2012-12-10

Besday orang yang bercitarasakan tekakku


Sabtu malam walaupun kepenatan siang tu ada program, tapi sebab next week dah nak pi holiday, so nak taknak kena settlekan jugak beli barang-barang skolah Redza. Dah alang-alang penat, biar lelah terus. Sampai je IOI Mall, sapedek dulu. Aku dah kebuluran.

 
Kenny Rogers je la sudah.


Lagipun si Redza ni cerewet bab makan.
Kalau makan nasik lauk nak samada sotong atau ikan bilis goreng je.
Bunyik cam simple and murah la kan - IKAN BILIS.
Takde makna okeh.
Ikan bilis sekarang RM4.50/100g. Tu kalau nak yang level-level boleh tahan. Kalau yang bangsa hapak tu maybe murah sikit. Dah kalau kejap-kejap pagi petang siang malam kau nak belasah ikan bilis, seminggu mau aku kena beli 3 kilo. Berderaian bulu-bulu ku...

Zaman aku kecik-kecik dulu kalau dengar orang tu hari-hari makan ikan bilis, ohhh orang miskin.
Skarang aku rasa ikan bilis ni dah jadi makanan orang kaya. Gila mahal ikan bilis skarang. Insaf aku nak makan. Patut la kalau beli nasik lemak ikan bilis 2-3 helai je dalam tu. Tu cara-cara ikan bilis keras macam batu. Kalau ikan bilis Jepun?


Orang tua ni mana pegi mesti nak kena ada nasik.
Malangnya nasik Kenny Rogers semalam keras kering. Sian, tak habis. Balun mushroom sup aku pulak. Sekali garlic bread mushroom soup tu keras sebab terlebih bakor. Dah jadi biskut lutut. Serba tak menjadi je Kenny Rogers Sabtu lepas. Terpaksa la aku share macaroni cheese Redza.




Kena banyak sikit la gamba aku kan, blog aku lah katakan. 


Redza kata "Mama ni mata terbeliak. Macam nak terkeluar"

Kuang hasam.
Padahal mata kau yang sepet.

Sian anak aku, dia akhirnya menerima nasib yang sama dengan bapak dia.
En Wan pun dulu sampai nak menangis masa bergamba untuk wedding.
Photographer tu asik la tegur mana dia "Abang, mata jangan la kuyu sangat."

Tensi En Wan kena beliak-beliakkan mata.
Tapi hasilnya ok jugak.
Sebab mata aku besar kot, so bila bergamba dengan orang mata sepet, samada orang tu nampak macam mat paipon atau aku yang nampak macam terperanjat kena flash kamera.




Apa-apa pun, now lega dah sebab barang-barang Redza semua dah settle.
Aku cakap kat En Wan, sebelum orang lain gaji, kita kena beli barang-barang Redza dulu. Sebab bila orang lain dah gaji nanti, konfem mall sesak satu hal. Pastu baju ngan kasut semua takde saiz. Dah la anak aku ni saiz bantut. So now tinggal nak settlekan buku-buku pulak.

Masa tengah pilih-pilih baju, ada satu famili tu anak dia 8!
Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Berseso mak dia dengan bibik acu-acukan baju. Bapak dia tolong jaga baby yang ada dalam stroller.
Aku nak settlekan baju sekolah sorang anak pun aku rasa suara aku yang paling kuat dalam mall tu. Kejap-kejap si Redza ni hilang pi tempat mainan. Asik la aku ni terjerit pekik panggil  nama dia. Akak yang anak 8 tu pun kecoh gak. Tapi dia kecoh memang patut-patut pun. 8 orang sekali nak handle. Yang aku?

Agaknya sebab tu la Tuhan bagi aku anak dua orang je setakat ni.
Kalau lapan, runtuh bumbung mall tu dengar suara aku.

Balik malam tu, En Wan tido awal gila. Kepenatan agaknya.
So, malam tu aku dapat layan cerekarama dengan penuh ketenangan.
Sekali cerita sedih pulak kau.
Merembes-rembes aku sorang-sorang. Best gila la citer tu. Tapi pelakon laki tu tak best. Sape ntah nama dia tak kenal. Aku rasa kalau Remy Ishak baru best.


Semalam punya agenda pulak, balik Bangi celebrate besday Jannah and Mirza (anak Ima).
Kitorang sampai Bangi kul 2pm, tapi kul 5pm dah balik sebab En Wan nak pi stadium. Game tu takleh start kalau laki aku tak datang okeh. Yang best tu besday anak sedara, tapi kek adelah ikut citarasa mak sedara dia ni. Kesian pulak aku tengok kek anak sedara aku blueberry cheese cake, takde ciri-ciri kekanak-kanakkan. Budak tu pun cam tak selera je nak potong.


 



Nenek tokey biskut la katakan, dengan sedap anak tekaknya Ima men-request Mak Aji siapkan biskut untuk dia buat party pack nak hantar kat nursery Jannah. So semalam aku tengok Mak Aji dah siapkan kukis macam-macam bentuk. Pokok krismas la, bulan sabit la, bintang la. Kebetulan semalam ramai rakyat hadirkan diri, so ada la yang membantu hias-hiaskan biskut ni.

Dan aku pun merembat 2 keping stok Rayyan nak gigit-gigit.

Disebabkan aku jatuh kategori malas, jadi aku order je siap-siap pavlova and puding roti dari Little White Cafe kat Bangi.




Ni menu semalam :

1. Biskut (takde dalam gamba)

2. Nasi impit with kuah satey and rendah daging + limpa sebab aku suka makan rendang.

3. Blueberry cheese cake sebab aku takleh makan kek lain.

4. Puding roti sebab aku teringin nak makan. Menjak makan kat Little White Cafe terus ketagih.

5. Pavlova sebab aku nak try LWC punya version.

6. Pastu aku suruh mak aji buat mee goreng kegemaranku.


Kira semalam besday je anak sedara aku punya. Tapi selera semua ikut tekak aku.
Actually reason aku order pavlova tu sebenarnya nak bagi Ibal, Pak Aji and En Wan makan. Dorang ni la paling payah nak makan benda-benda western. Padahal aku pun jawa jugak, tapi aku jawa berlagak. Hahahha.

Ibal lagi cilaka. "Apa nama makanan kau beli ni Kak? Fabuloso??"

Aku tak tau celah mana Pavlova boleh jadi Fabuloso.

Meh aku bagi gamba clear sikit...


 
Mee goreng. 
Aku tak sempat makan pun rupanya mee ni. Padahal aku yang request.
Aku cuma sempat rasa je time Mak Aji mintak aku test pedas ke tak.



Blueberry cheese cake.
Penat je Ima membeli ikut selera tekak aku, sanggup dia korbankan kek besday anak dia semata-mata sebab akak dia tak boleh telan kek lain selain blueberry. Ujung-ujung aku tak sempat makan.



Lazat nak mampos. Puding roti.



First time nampak pavlova ada buah oren.
Sedap and sedap.



Besday girl yang malu-malu dan terharu bila ramai-ramai nyanyikan lagu besday untuk dia. 
Potong kek pun main toleh je. 
Sedih kan kek dia? Mak dia ni pun satu. 
Dah la kek tu bukan kek budak-budak. Tulisan pun takde. Lilin pun takde!



Gigih bapak dia nak suruh anak dia potong kek jugak. Yang nombor dia ni spesis Rayyan. Jenis tak makan saman. Dia pedulik apa orang lain nak celebrate besday dia, janji dia dapat pegang sudip sebatang jadiklah.



Gila formal okeh upacara penyampaian hadiah.


Cewah, laksamana sorang ni.
Macamkan paham je layan iPAD. Dah la kaki siap naik atas dashboard.



Ok ni update untuk Ephyra and Cardigan.
Ephyra aku janji pos Selasa tapi aku lupa Selasa Hari Keputeraan Sultan Selangor. So pos laju akan pickup Rabu.
Shipment aku yang ada cardigan dah sampai KLIA.
Memandangkan Selasa cuti, insyallah Rabu akan sampai.

Akan tetapi aku nak explain sikit.
Shipment aku sepatutnya muat masuk 44 helai je hari tu kan?
Kebetulan Purchase Order yang aku tunggu-tunggu dari USM masuk 2 hari selepas aku submit order ke partner aku di sana. Jadi memandangkan USM punya order ni equipment, so quota dia tak sama macam quota kit. Aku dapat extra quota.

Email yang request untuk cardigan semuanya 328 helai.
Aku dapat masukkan semua order 328 helai ni tapi terpaksa dipecahkan kepada 2 shipment.
Shipment yang dah sampai KLIA ni ada 182pcs.
Tapi aku tetap tak boleh pos sebab partner aku dah buat silap sikit, dia pi packkan shipment ni hanya cardigan kaler kuning, skyblue, putih, hitam and pink.

Shipment lagi satu insyallah sampai Jumaat/Sabtu ni. Yang shipment ni ada cardigan kaler brown, grey and navy blue. So aku akan cuba extract dulu list kalau ada di antara korang yang kaler cardigannya takde pada shipment kedua, aku akan pos dulu. 

Minta maaf sangat-sangat sebab aku pun terlupa nak pesan kat partner aku supaya dia campurkan je semua kaler dalam shipment pertama ni. Aku akan email those yang cardigan dia aku boleh pos this week.

Sorry again.



Klik here : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012