2013-01-11

Asal benda tengah hot, ada aje la cerita-cerita yang ntah apa apa keluar


Semalam email masuk tanya pendapat aku about orang semua tengah kecoh ada Paraben dalam Fellina Inchloss. Paraben ni penyebab cancer. Aku pun tak tau menahu pasal benda ni sebenarnya. Tapi aku dah explain sikit kat peng-email, rasanya kat sini takyah la kot aku explain. Aku pun takde kepentingan dalam Fellina, so biar agen Fellina yang handle issue ni. Kasik dorang buat keje sket. Hehe.

Cuma yang aku terpikir, kenapa ya isu-isu macam ni mesti akan timbul hanya bila sesuatu produk tu tengah hot kat market. Macamkan semua gila concern. Tak tau la concern pasal kesihatan sejagat atau concern dengan profit penjual. Why eh?

Tau-tau je nanti ada orang pertikaikan tentang halal haram.
Pastu sat gi ada orang pertikaikan ingredients yang ada dalam produk tu.
And being Malaysian, kita memang kaya dengan sikap concern (concernlah sangatttt). Tapi rasanya lagi ramai yang cepat melatah kot. Tak boleh ke kita bertenang-tenang and ambik sikap untuk berfikir sebelum terima semua tuduhan dan inpit-input yang belum pasti kesahihannya? Masing-masing pandai kan, boleh fikir.
Dah kalau produk tu takde cop halal, yang kau beli gak kenapa.
Kalau benda tu dah ada cop halal, yang kau nak pertikaikan lagi kenapa.
Kalau benda tu dah ada kelulusan KKM, apesal kau nak susah hati lagi.
Kita ni orang awam je, bagi la orang yang lebih ahli untuk buat keje. Dorang tau la buat keje dorang. Kau duduk je la dendiam.

Lagi satu yang aku pelik, kalau tak puas hati, kenapa tak bertanya direct pada yang lebih tau?  Kau bising-bising merempan kat luar pun dapat apa?
Kau tak puas hati pastu kau mencanang keburukan yang kau sendiri tak pasti.
Mengompangkan keburukan kemain gigih lagi.
Tapi mencarik fakta dan kesahihan informasi tak gigih pulak. Kesian.
Patutnya kalau kau tak puas hati dengan sesuatu produk yang kau dapat, benda pertama yang kau kena buat is pergi balik pada penjual. Apa ke bangangnya kau tak puas hati dengan barang yang kau terima tapi ko pung pang pung pang kat tempat lain. Apa yang ko dapat? Akai ada?
Melainkan ko ada motif lain la kan.

Kalau ko was-was dengan produk yang ko guna, kau tanya lah penjual dulu.
Dah dapat jawapan dari penjual, kot still tak puas hati, gi la tanya KKM ke, pada JAKIM ke. Biar dorang buat double checking. Tak pun, kalau betul-betul la ko concern, cuba keluarkan duit sikit pi hantar kat private lab untuk dorang run test. Ni tak. Main serkap jarang je. Cubalah buat research ke reading ke. Yang si penerima input pun satu hal, dengar je orang bawak cerita, semua angguk. Semua mengiakan. Pastu tolong sebar-sebarkan pulak. Adoi la...masing-masing kata bijak. Cubalah guna sikit otak tu. Bukan suruh guna semua pun, guna sikit je.

Just like dulu kecoh orang kata Ephyra takde kelulusan KKM.
Dah aku tepekkan kelulusan. Senyap.
Pastu tak puas hati lagi ni, kecoh pulak takde logo halal.
Dah aku tepekkan sijil halal. Senyap.
Pastu canang pulak ingredients Ephyra yang kononnya ada itu, ada ini.
Apa kebangangnya la. Memula kau mintak tunjuk logo Halal and cert KKM.
Dah ada aku furnishkan dua-dua tu, punnnnnnnnnnnnnn tak percaya lagi.
Nak jugak carik kesalahan.
Padahal memula logo-logo tu yang ko concernkan, bila dah ada logo, eh memacam tebiat lagi pulak yang keluar. Orang macam ni, kau tepek la logo apa pun keliling produk tu, at the end dia tak beli gak. Sebab sebenarnya dia bukan concern sangat pun bab-bab logo ni. Dia je la yang tau apa motif dia.

Dulu tima blaja aku ada buat research pasal kandungan nitrite dalam sosej.
Fungsi nitrite ni ditambah dalam sosej adelah sebagai bahan awet sebab daging mentah ni ada microb, jadi nitrite ni nak bagi freezekan/melambatkan aktiviti microb supaya daging tak busuk. Selain dari tu, nitrite ni nak bagi sosej, burger and frozen meat yang lain nampak merah, nampak fresh. Kalau tak nanti lebam kaler dia. So kiranya penggunaan nitrite ni untuk tujuan marketing jugak.

Pastu kecoh pulak kata nitrite ni menyebabkan kanser.
Dah semua gelabah taknak makan sosej.
Kesian brader-brader jual Ramli semua sangkut nak carik makan sebab nitrite cause cancer.
Katanyaaaaaaaaaa!! (ala-ala Azwan Ali)

Katanya la...
Tapi sampai skarang belum ada keputusan yang konkrit.
FDA and KKM pun masih luluskan. So siapa kita nak pertikaikan?

Pastu, tup tup ada artikel kononnya Vitamin E also menyebabkan cancer kelenjar prostat.
Oh ok. So now vitamin pulak boleh menyebabkan cancer??

Apo nak buek ni? Vitamin pun takleh makan dah ni. Acano tu?

Kalau nak ikutkan, badan kita ni sebenarnya kalau nak sihat, patutnya makan yang fresh je.
Eat fresh food, segar dari ladang.
Minum fresh milk direct dari lembu.
Eat fresh fruit, takyah makan tablet vit C.
Pagi-pagi berjemur, takyah apply serum mosturiser segala.
Nak kurus nak slim, jogging. Takyah apply cream bagai.
Tu kalau betul-betul nak sihat tanpa sebarang was-was la...
Abis tu kalau semua benda kau concern kan, so now semua kena back to basic. Habis cerita.

Letih la dengan semua ni. Banyak benar disputenya.
Tapi tu la, create dispute pandai, bagi solution tak pandai.

Padahal banyak je kosmetik, health supplement, and produk-produk lain dijual kat kedai, pharmacy, and mall. Tapi jarang orang nak pi kelebet satu-satu kan? Sebab tu produk-produk yang dijual kat kedai kena dapat kelulusan KKM/JAKIM/mereka-mereka yang bertauliah.

Tapi kalau barang yang dijual secara online ni aku rasa takyah la kot dapat kelulusan kan?
Sebab ramai yang lagi pandai dari KKM.