memang now musim panas kot.


Nampak pasir putih-putih tu?
Best kan, ada ala-ala beach sekali.
Main sini je la anak-anak korang nanti, takyah masuk waterpark. Lagi tenteram main kat sini.


Budak eksyen taknak mandi kat kolam budak, nak masuk kolam dewasa. Pastu taknak orang pegang. Sekali En Wan lepaskan terus menjunam dalam kolam. Mencungap kau ambik napas. Baru dia tau serik. Selagi tak terkena tak tau diam.


Sekian saje lah percutian saya di Gambang Water Park Resort.
Buat masa ni tempat ni masih belum best, rasanya lagi few years akan jadi best dengan syarat orang kena ramai datang sana. Kalau orang tak datang dorang pun malas nak majukan tempat ni. So baik korang datang je la bagi sokongan.