walk on wings, tread in air: Food <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Food
2013-01-14
 


Aku dapat ikan bilis you ollssssss.
Ha, jangan main-main. Kau ada?
Hahaha.

Thank you to Ain sebab bagi hadiah ikan bilis, jauh ikan bilis aku datang kali ni. Dari Sabah.
Ni semua sebab entry aku pasal Redza suka makan ikan bilis, lantas dia bagi aku ikan bilis.

Aku telah marathon mengopek ikan bilis so that senang time nak masak campak-campakkan aje.
Tapi time mengopek tu tetiba ada idea lain. Aku rasa macam nak buat stok sambal ikan bilis kering. Diwaktu kebuluran menjelma, tinggal cedok nasik je. Senang bukan? Ye, orang pemalas memang suka keje yang senang-senang. Bila sambal ikan bilis sentiasa tersedia, kita tidak perlu lagi kelam kabut nak pikir apa nak masak apa nak masak apa nak masak tetiap hari. Hadap je la ikan bilis tu sampai lebam. dia. Ni nampak gayanya selagi sambal ikan bilis tu dok ada lagi dalam tupperware, selagi tu la aku berkira-kira nak memasak pasni. Dah ada lauk ready to eat macam ni, bakal menambahkan lagi kemalasan aku. Ok ini tidak boleh dijadikan panduan. Jadik teladan boleh.

Aku memang suka ada stok sambal ikan bilis kering.
Lauk emergency namanya.
Boleh jugak jadi lauk tambah-tambah sabit nak memenuhkan meja. Nampaklah macam banyak lauk sikit. Padahallll.

Dulu masa zaman blaja kat Sarawak, everytime balik semula dari bercuti, bekalan wajib adelah macaroni bakar and sambal ikan bilis kering. Selalunya makaroni bertahan paling lama 2 jam. Ikan bilis kalau umur dia panjang, tahanlah seminggu. Kalau tak, 3-4 hari gone. Sebab aku ngan kawan-kawan aku pakat meratah. Lepas aku kenal En Wan, dengan dia dia sekali Mak Aji poskan sambal ikan bilis. Jauh pegi sambal mak aku, ke Jepun peginya. Tapi En Wan tak macam aku. Tujuan asal bawak sambal ikan bilis kononnya nak jimatkan belanja. So aku kat sana tinggal beli nasik and satu jenis lauk pastu tambah dengan ikan bilis Mak Aji. Tapi aku telah mengkendurikan ikan bilis itu bersama kawan-kawan tercinta. Sorang-sorang pakat meratah sambal ikan bilis. Lepas semangkuk, semangkuk. Tau-tau licin.

En Wan pulak bangsa berhalus. Sambal ikan bilis Mak Aji tu boleh bertahan lebih dari sebulan. Kawan-kawan dia cakap dia tahan menghadap ikan bilis dengan ikan kering sebulan semata-mata nak jimat. Over kan? Perangai jimat dia tu membawak sampai sekarang. Kalau makan, cukup tak kisah. Balik-balik mamak. Sebab tu aku jakun kalau sesekali masuk restoran. Restoran tak berapa nak kelas pun aku gila teruja ambik-ambik gamba bagai.



Nampak ni??
Karipap ikan namanya.
Ni cuma sebahagian. Sebahagian lagi ada dalam esbok.

Semalam aku, mak mertua and bibik busy menggentel karipap.
Hari tu aku buat karipap bermacam versi kelim. Ada yang main penyekkan tepi je janji isi tak terkeluar. Ada yang kelim karipap standard. Ada yang kelim separuh jalan. Sebab masa tu aku dok mengelim karipap sambil berwazzap, ber-FB dan reply email.

Semalam karipap aku semenggah sikit sebab pakai alat pengelim.
Ni karipap untuk stok diri sendiri jugak. Pakai ikan selayang sekilo, tepung 2 kilo.
Now bersusun-susun kotak tupperware dalam freezer isi karipap. Aku bajet minggu ni je settle semua karipap ni sebab aku suka gila karipap ikan. Kalau mentekedarah sekali 7-8 biji. Selagi tak sendawa tak benti.

Esok aku nak buat stok karipap sardin pulak.
Makan je lah keje aku.


posted by aveo757 @ 2:08 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER