walk on wings, tread in air: Eksrim <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Eksrim
2012-12-09


Alhamdulillah, buku-buku untuk dijual bagi membina child library di Johor dapat sambutan. Baca email dari Izzat ni, aku kagum aku ada reader yang kuat membaca and pemurah untuk membeli sambil menderma.

Terima kasih banyak-banyak ya.



Lantas, aku pun menge-check lemari aku kot-kot ada la jugak buku yang aku boleh let go.
Aku ni walaupun kategori malas baca buku, tapi kalau buku cerita aku rajin. Buku teks je aku tak suka. Dalam sejarah hidup aku, buku sejarah Tingkatan 4 yang paling bersih sekali sebab buku tu hilang 2 minggu lepas daftar. Sampai ke hujung tahun aku kongsi buku teks member sebelah everytime kelas Sejarah.

Tapi kan, buku cerita aku tak pernah hilang.
Macamana aku campak or letak merata, mesti buku tu akan jumpa balik. Kalau buku sekolah ni, letak dalam beg pun boleh hilang, Mengapa ya? *duck face sangat*



Ala nak nangis tengok collection buku aku. Ntah apa-ala je la. Takde konsep. Konsep sukati.
Baru aku perasan yang banyak buku aku dah gone. Ntah mana aku campak. Agaknya masa nak pindah lepas kawen dulu aku malas nak mengangkut jadi aku buang. Tak pun aku bagi kat sedara-mara aku.

Sebijik novel melayu pun takde!
Tak salah aku masa zaman aku praktikal kat SIRIM dulu, zaman aku banyak kumpul buku cerita. Time tu la aku kena Ahadiat Akashah pun. Sebulan aku praktikal, novel melayu aku lagi banyak dari lab report yang aku tulis. Rasanya aku ada sekotak besar novel melayu. Konfem aku dah buang buku-buku tu (gigih nak explain dulu banyak buku. Puii)

Bila belek-belek buku yang ada kat lemari ni, baru aku perasan minat aku terhadap buku cerita dah slowly hilang. Tahun ni, satu-satunya novel yang aku beli cuma Nicholas Sparks - The Lucky One. Yang lain semua aku beli buku-buku bukan berunsur novel. Reader's Digest pun dah jarang-jarang beli. Ok, konfem aku memang malas baca. So, tak jadi la nak let go buku-buku ni. Nanti hilang bahan bukti nak tunjuk kat anak-anak yang mak dia rajin membaca ..... suatu waktu dahulu.



Hari tu boleh la pulak teringin nak makan eskrim ni. Elok je aku terpikir, eskrim Mat Kool pun lalu. Sampai tersungkur kat tangga punya la nak tahan eskrim.


"Eksrim kon satu. Nak jagung, nak stroberi. Taknak coklat. Tambah satu lagi scoop"

Wah. Sangat mengimbau zaman skolah rendah.

Memang macam ni la aku order dulu.
Aku memang tamak.
Kalau eskrim tu dah ada 3 scoop, aku tetap nak extra.

Zaman skolah rendah dulu, sanggup taknak makan kat kantin sebab balik kang bajet nak beli eskrim kat pakcik moto depan gate skolah. Kadang-kadang pakcik moto tak datang. Berbulu je aku. Sia-sia aku belapar, tau tadi aku beli nasik lemak kat kantin. Pakcik moto tu kira dah ada regular customer. Kalau aku keluar dari sekolah je dia dah angkat tangan.

Dulu with extra scoop baru 40sen. Skarang, without extra scoop pun dah RM1! Cekik darah. Eksrim tak berubah, Kot la ada letak kismis kat dalam tu kan. Hampeh. Tapi beli jugak la. Sebab teringin. Patut la aku bagi duit belanja RM3 kat Redza tak cukup. Kalau eskrim cenggini je dah RM1, apetah lagi nasik lemak kat kantin. Dah la skarang menu kat kantin dah macam cafe kat pejabat kerajaan. Nasik lemak, mee kari, air coke, teh o ais, milo ais, sotong ball, etc. Sekolah aku dulu, kalau budak-budak ni cuma ada 2 pilhan : nasik lemak kejung dengan mee goreng sejuk. Tu pun boleh jadi bergaduh kalau tak dapat beli. Cuba skarang kau hidang macam tu. Mau kena kahak.

Sebab tu la Redza tak kisah kalau kita terlambat jemput dia dari sekolah. Sebab kantin dia macam-macam ada. Dia lagi suka balik lambat. At least boleh la dia mentekedarah macam-macam kat situ, provided ada duit la kan. Kalau aku dulu stuck kat sekolah memang kebulur la jawabnya. Kantin dah la takde pilihan makanan, pastu makanan asik la cepat habis. Duit pun bukannya aku ada sangat. Terasa nak nangis type entry ni.

Bila ingat-ingat balik, memang best gila jalan kaki balik dari sekolah sambil jilat eskrim. Macam takde apa je dulu makan eskrim sambil berjalan. Now ni rasa janggal pulak. Makan mesti nak duduk. Terasa buruk benar kelaku makan berjalan. Tapi dulu rilek je. Dah la makan berjalan, boleh pulak aku rotate eskrim tu dari mulut ke mulut member. Share-share katanya. The good old days...

Dulu tak sure la zaman jahil or zaman sporting gila babi. Kalau minum air, straw yang sama rotate samai seploh orang pun takde hal lagi. Laki pompuan belasah minum satu plastik air yang sama. Kalau naik bas gi tusyen, takde tempat duduk selamba tapir je aku duduk atas riba member laki aku. Duduk kat hujung lutut je la, janji aku tak penat. Jauh tuuu dari Bangi nak ke Kajang kena berdiri. Kalau eskrim tu pulak memang wajib share. Budak laki takkan nak beli eskrim punya. Tapi kalau kita beli dorang wajib rasa. Puiiii.

Tapi kon eskrim ni now tak best la. Jenis yang cepat benyek kalau terkena aiskrim. Aku pulak tak boleh masuk kat tekak kalau benda benyek-benyek ni. I mean kalau benda tu sepatutnya keras, dia mesti kena keras. Tak boleh lembik. Contoh macam kon eskrim ni. Dia mesti keras macam kon Conetto. Kalau makan burger pun camtu gak, roti takleh benyak. Sebab tu aku order burger sos, mayonis takyah letak. Nanti roti tu benyek aku geli nak makan. So kalau ada ternampak aku makan eskrim ni macam gelojoh, tu bukan sebab pelahap ye. Tapi sebab aku nak makan cepat-cepat supaya kon tu tak sempat benyek.


posted by aveo757 @ 11:40 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER