walk on wings, tread in air: I is victory! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


I is victory!
2013-01-14


Aku rasa malam ni aku telah mencipta kejayaan dan sejarah buat diri sendiri sebab berjaya link-kan akaun pertama dengan akaun kedua.

Memang satu kejayaan yang agak bodoh di zaman teknologi tinggi.
Tapi pedulik apa aku.
Aku dah rasa macam nak kena celebrate dah ni atas kejayaan aku.
Terasa macam seminggu dua ni aku agak cemerlang dalam bab-bab IT.
Dah create akaun kedua dengan jayanya walaupun akaun kedua tu serupa hidup segan mati tak mau. Satu apa pun aku tak letak. Hanya gamba pic profile semata-mata. Belum sempat nak kelebet apa-apa application. Malas nak memandai-mandai sebenarnya sebab gemuruh berjaya create akaun kedua pun tak abis lagi ni. *urut dada*

Sebenarnya kelmarin, aku gatal tangan pi adjust template blog. Ingat nak letak balik background Leslie. Legend ok wallpaper tu. Tapi template aku classic so banyak benda dah tak boleh add (or maybe aku yang tak reti). Tengah-tengah nak mangadjust tu terpikir nak letak button Like FB tu. Gigih la kul 1pagi menggugel kekdah dan coding. Tapi tak jumpa pun code apa ntah aku lupa. Pastu dia mintak aku klik edit html kot, tup tup template aku terus jadi putih!! Gila punya putih suci penuh cahaya keimanan aku tengok blog aku. Dengan aku-aku sekali terus jadi putih pucat. Menggelabah sialll tengok blog jadi camtu. Aku takde pikir lain time tu. Aku cuma terpikir advertorial and iklan-iklan orang kat sidebar je. Mampos camne aku nak edit semua ni??
Setengah jam jugak la aku dok berkuntau carik balik template asal. Masalahnya, seblom aku edit tu, coding asal aku dah save kat Word. Tapi bila aku paste semula dia kata XML invalid ke apa ntah. Terus menjadi bodoh seketika. Dah la aku bab-bab IT ni bukan calang-calang bangangnya. Rasa nak nangis.

Bila dah dapat balik template asal, terus lega kemain.
Then buat reading jap nak check apesal payahnya aku nak adjust template aku ni. Rupanya aku punya very old template daaaaa. Tak banyak benda aku leh add dah. Sukati kau lah. Old fashion pun old fashion lahhh. Seiring dengan usia tuan tanah kedaung jugak.

Sebab aku contemplating nak buat ke tak akaun lagi satu.
Fan Page memang out of the story. Aku tak rasa aku sesuai ada Fan Page. Jadi aku pun men-create lagi satu akaun. Nak create akaun baru pun satu hal lagi. Aku rasa akaun yang first tu pun makan masa 2 hari untuk aku create. Ntah apa yang lembab sangat pun tak tau la. Macam berani tak berani je kalau apa-apa melibatkan komputer ni. Padahal instructions sangat straight forward. Bila dah berjaya create akaun kedua, dia punya gemuruh tak ilang sampai hari ni. Macam victory gila-gila!

Pastu aku dah rasa satu masalah pulak aku nak kena log in dua akaun.
Nak up status pun dua kali.
Abis kalau nak pos gamba pun 2 kali?
Nak publish entry thru NetworkBlog pun takleh.
Nak tag pun tak dapat sebab akaun pertama dah membuak, nak add diri sendiri (akaun kedua) pun tak dapat sebab pembuakkannua adelah sehingga 100++ orang. Aku pun tak tau camne boleh exceed 5000. FB ni tak tak pandai mengira kot. Sama bangang matematik macam aku.

Akhirnya, dengan berat hati (ecehhhhh), malam ni aku telah meng-up-kan status :



Tu je la ikhtiar aku.
Aku rasa no harm kot sebab kan ada akaun kedua, kalau yang di-delete tu sudi, boleh la kita fren-fren kat akaun kedua pulak. Aku tak tau sape yang aku delete tadi, tapi mostly lelaki yang takde mutual fren. Aku harap dia tak kenal aku. Mungkin dia sesaje je add aku dulu *sedapkan hati sendiri*

Pastu antara komen-komen tersebut di atas, ada satu komen paling musibat. Hahaha.




Musibat kan?

Ntah cemana kau boleh kaitkan akaun FB dengan situasi first second wife.
Tapi mungkin jugak begitulah perasaannya.
Macamana pun, perasaan mendapat tittle first jugak yang best. First in school, first in class, first wife, first choice....
Tapi satu first yang aku tak paham bila dulu aku baca blog sape eh mamat tu yang anti MLM tu. Lupa dah nama dia. Kat komen box dia tetiba je ada orang komen "...FIRST!!!!.."
Jadah?????
Laju-laju komen semata-mata nak tulis FIRST je?
Ni mesti jenis yang bookmark blog pastu sambil buat keje sambil menjeling-jeling bookmark. New entry naik je terus komen. Kendian baru baca entry. Motif?
Motif suka-suka je la kot eh.
Sukati ko lah.




Dari 5160 rupanya list aku, berjaya menjadikan 4997 :)
Happy happy.




Lantas meng-add diri sendiri (akaun kedua) dan try tag diri sendiri.
Menjadi!
Ok sangat happy.
Satu kejayaan luar biasa untuk aku.
Dia punya feeling gembira tu sampai hilang migrain aku petang tadi. Terlupa lansung aku belum makan.

Ok, nak makan. Bye.



Memandangkan aku sendiri confuse sebab akaun pertama and kedua sama, so aku dah tukar ke nama baru untuk akaun kedua.

Another kejayaan untuk diri sendiri.

Terer rupanya aku ni *tepuk bahu sendiri*


posted by aveo757 @ 11:03 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER