walk on wings, tread in air: Kegilaan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kegilaan
2013-01-22
Tadi petang aku saje ambik-ambik angin kat tasik (read : lombong) depan rumah, sambil-sambil nak adjust kaki yang terkehel ni. Terasa best pulak sesekali bersiar-siar. Patutla ramai je yang jogging petang-petang macam ni, best rupanya. Bibik pun kebetulan tengah tolak stroller Rayyan. Then, berselisih dengan sorang budak laki age 9-10 kot. Naik beskal. Budak tu agaknya dah biasa dengan bibik aku kot, dia tegur :


Budak : Bik, nak gi taman?

Bibik : Ya. Tak main bola ke?

Budak : Tak. Tu ada anjing ikut saya.


Cuak jap aku dengar ada anjing. Tapi aku tengok takde anjing pun.

Tadi tengah-tengah layan TV sambil sembang dengan mak and bibik, terbukak topik budak tadi. Aku tanya la kawasan depan rumah ni selalu ada anjing ke?


Bibik : Mana ada, Madam. Tu budak tu cakap pasal bibiknya. Bibiknya dipanggil anjing sebab ikut mana dia pegi.


Adoilaaa.
Nak gelak pun tak sampai hati.
Selamba tapir panggil bibik dia anjing.
Bibik aku cakap budak tu baik, dengan bibik dia pun baik. Tapi bibik dia selalu ikut mana dia pergi atas arahan majikan (bapak budak laki tu). Tu pasal dia panggil bibik tu anjing, boleh?

Macam-macam je la perangai budak-budak skarang. Bersabar je lah wahai bibik-bibik sekalian. Macam Redza pun dua kali lima gak. Padahal dia yang pegi skolah, tapi bibik lagi tau jadual dia.

Hari-hari nak diingatkan petang ni ada tusyen, petang esok ada tusyen, petang ni ada mengaji, esok ada PJK, etc. Nama dia nak ingat memang takde. Salin jadual waktu kemain lagi. Tapi haram tak ingat. Baik lagi aku. Dah sah-sah tak penah salin jadual waktu, kalau terlupa bawak buku pun memang patut-patut. Yang kau, jadual waktu kat pencil box satu, kat notice board satu, kat atas meja satu. Tapi harammmmmm. Kadang-kadang aku rasa baik aku hantar bibik ni je pegi skolah.

Petang tadi Redza excited nak gi padang, nak rasmikan boot and jersi baru katakan. Aku pun excited la tunggu dia balik dari padang nak tanya progress game.


Aku : How's the game?

Ija : Biasa je.

Aku : Boot baru camne? Ok?

Ija : Hmmm...kawan Ija kata Nike lagi best. Adidas tak best la, Ma. Ija rasa nak beli Nike.


Wah wah wahhhhhhh.
Cemerlangnya permintaan.

Adidas tak best???
Dah cukup bagus kau baru umur 8 tahun dah merasa pakai Adidas. Aku ni sampai ke tua toksah kata Adidas, Abibas pun tak pernah dapat.

Kemain lagi budak-budak skarang ni. Kote blom tumbuh bulu lagi dah pandai mintak macam-macam. Kadang-kadang brand yang aku tak pernah dengar pun dia tau. Kalau mintak barang tak pernah yang murah pulak tu. Aku nak mintak makpak aku beli kasut Bata Sinaran tu pun main hint hint je. Tak berani nak mintak direct. Tak pasal je direct dapat pelempang.

This week kitorang nak ke utara pulak. Si Redza awal-awal dah tanya 'Ma, hotel kita ada wifi tak?'

Wifi???!!!

Betapa pesatnya teknologi berkembang ya. Anak-anak carik wifi dulu apa-apa hal. Aku dulu kalau nama kata dapat pegi hotel, aku carik bathtub je. Lain-lain tak ambik tau. Maklomla rumah ada air kolah ngan jamban cangkung je. Sesekali dapat tido hotel ada bathtub memang dah belagak gila aku. Rasa macam orang kaya je dapat mandi bathtub.

Ingatkan bawak budak-budak ni pergi berjalan, dapat la dorang rasa something different dari suasana kat rumah. Rupanya tak jugak. Enjoy memang Redza enjoy, tapi lagi enjoy kalau ada wifi. Now pun asal balik skolah je 'Ma, iPAD mana?'.
Tak dapat iPAD, 'Ma, PSP Ija mana?'
Tak dapat PSP, pasang PS2.
Rasa nak campak semua ni ke longkang pun ada gak kadang-kadang. Blaja taknak.

Bila aku bising-bising nanti ada la pem-backup 'Ala, kita dulu takde pun iPAD-iPAD ni semua tapi tetap tak blaja pun'.

Eleh, tu kau.
Aku velajaaaaaaaaaa.

Blom aku abis stress dengan ipad makpad segala, now, En Wan dah menambahkan lagi stress aku bila dia nak enroll Redza kat kelab bolasepak (lupa nama dia). Aku dengar macam ..... Tak daya nak bercakap dah. Just berharap kegilaan bola tu biar abis kat padang je la ya. Jangan nak bawak masuk ke rumah cam apak kau. En Wan ni tahap kronik punya gila bola. Bangsa yang kalau team dia kalah, esok terus taknak beli paper. Team dia kalah, seminggu tak tengok Arena. Series aku cakap kau, ni bukan gila bola namanya. Ni namanya gila.

Ok, nak tido.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 11:35 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER