2013-02-08

Photoshoot di malam hari



Cardigan dah sampai malam tadi pukul 8.10pm.
Aku cakap kat FEDEX aku tak kira, kena hantar kat aku hari ni jugak sebab aku ada satu hari je lagi untuk settlekan postage. Dah la package aku kena tahan kat kastam sebab 4 kotak gabak sekali sampai. Semalam je dah sangkut sehari suntuk.

Eslok je sampai, terus aku ajak En Wan masuk opis.
Gigih la laki bini ambik gamba berlatar belakangkan dinding.
Kalau fotoshoot yang tak perlu nampak muka, memang aku dapat la kot job ni. Wakkakak.




Behind the scene.


Ni kat bilik jahitan.
Asalnya bilik meeting yang telah dibaraikan untuk dijadikan tempat tailor menjahit.

Dinding bilik ni cream.
Aku kata oneday aku nak transform sebahagian dari kawasan bilik ni untuk ada satu dinding putih untuk aku shoot produk-produk aku, tak kira la untuk company or untuk Fleur Closet.

Dan-dan tu dia pegi ambik kertas putih nak buat kolar baju tu, dia pi tepek kat dinding biar jadi background putih. Kertas tu dah la pendek. Sardinnn je muka dia pi tepek kertas lain kat belah bawah. Dah macam mama kotai je aku tengok.
Seb baik la aku berdua je ngan dia kat opis tadi, so terpaksa la aku behave sikit.
Laki aku ni bukan boleh aku sound-sound dia tatkala berdua-duaan. Kang hantu dia sampai, tak pasal je aku kena rogol kat bilik tu jugak.

Last-last aku cakap kena masuk bilik aku jugak nampknya ni untuk bergamba.
Terpaksa la laki bini bergotong-royong mengangkut cermin besar kat bilik jahit tu masuk bilik aku supaya aku boleh posing mengadap cermin (takde la posing mana pun. Macam penyanyi nasyid je).
Reason aku bawak masuk cermin tu sebab aku kalau bab bergamba ni memag aku tak caya ngan En Wan. Dia ni apa aje la yang aku posing walau aku menyenget sekalipun dia bantai "Ok! Ok Di! Cun!". Semua benda dia bantai cun.
Bila tengok gamba. Ye benar, cun.
Sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttt lah!
Aku rasa sebab dia tak tau apa beza cun dengan tidak cunlah maka dia dapat aku.





Seperti yang dijanjikan, ada 10 color.

Orange * Red * Grey * Mustard * Green * Fuschia * Blue * White * Khaki * Black

Sila la pilih mana yang berkenan.
Available now kat www.fleurcloset.com, atau boleh klik sini
Informasi tentang cardigan ada dalam website.

Ok ni pasal harga pulak.
Baca sini baik-baik.

Harga cardigan adelah RM37/pc.
Postage sehelai adelah RM6. Tapi kalau beli 3pcs, postage RM12. So, beli je la 3. Sekali harung.
Kalau nak beli lebih dari 3 pun boleh.
Yang ni setting untuk Semenanjung.
Sabah Sarawak ada harga dia sendiri.

PAYMENT DIBUAT SECARA OFFLINE.
Bila dah dapat total amount untuk dibayar, sila email aku untuk dapatkan banking details.Reason dia sebab postage setting lari, tak sama dengan actual rate. Siapa bayar guna Paypal, aku akan email korang untuk mintak additional payment for postage sebab postage rate dia tak sama dengan rate pos laju. Maybe kitorang yang tak reti setting.


So until we figure it out, all payment pakai offline dulu ya.

Sekian.

p/s : Sorry, kepada buyer Ephya yang dah order semalam (Khamis) semua akan di-post today (Jumaat). Sorry, aku perlu settlekan banyak benda so hanya dapat pos today. Sorry again.