walk on wings, tread in air: Utara <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Utara
February 01, 2013

Hari Ahad lepas attend resepsi cousin En Wan, kitorang terus menge-zass-kan diri ke Perlis.
Stop jap kat RnR Sg Buloh salin baju and buat apa-apa yang patut. Takkan aku nak pakai dress serbah-serbih all the way to Perlis kot kan. Kemain merelip lagi kau nak masuk Perlis. En Wan pulak dah cakap dia taknak stop-stop dah. Sukati ko la ko taknak stop pun, kau yang drive. So dari Sg Buloh straightttttttt sampai Perlis, sampai Kuala Perlis around 8.30pm gitu.

Plan asalnya gini.
Sebenarnya aku cuma ada keje kat USM Penang je. Tapi kesian tengok mak mertua aku, dah sebut-sebut nak gi Langkawi carik kain batik. Agaknya selama ni Mak Aji ngan Pak Aji je yang accompany aku ke utara tiuap kali outstation, so everytime balik mesti nampak Mak Aji beli macam-macam barang hasil rembatan kat Langkawi. Jadi, mak mertua aku teringin nak pi Langkawi lagi. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii anak jantan dia lembs. Mak dah bagi hint-hint pun tak paham-paham gak. Menantuuuuuuuuuuuuuuu jugak yang kena buat plan (eceh, masuk bakul).

Kebetulan kilang En Wan tak ambik cuti Maulud, cuti Maulud dia ganti ke Selasa, jadi En Wan ada cuti 4 hari berderet dari Sabtu-Selasa. Pulak tu that week ada tersebar cerita kat FB pasal this one lady kena rompak dalam bilik hotel yang dah berkunci (???), so aku telah menjadikan cerita tu sebagai modal untuk jek-jek dia ikut aku pi utara. Sebab kalau dia tak ikut, konfem mak mertua aku segan nak ikut aku walaupun aku ajak dia ke Langkawi. Dia mesti selesa kalau anak sendiri ikut sama kan. Lain la Mak Aji. Mak Aji tu ko suruh dia berjalan dengan menantu berdua pun oraittttttt. Dia kisah apa kan. Janji dia boleh shopping. Hahaha.

Akhirnya En Wan setuju. Redza kena ponteng sekolah sehari.
Anak aku ni kalau kata tak payah pegi sekolah tu memang terus sihat walafiat. Serupa aku jugak la dulu. Maka, bergerak la kami seklorga ke utara. Rancangan asal nak lepak 2 hari kat Perlis. Duduk Seri Malaysia Kangaq. Appointment aku pun cuma Selasa, after 2pm. So aku plan, Isnin tu kita gi Langkawi, pastu esoknya pagi-pagi checkout pi Padang Besaq jap, then terus ke USM Penang. Habis appointment, balik PH.

Tapi En Wan taknak.
Wah, time aku ajak pegi kemain lagi berdalih. Malas drive la. jauh la. Bila dah set nak pegi dia lak yang kontrol the plan.

Dia kata Ahad tu konfem sampai Perlis dah malam. Esok pagi-pagi nak ke Langkawi.
Rugi duduk Seri Malaysia sebab charge hari Ahad kan mahal sikit. Aku pulak kena ambik 2 room. So kalau aku tido Seri Malaysia malam tu buta-buta je bayar almost RM400+. Padahal siang esoknya lansung tak duduk bilik, sah-sah aku kat Langkawi. So En Wan book T Hotel kat Kuala Perlis. Butik hotel je, tapi not bad, family room ada 2 queen bed, baru RM150/nite. Dah la hotel tu betul-betul depan jeti. Senang gila aku takyah risau pasal parking, tinggal je kereta kat parking hotel, aku anak-beranak berjimba-jimba kat Langkawi. Free parking lagi.



Tak salah aku T Hotel ni ada satu kat Perlis, 2 kat Kedah and 1 lagi kat mana ntah. Gugel la sendiri.

The best part was bila aku nak check in, this lady kat kaunter "Jap..jap. Ni Kak Di kan?"


Great.
Budak tu sangat bertuah sebab dapat tengok muka aku yang sangatttt berlengas sehari suntuk berlendir dari majlis ke majlis pastu travel all the way from KL.

Kalau sesape datang T Hotel, look for a lady nama Sue :)

Dia siap ajar aku lagi "Kak Di pasni kalau nak pi Langkawi, parking je kat hotel ni"

Yezzerrrrrrr.
Hahahahha.

Ujung-ujung dia tanya "Pasni nak pi makan sotong ke?"

Ewahhh. Macam boleh baca je pikiran aku.
Memang itu la pun motifnya!
T Hotel ni sepelaung je dengan Linda.
Kitorang anak beranak jalan kaki je.


Nak menjaga panglima kenit ni ya ampunnnnnnnn. Aku rasa macam aku perlu beli tali yang boleh ikat kat badan si Rayyan ni. Dia punya menggeletis tu satu macam. Aku rasa sebab aku bagi dia minum Ephyra, so tenaga dia extravaganza.



 Kat sini la dulu aku beli moto Rayyan.
Aku tengok kat newsfeed ada budak jual RM285 tak salah.
Aku beli RM175 je. Tapi motor tu gabak, memang kalau beli ko takleh masukkan benda lain dah. Dulu aku beli, terpaksa turunkan seat. Just moto dia je kat blakang.


 
 Linda kat Kuala Perlis ada 2, satu kat area Laksa Kak Su, satu lagi kat jeti. Aku tak penah pegi lagi kat area Laksa Kak Su.Tapi yang kat jeti ni tak berapa sesuai sangat la jalan masuk dia sebab kau kena masuk kot dapur, Busuk sangat. Tapi kat depan tak la. Ok je.



Hari tu agaknya cuti berderet sekali ngan Thaipusam kan, gamaknya ramai la pelancong luar Perlis datang. Linda penuh gilaaaa!!! Sampai ikan siakap semua takde. Aku first time makan ikan gerut (tak tau la betul ke tak aku eja ni). Boleh la ikan dia, tapi lagi sedap siakap kot.



Penuh.

Tiap kali aku datang sini, kedai next to Linda ni selalu kosong. Memang takde orang makan kat situ. Kesian pulak aku tengok. Kedai yang tak laku ni diapit oleh kedai Linda and another kedai yang also ramai orang datang tapi pelik apesal takde orang datang kedai dia. Tapi memang pilihan seafood dia tak banyak but then pelik la jugak takkan sampai takde orang nak try makan situ kot kan.

But, selama beberapa kali aku dah makan kat Linda, dari dulu sampai now, kedai yang tak laku tu masih lagi bertahan walau tak laku pun. Kagum kan? Camana dia boleh sustain. Takkan kau tak stress kot tengok kedai kiri kanan penuh sampai tak cukup meja.

Kagum.
Bukan kagum sebab tak laku.
Tapi kagum sebab dia masih boleh 'hidup' walaupun bisnes dia tak semaju kedai sebelah.



Tengok ni kagum tak agak-agak?



Ikan gerut bako




Rayyan nampak budak ni "Ma, tu! Ma, tu!" (tu je la pun yang dia pandai)

Aku "Pegi lah, tu kawan tu"

Dia pun pegi dekat.
Dia hulur tangan nak salam.
Budak tu terus masukkan tangan dalam poket seluar.
Hahahhaah.
Mesti budak tu cakap "Der, kau sape nak salam aku??"

Tapi dua-dua ni tetap berdiri mengahadap-hadap dekat 10 minit tapi takde tindakan susulan. 
Sukati ko la nak. Diri la ko masing-masing kat situ, mak nak makan nasik ni.

Tapi malam tu service agak fail sikit maybe sebab terlampau ramai orang.
Dah la lambat, lauk semua dah sampai baru dorang bagitau nasik habis. Boleh?
Aku dah la kebulur ni.
Terpaksa tunggu another 30 minit.
By the time nasik sampai semua dah takde selera nak makan sebab terlampau lama menunggu.
Ngantuk and penat pun satu hal gak.
Makan lebih kurang, balik bilik, aku rasa aku cecahkan kepala ke bantal je terus padam.
Sedor-sedor nampak mak mertua aku tengah Subuh.

Terus siap-siap, En Wan lari kejap ke jeti beli tiket kul 8.15am.



Lepas checkout, terus breakfast kat cafe T Hotel.



Tak banyak pilihan, tapi ok la kan. Ada nasik goreng, ada roti bako. 
Kot nak expect lelebih pun agak-agak la.



Feri dah standy dari subuh lagi.
Berlepas seperti yang ditetapkan, takde delay.
Alhamdulillah dapat feri besar.
Tak ramai orang, so sangat selesa.



3 kerusi conquer sorang-sorang



Yang tak selesanya bila bawak si kenit ni.
Dia punya terpekik la kat dalam tu macam nak kena campak kasik makan jaws je gayanya.
Maklumla jakun tak penah naik feri. Adoiyaiii.



Jeti Langkawi.
Kat sini belum apa-apa lagi hook bra aku dah tertanggal sebab menjaga si Rayyan ni.
Atas dukungan aku pun dia bole bersilat okeh? Mana tak tercabut hook bra aku.



Memberi amanat kepada anak bujang supaya jangan bersilat kat kedai Hj Ismail nanti. Kalau pecah pinggan dalam kedai tu aku pecahkan kepala lutut kau.
Begitulah adanya amanat saya.



Semua busy dengan aim masing-masing....

Nak tau Rayyan busy buat apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Busy tolong packing barang.

Anak kau ada camni?



Orang packing dia pun packing.
Orang tarik plastik, dia pun tarik plastik.
Yang aku heran tu brader yang packing ni tak kisah lansung.

Anak aku ni memang berminat betul jadi staff logistik and operation.
Tak dapat jumpa Pos Laju, kat kedai Hj Ismail pun jadikkkkk.




Lepas buat packing sudu, tolong susun penyepit pulak.

Sebab tu aku cukup tak berani nak bawak Rayyan pegi rumah orang.
Takut jadi kebencian orang.
Sebab dia memang cukup pandai mengemas!




Ingat nak bagi dia umpan mainan ni senyap la sikit.
Tak pun.
Dia pegang kejap je, pastu dia tolong sambung packing balik semula.
Rayyan ni tak pandang mainan, kalau sudu sudip tu memang cukup berkenan.



Keluar je dari Hj Ismail, terus carikkan baju lain untuk Rayyan salin kat depan kedai tu jugak.
Berlendir!!!





Kejap je kitorang kat Langkawi. Masuk Langkawi semata-mata nak beli cokelat ngan pan je.
Saje nak bawak mak mertua jalan-jalan kekdahnya.

Lepas je beli baju Rayyan terus balik jeti semula.
Makan jap kat KFC then terus lepak kat jeti.

Lalu depan kerusi urut ni mak mertua aku tanya "Bakpe orang berdiri? Tak duduk kat krusi ni?"

Sah, mak mertua aku tak penah try kerusi ni.
Makaaaaaa, kita kasik dia try satu kali!

"Uihhh, pandainya dia urut. Macamkan orang urut je"

Aku ngan En Wan pun urut gak sekali. RM3 untuk 8 minit.
4 minit je aku dah rasa azab.
Aku mana suka urut-urut ni. Masa dia tumbuk-tumbuk belakang tu mendada-dada bergegor-gegor tetek aku. Malu ai.
Terus ganti dengan bibik.



Get ready nak balik dengan bahan muatan hasil rembatan.
Seb baik 2 jam je kat Langawi. Kalau 2 hari ada harapan barang masuk kargo.





Masa nak balik, feri kitorang berlepas ikut waktu.
Kesian lagi satu feri, kena tunggu lagi setengah jam sebab delay.
Kali ni feri lagiiiiiiiiiiiiiiiiii besar.
Tapi penuh.
Tapi tak mendatangkan efek kat aku sebab aku bantai tido.




Sebelum keluar dari Perlis, aku bawak dorang pekena laksa Kak Su.
Wahhh cam tourist guide je gayanya. Tapi kena pakai GPS gak. Kalau tak, sesat.

Meleleh air lioq tak?



 Gamba cilok kat Bayview website


Patut plan masuk Seri Malaysia, tapi bertukar sebab customer USM nak jumpa pagi. So kat situ jugak decide lepak Feringgi je la, dah alang-alang masuk Penang.

Call hotel carik room yang ada connecting door. Semua takde.
Yang ada pun cuma Bayview Beach Resort je.
Tu pun hillview.
Hillview pun hillview la janji bersambung. Ok la bilik dia RM355/room with breafast for 2.
Redza kena ambik additional breakfast coupon.
Bilik mak, aku bagi yang king bed sebab Rayyan tido dengan dia.
Bilik aku asalnya camni :


  


Tapi kitorang jadikan camni :

Bilik dia spacious. 
Takde la sempit aku ngan En Wan nak berkejar-kejaran keliling sofa tu.



Aku sampai je bilik terus padam.
Dorang semua keluar ke pantai.
Aku tak kosser nak ambik tau.



Malam, aku, En Wan and Redza ke keluar pi makan kat waring depan Bayview ni.
Dulu, masa duduk kat Golden Sands pun kat depan ni jugak kitorang makan.
Ada seafood.
Boleh la...



 Bayview ni sebelah Hard Rock Hotel je, so lepas makan masuk Hard Rock Shop. Si tua ni nak beli T Shirt.



Pastu feeling-feeling tourist jalan-jalan sekitar kedai-kedai sepanjang jalan.
Beli jagung bako...



Beli eksrim...



And beli baju mandi Rayyan.
Pastu balik.



Perasan tak baju-baju aku mix and match je?

Aku kalau travel memang malas bawak baju.
Aku bawak seluar 2 helai, cardigan 2 helai, inner satu, sleeveless blouse 2 helai.
Jadiklah. 
Siapa pun nak tengok aku kan.



Cafe




Apa-apa hal pun, kena isikan botol si kenit ni dengan orange juice supaya dia duduk senyap setempat.



Kasik mak and bibik makan dulu.



Biar aku jaga Rayyan dulu. Pastu baru turn aku pulak makan.






Makanan kat sini aku puas hati sangat-sangat.
Banyakkkkkkkkkkkk sangat pilihan.
Lagi best dari Thistle.



Lepas makan melawat tapak jap, sebab petang semalam aku tak sempat buat lawatan.
Yang ni pool dewasa.



Ni pool baby



Jalan keluar ke beach



Rayyan skarang dah pandai posing.
Asal suruh bergamba je nanti dia kangkang kaki macam tu.
Pose maut habis la tu.

 


Masa ni aku naik hantu kejap.
Redza nampak kuda kat pantai. Kemain beria-ia dia cakap nak naik kuda.
Aku pun cakap la kat En Wan naik la dengan Redza bawak Rayyan sekali.
Elok je aku dah set dengan brader kuda tu, dia cakap taknak naik pulak.
Terus aku bertukar jadi mak tiri Bawang Putih.

Ni namanya gatal. Orang naik kuda kau pun nak.
Bila aku suruh naik, kau melalak-lalak taknak.
Anak-anak aku ni semua penakut macam aku jugak sebenarnya kalau naik benda tinggi-tinggi. Tapi aku sedor diri, dah tau takut aku tak mintak naik. Ni kau dah tau penakut kau lagi mintak-mintak. Bila aku dah persembahkan kuda kau menyembah-nyembah bumi taknak naik.

Last-last En Wan dengan Rayyan je naik.



Tu pun ketat je muka Rayyan kena naik kuda.



Ada gaya pensyarah tak?
Dengan iPAD kepit celah ketiak.



Macam mandor pun ada gak sekali imbas



Lepas habis kat beach, patah balik ke hotel sebab dorang nak mandi pool.




Sian bibik, tak dapek nak mandi pool dewasa sebab takde bikini.
Kena la terjun kolam baby je.



Tapi kesian pulak, dia nak rasa masuk dalam jakuzi, so aku suruh berendam kejap dalam ni sabit nak bergamba je.





Dah tak jumpa la aku nak berendam dalam pool pasni...:(
Belum datang seru nak mandi lam kolam.




Sementara nak checkout, sempat dia ngan bapak dia masuk jap tempat main game ni.


Terasa penat cuti macam ni.
Orang pi island hopping, aku state hopping.
Minggu lepas jelajah selatan, minggu ni jelajah utara.
Ok pasni semua duduk rumah dendiam. Bulan 3 sok baru kita start jelalah mana-mana lagi yang patut.

Bawak En Wan masuk USM tunjukkan kat dia mana tempat and building aku selalu pergi.

"Banyaknya tempat awak pegi..."

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Baru kau tauuuuu.
So pasni jangan ngengada nak suggest kat aku "Di, gi USM balik hari je la.."

Balik hari????
Kem salammmm.

posted by aveo757 @ 1:31 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER