Hari kedua, hari ziarah luar.
Kitorang dibawa ziarah a few masjid and Bukit Uhud.
Pagi tu lepas Subuh, pekena mee goreng kat dining hall.
Makanan memang superb la, alhamdulillah.
Memang takde komplen punya bab makan.
Kat sini aku paling seronok bab kalau ada menu telur rebus.
Sebab telur rebus dia semua dia dah siap retak-retakkan, tapi kau kupas la sendiri.
Telur dia putih, so aku kejakunan kejap. Seronok pulak keje mengupas telur ni.
Lepas breakfast, semua turun lobby untuk get ready ziarah luaran.
Gambar dari dalam bas.
Tempat pertama pergi adelah Masjid Quba'.
Masjid ni masjid pertama yang Rasulullah dirikan setibanya dia di Madinah.
Kalau sesiapa bersolat di sini, ganjarannya sama dengan pahala ibadat umrah.
En Wan nak menjaga wudu', tapi at the same time nak berkepit-kepit dengan aku. So aku terpaksa pakai sarung tangan. Makcik Arab pun sujud agaknya tengok aku jaga aurat. Pehhh.
Masa ni aku masih period, so Ustaz suruh aku niat untuk bersolat sunat je, tapi tak perlu dilaksanakan, mudah-mudahan Allah terima. Amin.
Ni En Wan snapkan pemandangan dalam masjid Quba'
Kat Madinah ni rasanya pemandangan luar masjid sama je kot, mesti ada jualan. Bagus gak kalau depan masjid kat Malaysia ni ada jual kain baju segala.
Oh lagi satu kan, masa kitorang jenjalan kat area jual-jual ni terpandangkan ada orang jual kain ela.
Aku cakap kat En Wan "La, kat sini pun dorang ada jual kain ela, bang. Kita beli nak, boleh buat baju kurung"
Rupanya, bila aku dah boleh solat, nampak ramai orang-orang Arab pakai 'kain ela' tu buat kain sembahyang. Rupanya itu memang kain sembahyang dorang. Seb baik aku tak beli. Cis.
Tapi jangan expect la dorang nak lipat cantik-cantik, susun-susun baju, shawl, pashmina macam kat sini. Dorang kirai-kiraikan je. So pandai-pandai ko la nak punggah and belek. Maybe dah cara dorang macam tu kan.
Tempat seterusnya adelah Bukit Uhud.
Boleh la baca kisah Perang Uhud kalau nak tau apa yang terjadi di sini. Ustaz tu tunjuk di kawasan mana Rasulullah terjatuh dalam perangkap. Bila kita tau kisah Perang Uhud dan berada di tempat tu, kisah tu benar-benar terkesan di hati. Masa Ustaz bercerita, aku pandang Bukit Uhud tu and imaginekan bagaimana keadaan perang dulu pun dah bergenang airmata.
Uhud ni tersendiri, tak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Di dunia ni ada 2 benda yang Allah tunjukkan, di mana 2 benda ni juga akan berada di syurga. One is Raudhah, second is Uhud. Rasulullah saw bersabda, kalau kita melihat Uhud sekarang, insyallah kita akan melihatnya lagi di syurga.
Kat sana ada diletakkan gambar bagaimana kronologi Perang Uhud.
Satu benda yang aku seronok di sana sebab sejarahnya jelas.
Masa kecik dulu aku baca 25 kisah Nabi, di Madinah, aku dapat tengok sendiri kesan-kesan sejarah macam yang aku baca dalam buku. Sangat jelas and terbukti sejarahnya.
Masa ni mendengar kisah Perang uhud dari Ustaz, berdepan dengan makam para syuhada yang gugur semasa Perang Uhud.
Ni lah kawasan perkuburan para syuhada Uhud. Di sini juga makam bapak saudara Rasulullah saw, Hamzah bin Abu Talib yang mati terkena tombak hamba abdi Hendon. Rasanya semua tau kot how Hendon melapah jantung Hamzah sebab terlalu benci sebab Hamzah bunuh ayah dia time Perang Badar (boleh rujuk buku sejarah).
Ustaz kata, asalnya, makam Hamzah ni di lereng bukit Uhud. Satu masa dulu Madinah hujan lebat sampai tanah terhakis and menampakkan jasad Hamzah. So dorang pindahkan. Masa tu dorang terperanjat bila nampak jasad Hamzah tak terusik dan masih panas. Betullah, para syuhada' tu tak pernah mati sebenarnya.
Beruntungnya dorang yang dapat tengok jasad Hamzah.
Lepas Uhud, kita pergi beli kurma pulak.
Camwhoring session dulu apa-apa hal pun...
Pasar Kurma.
Kat sini kitorang tak beli pun sebab mahal.
Sekilo kurma Nabi harga SR100!
Kat mall depan hotel aku baru SR75/kg. Yang heran tu kan, kat sini cuma ada jemaah dari Malaysia and Indonesia je. Jemaah negara lain takde pun. Ni mesti set-set macam bas-bas yang bawang pelancong gi beli kepok lekor kat Losong la ni. Padahal Batu Rakit lagi sedap, tapi sebab ada 'share' kat Losong maka bawak je la kat Losong.
Tapi sebab dah sampai kan, so kitorang beli sekilo coklat je. Buat syarat. Ada la kenangan dah sampai sini. Tapi kat sini banyak pilihan. Segala macam jenis kurma, kacang, cokelat, semua ada sini. Jadi kat sini senang jugak sebab boleh beli sekali harung.
Language-wise, jangan risau. Pak Arab semua pandai cakap bahasa Indonesia. So ko boleh cakap melayu ngan dorang.
Disebabkan tak pergi ladang kurma, hanya pergi pasar kurma, maka kita tumpangla ladang kurma ntah sape-sape ntah kat blakang ni untuk bergambo.
Lepas tu kitorang lalu Masjid Tujuh.
Ada 7 buah masjid berdekatan sini. Masjid-masjid ni dibina semasa Perang Khandak.
Masjid ni tempat umat-umat Islam bersolat and pasukan dorang kekal berada di situ (setiap masjid).
Tapi disebabkan banyak masa habis kat Pasar Kurma, so kitorang tak dapat tutun ziarah, cuma lalu je. Jadi tak dapat la tengok Masjid Abu Bakar, Masjid Ali, Masjid Fath, etc. Actually dulu memang 7 tapi untuk besarkan kawasan, rasanya ada sebahagian yang dah diruntuhkan.
Ini Masjid Rasulullah, dorang kekalkan.
Sedih bila tengok.
Terbayang-bayang Rasulullah dan pasukannya bersolat sambil berkawal kat sini.
Sepatutnya ada 2 buah lagi masjid dalam program ziarah luaran ni.
Tapi nak dijadikan cerita ada sorang makcik ni hilang masa kat Masjid Quba'. Dia tak jumpa bas agaknya. Dekat 45 minit habis masa tunggu dia. Tu yang tak sempat nak ziarah Masjid Qiblatain and Masjid Jumaah. Tapi lalu je la kat depan.
Masa makcik tu hilang, memang kelibut gak la family dia.
Tak sure macamana boleh hilang. And aku tak pasti if keluarga dia ada telifon makcik tu or not, tapi memang tak jumpa. Bila Ustaz naik bas tanya jemaah dah cukup ke belum, and the family perasan sorang family member takde, and tak dijumpai walau dah dicarik, Ustaz tu turun tolong carik. Alone.
Masjid Quba' tu bukan kecik-kecik kawasan.
Memang kawasan ziarah utama, jemaah berbagai negara singgah sini.
Tapi berkat seorang Ustaz agaknya, kejap je Ustaz tu masuk dalam masjid, carik and jumpa.
Ni Masjid Qiblatain. Masjid ni masjid 2 kiblat.
Masa Rasulullah solat mengadap Jerussalam, semasa solat dia dapat wahyu kiblat beralih ke Mekah. So sewaktu rakaat ketiga, Rasullulah saw beralih kiblat. Sebab tu nama dia Masjid 2 Kiblat.
Masjid Jummah pulak masjid di mana Rasulullah saw lead solat Jumaat yang pertama.
Kat Madinah, macamana jauh pun kau ziarah, dorang akan pastikan kita solat di Masjid Nabawi. So kalau terjadi kes-kes luar jangkaan macam orang sesat yang mengambil masa ziarah, memang takkan sempat nak singgah ke banyak tempat. Patutnya kalau sempat, akan ke tempat percetakkan Quran sekali. Takpelah, maybe next time datang lagi sini kita cuba pergi sendiri.
Aktiviti lepas zuhur.
Beli jubah.
Kat masjid Nabawi, ada tempat untuk orang-orang di sana ambik air zam zam bawak balik rumah.
Kalau nak tadah kat drinking area tu boleh jugak, tapi makan masa la kalau nak penuhkan satu tong, sebab paip dia muat-muat masuk mulut kau je.
So ada waktu-waktunya dorang buka untuk orang Madinah ambik air zam zam.
Kita takyah la nak meramaikan barisan ni. Kita nanti time balik agensi bekalkan siap-siap.
Ini adalah karpet Raudhah.
Karpet dalam masjid Nabawi semua kaler merah. Yang membezakan kawasan Raudhah adalah karpet. Karpet Raudhah kaler hijau. Ni En Wan yang snap. Masa ni dia tengah nak solat sunat agaknya, so dia snapkan sekali.
Macam ni la keadaan dalam Raudhah.
Sesak!
Semua bertumpu nak duduk sini taknak bangun-bangun. So mana yang bertimbangrasa tu nanti dia kasik la kau tempat untuk kau solat.
Just imagine, kat mana kau nak bersolat kalau bersimpang-siur berhimpit-himpit macam ni kan?
Tapi percayalah, insyallah akan ada ruang untuk ko sujud dalam ni.
Aku tengok mula-mula pun macam eh camana nak solat kalau macam ni?
Tapi bila aku experience sendiri dalam Hijr Ismail, then aku tau. Kalau kita betul-betul niat nak solat, insyallah Tuhan bagi jalan. Kat Hijr Ismail, aku cerita kendian.
Ini Mihrab Nabi.
Inilah tempat tumpuan ramai orang. Semua kalau boleh usaha nak solat kat sini.
Macam ni lah keadaan jemaah yang menziarah makam Rasulullah saw.
Dari kiri hujung, Makam Rasulullah.
Then makam Saiyidina Abu bakar.
Then makam Saiyidina Umar.
Ni lah gambar jarak dekat Makam Rasulullah.
Lalu depan ni sangat wangi.
Even kat Raudhah pun sama, walaupun Raudhah tu open area, takde pemisah antara ruang solat biasa dengan Raudhah tapi area Raudhah sangat wangi.
Semoga kita sama-sama akan sampai lagi ke sini.
Bila dah menziarah tempat-tempat kesan sejarah Rasulullah, and kembali menziarah makam, makin sayu rasa hati.
Terasa diri kita sangat lemah. Memang lemah. Sangat jauh la diri kita nak bandingkan dengan mereka-mereka yang terdahulu yang sanggup bersusah-payah untuk Islam. Apetah lagi nak jadi sekuat Rasulullah. Aku ni nak istiqamah bangun solat malam pun berkira-kira. Ya Allah, ampunkanlah kami semua.
Demi Allah, dulu masa aku dengar lagu Hijjaz - Rasulullah, kesan dia tak seperti sekarang.
Lepas aku berada di Madinah, menjejaki footstep Rasulullah, everytime aku dengar lagu ni menitis airmata.
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Ya Rasulullah, insyallah kami datang lagi.
Bila dah menziarah tempat-tempat kesan sejarah Rasulullah, and kembali menziarah makam, makin sayu rasa hati.
Terasa diri kita sangat lemah. Memang lemah. Sangat jauh la diri kita nak bandingkan dengan mereka-mereka yang terdahulu yang sanggup bersusah-payah untuk Islam. Apetah lagi nak jadi sekuat Rasulullah. Aku ni nak istiqamah bangun solat malam pun berkira-kira. Ya Allah, ampunkanlah kami semua.
Demi Allah, dulu masa aku dengar lagu Hijjaz - Rasulullah, kesan dia tak seperti sekarang.
Lepas aku berada di Madinah, menjejaki footstep Rasulullah, everytime aku dengar lagu ni menitis airmata.
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Ya Rasulullah, insyallah kami datang lagi.