2013-02-23

Catatan Umrah - Madinah Day 1


Alhamdulillah, aku dah selamat sampai dari Makkah semalam, touched down around 3pm.
Flight dari sana pukul 1am (Malaysia 6am). Mujur takde delay.
Sedang elok bergerak pun dah pukul 1 pagi, so aku takde masa nak pikir pasal turbulence ke apa ke, cecah je bontot atas seat, terus padam. Sampailah lagi sejam setengah nak mendarat baru tersedar. Tak makan lansung atas flight, sampai dah masuk ke meal kedua, aku masih membuta.

Ok, cerita pasal umrah.

Kitorang bergerak dari rumah 10 Februari, pukul 11.30am.
Mak Aji and Pak Aji yang hantar.
Thank you to Ima and Azrul yang sanggup datang jauh dari JB untuk hantar akak terchenta ke airport. Walaupun sebenarnya aku tau dia balik bercuti for CNY.  Tak kisah la, janji ramai orang memeriahkan keadaan kat airport.

Mood nak ke umrah masa ni masih blur.
Masa mula-mula decide nak ke umrah, sangattttttttttttt lah excited. Bila dah hari nak pergi tetiba rasa cuak.

Actually, keinginan nak ke umrah ni dah lama dah, waktu aku mula-mula mengandungkan Rayyan lagi terasa-rasa macam nak pergi. Nak pergi sangat-sangat tapi aku takut sebab keadaan aku masa tu nampak macam belum ready. Hati memang nak pegi tapi bila tengok diri kat cermin, alahaii..macam ni ke rupa gaya nak pegi? Ok, terus termati kejap niat.

Selepas diberikan gerak rasa untuk bertudung, hati tu makin rasa kuat nak pergi tapi macam tersangkut-sangkut dengan jadual keje aku yang terlampau busy. Aku dapat rasakan, schedule aku makin lama makin padat. Dengan keje-keje company yang travel tak berkesudahan, pastu tetiba terbukak satu cabang rezeki online business Ephyra, pastu tetiba terbukak lagi satu cabang tailoring, pastu dalam masa yang sama aku plan untuk setupkan own online business hub. Memang sentiasa ada je benda yang datang and aku leka dengan keje-keje tu. Ni lah dugaan yang aku tak sedar. Dia bagi, Dia bagi, Dia bagi, terlampau leka dengan keje sampaikan aku terlupa nak ziarah rumah Dia.

Sampailah satu waktu tahun lepas, aku plan nak beli something yang akan mengeluarkan duit yang agak banyak. Tiba-tiba kan, zappppp terfikir kat kepala "Apesal aku boleh plan nak beli benda ni tapi tak boleh nak beli tiket untuk ke Mekah?".

Tiba-tiba je tak tau ujung pangkal soalan macam ni muncul dalam kepala. Apesal ntah boleh terfikir. Selalunya tak. Main beli je.

Benda ni buatkan aku terfikir, betul jugak.
Macam-macam dah Dia bagi kat aku.
Tapi makin banyak Dia bagi, makin aku pegi ke negara lain.
Makin Dia bagi, makin aku beli benda lain.
Tiba-tiba aku rasa malu.
Aku rasa malu nak beli benda tu (barang yang aku plan nak beli) kalau aku tak sampai ke rumah Dia.
Esoknya, aku cakap dengan En Wan jom kita pi umrah. Kita ni dah jatuh hukum wajib pergi dah ni.
En Wan kata kena tunggu kalendar kilang dia release (untuk year 2013).
Dalam bulan Oct 2012, kitorang booked date ke umrah melalui UTAS Travel.

Alhamdulillah, paperwork proses nak ke sana lancar.
Seminggu sebelum berangat, dapat call dari UTAS bagitau visa clear.
Sebab tu aku tak bagitau awal-awal yang aku nak ke sana, sebab aku sendiri tak pasti if aku dapat pergi ke tak.

Tak mahal mana untuk 12 hari, cuma RM6900/person.

Complete dengan makan segala.
Agak-agak dapat pi negara lain 12 hari dengan harga macam tu, sekali dengan makan minum?
Tak dapekkkk.


Masa ni belum rasa excited nak pergi, sebab memikirkan keadaan aku yang jahil, aku tak sure if aku pergi dalam keadaan dah bersedia or not. Tapi mungkin sebab aku jahil maka aku dipanggil ke sana. Jemaah UTAS yang sama date dengan aku and En Wan ada lebih kurang 100 orang.



Rembat jubah Mak Aji. Aku cuma ada 2 helai je jubah. Jadi rembat sehelai jubah hitam and 2 helai jubah putih Mak Aji punya. Mak Aji kata takyah bawak banyak-banyak baju, beli je kat sana kalau sempat. Memang aku pun tak plan nak bawak baju banyak sebab aku tak tau apa nak expect kat sana. Aku cuma bawak :

5 helai jubah (termasuk 3 helai Mak Aji punya)
1 selipar
1 kasut pengawas (jauh perjalanan kasut pengawas aku ni rupanya, dah sampai GZ, dah sampai Makkah bagai)
2 telekung putih (telekung je, kain malas bawak)
2 helai telekung hitam
stokin
sarung tangan,
baju tido kaftan
2 seluar untuk dipakai dengan jubah.

T shirt ke, blouse ke, semua aku tak bawak. Aku macam rasa tak sempat nak pakai pun. Kau nak ke mana pun pakai blouse bagai kan. Beg tangan lagi la aku tak bawak. Aku ni clumsy kadang-kadang. Selalu tertinggal barang. Jadi, aku bawak barang sesikit yang boleh.



Masa ni Redza ikut sekali, tapi biasa la kan Redza mana boleh masuk gamba. Dia macam akan kena sumpahan pulak kalau bergamba, Tak paham aku. Rayyan memang aku tak bawak sebab aku yakin dia akan berpencak kat KLIA ni. Jadi, dia tinggal rumah dengan mak and Lenny. Sian mak aku, nangis dia masa En Wan cium dia. Ya la, selama ni dia tinggal dengan anak dia tu, sekali anak dia takde pulak memang la sedih.

Taklimat akhir sebelum berangkat, masa Ustaz tu cakap "Assalamualaikum para tetamu Allah.....", menitik-nitik airmata aku. Layak ke aku nak jadi tetamu Allah?

En Wan sedih sangat masa kiss Redza.
Memang a few days before berangkat pun dia banyak terfikirkan Redza.
Mau tak.
Mandi dengan papa.
Pakai baju pun dengan papa.
Pergi skolah papa hantar.
Buat homework pun dengan papa.
Tido pun papa yang bentangkan tilam segala.

Semua En Wan buat.

Aku lebih sedih nak tinggalkan Mak Aji and Pak Aji sebenarnya. Sebab aku rasa aku rapat dengan dorang.Masa Ibal salam, aku siap pesan "Apa-apa jadi kat akak, jaga mama papa".
Terus berubah muka Ibal.
Ha, baru kau tau takut.



Masa ni aku dengan En Wan dah masuk ke dalam, dah melepak pekena teh tarik kat restoran apa ntah, sambil-sambil tengok katerbang kitorang. Kitorang naik Saudi Arabian, tapi chartered flight. Sewa khas untuk jemaah umrah sahaja. Chartered flight tak macam Saudi Air commercial flight yang biasa. Chartered flight ni dorang tak pasang TV walaupun ada TV. Makan pun tak sekerap normal flight, makan 2 kali je. Tapi walaupun begitu, makanan dia sedapppppppp.


Aku tak pasti masa ni aku sedih or risau nak naik katerbang.
Tapi teh tarik tetap habis.


Rupanya dalam uncang kasut ni, UTAS bekalkan panadol, bam serai and biskut.
Sampai aku balik, biskut tu ada lagi tak bersentuh.





Tempat duduk aku and En Wan terpisah dengan aisle. Tapi satu row.
Makcik sebelah tu sampai hari aku balik dia panggil aku Ustazah, En Wan Ustaz.
Puncanya sebab dia perasan aku berzikir sepanjang 8 jam atas flight masa time nak pegi. Haha.
Tak pasal je makcik tu terpedaya. Padahal aku takut sebenarnya.
Aku takleh tido sebab kapal bergegar banyak kali.
Selalunya tiap kali kapal bergegar, aku akan memaki dalam hati.
Tapi sebab kita nak ke umrah, jadi untuk mengelakkan mulut aku terkeluar vocab-vocab yang tak sepatutnya, jadi aku baca la apa-apa yang patut.

Sampai ke sudah makcik ngan pakcik tu bahasakan diri aku ustazah.
Mudah-mudahan masin mulut makcik.
Kalaulah saya transform jadi ustazah makcik, bergegar bumi agaknya.

First meal, makan beriyani, bun, coleslaw and stobery cheese cake.
Secind meal makan satey kambing, salad with thousand island, choc moist cake and bun.
Dia ada selection pasta, tapi aku kenyang makan nasik, so aku pilih satey. Pun tak abis sebab satey dia bukan tahap-tahap Samuri okeh. Besar penumbuk Rayyan lebar satey dia!


 Flight aku direct to Madinah, jimat sikit masa.
Kalau turun Jeddah, kena naik bas another 6 hours lagi untuk ke Madinah. 
Sampai Madinah pukul 830pm (Malaysia 130am the next day).
Terminal yang aku turun ni biasa-biasa je.



Ha, tengok ni.
Betapa simplenya kaunter imigresen dia. Dah la bukak 2 kaunter je.
Padahal bukan dia tak nampak orang tengah bersampuk-haruk masuk. Dia wat dekkkk je.
Kalau banding dengan negara kita memang jauh sangatlah. Kita jauh lebih efisien dan semenggah.
Toksah banding dengan KLIA la, banding dengan LCCT yang dikatakan bermasalah tu pun, kita menang lagi. Masa ni ramai gak yang hangin dengan pak-pak arab imigresen ni. Dia macam takde rasa nak bekerja pun ada. Macam takde perasaan je tengok orang tengah ramai. Rilek je boleh minum kopi, siap la pulak yang kat kaunter imigresen tu boleh benti bersidai borak ngan member jap. Memang beristighfar ajelah aku kat sini.

Nak meloloskan diri dari imigresen kaunter ni je dah makan 2 jam.
Belum lagi masuk bab pak-pak arab yang jaga troli.
Dorang ni aku pun tak paham apa punya pesen. Padahal troli tu free, dia memandai-mandai letak charge. Tempat letak troli dia pi susun hujung nun. Pastu dia offer kita troli. Bila kita dah ambik, dia mintak duit. Boleh?

Macam kita yang muda-muda ni boleh la menapak ambik troli.
Yang makcik pakcik tua-tua ni camne agak-agak?
Korang yang pi sana, aku nasihatkan hati-hati dengan offer dorang ni.
Dorang ni offer ada makna.
Ada sorang makcik ni ingat pak arab ni nak tolong tolak troli, sekali ujung-ujung dia mintak bayaran. Bayaran troli SR10, pastu every bag dia charge SR10. Every bag okeh?

Takpe....sabarr....sabarrrrrr.

10 minit dalam bas, dikejauhan aku dah nampak tiang masjid Nabawi.
Serta-merta bergenang airmata.
Macam tak percaya aku nampak tiang masjid dari jauh.




Pemandangan masjid Nabawi dari hotel.
Sangat dekat!
The best view yang aku pernah dapat dalam sejarah aku duduk di mana-mana hotel. Tak tertanding dengan view ni. Masa ni dah pukul 12malam. 

Tapi ditakdirkan aku period hari tu.
Sedih tak dapat pegi masjid malam tu jugak. Ingatkan nak masuk masjid malam tu jugak untuk kejarkan Raudhah. Bukan rezeki aku.

Tapi En Wan sangat excited and bersemangat.
Walaupun 24 jam tak tido, dia tetap bersiap-siap nak solat di masjid.
Malam tu dia dapat bersolat sunat di 3 tempat berbeza dalam Raudhah. Dapat solat kat kawasan Mihrab Nabi sekali. Mihrab Nabi ni kawasan Rasulullah selalu bersolat. Jemaah lelaki je yang dapat solat kat Mihrab Nabi, perempuan takleh sebab Mihrab Nabi termasuk dalam kawasan lelaki. Mutawwif pesan, kalau boleh, yang lelaki tu solatlah di Mihrab Nabi walaupun sekali seumur hidup mudah-mudahan Mihrab Nabi jadi saksi di akhirat yang kita pernah sujud di tempat Nabi selalu sujud kepada Allah.

Kepada yang belum tau, Raudhah adelah tempat makbul doa. Jemaah yang dapat pergi berusahalah seboleh mungkin untuk masuk ke Raudhah. Nak tunggu lengang memang tak pernah lengang, sentiasa penuh. Penuh yang tak boleh nak dicakap. Yang pegi sana pulak bukan kecik-kecik badan macam kita. Orang-orang belah sana semua sasa-sasa, kalau dia siggung kau, boleh terduduk. En Wan ni mungkin juga sebab badan dia kecik, jadi dia senang menyelit. Itupun dia kata penah sekali sujud di celah kangkang Pak Arab, punyalah sesaknya sampai nak sujud pun takde tempat. Alhamdulillah, En Wan sentiasa dapat bersolat di Raudhah, sampaikan aku rasa ape senang sangat ke nak bersolat dalam Raudhah ni yang kejap-kejap kau dapat masuk? Tapi mungkin Allah mudahkan untuk dia, alhamdulillah. Aku sentiasa ingatkan dia doa untuk aku sekali, aku ni sah-sah la tak dapat masuk.



Ni pemandangan di dataran masjid Nabawi selepas 12 tengah malam. Masa ni En Wan je yang pegi. Kebanyakkan gambar dalam masjid memang dia yang ambik sebab dia je yang boleh masuk. Aku tak. Tengah-tengah malam pun masjid masih lagi meriah dengan orang yang bersolat. Memang tenang sangat.


Ni Subuh.
Nampak kubah hijau tu?
Di bawah kubah hijau tu lah makam Rasulullah saw.





Pemandangan sekitar waktu Subuh


Dah pandai camhoring dah laki aku ni..


Air zam zam di mana-mana.



Subuh-subuh pun, kawasan luar masjid meriah dengan urusan jual-beli.
Tak kira waktu, sentiasa ada orang menjual kat setiap pintu masjid.
Macam pasar malam kan? Padahal Subuh ni.
Dorang punya style menjual simple je. Main bentang kain and longgok-longgokkan jualan. Agak-agak polis datang serbu, kaut je kain tu and blah.



Kat sana kemain lagi En Wan jaga aku. Tak kasik aku keluar dari bilik. Tunggu sampai dia balik baru turun. Muslimah betul rasanya.

UTAS Travel punya catering sangat best-best!
Lagi best dari pi restoran DSaji kat Makkah tu. Series tak tipu.
Alhamdulillah, takyah bawak mi meggi ke, sambal ikan bilis ke, apa ke. Jangan risau dengan makan and minum di Madinah. Semuanya cukup, malah sampai skip-skip makan. Makanan banyak. Minuman puas minum. Air zam zam di mana-mana. Nak buat mandi pun boleh.

Ni waktu breakfast.
Nasik lomak :)



Pagi tu memang kitorang ada program ziarah dalam (ziaah kawasan masjid).
Tapi lepas breakfast, En Wan nak bawak aku dulu masuk ke dalam.
Tapi sampai kat pintu masjid, ada pulak sorang makcik Indonesia ni mintak tolong carikkan hotel dia, dia sesat. Dia tak pakai tag pun. So kita tak tau dia dari travel agensi mana. Bila tanya mana hotel, dia cuma cakap hotel dia ada gamba tiga bintang. Ah, sudah.
So kitorang bawak masuk ke hotel kitorang sebab budak-budak catering UTAS semua Indonesia, so biar dia bercakap dengan makcik tu sendiri lagi senang.

Ni aku bergambar depan hotel. 
See?
Dekat kan hotel aku dengan pintu masjid?


Memandangkan aku period, so aku ikut geng-geng lelaki ziarah. Sebab geng-geng perempuan ziarah ke dalam masjid. Aku and sorang makcik yang aku panggil Mak Ngah tak dapat join geng perempuan. So kitorang join geng laki.



Aku and Mak Ngah.


 



Ustazah.
Sangatttttttttttttttttttt.



Depan pintu masuk ke dalam masjid untuk orang perempuan.


En Wan with Azlan.
Boleh pulak berjumpa dengan kawan lama dia masa kat Persediaan School before ke Japan dulu. That was bila eh, tahun 1993 kot. After so many years, akhirnya berjumpa balik kat Madinah. Satu travel agency yang sama pulak tu.




Masa ni mata aku dah bengkak menangis lepas ziarah Rasulullah.
Sebab tu pakai spek.
Memang sentimental sangat waktu ni. Sangat sentimental.
Disebabkan waktu ni aku period, jadi Ustaz bawa aku ke dinding paling hampir dengan makam. Dia kata "Bagilah salam, di sini makamnya"

Ya Allah, serta-merta bergenang airmata terus menitik-nitik. Makin aku kesat airmata, makin laju turun. Aku nak bagi salam pun tersekat-sekat. Terlalu sebak. Rasa dah dekat sangat dengan Rasulullah tapi tangan tak sampai. Rasa Rasulullah masih hidup. Memang sangat-sangat terasa Rasulullah masih hidup. 

Makam Rasulullah berderetan dengan makam Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar.
Jadi, mula-mula bagi salam pada Rasulullah, then pada Abu Bakar, then Umar.

Dari dulu lagi aku dah berjanji kalaulah aku berkesempatan ke sini, aku nak declare syahadah aku depan Rasulullah. Selalunya kita ucap dalam solat Ashhadu alla ilaha illallah wa ashhadu anna Muhammadar Rasulullah. Tapi hari tu for the first time in my life, aku declare syahadah aku Ashhadu alla ilaha illallah wa ashhadu anna ka Rasulullah.

Ya Allah.
Sebaknya tak boleh nak dikata.
Lepas aku declare syahadah, airmata turun makin laju. 
Betapa luasnya rahmat Allah. Aku tak pernah sangka akan ke sini pada usia yang masih kuat untuk berjalan. Akhirnya aku dibawa ke sini untuk berjumpa Rasulullah.

Kepada yang berkirim salam, aku dah sampaikan pada Rasulullah.
Aku bagitau yang insyallah, korang akan menyusul untuk berjumpa dia.



Ustaz ada bagitau, ada beberapa kes terjadi, ada gerakan nak memindahkan jasad Rasulullah.
The latest was gerakan dari Ethopia.
Ada 2 orang lelaki bermastautin di Madinah and duduk berhampiran dengan masjid selama beberapa bulan. Acting like pious, bagi sedekah, bagi makan, blaja agama, etc, untuk gain trust dari orang-orang masjid. Rupanya dalam diam dorang dah korek tunnel dari rumah dorang sehingga nak sampai ke bahagian makam. Sehingga ada someone dari Turki (kalau tak salah) bermimpi Rasullullah kata "Selamatkan jiwaku".

So this guy pergi ke Madinah and instruct dikumpulkan orang-orang yang selalu ke masjid. Mungkin dalam mimpi tu dapat gambaran orang-orang jahat ni. Tapi masa dia buat identification tu, orang-orang jahat ni takde di masjid. Tapi tak tau macamana, they found out rumah dorang. Dalam rumah tu takde apa yang mencurigakan sehinggalah Turki ni tersadung sesuatu kat lantai. Rupanya ada jubin yang menutup lubang. Bila difollow terowong tu ternyata terowong tu dah nak sampai ke kawasan makam. Terus dihukum mati.


Lepas ziarah masjid, aktiviti bebas.
So sementara nak tunggu zohor, aku and En Wan jalan-jalan kejap pusing masjid, setiap pintu masjid kitorang singgah. Dan di setiap pintu masjid tu la ramai orang berniaga.

Kalau ikut intenet, waktu aku sampai ni sepatutnya suhu 13C, tapi sebenarya 29C, sama macam Malaysia. Baguslah, sebab kebetulan jaket yang aku pakai tu takleh pakai. Aku kan jenis main sauk je, pastu check-check eh dah takleh pakai rupanya. Jaket dah kecik. Eceh.


Jalanraya depan hotel.


Jus yang menjadi ketagihan setiap hari.
Sangat-sangat pure. Orange + carrot juice. 
Diet yang sihat :)


Lepas hantar aku balik ke bilik, En Wan siap-siap ke masjid untuk zohor pulak.
Masa ni sejam setengah before azan, dah ramai orang.
Kalau kat Malaysia ni, selalunya selagi tak azan selagi tu orang tak sampai.
Memang lain suasana kat sini. Yang datang pun fokusnya hanya untuk beribadat jadi memang ke masjid je la kejenya.


Salah satu pintu di masjid



Keadaan dalam Raudhah.

Aku tak tau yang ni waktu bila, tapi En Wan ambil gamba ni masa dia dalam Raudhah, bersolat sunat.
Orang memang sentiasa padat. En Wan kata berebut-rebut nak selitkan bontot masing-masing atas karpet Raudhah. Tapi insyallah, kalau kita sentiasa berdoa untuk ke sini, Allah akan permudahkan kita untuk masuk Raudhah. Memang yang dah dapat masuk Raudhah kalau boleh taknak keluar-keluar. Tapi insyallah, boleh tolak-ansur. Agak-agak nampak orang tu dah 4 rakaat solat sunat, ko cuitlah bahu dia pastu tunjuk isyarat kau nak bersolat. Dia akan bagi. Itu petua En Wan bagi kat aku.

Perempuan jangan risau kalau tersinggung dek lelaki.
Waktu solat dalam Raudhah untuk lelaki and perempuan tak sama, so takde masalah insyallah.

Tapi En Wan kata ada jugak yang tak paham bahasa.
Kita dah duduk kat situ muat-muta nak cecahkan kepala for sujud, tapi ada jugak yang sardin je parkingkan bontot dorang kat tempat sujud kita. Macam takde apa je. Tu yang ada satu time tu En Wan sujud celah kangkang Pak Arab.

Aunty aku from Singapore dulu penah masuk kawasan Raudhah ni.
Dia bangun dari sujud sekali pandangan gelap. Dia gabra eh apesal gelap?
Rupanya masuk bawah jubah orang. Boleh?
Dorang ni tak kisah langkah-langkah kepala kita.
Kena banyak bersabar je lah kat sini. Anggap je dugaan.

Pak Aji banyak kali pesan "Jangan terdetik walau seketika pun".
Kalau terdetik apa-apa cepat-cepat istighfar.
Tu pasal aku ke hulu hilir dengan tasbih sebab aku rasa aku ni perlu beristighfar sepanjang masa. Mulut aku ni lain sikit.
Tapi alhamdulillah. En Wan pun perasan aku kat sana senyap dan lebih menjadi tak kisah walaupun kepala aku ditunjal-tunjal makcik-makcik arab.

Ada satu masa aku solat Subuh kat Nabawi. Masa tu dah iqamat. Dah nampak aku berdiri get ready nak takbir ni. Ada sorang makcik arab tu boleh dia suruh aku anjak pi tempat lain. Terkebil-kebil aku.
Kalau masa banyak lagi memang aku bagi tempat aku. Takde hal pun kalau aku kena pi belakang, janji saf bersambung. Tapi orang dah nak mula solat dah makcik oiii. Agak-agak la sikit. Makcik Turki sebelah aku garang. Dia pi sound makcik arab tu and tarik tangan aku suruh duduk jangan bergerak. Pastu ntah apa la dia bising-bising dengan member sebelah dia. Mengumpat si arab tu la kot. Haha.


Cantik pulak topi pakcik ni.
Kalau sesat senang nak spot.


Lepas Asar, En Wan bawak aku jalan-jalan lagi.
Ni kat pintu masjid lagi satu. Pintu menghadap Hilton Madinah.


Hehe...jumpa KFC!


Pemisahan ruang beratur wanita and lelaki.


Macam tak penah makan KFC kan?
Sampai kat Madinah pun still nak makan KFC.


En Wan borong minyak atar.
Ya Allah, wangi-wanginya minyak atar sekarang. 
Dulu aku rasa bau dia sepesen je, now dah macam-macam.


Saje, teruja nampak tulisan jawi Body Shop :)


Cenggini kau dia punya KFC.
Semua dia campak dalam kotak. Pandai-pandai kau la nak carik mana kentang, mana bun, mana ayam. Oh yes, kalau nak ke sana, silalah bawak sos cili sendiri ya. Dorang ni bedal tomato ketchup je. Sos cili susah betul nak jumpa.




Petang tu, jemaah lelaki dibawa menziarah Perkuburan Baqi'.
Jemaah perempuan tak boleh masuk.
Ini berdasarkan satu kisah di mana sewaktu Rasulullah wafat, Aisyah menziarah kubur Rasulullah saw tanpa memakai penutup muka (niqab). Masa Saiyidina Abu bakar meninggal pun, Aisyah tak pakai niqab sewaktu ziarah. Tapi bila Umar meninggal and dimakamkan di situ, Aisyah mula menziarah dengan memakai niqab.

Jadi, atas sebab ini kerajaan Aran Saudi melarang wanita dari menziarah perkuburan Baqi', hanya lelaki saje boleh.

Jadi, En Wan telah mensnap a few gamba untuk aku tengok keadaan di Perkuburan Baqi'.







Di sini terletaknya makam Fatimah Az Zahra, isteri Rasulullah (kecuali Maimun dan Siti Khadijah), sahabat, dan kalau ada jemaah yang meninggal pun akan dikebumikan di sini.

Sangat simple kubur dorang.
Cuma letak batu je as penanda.
Nama pun takde.

Insyallah, aku sambung Madinah Day 2 and seterusnya lain kali ya.