walk on wings, tread in air: Alicafe <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Alicafe
2013-01-06

Rayyan ni memang terlebih rajin.
Kelmarin Pos Laju datang time hujan lebat, so bibik kata dia tak kasik Rayyan keluar tolong angkat barang. Terus sampai aku balik dari opis tak habis merempan. Siap berguling bergulung atas lantai marahkan bibik tak kasik dia tolong angkat barang. Pelik pulak aku tengok perangai kau ni. Orang suruh kau rest takyah tolong pun kau taknak. Habis remote Astro aku berkecai dia baling sebab marah.

So, semalam petang time Pos Laju sampai aku dah ada kat rumah.
Kemain meluru lagi dia yang dulu-dulu ke depan.
Kali ni aku ngan Lenny diamkan diri je. Kitorang biarkan dia sorang mengangkut barang. Nak sangat kan. Hambik.

Yang si brader Pos Laju pun melayankan je si Rayyan.
Dia tengok Rayyan yang angkut barang ke luar, dia tunggu je depan van. Lama la jugak nak tunggu si Rayyan ulang-alik ulang-alik ambik barang. Aku peratikan je. Ntah apa la perasaan dia agaknya dapat angkut barang. Bangga la kot kecik-kecik dah bekerja.

Oh cerita pasal Pos Laju, ni ada 2 buyer komplen pasal Pos Laju.
Dua-dua PPL Shah Alam punya kes.
Sorang akak tu beli Ephyra, dari 14 Dec aku dah pos, tapi dia tak dapat-dapat sampai skarang. Rupanya dah 2 minggu dalam PPL Shah Alam with status "Tak dapat dihantar". Padahal bulan Dec tu bulan cuti, akak tu cakap anak-anak and maid ada kat rumah.
Keduanya, buyer skinny jeans and Superdry.
Tengok kat status dah sampai PPL, tapi tak tau pesal dia tak hantar-hantar ke recipient. Kejadah apa?


 

 


Kan??

Dengan tak berseliparnya. Dengan kemetotnya. Tapi nak tolong angkat barang.

Oh yes, Rayyan ni ada perangai aku sikit. Tak suka pakai selipar bila keluar rumah.
Tanpa diajar oleh sesape pun, asal masuk kereta je dia akan tanggalkan sandal dia dulu. Ok yang tu memamg sangat sangat tebiat aku. Aku ni masuk rumah bukak kasut, masuk kereta bukak kasut. Tapi keluar selalu tak pakai kasut. Kadang-kadang sampai ke depan jalan tu pun aku berkaki ayam. Tu pasal la selalu terbabas masuk keta tak pakai kasut, tau-tau dah sampai tempat customer je. Nak keluar kereta sekali ehh??? Menyeringai la aku sorang-sorang dalam kereta. Kalau tengok lemari kasut aku, penuh dengan kasut murahan. Tu semua kasut emergency yang dibeli everytime sampai ke tempat customer.

Dulu aku penah drive dari Subang Jaya ke MPOB Bangi tu, sedar-sedar nak turun letak IC kat pak guard, tak pakai kasut. Selamba tapir je la aku keluar dengan berkaki ayam tu letak IC pastu carik parking betul-betul depan pintu masuk building. Seb baik masuk makmal kena pakai selipar khas dorang sedia kat depan. So takde la nampak sakai sangat aku jumpa customer dengan kaki ayam.

Tapi at least aku lupa pakai kasut. Tahan la lagi kan.
En Wan dah banyak kali buat tebiat terlupa pakai spender.
Sedar-sedar je nanti dah half way "Eh, abang terlupa pakai spender".
Aku tak paham orang yang boleh terlupa nak pakai spender ni. Aku dulu time mengandung Redza, punyalah malas nak terbongkok-bongkok geledah bakul baju carik spender, tahan aku pakai spender En Wan. Belasah la sape punya pun, janji aku pakai spender. Sedap pulak tu. Time mengandung cuba korang pakai spender lelaki. Best aku cakap kau. Grip kuat kat pinggang. Takde la rasa terkibai-kibai je perut bila berjalan. But seriesly, pada sesape yang belum penah cuba, I tell you what, once ko dah penah pakai men's brief, konfemmmmmmm G-string ko tak pandang dah. Dulu aku pun gatal gak nak pakai g-string manjang. Punyalah nak feeling sexy, hazab pun aku sarung gak. Mau tak hazab? Asal bangun dari tempat duduk je asikla kena betulkan tali g-string terselit celah bontot. Bila time mengandung try pakai spender En Wan, terus sampai skarang aku lupa mana aku letak g-string aku. Ntah dah buat kain lap kereta ke hape. Memang no turning back la kata omputih. Skarang spender aku semua jenis yang macam men's brief tapi lady-like la sikit. Yang pasti jangan tutup pusat. Tak bernapas pusat aku kang.




Rayyan ni memang over.
Mak kau ni pun tak baca paper nak, kau pulak ye ye je selak paper macamkan paham.
Bila tanya "Apa berita hari ni kat paper?"
"Acuwa atiti pipapa"

Tu je lah yang kau blom pandai dik.
Lain semua pandai.
Cakap je tak pandai!

Malam semalam, dinner kat Alicafe Tiga Rasa kat USJ Taipan.
Tak pernah perasan pun restoran ni.
Tapi En Wan yang suggest makan kat sini, dia kata penah keluar kat TV3.




Tapi macam tak 'in' je kan nama Alicafe tu untuk restoran yang serve food yang best-best. Aku selalu membayangkan Alicafe tu kopi dia kopi yang ntah apa apa. Tak tau pesal. Maybe sebab nama ALI tu kot. Rasa macam takde nilai-nilai comercial.

Tapiiiiiiiii...restoran Alicafe benar-benar buat aku rasa macam nak try kopi Alicafe ni satu kali esok.
Gila best makanan dia.
Cuma tak variety sangat la. Bila En Wan kata "Kita makan ikan siapa kat Alicafe", aku dok membayangkan restoran seafood siap ada butter prawn and sotong goreng tepung. Rupanya tak.
Dia macam ada set-set meal.
Set kari kepala ikan.
Set siakap.
And a few more sets kot, ntah tak perasan.

So kitorang order set Siakap.
Set Siakap ni makan untuk 4 orang.

 


Masa mengorder set siakap ni pun aku blur jugak.
Aku ingatkan since nama kedai dia Alicafe 3 Rasa, so masakan paling kaw kat sini mestilah ikan 3 rasa. Rupanya 3 rasa yang dorang maksudkan tu, sambal dorang ada 3 jenis.
One is tomyam, one is sambal kicap and another is apa ntah but something madu madu camtu.
So kitorang order set siakap tomyam.
Set ni ada siakap tomyam, 4 ketul ayam goreng rempah, sayur sawi goreng oyster sauce, telur dadar, nasik and air (selection dia kurma madu/ice lemon tea/sirap/sirap bandung). Kitorang pilih ice lemon tea. Pastu order pari with sambal apa ntah nama dia. Tapi sambal dia aku rasa macam dia blend dengan udang geragau.



Redza punya dinner adelah breakfast meal. Boleh?



Ayam rempah



Sayur oyster sauce



Telur dadar yang tak berapa laku sebab masing-masing belasah ikan siakap and pari.



Gila best!!!!!



Ikan pari masak apa tak tau, tapi best. Ada rasa udang geragau.




Mak mertua dah sampai kelmarin. So Rayyan dah tido dengan nenek dia balik. Terasa kosong pulak tengah-tengah. Rindu nak kena sepak terajang dia malam-malam.



Dapat free Alicafe Tongkat Ali and Kacip Fatimah. Tak tau la sape dia nak minum bendalah ni kat rumah. Peram je la kot.



Bibik Lenny, mak and Tailor Jamilah


Ingat nak order cendol and eskrim, tapi macam full gila la pulak perut semorang. Perut aku je yang tak pernah takde space. Boleh je kalau nak sumbat takat cendol tu. Tapi dah semorang kenyang, aku pun tak jadi order.

Set siakap, breakfast Redza, air soya cincau 2 gelas and tambahan ikan pari. Makan untuk 5 dewasa and 1 budak, RM140. Reasonable. Boleh la tu, ikan pun sedap. Cuma tak banyak pilihan lauk.

posted by aveo757 @ 1:38 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER