walk on wings, tread in air: Kucing <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kucing
2013-01-12

Musibat betul la sape yang menge-tag gamba hantu kat aku.
Seb baik aku set review tag. Takde la terperanjat sangat tup-tup bukak FB nampak menyeringai gamba hantu. Aku ni bukannya takut (ecehh) tapi aku punya ingatan ni sangat kuat (ecehh lagi). Nak-nak lagi kalau gamba hantu ni. 6 bulan still boleh ingat. Tak pasal je 6 bulan aku kencing bukak pintu bilik air. Dah la next week aku nak outstation balik.

Lagi satu, baru-baru ni aku nampak kat newsfeed ada orang publish gamba nampak hantu kat hiway (???). Gamba tu nampaknya macam gamba yang diambik oleh pemandu kereta tu sendiri. Tapi aku tak berani klik zoom la. Tak pasal je aku terus taknak lalu hiway nanti. And oh plisss jangan bagitau aku hiway mana. Sebab kalau hiway utara, aku sendiri dah penah terkena. Dan hiway utara konfem aku akan lalu tetiap bulan, so plis plis plis jangan bagitau apa-apa kat aku.

Memang la benda-benda tu ada, tinggal lagi samada dia nak munculkan diri depan kita or not. Aku tau mesti ada yang kata "Jangan takut pada hantu, takutlah pada Allah". So true!! Semua pun tau Allah lagi berkuasa. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku ni manusia biasa je. Rasa takut tu tetap ada. Kucing datang dekat pun aku boleh terpekik, inikan pulak hantu. So, mintak tolong sangat, takyah la tag aku gambar-gambar hantu ni.

Sebut pasal kucing, tahun lepas aku makan kat restoran Linda kat Kuala Perlis. Kebetulan malam tu banyak gila kucing. Memula aku try untuk buat dek. Orang pun ramai, so kontrol macho la kejap. Tapi kejap-kejap aku pusing kepala check kucing ni ada kat bawah meja ke tak. Yang si kucing ni pulak macam tau-tau je aku tercarik-carik dia. Dia ingat aku selak-selak bawah meja tu nak bagi dia makan kot. Meluru 3-4 ekor terus datang tepi aku. Meloncat la aku kan. Ada satu kucing tu, the moment aku bangun dari kerusi, dia terus melompat naik atas kerusi aku. Pastu yang lagi 2-3 ekor ikut aku. Kemqsss punya kucing!

Kucing ni kan memang macam tau-tau je kalau kita takut kat dia. Lagi kita takut lagi dia datang. Lagi aku halau lagi dia nak bergesel-gesel. Tak kira la kau kiut ke, kau gebu ke, tapi sebab kau berbulu maka keluar kau dari sini! Kalau kau aku tak suka, keturunan kau pun aku tak mau. Pergi!!

Lately ni ntah dari mana-mana ntah, kucing-kucing ni berjemaah tido kat bawah pondok wakaf aku. Kemain sedap lagi sekor-sekor bergulung-gulung tido. Hari ni aku halau, esok dia datang siap bawak sedara-mara dia sekali. Aku tak tau dah macamana nak buat dengan kucing-kucing ni. Yang aku heran tu 1-2 kucing yang pakai rantai berloceng. Maknanya ada la tuannya kan. Tapi tuannya ni buat dekkk je kucing tak balik rumah. Yang si kucing ni pulak bawak diri kat rumah aku. Aku memang sorry la takkan bagi makan punya. Kau nak makan, kau balik rumah kau. Macam keji la jugak aku ni tak offer makanan lansung, tapi aku memang tak boleh dengan kucing. Kucing ni pulak pesen yang bila kita start bagi makanan, dia ingat kita syok kat dia. Esok lusa asal time makan je dia terpacul. Kang kalau dia asik menjengah mintak makan aku takut aku sepak terajang dia pulak. Tak pasal je nama aku naik kat kakimotong fanclub nanti.

Kau kalau takde bulu takpe la jugak. Nak gak aku jadikan pet. Ni kau berbulu satu badan. Aku lak jenis yang pantang benda berbulu-bulu ni. Kang aku geram aku shave kau kang.

Dulu Redza penah mintak nak bela rabbit. Dia janji dia akan bagi makan, buang taik rabbit, mandikan rabbit.
Ohooooo ye lah sangattttttt.
Kau sendiri aku suruh mandi pun sampai bertempik jiran depan belakang dengar, ada hati nak mandikan rabbit. Silap-silap rabbit tu yang mandikan kau.
Dah, tak payah.

Sama la macam En Wan.

Mak aku cakap En Wan ni memang suka sangat dengan kucing. Masa kecik dulu dia ada banyak kucing. Tapi since dia nampak kucing dia mati, terus dia taknak bela kucing dah.
Dia pun dulu beria-ia nak bela kucing, nak bela rabbit. Dia nak biar anak dia tau jaga pet, ada tanggungjawab. Yelah sangat tanggungjawab. Tonggengjawab ada la kot. Kang kalau takde sape nak uruskan pet-pet tu, aku jugak yang tonggeng-terbalik settlekan.

En Wan pernah tanya apesal yang aku takut dengan kucing.
Aku bukan takut banggggggggggggggggg.
Aku geheliiiiiii.

Dia kata apa yang nak takut, kucing ni kita usap-usap je nanti dia manja sangat dengan kita.
Elehh, nak kena usap-suap bagai baru nak manja.
Daripada ko mengusap kucing tu ko baik usap aku. Ada gak tindakbalasnya. Lebih daripada manja aku leh bagi. Eh.

Oh seblom aku terlupa, dulu ada yang email aku tanya mana aku beli beg-beg designer ni.




See???
See?????

FERRAGAMO
GUCCI
PRADA (tulisan kasik besar sikit)

Sesape nak, boleh email aku, nanti aku bagi contact number dia.

posted by aveo757 @ 2:07 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER