Jumaat lepas sampai semalam, jadual aku padat gila.
Sebab tu blog tak berupdate. Selalunya busy-busy pun sempat la jugak aku update seperenggan dua walaupun netry macam sampah tapi this time gila ketat.
Jumaat full dengan kerja.
Sabtu pagi lagi dah gerak ke Ampang untuk tengok majlis nikah sepupu En Wan.
Khamis tu (hari sebelumnya) mak mertua aku dah di-pos ke sana untuk membuat tapai dan karipap ikan. Mak mertua aku terer buat tapai. Masa kawen Ima dulu pun tapai diterbangkan khas dari Manir 500 bijik. Punyala banyak kuih dalam dewan tu, tapai tu jugak yang habis dulu. So aku rasa di mana ada majlis yang melibatkan mak mertua aku, di situ ada tapai. Tapi malangnya aku tak reti makan tapai.
Pelamin nak bersanding lepas nikah, kat hall.
Pengantin perempuannya ni yang sepupu En Wan.
Nama pengantin Kama Azliyati Dato' Ismail. Panggil Ti.
Aku sebenarnya baru tau nama dia Ti. Sebab memang jarang jumpa.
Sebenarnya aku nam ambik gamba baju Ti ni. Tapi lama la pulak cameraman ni kat depan tu. So tak dapat nak ambik dengan Ti. Baju dia cantik!
Hantaran dari pengantin perempuan
Hantaran dari pengantin lelaki
Ni je la satu-satunya makanan yang aku dapat snap. Sebab aku pegi majlis orang dalam keadaan demam, dengan hidung srot sret srot sret segala. So segan nak berhimpit-himpit dengan orang, jadi aku memencilkan diri.
Lauk-lauk dia sedap.
Segala macam ada. Dari ikan, ke ayam, ke daging, ke kambing, ke sambal belacan, ke telur masin...segala tok nenek pembuka selera. Tapi sebab hidung aku tersumbat, makan pun tak rasa apa. Makan laju-laju pastu bagi signal kat En Wan suruh balik sebab aku rasa macam dah nak tumbang. Dah la panas berdenting. Walaupun dalam khemah berkipas tapi sebab badan tak sihat jadi semua benda rasa tak best.
Hari tu, mak mertua aku tinggal kat Ampang sebab esoknya majlis resepsi. Kitorang tak datang awal sebab Ahad, cousin aku pulak nikah pagi. So majlis bertembung, terpaksa pecah-pecah.
Ahad pagi, gerak ke Bangi pulak untuk majlis nikah cousin aku. Mak cousin aku ni adelah adik Pak Aji. Yang sebelah pengantin bertudung labuh tu adelah Mak Usu aku. Nama Mak Usu aku Embun. Klasik kan?
Nama anak sedara, Diana.
Omputih lah sangatttttttttttttttttttttt. Puii.
Ok, kalau keluarga belah Pak Aji semua sopan-sopan macam ni. So kalau aku tercampak dalam grup ni memang orang senang nak detect aku dari clan lain. Seb baik muka aku muka Jawa, so ada la jugak bukti aku memang ada susur galur dari grup ni.
Disebabkan aku salah tema, orang lain pakai purple, kau sorang pakai turquoise. Sebab dah malu sendiri kan, pandai la bawak diri duduk kat blakang senyap-senyap sambil berdoa takde la orang perasan baju aku lain kaler.
Kemain lagi Pak Aji, mengikut kaler tema lagik.
So sweet, solat bersama for the first time.
Ok masa ni aku tak tau dia baca apa. Maybe kata-kata untuk wife dia la.
Ni upacara sarung cincin.
Bukan batalkan air sembahyang, air sembahyang dah batal dah tadi masa sentuh dahi :)
Hantaran dari pihak lelaki
Hantaran dari pihak perempuan
L-R : Pak Usu, Saiful the new member of the family, cousin aku, Nur Liyana and Mak Usu.
Note to WAN RUMAIZY aka MIZZY : Tu Pak Usu aku tu hang punya super duper senior kat SMSAH.
Macam biasa la. Pengantin lama yang selalunya over bergamba kalau kat majlis orang kawen.
Gambar-gambar sekitar dalam dewan.
Lepas nikah terus ke dewan. Dewan ni sebelah surau je. So memang aku la paling pantas sekali sampai ke dewan.
See? Betapa pantasnya aku.
Orang tak duduk lagi, aku dah mula makan. Takde hal.
Mentang-mentang majlis mak sedara, betul-betul aku buat macam majlis sendiri.
(menggunakan alasan nak cepat sebab nak ke majlis cousin En Wan pulak, so kena makan dulu. Hehe)
DJU catering.
Lauk dia sedap.
Boleh consider kalau ada sesape nak buat majlis. Nombor contact carik sendiri. Aku takde.
Kameraman benti makan.
Muka ketat.
Asik jadi kameraman kat majlis kawen.
Dia-nya ntah bila nak kawen aku pun tak tau.
Bila nampak lauk pengantin rasa menyesal apesal dulu masa jadi pengantin aku tak blasah cukup-cukup? Dulu nak habiskan nasik dua sudu pun terkial-kial. Cuba skarang kau bagi aku nasik. Tak dapat tiga senduk nasik tak sah.
Bila suami ada di sisi, Mak Aji dipinggirkan. Haruslah melayan suami dahulu ya.
Mak Aji tu kita biarkan laki dia yang layan dia bersembang.
Pandangan sisi
Pandangan depan.
Wah, kemain mendada lagi Pak Aji. Bangga. Macamkan dia lak yang dapat menantu.
Aku dengan Mak Aji dah sama saiz.
Nenek wilcha.
Ni nenek aku, mak kepada Pak Aji. Kebetulan minggu nak buat majlis tu dia tak berapa sihat, jadi kena naik wilcha.
Pak Aji kan asalnya dia duduk kat meja aku tau, kat luar. Dia nampak adik-beradik dia bersembang kat dalam, tahan dia angkut pinggan dia makan kat dalam pulak.
Yang belah kiri sekali Pak Ngah. Dia duduk kat Felda apa ntah nama aku lupa tapi kat Kota Tinggi.
Belah kanan Pak Aji tu adik dia, aku panggil Uncle Sahir.
Yang pakai baju hitam tu pakcik aku yang kat Muar, aku panggil Uncle Mail.
Dulu Pak Ngah tu aku panggil Uncle Shahdan tapi sebab nama Mak Ngah aku tak tau sape, so kitorang tukar panggilan ke Pak Ngah.
Adik-beradik kitorang je yang panggil ber'uncle-uncle'. Mengada-ngada eh? Hahaha.
Yang cousin lain semua panggil Pak Cik, Pak Ngah, Pak Usu. Macam Mak Usu aku ni pun sebenarnya aku panggil dia Busu Embun. Laki dia semua orang panggil Pak Usu, adik-beradik aku je panggil Uncle Tapa.
Orang Kay Ell lah sangatttttt lah kau kan? Nak ber'uncle-uncle' bagai. Padahal muka kau jawa.
Lepas makan, terus zasss ke Ampang untuk attend resepsi cousin En Wan pulak.
Rasa mengah perut aku dengan nasik hari tu. Seb baik pakai jubah, takyah susah-susah aku nak sedut perut.
Kittorang sampai dah pukul 1 lebih.
Pengantin dah bergambar-gambar pun. Tapi orang still ramai lagi.
Pakcik En Wan ni dulu setiausaha penerangan UMNO Trengganu, so memang ramai la kenalan dia. Majlis dah hujung-hujung pun jemputan masih ramai. Aku rasa macam satu Terengganu datang majlis ni sebab kiri kanan aku dengar bunyik Terengganu.
Aku bila dah jumpa nasik, memang malas sikit nak bergerak. So ni je la shot terbaik aku leh ambik gambar pelamin. Dasar berat bontot. Malas jalan.
Aku seperti dipukau.
Padahal baru lepas makan nasik kat majlis cousin aku, kat sini aku blasah lagi sepinggan teghak. Macam takde apa je aku mentekedarah nasik. Takde rasa bersalah lansung pada diri sendiri.
Kat majlis cousin aku, aku tinggal Redza and Rayyan kat rumah Mak Aji.
Kat majlis ni aku bawak semua sebab lepas majlis kitorang terus shoot ke Perlis.
Memang tak boleh lama la aku kat majlis ni. Bukan sebab nak cepat ke Perlis tapi sebab panglima dah stat bersilat. So sebelum meja doorgift terbalik dia kejerkan, baik aku blah.
Cerita gi utara next entry baru boleh story.
Baju ni aku baru pakai 2 kali. First time masa wedding cousin aku kat Singapore, second time, masa kat majlis ni. So lepas ni bakal jadi tukun. Ada sesape nak beli?