2013-01-21

Legoland


Sabtu - Ahad, percutian segera secara mengejut.
Cuti sekolah 2 bulan taknak kemana-mana, cuti 2 hari gelupur nak melancong.
Jumaat pagi, tetiba rasa macam nak buat keje gila booking hotel. Nak keluar dari Selangor. Kepala aku dah tune nak pegi samada Legoland atau Langkawi. Tapi kalau Langkawi pegi 2 hari memang tersungkur la jawabnya aku anak-beranak tengah jalan. Lagipun, kalau dah alang-alang gi utara, baik aku gi keje terus kat sana. Kalau Johor ni aku memang takde customer so kalau pegi pun memang khas untuk bercuti je. So, decided pi Legoland. Malam tu terus bagitau mak and bibik siap-siap pack baju, lepas Subuh nak keluar. Gitu kekdahnya. Lepas Subuh okkk. Kau ada?

Selalunya "lepas Subuh" tu dalam 7.30 jugak la.
Tapi kali ni memang betul-betul lepas Subuh.



Nampak?
Pukul 6.20am aku dah mesej Elly tanya pendapat dia tentang Legoland.
Tapi masa tu aku dah on the way dah pun.
Dah book hotel segala, dah on the way dah pun, baru nak tanya pendapat orang. Fail sungguh.

Elly kata panas berdesing.
Ok, aku dah imagine berlengas la muka aku yang dah sedia berkilat ni.
Makin itam la aku.
Migrain la aku kang panas-panas ni.

Last-last hujan sehari suntuk!
Hujan all the way from Putra Heights sampai JB. Ntah-ntah sampai Singapore hujan.


 

Dan all the way jugaklah aku memikul 2 orang laksamana ni kat seat depan!

Masing-masing kalau ringan takpe ye. Seb baik lelemak aku banyak membantu. Takde la rasa penyek sangat meriba dua-dua orang ni. Aku tak paham kenapa dorang nak duduk depan ramai-ramai. Hilang kesopanan dan kesusilaan aku semenjak ada anak-anak yang terlebih penyayang sampai taknak berenggang ni. Terkangkang tersiat aku duduk.

Stop kat RnR Jejantas Ayer Keroh pekena nasik lemak jap.
Pastu teruskan perjalanan ke JB.
Masa ni still hujan lagi, tapi tak lebat. Cuma renyai. Kitorang bajet sampai JB kang reda la kot.
Tapi tak pun.
Tak benti pun tak benti lah. Aku on je hujan-hujan pun.

Mula-mula masuk Thistle ambik tiket Legoland.
Aku ambik package Thistle-Legoland.
Package dia ada macam-macam tapi aku ambik package bilik King Deluxe Seaview + 2 tix Legoland, cuma RM540 nett/room. Tapi takkan aku laki bini je nak masuk Legoland kot. So ambiklah 2 bilik with connecting door jadi mak mertua and bibik sekali boleh masuk Legoland sama.




Cantik kan hotel dia?

Tapi masa ni ambik tiket je, tak masuk bilik lagi sebab aku sampai aroudn 10.30am mana leh check in. Kalau boleh check in jawabnya aku je la yang tinggal. Kalau dibagi pilihan, aku lagi rela duduk bilik dari pi terkinja-kinja kat Legoland tu. Bukan sebab Legoland tak best, tapi sebab memang tebiat aku suka duduk dalam bilik dari pi berjalan.




Dah sampai Legoland :)

Masa ni hujan lagi tapi tak lebat. Dari car park lagi aku nampak roller coaster berjalan, so aku rasa Legoland akan tetap meriah walaupun hujan kot. Macam takde beza je hujan tak hujan, penuh je manusia kat dalam tu.



Gembira lah konon..



Dah tak tau apa nak buat, so bergambar je lah sementara En Wan berpikir apa nak buat bagi boleh masuk dalam Legoland jugak hujan-hujan macam ni.



Laksamana Jen (....dul) tengah tunggu bapak dia beli poncho kat dalam.

Mula-mula kitorang plan nak pi Hello Kitty dulu.
Tapi anak aku semua jantan-jantan nokkk. Mana layan Hello Kitty.
Nak-nak lagi si Redza tu, dengar je aku nak masuk Hello Kitty terus berkerut. Tetiba je cakap "Ija taknak makan hari ni!"

Eh sape pulak nak ajak kau pegi makan??

Tensi betul aku.
Seb baik ada polis kat sebelah. Kalau tak, dah sampai tapak tangan aku kat dia ni.

Last-last En Wan kata biar dia ngan Redza masuk dulu tengok permainan kat dalam tu berfungsi ke tak hujan-hujan ni. Biar Redza tengok dengan mata dia sendiri. Budak-budak ni kadang-kadang kebijaksanaan dia tak tercapai dek akalmu. Cakap dia je betul. Biar dia masuk tengok sendiri. Kalau takde sorang pun main, nanti dia diamlah.



Maskot Digi

En Wan keluar dari Legoland dengan bawak 3 keping poncho.
Dia kata kat dalam tu punyalah ramai manusia. Macam takde apa je hujan-hujan ni. Permainan bergerak macam biasa. Maybe sebab hujan tak heavy, cuma light-light je. Tapi kena pakai payung gak la walaupun light-light. Kalau dah sampai 3 jam kat dalam tu light-light pun ujung-ujung lencun gak.

Bila tengok gamba ni rasa kejamnya menyarungkan mak mertua aku dengan baju hujan ni. Mak mertua aku kata seumur hidup dia baru ni la pertama kali dia pakai baju hujan.
See? Betapa hikmahnya la hujan ni.
Kalau tak hujan, mesti mak aku tak kenal apa itu baju hujan dan tak dapat merasa jadi maskot Digi.



En Wan gagah perkosa.
Jadi, dia kena dokong si kenit.
So, takyah la pakai baju hujan. Kau pakai payung je lah bang.



Bila dah pakai baju hujan ni baru terperasan aku dah macam jagung rebus bergerak. Dengan poncho kuning, seluar kuning, kasut pun kuning.



KLCC



Dataran Merdeka and some bangunan-bangunan famous sekitar KL



KLIA



Taj Mahal.



Great Wall of China



Singapore

Ada banyak lagi, tapi aku tak larat la nak snap semua benda. Dengan serbah serbih baju hujan, dengan anak aku berkuntau tak reti duduk diam, so dapat snap sikit-sikit je.



Last-last si Rayyan pun kena bungkus dengan baju hujan gak.

Nak mengelakkan dia dari berleluasa, kitorang sewakan stroller. Tapi stroller dia ni tutup tang kepala je, so hujan still boleh kena kat kaki. Sian dia. Jadi, aku pass baju hujan aku kat En Wan, aku pakai payung sebab aku nak payungkan kaki si Rayyan ni sekali. Dah macam tuan besar pulak kau. Ada tukang pegang beg susu, ada tukang sorong stroller, ada tukang payungkan.

Masa ni kitorang lepak jap sebab nak bagi Rayyan susu.
En Wan ngan Redza pi Driving School.



Driving School



Walaupun hujan, ujian memandu tetap berjalan dengan lancar. Siap beratur panjang lagi punya ramainya bersemangat nak ambik ujian.



Apabila berjaya, boleh la dapat lesen jam-jam tu jugak.



Lepas memandu kereta, pergi menadu bot pulak. Memula ingat nak angkut sekali Rayyan.
Bertuah sangat la kalau Rayyan nak join.
Dia ni over sikit penakutnya. Naik apa pun takut.



Penyudahnya kau lepak kat sini je la main Lego.
Nasib baik every port permainan dorang siapkan sekali meja untuk main Lego. So takde la mencungap sangat aku nak melayan Rayyan. Rayyan pulak yang best part-nya, toksah kata Lego, kau bagi kotak Lego je pun dia dah bersyukur rahmat. Ke hulu hilir dia pegang kotak tu nanti. Bangga.

Dia ni takde hal sangat. Kalau dia bergaduh dengan Redza nak main PSP, aku gantikan dia dengan kalkulator pun jadikkkk.



Yang tak bestnya bila dia buat tempat ni macam tempat dia. Orang lain main susun-susun Lego.
Dia tak. Lego yang dah sedia disusun atas meja tu, dia "susunkan" atas lantai pulak. Dia happy tengok meja tu clear. Macam dia dah tolong kemaskan meja la gitu.



Hujan lansung tak memberi efek kepada diua beranak ni.
Main tetap main.



Anak kau ada macam ni?



Lepas tu main ni pulak.
Apa ntah nama dia tak kosser aku nak ambik tau.
Tapi dia kena lumba sape paling laju gerakkan kenderaan masing-masing guna pump.



Redza couple dengan bibik.
Aku tak join. Aku lagi rela jaga Rayyan dari terlibat dengan aktiviti pam-mengepam ni. Tak daya aku nak mengepam. Bergegor-gegor tetek aku kang.



Padahal En Wan ngan mak masuk sekali.
Agaknya mak aku tengok kena main pam-pam ni terus dia taknak naik.
Takleh aku bayangkan kalau En Wan ngan mak dia mengepam bendalah ni. Mau tekehel tulang tongkeng mak aku.



Pam laju-laju sampai ke destinasi, kena pancutkan air untuk padamkan api.
Quite fun jugak game ni.



Last-last baju hujan Rayyan jadi peng-cover beg susu dia.

Anak aku ni bukan boleh kena bungkus-bungkus. Tengoklah baju dia tu pun. Dia tak suka pakai baju ada sleeve. Pakai singlet je dia suka walaupun sejuk. Selimut pun dia tak nak. Kau bukak la full blast aircond pun, dia tetap terajang selimut tu. Masa baby pun dia dibedungkan time kat hospital je. Balik je rumah terus dia taknak kena bedung. Terkangkang je tido. Seb baik now jalan tak kengkang.



Again, En Wan and Redza main.
Pusing-pusing je pun. Aku memang tak la nak naik benda. Aku boleh man benda yang jejak kat tanah je. Benda yang melayang-layang macam ni kalau nak aku naik, kena tahan malu sikit la. Sebab konfem aku akan bertempik kat atas tu.



Satu-satunya game yang aku join. Tu pun sebab masuk empat beranak sekali.
Dia main tembak-tembak kat dalam ni. Kena tembak lampu-lampu bulat yang menyala. Ada counter sekali so kau boleh tengok berapa banyak kau dah tembak. Tapi sebab aku kan bangsa blur, aku tak perasan lansung ada counter depan aku. Bila En Wan suruh aku pegang pistol and tembak, aku tak tau apa yang nak aku tembak. Aku main belasah je tembak janji keluar bunyik. Dengan kepala-kepala En Wan sekali aku bantai tembak.



Banyak lagi tempat kitorang pegi tapi tak sempat nak bergamba lagipun hujan renyai kan, so tak selesa nak bergamba segala. Ujung-ujung before keluar, masuk kedai beli souvenir untuk diri sendiri.
Beli baju Redza and baju Rayyan je sebab takde banyak pilihan untuk orang dewasa.



Masuk-masuk je kedai, dia dah sambar ntah apa-apa je la. Sukatila, janji kau happy and diam tak terpekik. Mak bapak nak shopping jap.



Aku berkenan sangat dengan lunch box ni. Kiuttttt sangat.
Tapi En Wan tak kasik beli sebab nak bekal kat sape? Redza?
Jawabnya sehari je la umur lunch box ni.
Redza ni apa aje benda yang dia tak tertinggal kat skolah. Beg skolah dia sendiri pun boleh tertinggal!



Father, please pay.



Redza yang lencun. Walaupun pakai baju hujan.
Aku tak tau camana dia pakai baju hujan tapi boleh kuyup jugak.



Lego banyak pilihan.
Bersedialah dengan duit kalau anak korang terlepas masuk kedai ni.
Ada 2 pilihan.
Samada kau bawak duit, atau kau bawak rotan.



Sebelum keluar, pekena The Chicken Rice Shop dulu.


Kat sinilah satu kejadian yang sangat tragis terjadi.
Aku tergolek kat sini dengan penuh bergaya.

Cenggini cerita dia.
Time nak balik, Redza mintak aku seluk poket dia nak bawak keluar Lego kad yang dia baru beli. Dia sibuk main PSP, tapi sambil main sambil nak seluk poket, so dia suruh aku selukkan. Yang aku pulak sambil seluk sambil berjalan, tak perasan lansung dalam kedai tu ada step. Tau-tau je aku dah menyembah bumi. Tapi takde la jatuh tertiarap. Jatuh pun ada style. Tapi sebab style gilaaaaaaaa, terus kaki aku bengkak sampai sekarang.

Masa jatuh tu, aku takleh bangun lansung. 10 minit aku bersimpuh terserlah keayuanmu bak kata Exist. En Wan nak papah aku pun aku tak kasik sebab kaki aku terlampau sakit sampai aku pitam!
Pitam ya, pitam!
Mak aku cakap muka aku pucat pastu berpeluh-peluh.
Mau tak berpeluh, sakit sialllllll.
Aku dah terbayangkan kaki aku retak je sebab tempat yang sakit tu exactly the same tempat kaki aku retak dulu. Dah la time retak yang dulu tu aku pakai simen sebulan je sebab cuti sem dah nak habis. Konon tak macho la nbaik katerbang pakai tongkat kan. Jadi bukak simen awal-awal. Dokter dah pesan aku kena jaga baik-baik kaki ni sebab aku bukak simen sebelum fracture tu betul-betul sembuh.
So bila terpeleot hari tu memang aku dah terbayang mampus la kaki aku kena simen ni.

Lepas En Wan angkat and papah aku keluar, aku still takleh tegakkan kaki. Tapi bila mak mertua aku pegang tak sakit sangat, tak macam masa Pak Aji pegang kaki aku time slip and fell dulu. Dulu memang meraung bila Pak Aji pegang. So bila mak mertua aku sentuh aku tak menjerit, aku dah terasa ok good, rasanya urat je kot, tak retak ni.

Rileks jap 10 minit kat luar, try lurus-luruskan kaki, alhamdulillah boleh jalan.
Tapi tempang la.
Sampai skarang lagi tempangnya. Sebab kaki aku still bengkak lagi. Takleh tunjuk kat sini sebab I malu la kaki I hitam (kah kah kahhhhh. Macam la orang tak tau kan). Tapi kebengkakkannya, sampai buku lali aku tak nampak! Aku sendiri takut tengok kaki aku skarang. Solat pun duduk. Seb baik kaki kiri, still boleh la kalau nak drive (ada hati nak drive lagi tu).



Pukul 4pm dapat check in.
Kaki pun dah terpeleot so memang tak banyak benda yang aku boleh buat selain dari membuta.



Pemandangan dari dalam bilik.




Petang tu memang semua bantai tido.
Apa taknya, Jumaat tu dah la aku tido lambat, pastu Sabtu kul 5am dah bangkit.
Pastu berpencak kat Legoland. Siap tergolek bagai.
Penat okeh.

Tapi, yang terkehel kaki je. Tekak tak terkehel.
Jadi tetap kena pi makan.
Makan pun dekat je, blakang Thistle ni ada restoran Sedap Corner. Masa aku gi Singapore wedding cousin aku hari tu pun aku lunch kat restoran ni. Sebab makanan dia best. And dia ada banyak kuih-kuih melayu.



Milo ais, air selasih, teh O ais limau.



Breaded prawn. 
Sedap!



Fried calamari



Mee goreng



Kueytiaw goreng


Mak, bibik and Rayyan tak ikut. Dorang penat, tak larat. So tapaukan aje. 
Malam tu aku demam, maybe sebab tahan sakit kaki. Mengagau la En Wan carik farmasi kat JB sampai ke Larkin, punyalah jauh tapi dah tutup. Last-last beli panadol kat Petronas je.

Best je tido mengadap cahaya-cahaya lampu dari tanah Singapura. Wahh gitu ayat.
Malam tu aku seria je tido sebelah En Wan.
Orang tua ni kalau tido suka silang-silang kaki dengan kaki aku.
Kang tersalah silang, terus terpekik tengah-tengah malam. Dah la bilik mak mertua kat sebelah je. Ape la yang anak menantu aku buat terpekik-pekik tengah malam ni kan. Satu hal pulak nak mengeksplain esok.




Breakfast kat FRESH.

Ada 2 tempat nak breakfast, satu kat CHINOIS, another one FRESH. Kitorang pilih FRESH.
Macam biasa, kalau bab makan je, aku suruh bibik and mak mertua makan dulu. Takleh makan serentak. Panglima kenit akan mengganggu ketenteraman ko nak makan nanti. Boleh tercekik okk. Series tak tipu.






Ni je la makanan yang aku sempat snap.

Ada nasik goreng, kueytiaw goreng, sosej, beef bacon, potato, roti canai kuah kari., samosa, Thai fish fillet, chicken porridge, bla bla bla bla.



Walaupun tempang, tanggung jawab sebagai ibu tidak diabaikan 
*mata kat ateh, bibir juih*



Mak and bibik satu meja lain. Sebab meja aku penuh dengan makanan.
Gelojoh la katakan...



Kasik si kenit kenyang dulu baru kita boleh makan.
Nanti kalau dia tak kenyang, dia akan berkuntau kat dalam ni, kau boleh tersedak-sedak nak makan.



Lepas breakfast, semua siap-siap terjun pool pulak.






Seputih-putih Rayyan, putih lagi En Wan.
So boleh bajet tak darjah kehitaman aku level keberapa?



Aku ngan mak je yang tak join sebab sejak bertudung aku dah malas nak mandi junub beramai-ramai kat pool. Leceh la. Lagipun tak best la mandi tutup-tutup. Hahahah.
Baik aku mandi kat shower. Tenteram sikit.




 Tak puas mandi kat pool, sambung pulak berjemaah dalam tub.
Terpaksa la berendam dengan anak.
Nak berendam dengan aku kali ni memang tak dapek la kan.  Aku taknak sesape sentuh kaki aku.



Lepas siap-siap, check out.
Oh yes, dinasour Lego ni ada kat lobby hotel.



Kat sini, Rayyan pulak tergolek.
Terus terjongkit bibir dia. Bengkak. Biasa la, buas.



Tangisan selama 15 minit. Lepas tu terus berpencak semula.




Singgah JPO dulu apa-apa hal.
Bukan selalu datang Johor.




Dasat dasat jugak kedai-kedai kat sini.
Duit aku je tak berapa nak dasat.



Man to man talk.
Perbincangan kasut apa nak beli.

Redza now dah join main bola.
So dia tengah mengenen-ngenen nak boot.
Aku mana paham boot-boot ni. Kau discuss la dengan apak kau.



Anak aku dah tau main bola dah.
Rasa macam baru je kelmarin aku bersalinkan dia.
Now dah pandai nak pilih boot. Cepatnya budak-budak membesar.



Kau bincanglah apa-apa yang patut dengan bapak kau. 
Mak ada banyak keje ni.



Yang klaka bila aku tanya Redza apa position dia kat padang.

"Redza jadi goli"

Pendek macam ni boleh jadi penjaga gol???
Pitam.




Beli jersi pulak.
Biar dia ada baju khas nak main bola.
Jangan nak melunyaikan baju-baju kat rumah tu. Baju kau dah la tak berapa nak banyak.



Mangsa yang kena bayar menanti di kaunter dengan senyum dalam debaran.



Kasut dah, jersi dah.
Kalau tetiba besok kau cakap kau dah nak main tennis pulak, kau siap!
Aku luku kau dengan boot ni.



Ingat nak carik barang Rayyan pulak.
Tapi GAP tak banyak pilihan. Selipar baby pun RM69. Jadahnya????




Masuk jap Bodyshop beli shower gel.

Konon nak tunjuk terer la macam biasa beli, padahal setahun sekali je. Tu pun beli sabun.


Lady : Akak nak carik apa?

Aku : Shower gel.

Lady : Kita ada stobery, white musk pun wangi.

Aku : Oh takpe..takpe. Saya dah biasa pakai Green Tea.



DAH BIASA PAKAI okkk.
Statement taknak kalah.
Sekali salah.


Lady : Green tea? Ke...Tea Tree?


DANGGGGGGGGGGGGGG!!
Terasa macam nak menggolekkan diri lagi sekali kat depan budak perempuan ni jugak.
Bodoh gila.
Dah biasa pakai konon. Tapi sebut pun salah. Puiiii.
Tea Tree Diana, Tea Tree!!
Bukan Green Tea!

Sumpah aku ni memang blur dan ignorance melampau-lampau.
Semua benda aku malas nak ambik tau.
Sampaikan sabun yang aku pakai pun selama ni aku tak penah nak tengok betul-betul tajuk dia.
Green Tea.
Yes, rite!!




Masuk Nike baru berkenan kat satu kasut untuk Rayyan.
Punyalah susah nak budak ni pakai kasut. Nak pakaikan dia kasut macam nak bagi dia makan racun tikus. Dia punya melalak macam satu macam. Seb baik kulit muka aku dah tebal. tak rasa apa dah, Lagi kau melalak lagi aku sumbat-sumbatkan kaki kau dalam kasut ni.



 Eh last-last dia taknak bukak terus.
Kena dudukkan dia terus atas kaunter tu untuk scan.



Terus merasmikan...




Jangan ditanya kenapa aku begini.
Aku sememangnya begitu walaupun mak mertua ada kat sebelah.



Beraturrrrrrr orang nak masuk Coach.
Murah sangat gamaknya Coach ni??



Aku main tunjuk-tunjuk dari luar je kat JPO ni.
Tak berani masuk pun.
Aku takut bila dah masuk aku tak jumpa pintu keluar.



Singgah lunch dulu lat food court before balik.
Suka aku food court dia. Bersih and cantik.



Mihun tomyam



Fish and chips



Nasik goreng.
Pantang tok nenek aku makan dalam kuali.


Demikianlah percutian singkat 2 hari ke JB.
This coming weekend ada satu lagi percutian singkat, insyallah.
Malas nak cuti panjang-panjang now. Cuti kejap-kejap je supaya tak susah nak start keje balik lepas balik bercuti.

Ok, nak urut kaki.