2013-02-17

Email

Frens,

Aku terima banyakkkkkk email ke aveo757@yahoo.com bertanyakan pasal Ephyra Promo Trial Pack and Cardigan. Aku memang tak jawab email-email ni, aku cuma mark as unread supaya senang nak respond bila balik nanti.

Untuk pertanyaan nombor akaun, please email ke : contact.fleurcloset@gmail.com. Ada orang yang akan respond to your email. Nak tanya stok cardigan pun boleh sebab my dear asistant tu update-kan inventory. Seingat aku, hari Sabtu lepas sehari sebelum aku gerak tu cardigan red tinggal lagi 22 helai. Kaler-kaler lain aku rasa ada lagi kot. Boleh email ke contact.fleurcloset@gmail.com.

Kalau nak beli ephyra also, samada boleh beli terus guna Paypal atau email untuk dapatkan akaun aku. Promo Ephyra on sampai end of this month. So yang tanya boleh beli lagi ke tak, jawapan dia YES, sila beli :).

Now tengah rest dalam bilik. Baru balik dari buat umrah. Jap lagi zohor.

Semalam ziarah ke Jabal Rahmah, Gua Hira' and Mina and Arafah. Walaupun bukit Jabal Rahmah tu quite tinggi, boleh tahan mengah nak sampai ke atas, tapi aku tetap 'temankan' En Wan. Sungguh beria-ia dia nak naik ke atas. Ustaz pesan, yang isteri temanlah suami ke atas berdoa, jangan amin-aminkan saje di bawah. Kang tahapa-hapa suami kau doa kat atas tu, yang kau aminkan aje kan? Haha.
Baiklah ustaz, saya ikut pesan ustaz.

Semalam first time buat tawaf masa matahari tegak atas kepala. Merasa la zohor kat saie'. Bumi Makkah ni memang kuasa dia lain. Selama ni aku pantang berpanas. Masuk dalam kereta yang berbahang pun dah migrain sehari suntuk sampai nak terkeluar bijik mata sebelah kiri. Kat Makkah, tawaf bawah terik matahari, alhamdulillah, tak rasa apa-apa. Memang lain Tanah Haram ni. Patut lah Tanah Haram ni tanah yang haram dibakar api neraka. Sangat lain rasanya.

Yang tanya nape aku tak letak gamba sikit kat blog, jawapannya adelah sebab aku dah banyak kali send gamba kat FB akaun pertama. So kat blog memang tak letak. Cukuplah kat FB je dulu.

Ok, zohor time.
Later.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone