2012-12-07

Hubungi saya?


Aku sangat bersyukur sebab aku ditemukan dengan kawan-kawan and reader-reader yang sangat baik hati. Dah banyak kali dah reader-reader menjadi informer. Gamaknya reader aku ni tau aku ni malas ambik tau. So bila aku dah dapat tau memang macam ni la aku buat.

Aku rasa perempuan yang menggunakan gamba baju aku ni memang gila bapak kurang ajar. Memang aku malu sangat sebab yang banyak buat perangai macam ni is orang melayu kita jugak yang takde segan silunya menipu terang-terangan. Dah la kau tu perempuan. Kalau betul kau tukang jahit, apesal kau sorok hasil jahitan kau and pampang hasil jahitan orang?

Ni la antara spesis kuat berangan. Berangan je la keje dia.
Berangan ni bagus sebenarnya. Sebab bila kau ada angan-angan, bermakna kau ada idea. Dan disebabkan kau ada idea, maka kita akan berusaha untuk transform idea tu menjadi realiti.

Tapi kalau bangsa KUAT BERANGAN, memang habis kat angan-angan je la.




Contohnya macam pompuan ni.

Skill menipu memang gred A.


Eja piping ngan lining pun ke laut ada hati nak bukak bisnes tailoring.
PAIPING.
Aku hempok kau ngan batang paip baru tau.

Baju perkahwinan RM80-RM200. Yeah rite.
Sebab baju kau murah sangat la maka kau pun tak sanggup nak tayang hasil jahitan kau kat sini kan? Sebab hasilnya pun murahan macam perangai kau jugak.

Berani gila pakai gamba baju aku yang dah ada watermark! Sumpah bodoh.
Obviously dia bukan reader aku la. Sebab yang baca reader aku takkan buat macam ni. Ni semua bangsa yang bumped into FB Fleur by Mrs Him pastu kagum, lantas berangan, ujung-ujung menipu. Eh ni apa punya perangai ni?

Jenis macam ni adelah jenis yang suka gugel-gugel page orang pastu berangan. Bila tengok page orang nampak benda yang mengkagumkan dia, maka dia pun berangan tak hengat nak jadi macam tu jugak tapi dia buat short cut, tepek hasil orang, feeling macam hasil sendiri. Pastu syok sendiri. Kejap-kejap check email tengok ada respon ke tak. Pastu esok customer tempah kat kau, takleh nak buat, gabra. Ni lah dia perangai nak cepat maju, nak cepat kaya, tapi taknak blaja usaha, taknak blaja susah. Yang dia tau nak cepat success.

"Sila hubungi saya" ya?
Ok, kau tengok nanti aku hubungi kau.