2013-01-10

Mulut je cakap nak diet



Hari ni besday Pak Aji yang ke 63.

Happy birthday, Pa! (gila kurang aja wish kat sini je)

Semalam aku ada keje kat Seri Kembangan, hala pegi tu aku balik rumah Mak Aji jap bawak dorang gi lunch celebrate besday sebab hari ni jangan harap la nak ajak dorang makan. Dorang memang rajin puasa Senin Khamis. Yang tak rajin aku. So aku celebrate semalam je lah sudah.

Ajak makan kat Little White Cafe.
Sebenarnya aku yang beria-ia nak makan sini.
Dari last month lagi 2 kali aku singgah, asik takde rezeki.
Sekali tu aku datang Isnin, rupanya Isnin tutup.
Pastu aku datang minggu terakhir December, dorang tutup gak sempena cuti hujung tahun sekali dengan new year. Meleleh je air liur aku tak dapat makan puding roti.

Semalam awal-awal lagi aku dah sms owner kedai tanya hari ni bukak ke tak. Terus mintak reserve untuk 3 orang (ceh. 3 orang pun nak reserve).
Tapi cam pelik la.
Menu book dia makin nipis.
Macam kurang je selection dia. Tak salah aku dulu ada gak la puding roti pastu ada appetizer yang macam-macam. Semalam aku sendiri tak tau nak order apa. Selak-selak buku, eh, dah habis? Sian Pak Aji, dia sampai tak tau nak order apa. Dia nak makan beef steak. Takde pulak. Aku rasa duliu ada. Last-last aku orderkan grilled fish. Rasa bersalah pulak nak celebrate besday orang tapi ikut tekak sendiri. Len kali kat luar pintu aku nak tanya dulu menu apa ada. So kalau tak jadi masuk pun tak kisah sangat. Ni dah siap suruh reserve sekali tak jadi. Mau tak berbulu orang nanti. Lepas ni blanje kat Wang Solo sebelah tu je la. Dapat gak makan tempe.


 Mak Aji memang takde benda lain dia akan order kalau masuk kedai western. Mesti fish and chips.


 

Aku pulak mengambing tak abis-abis dari hari tu lagi.
Tapi kurang sedap pulak grilled lamb dia. Lagi best kat Mr Food.
Pak Aji kebetulan semalamnya makan kambing gak, so bila dia rasa lamb ni dia cakap liat.
Not sure if bahagian shoulder memang liat. Ataupun sebab dia datang terus sedebuk kat pinggan macam ni sebab tu liat (??). Tapi waiter tu sikit tak tanya aku nak well done ke, medium ke. Aku pun lupa nak cakap. Semalam aku dapat medium. Merah merah je daging.

Tapi habis gakkk.
Toksah nak komplen sangat la kan.Ye ye kondem tapi licin gak.
Kalau tak sedap mintak je la tukar kan. Cis.

Grilled fish Pak Aji lupa nak ambik.
Sebab plate dia sampai lambat sangat, lamb aku sampai dulu. Memang takde harapan nak toleh kiri kanan la kalau makanan aku dah sampai.


 

Sape penah gi sini mesti perasan kat dinding ada tulis "4 Season cafe"
Memang setiap season dia akan ubah decoration dalam kedai.
Now musim sejuk, so kat tengah-tengah kedai dia letak meja ni. Cantik sangat.
Terasa macam makan kat London. Sesape nak feeling winter, boleh la masuk sini. Tapi takyah la pakai baju tebal siap snow cap bagai. Batak sangat weh.

Tapi aunty and uncle ni memang terer part menghias.
Rumah mak aji now pun dorang la yang make over.
Tapi sebab rumah mak aji rumah tengah, so tak dapat nak buat apa sangat. Boleh la bega-begakan sikit belah dalam. Takde la nampak seteruk dulu. Aku ni pakkal tak cukup duit. Kalau tak, nak jugak pakai interior designer masa pecah rumah dulu. Tapi sebab saya ada seorang suami yang suka feeling serba boleh maka sebab tu rumah saya tunggang langgang macam skarang. Engineer pun dia. Akauntan pun dia. Kontraktor pun dia. Yang best-best je la dia ambik. Ha tapi kalau cleaner, dia pass kat aku. Tukang sapu porch, aku. Tukang kemas laci spender dia, aku.

 
 Aku macam dah nak sama putih dengan mak Aji kan?

Kahhhhhhhhhhhhhhh!!


 
 Besday boy celebrate besday pakai baju baru hadiah dari Mak Aji.


Lepas lunch, aku singgah Ariani kejap.
Beli 3 lagi tudung instant. Kali ni beli kaler hitam je semua. Sebab shawl aku macam-macam kaler. Kalau nak carik setiap shawl ada anak tudung sendiri, masak la aku. Berapa banyak aku nak spend just kat anak tudung je kan. So beli je kaler hitam. Senang.

Pastu usha gak area shawl.
Kat Bangi tak banyak shawl menarik pulak kali ni. Tapi rembat gak la 2 helai.

Lepak jap kat rumah mak aji.
Tak sampai sejam lunch, mak aji tanya "Nak air teh? mama buatkan"

"Takpela, kenyang. Nantilah" (cewah. memula cakap kenyang, ujung-ujung "nantilah")

"Nak makaroni goreng? Semalam mama saje-saje buat. Kalau nak, mama panaskan"

"Nanti dulu la. Kenyang lagi ni. Rilek jap"

"Hari tu mama balik Tampin, mak long ada bagi pisang. Ko nak cekodok pisang? Mama buatkan"

Haishhhhh mak aku ni.
Macam tak puas hati je aku selim *uhuk uhuk uhuk*
Saje je nak sabotaj aku.

Terus aku "Boleh lah"



Ni, habis sepiring


Ni, habis 6 ketul. Mak Aji siap siat-siatkan lagi sebab aku gelojoh sangat tak sempat-menyempat nak tunggu sejuk.

Hala balik aku dah nak pusing gi carik wadeh tapi tak jadi la sebab gerai tu jauh.
Sampai rumah semalam, kul 730pm aku dah tala nasik sepinggan.
Apa nak jadikkkkkkkk lah.
Ni macam kalu, sapu lotion Mustajab satu carton pun tak jalan.