2013-02-04
Femes
Lately ni aku macam liat nak update blog.
Bukan malas, tapi ada benda nak kena settle before end of this week.
Takat nak update 2 perenggan takde masalah untuk orang yang kuat bercakap macam aku, tapi kalau 2 perenggan macam sampah, baik takyah la kot (eh, bukan selama ni entry kau banyak yang sampah ke?)
Until la kelmarin aku meng-google artikel kat internet, terbumped into satu blog. Tak ingat la blog sape, sebab bila aku baca satu blog pastu terjumpa macam tajuk best, jump pi blog lain pulak. Pastu nampak tajuk best, jump lagi pi blog lain pulak. So aku tak sure apa tajuk blog tu. Entry dia lebih kurang macam sound haters dia la kot. Blog remaja-remaja aku rasa budak ni.
Membuatkan aku teringat zaman aku blogging awal-awal dulu.
Maybe masa tu baru berjinak-jinak dalam blogging, so pembaca blog aku pun dikalangan blogger-blogger yang fresh-fresh jugak. Antaranya Peej, Ceera, Filla, Virus, Zizie (aku tak tau dia blogging lagi ke tak) and ada a few more yang aku dah tak ingat sangat. Dorang semua ni dah masuk kategori blogger-blogger otai now.
Mungkin zaman dulu semua masih fresh, jadi pembaca pun tak seramai sekarang.
Bila tak ramai pembaca, maka tak ramai yang tau kewujudan blog kami.
Bila tak ramai yang tau blog kami, maka tak femes.
Bila tak femes, kurang perhatian.
Bila kurang perhatian, kuranglah haters.
Jadi bila takde yang ambik port tentang blog kitorang, maka kitorang blog pun sangattttt natural.
Bukan maksudnya sekarang tak natural tapi adakalanya bloggers terpaksa menjadi bukan diri sendiri.
Maksud aku cenggini.
Aku ambik salah satu contoh komen yang aku penah dapat dari anonymous tentang satu entry aku. Entry apa dah lupa tapi entry tu like this "Mak Aji kan kalau aku pukul cucu dia (Redza) wah kemainnnn lagi dia backing. Balik-balik aku yang kena marah balik. Dulu time aku kecik dia bantai aku sikit aku tak cakap apa-apa. Aku tadahkan pantat aku untuk dibantai lagi ada. Paling kuat pun aku melalak sehari suntuk"
Kalau orang yang biasa baca blog aku dari awal, aku jamin dia baca ayat kat atas tu seimbas lalu tanpa ada rasa apa-apa pun.
Tapi ada jugak makhluk yang sangat bersopan gitu kekdahnya.
"Mujur mak kau pukul kau masa kecik. Cara-cara kena bantai pun dah besar kau tetap kurang ajar. Kalau tak kena bantai mesti kau lagi cilaka dari sekarang".
Hahhahaa.
Gelak tak baca?
Seriesly aku bantai gelak masa dapat komen ni.
Kekdahnya nak 'menasihati' kita supaya jangan kurang ajar dengan mak.
Kekdahnya nak tunjuk kat kita cara kita tu salah.
Tapi ujung-ujung dia memaki aku.
Mesti dia dulu tak penah kena pukul lansung sebab tu lagi cilaka dari aku. Kan?
Keh keh keh.
Adoila...konfius mak.
Aku pun tak tau apa motif orang-orang macam ni.
Why la some people ambik semua benda dengan serius?
Kau takde gen-gen jenaka ke.
Saraf geli kau kejung ke apa yang sampai tak tau beza statement serius dengan statement tak series.
Filla dulu dia penah cerita kat aku and Elly ada anonymous (biasak la kan...takkan nak tunjuk nama. Kalau tunjuk nama pun takkan berani tunjuk gamba) mengutuk dia pakai short kot. Dia kata betis Filla 'betis tua'.
Aku ngan Elly dengar macam nak terkencing gelak. Like heloooooooo...BETIS TUA???
Maybe nak jaki kat benda lain tak dapat, kutuk la betis. Jadiklahhh.
Betis tua tapi muka tak tua takpe beb.
Kahhhhhh!
Aku rasa blogging zaman skarang tak best bukan sebab zaman ni yang tak best.
Tapi blogging tu dah jadi tak best bila sampai ke satu tahap blog kita dah makin ramai pembaca.
Bila makin ramai orang baca, makin ramai la yang offer jadi auditor.
Check and balance gitu.
But thank you jugak.
Kalau takde check and balance maybe those otai bloggers tak jadi sehebat tu.
So apa cerita para auditor itu skarang? Sudah majukah anda?
Sila jawab sendiri.
Ada certain blogger otai yang terpaksa keep it low disebabkan auditor-auditor ni semua. Dan aku faham kenapa. Sebab some auditors ni ada yang spesis pelik.
Dia tak dapat bantai kau, dia bantai laki kau.
Dia tak dapat bantai laki kau, dia kutuk anak-anak kau.
Dia tak dapat jatuhkan kau, dia takde hal nak buat cerita pasal kau.
Motif dia satu.
Dia nak kau masuk gaung.
Tu je motif dia.
Point-point seperti kau show off, kau tayang kebahagiaan, kau tayang slip gaji, bla bla bla tu semuanya hanya modal untuk membantai je.
Contohnya Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza tu apa dia buat?
Ada dia curik limelite kau?
Dia tak pakai tudung orang kutuk.
Dia pakai selendang keluar jambul pun orang kondem.
Dah bertudung litup tetapppp orang tak puas hati.
Hellooooo apa yang ko nakkkkkk???
So sebenarnya tudung tu cuma bahan nak jadikan modal mengutuk Siti.
Padahal motif orang tak suka dia tu sampai sekarang masih tak dapat dikenalpasti.
Perasan tak ada statement-statement like "Blogger A ni sejak dah popular entry-entry dia makin tak best".
Sebenarnya bukan Blogger A tu tak best.
Sebenarnya dia terpaksa menge-had-kan berkarya dek kerana auditor-auditor tak bergaji ni la.
Nak menjaga hati suami, anak-anak, keluarga, etc.
Toksah kata blogger-blogger otai.
Prof Muhaya tu pun ada haters.
Apa dia buat?
Ada dia kacau orang?
UAI yang ulamak tu pun ada haters.
Apa dia buat?
Ada dia maki kau?
UAI lagikan orag bantai, inikan lagi Najib.
Rosmah.
Anwar.
Tok Guru.
.....dan banyak lagi nama-nama femes.
Auditor ni semua sebenarnya takde motif pun.
Dia cuma mencari modal untuk bantai kau je.
Apa kau buat takkan ada yang betul.
Yang betulnya sebab kau femes.
Kau jadi perhatian.
Tu je salah kau.
Cuba kalau kau tak femes, ada orang kisah?