2012-12-04

Deliver


Pagi tadi mood sangat happy tapi malam ni mood sangat sedih.
Tak tau kenapa lately ni kebanyakkan email untuk Kak Sri Siantan semuanya sedih-sedih. Malam ni aku sempat reply 4 email. Empat-empat masalah yang sama - husband ada affair. Semuanya buat aku sebak-sebak je bila baca. Tak sangka rupanya ramai yang ada masalah rumahtangga.


Ok, taknak cerita pasal rumahtangga orang.
Stop.

Ni nak bagitau pasal Ahmad Izzat yang tawarkan kiriman barang dari US.
Sian adik aku tu tau. Ada 3 orang email aku tanya "Kak Di, Izzat ni boleh percaya ke? Saya nak kirim barang ni"

Sampai atiiiiiiiii.

Aku tak pernah jumpa pun Izzat.
Tapi aku tau dia reader aku yang dah lama baca blog aku. Masa dia pakai BB dulu ada la gak add kat BBM, sembang-sembang. Menjak tukar iPhone ni, eksen. Mentang-mentang iPhone. Haha.
Memang aku tak pernah jumpa. Sebab aku kan liat sikit nak jumpa orang. Segan. So kalau nak judge kepercayaan pada orang berdasarkan kita dah pernah jumpa ke tak, rasanya ramai lagi orang yang kita bukan saje pernah jumpa, malah tido sebantal, tapi hampeh gak. Insyallah Izzat boleh dipercayai. So kalau nak kirim barang kat dia, silakan.



Sampai 48 bijik iPhone budak ni kena torture dek reader-reader aku. Tu la kan, ko offer diri sape suruh. Sampai bagi IC, HP segala. Takpe...aku paham. Duit orang kan, mesti la takut kalau kena tipu. Tapi insyallah, Izzat can be trusted. Sila la ramai-ramai suruh dia kirim beli barang. Beg dia kosong lagi tu. Muat lagi nak isi 84 bijik iPhone. Sila lah..jangan malu-malu.



 Ahad lepas pi pasar sekali nampak ubi kayu putih. Punya lah teringin nak makan ubi goreng. Sekali semalam balik dari opis, tengok ubi kayu aku dah jadi kerepek. Dah la sedap pulak tu. Gila terer bibik aku buat. Kerepek je padahal pun. Bukannya susah, aku je yang malas. Kalau makan laju lak tu. Krup krap krup krap habis. Taip email sebaris, kerepek habis sebalang. Now aku berazam nak beli ubi kayu seguni biar bibik buat stok kerepek. Raya tahun depan aku jual kerepek ubi! Diana Kerepek Ubi. Pehhh!




Jeng jeng jenggggggg!!!

Skinny jeans korang dah sampai. Dan aku dapat free skinny jeans 2 helai hokeyyyy. Best gila dapat partner yang bahek hati. Aku telah berjaya mengkawtim dengan partner aku untuk menyumbat 98pcs jeans. Hari tu aku janji 50 kan? Tapi akhirnya kekawtiman itu telah berjaya dibuat. Yang order hari tu 150pcs tapi shipment aku tak muat, jadi aku berani ambik 50 je. Tapi lepas discuss lebih kurang dengan principal, aku boleh bawak 98pcs. Jadi, semua 98pcs ni dah ada orang punya. Aku dah email pada those yang namanya tersenarai dalam batch kali ni. Yang tak dapat email aku tu minta maaf la, aku tak jumpa jalan camana nak sumbatkan lagi jeans dalam shipment ni. Insyallah kalau aku place order barang-barang aku, aku akan masukkan nama korang sekali.

Yang kirim cardigan, buat masa ni aku belum dapat ETA sheet dari principal aku kat sana. Selalunya bila dah dapat ETA sheet baru aku leh estimate bila barang sampai. Kadang-kadang barang aku dah complete tapi barang Singapore tak complete, so kena tunggu la sebab kitorang consolidate shipment. Cardigan ni pun aku macam kena bukak order balik sebab ramai sangat tak dapat masukkan nama. Tapi aku pun tak berani janji bila sebab rasanya aku dah takde apa-apa order dah bulan ni, akaun dah banyak close. See how la eh? Apa-apa nanti aku announce kat blog.



 Proses mempacking.



Half dah ready untuk di pos.
Oh yes, kepada yang ada balance RM1, nanti aku email sorang-sorang mintak akaun nombor sebab aku lupa nak masukkan dalam pakej. Jumaat la ye, sebab today sampai lusa aku di luar kawasan.

Ephyra, this week aku ambik order je. Next Tuesday baru pos all.

Oh, lagi satu. En Wan kata Superdry jeans ada lagi sehelai, saiz 38. Sape nak, bagitau aku.