walk on wings, tread in air: Mintak-mintak dijauhkan daripada calon suami orang pantai timur??? Aku sentap okeh. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Mintak-mintak dijauhkan daripada calon suami orang pantai timur??? Aku sentap okeh.
2013-01-07




Gelak la pulak aku baca statement budak ni.
Oh no, aku takde twitter. Ni aku dapat kat newsfeed semalam.
Motifnya aku tak tau. Tapi puncanya mungkin dia troma dengan exbf atau kawan lelaki atau kawan perempuan yang asal dari east coast especially ore kelate.

Aku rasa orang pantai timur sendiri (especially Kelantanese) mesti penah dengar statement lebih kurang macam budak ni tweetkan, betul tak? Maybe orang Kelantan (Tganu pun boleh gak) kalau ada pandangan sendiri, boleh bagitau aku. Sebab aku bukan orang pantai Timur, aku kawen je dengan orang Pantai Timur. Belum sempat kenal semua jenis perangai orang pantai timur lagi, so pendapat aku mungkin tak boleh dipakai.

Tapi apa-apa pun aku rasa budak ni kebetulan tengah tensi kot dengan member-member kelantan dia tu yang terkeluar tweet berani mati ni. Apa-apa pun akak sentap dikkk. Bakper la mung ni kate kate ke orang pantai timur? Laki akak orang pantai timur okeh. Walaupung akak berase pelik jugok bakpe la laki aku dok pass pass lagi sebut spoon, asik spung sokmo tapi akak redo.

Kalau nak tanya pendapat aku, aku pun dulu pun tak suka dengan orang pantai timur. Aku blaja untuk tak suka pun masa kat Uni. Sebelum-sebelum tu tak pernah. Tu pun sebab ada sorang pompuan and sorang lelaki yang perangai cam cibantat.

Bukan aku sorang je tak suka, hampir 95% budak-budak tak suka dia. Kiranya kalau ko tengah melepak sembang-sembang pasal budak junior yang hensem-hensem, tetiba perempuan or lelaki ni melintas, terus topik sembangan tu bertukar dengan kelajuan cahaya, sampai seminggu pun tak abis lagi mengutuk budak tu. Tapi yang aku heran budak-budak Kelantan yang lain tak macam tu pulak. Yang dua orang ni je yang sangat "hot". Cakap nak yang best je. Orang cerita pasal balak, dia pun cerita gak. Tapi ko jangan nak harap la balak ko lagi best dari balak dia kan. Memang takkan la. Balak dia je yang paling best dari semorang. Yang si laki tu pulak, asal ada orang berkapel je manjang dia kondem. Awek orang tu cenggini la, balak orang tu cenggitu la. Macamkan kau tu hensem sangat. Tapi cakap memang lebat. Jenis tak pandang bumi punya orang.

Disebabkan 2 orang ni la maka kebanyakkan budak sangat anti dengan set-set pantai timur. Bukan anti sangat pun, cuma kalau boleh elak dari bersembang je lah. Sebab masing-masing penah rasa. Asal bersembang je mesti ada statement yang menyakitkan hati. So baik jangan bersembang.

Tapi aku rasa budak yang tweet ni belum jumpa kepelikkan orang dari negeri lain kot.
Sepelik-pelik 2 budak Kelantan member aku tu, belum leh celen kepelikkan ex-bf aku, orang Perak (nak spesifik address ke?). Hanya mereka yang terlibat je lah yang tau. Tromanya sampai skarang terasa-rasa. And aku tak rasa aku boleh berbaik dengan dia. Membayangkan if one day aku bercakap dengan dia pun aku rasa geli. Macam over sangat je bunyiknya kan siap nak geli geli bagai. Tapi series tak tipu. Aku ni dah sampai ke tahap geli nak berselisih dengan dia. Let alone nak jumpa. Ptuihhh *buang suwey*

The last time aku jumpa dia, hajat di hati ni nak bermaaf-maafan la kan, tapi ketaikkan dia semakin menjadi-jadi bila still nak tunjuk hebat and mengencing aku terang-terangan. Kalau ko kencing aku di temoat tertutup tahan la lagi, ni mengencing di tempat terbuka. Aku ingatkan aku je jadi bahan kencingan dia, rupanya bakal binik dia pun dia kencing siap-siap. Bukan tempias-tempias kencing dia bagi. Dia kasik kuyup! Sian aku tengok perempuan tu kena tipu hidup-hidup. Sedih okk kalau kau ada kat situasi tu. Bukan sedih kat aku, tapi sedih kat tunang dia. Just imagine, ntah apa la agaknya dia kelentong perempuan tu pasal aku. Konfem dia kutuk aku kaw-kaw punya la. Takkan nak puji exgf depan tunang sendiri kot. Nak mampos kena jentik telor? Gamaknya dia bukak story yang sedih-sedih pasal diri sendiri like aku aniaya dia ke apa ke, so tunang dia ni agaknya nak revenge bila dapat peluang jumpa aku. So perempuan ni baikkkkkkk punya perli aku depan-depan mak aji and pak aji. But at the same time muka exbf aku pucat lesi! Dia punya pucat tu macam testis tersepit celah zip seluar. Sedih siall. Tunang kau beria-ia kutuk aku semata-mata nak balas dendam untuk kau tapi kau and aku sama-sama tau apa yang tunang kau cakap adelah tak betul. Kesian aku tengok tunang dia bek bek bek merepek. Masa perempuan tu merepek muka aku takde effect dowh. Aku macam kejadahharam apekah kau cakap ni syaitonnnnnnnn?????

Sumpah aku tak penah jumpa peel kelaku pelik macam exbf aku.
Dah la dia kantoi buat cerita pasal aku, ada kederat sms aku invite pi wedding dia. Tak paham aku orang yang dah la dia buat salah, tak reti mintak maaf pulak tu. Pastu ada hati nak ajak aku attend wedding dia. Saiko. Aku harap kau bahagia la hendaknya. Risau gak aku kalau kau tak bahagia. Kang ntah sape sape pulak jadik mangsa kau.

Ok yang tu Perak. Bukan mewakili semua orang Perak, tapi contoh salah sorang.

Kalau orang yang tak biasa dengan gaya bercakap orang Melaka pulak, mesti akan kata peliknya orang Melaka ni maki hamun orang selamba badak. Tapi kalau yang dah biasa, takkan rasa apa. Macam aku, sangat dah biasa. So aku boleh bezakan orang tu gurau or benar-benar maksudkan.

Kedah.
Ada sorang lecturer Kimia masa aku matrik dulu, orang Kedah. Kalau satu kelas memekak, balik balik ayat dia "Saya tampar awak kang", "Saya boh penampar nanti". Asikla nak menampa je keje kau. Tapi sebenarnya tak pun. Melawak je. Tapi lawak tak klaka la. Hahah.
Kalau yang tak biasa, mesti kata "Apa la lecturer ni dah la bertudung labuh, cakap kasar".
Tapi untuk orang utara sendiri, mesti dorang kata benda tu biasa, tak pelik pun.

Dulu kes budak UNIMAS yang kutuk Sarawakian yang dia kata orang Sarawak pelik-pelik, ingat lagi? Tu pun salah satu kepelikkan gak. Semua boleh terima, dia sorang takleh. So aku konfius sape yang pelik sebenarnya.


Ramai je yang pelik-pelik.
Tak semestinya orang pantai timur.
Aku sendiri pun mesti ada orang kata pelik.
Dah banyak email aku dapat dari reader yang mukadimah dia mesti like "dulu saya menyampah baca blog akak, rasa macam apesal akak ni cakap lepas macam tu..."  pastu masing-masing dah tekena blog kangkang aku ha baru tau. Haha.

Dulu aku penah bawak sorang anak buah aku masuk UMT. Budak tu pakai skirt pendek atas lutut. kalau membongkok tu besar harapan nampak benda tersembunyi. Pakat menyenget je semorang tengok dia. Pastu dia bengang "Apehal orang-orang Terengganu ni pandang semacam, macam tak pernah tengok orang pakai skirt". Aku cakap "Bukan tak pernah tengok, tapi tak biasa tengok. Orang sini kebanyakkannya bertudung, pakai baju kurung".

Anak buah aku kata orang Terengganu pelik.
At the same time mesti orang Terengganu kata anak buah aku pelik. Pakai baju sampai nampak alur pantat. Kan?

Macam kita pi Mekah, macam-macam mazhab berkumpul kat sana.
Memang konfem banyak benda pelik yang tak penah kita tengok ada.
Kita kata dorang pelik. Dorang kata kita pelik.


Rasa pelik tu sebenarnya datang dari kita sendiri.
Kalau kita suka kat someone, semua yang pelik and jelik semua akan nampak cantik.
Pelik tu adelah sebab kita tak biasa. Kita taknak terima. Kita belum boleh terima.

Cuba kalau Aaron Aziz tu orang Kelantan.
Dan dan I love Kelantanese.

posted by aveo757 @ 4:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER