2012-12-07
Cukup ke tak cukup?
Email ni aku just sharekan pengalaman je la ye.
Harapnya sender dapat baca apa yang aku share kat sini.
Macam aku dulu pun hadap benda yang sama jugak.
Mak Aji kalau boleh nak aku keje kat UKM je.
Dia nak Ima kalau boleh keje kat kilang-kilang kat Bangi je (Ima memang takleh pegi line lain selain kilang. Minah kilang pompuan ni).
Ibal pun kalau boleh kena duduk kat Bangi takleh keluar tempat lain. Setakat ni Ibal je la yang masih stuck kat Bangi (hahah, padan muka kau), aku and Ima dah selamatkan diri.
Pak Aji pulak kalau boleh nak anak-anak perempuan dia jadi cikgu. Alasannya perempuan ni sesuai jadi cikgu. Bagi Pak Aji keje cikgu ni tak melibatkan pergaulan yang bebas kalau nak bandingkan bidang keje aku now. Kira kalau jadi cikgu ni job paling selamat untuk wanita.
Mula-mula dulu aku memang stress sebab aku memang taknak duduk Bangi bila habis blaja. Cukup-cukuplah dari kecik membawak ke besar aku duduk Bangi. Sengkak isi perut aku balik-balik nampak tempat yang sama. Lagipun aku rasa Bandar Baru Bangi ni terlalu "baik" untuk aku. Everytime aku balik Bangi, aku rasa orang-orang kat Bangi ni semua soft, semua bersopan, semua berhemah. Jenis cam aku ni elok dicampak keluar je dari Bangi.
Sangat stress bila lepas habis blaja, Mak Aji dah siapkan jadual untuk aku pi interview kat UKM.
Oh demmmm!
First, aku memang taknak dan tak plan bekerja kat Bangi.
Second, aku taknak keje setempat dengan Mak Aji.
Third, aku rasa tiga per ompek UKM kenal mak aku.
Dari kecik lagi aku dah join program-program kat UKM tu so kawan-kawan Mak Aji semua aku kenal (or at least dorang kenal aku anak Dahlia), even makcik aku pun ada kat situ.
Dah kalau aku keje kat UKM tu nanti, aku rasa semua orang kat situ aku greet "Assalamualaikum makcik..."
Masa aku keje sementara as data entry clerk time matrik kat bahagian akademik UKM, satu jabatan tu kenal mak aku. Aku dah terbiasa panggil dorang Aunty, sebab dorang biasa datang rumah Mak Aji. Bila kena keje situ, otomatik panggilan kena bertukar jadi Puan. Tapi ujung-ujung sepanjang aku keje kat situ, puan-puan tu sendiri yang bahasakan diri dorang 'Aunty'. Dah macam keje dengan famili la pulak rasanya. Masa aku interview dengan satu pegawai ni, the pegawai tu sendiri tersasul bahasakan diri dia 'Uncle'. Oh kamonnnnnnn. Tak reti aku nak keje dengan suasana macam ni. Lagipun aku tak selesa berkerja di tempat yang orang kenal mak aku. Sebab aku kenal sangat perangai aku. Kalau apa-apa yang aku buat biar jangan sampai tersangkut-paut mak aku sekali la ye. Aku ni kalau merempan tak kira orang tu pakcik ke makcik, aku redah je. So sebelum mak aku sakit jiwa dengan perangai aku, baik aku jangan libatkan diri.
Masa aku daftar Master dulu, aku tersalah daftar subject and aku tak sedar pun aku buat salah. Tau-tau dapat call dari Jabatan, "Diana, ni aunty ****, aunty check Diana salah daftar subject ni. Tarikh drop/tukar subject dah lepas tau. Tapi takpe, aunty buatkan".
Ngeri pulak rasanya aunty tu keje kat Pejabat Am. Ni mesti esok kalau keluar result kuiz ke, exam ke, aku belum tau, Mak Aji dah tau dulu.
Tak cukup dengan tu, masa aku nak convert researchwork kepada coursework, aku call Prof Aminah. Kat phone "Ha, tu la. Your mum ada cakap you nak tukar...bla bla bla".
!!!!!!!!???????!!!!!!!!
Ada lagi.
Masa memula aku tengah serabut nak pilih kursus Biotech or Food Science, secretary kepada Dekan Biotech tu adalah jiran aku (jiran Mak Aji). "Takpe Diana, Dekan ni baik. Nanti aunty bagitau dia Diana nak jumpa..."
!!!!!!??????!!!!!
Sebab tu sampai sekarang, aku mengelakkan diri masuk UKM untuk urusan bisnes. The last aku pegi tahun 2008, masa tu aku still keje dengan orang. Pegawai yang uruskan pembelian bersembang, boleh pulak gi tanya nama mak. Bila dengar nama mak aku, "Ohhhhhh...Dahlia? Tu dulu geng-geng saya bersukan"
Yeah rite pakcikkkkkkkk.
Mak saya dulu memang pemain hoki.
Terus layan bersembang setengah jam.
Oh..letih.
Yang paling paling paling best among all kan, masa aku kat UNIMAS.
Timbalan Naib Canselor aku dulu Prof Charlie. Dia juga lecturer Immunology aku. Ada satu hari tu dia panggil jumpa kat bilik. Excited la aku kan bila TNC nak jumpa. Masa aku cakap aku orang Bangi, dia kata dulu dia kat UKM. Aku pulak tersebut "Mak saya pun keje UKM".
Dia tanya nama.
Bila aku sebut nama, "Laaa...anak Dahlia? I kenal your mum"
Erghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
And sampai ke hari nak konvo, barulah sorang lagi lecturer aku, Dr Awang Iskandar Pengiran Rayari (orang UniKL mesti kenal dia ni) tau yang aku anak kepada sepupu dia. Sorry la aku nak mengaku selama ni kan, dah la kau ajar subject Molecular yang susah nak mampus tu. Aku dapat A orang kata kau bias. Kalau aku dapat F, kau pulak malu ada anak sedara bangang. So baik aku diam.
Menjawab email budak ni, aku boleh faham apesal parents dia tak kasik dia keje jauh. Tu adelah kerana parents dia rasa di situlah tempat yang paling selamat and selesa untuk dia.
Just like Mak Aji. Dia encourage anak-anak dia keje kat UKM because dia rasa UKM treats her well, and disebabkan itu dia rasa UKM akan jadi tempat yang bagus juga untuk anak-anak dia. Takde mak bapak yang nak anak-anak dia duduk jauh. Semua mak bapak nak anak dia duduk celah ketiak kalau boleh. Nak pulak kalau anak perempuan. Memang payah nak biar anak duduk jauh, keje jauh, apetah lagi nak bagi anak duduk menyewa. Sesetengah parents je yang allow tapi aku percaya, diorang tetap risau.
Macam Mak Aji dia expect aku duduk sekali dalam rumah tu even bila dah kawen. Bila aku cakap keje UKM and keje government gaji rendah, dia bagitau "Biar lah gaji rendah pun. Duduk dengan mama takyah bayar sewa, makan sekali dengan mama, pergi keje tak pakai minyak banyak, takyah pakai tol...bla..bla..bla..boleh saving...bla..bla.."
Jadi, aku sangat paham kenapa ada makbapak yang tak kisah anak gaji rendah, asalkan dorang nampak anak tu depan mata. Aku dah anak ni boleh faham perasaan makbapak. Redza nak pegi summer camp kat perkarangan sekolah pun aku berbelah bagi nak lepaskan.
Mak bapak kita ni sebenarnya bukan nak sangat duit kita bagi tetiap bulan tu. Tapi kalau kita bagi memang dorang berbesar hati. Tetiap hari dapat tengok kita dah cukup dah bagi dorang. Dulu aku pun stress apesal la mak bapak aku ni asik la suruh aku duduk Bangi tak kasik pergi jauh-jauh. Masa aku nak pindah Subang Jaya lepas kawen tu pun dia macam tak berapa suka sangat. Siap takut-takutkan aku lagi "Kau tu nanti duduk rumah sorang-sorang, Wan pegi keje. Kalau jadi apa-apa kat rumah camana?".
Aku percaya kebanyakkan kita terdorong nak carik keje yang gaji tinggi sebab :
1. Orang selalu grade-kan gaji tinggi dengan blaja tinggi. Sebab kau blaja tak terer, gaji kau pun tak terer mana (???)
2. Nak buat mak ayah proud dengan cepat.
3. Nak buktikan kat mak ayah, adik-beradik, sedara-mara, member-member yang kita ni kategori berjaya.
4. Terlampau taksub nak mengubah diri (ni selalunya terjadi bila time kecik hidup sengsara so bila besar kejutan budaya)
5. Terlalu banyak angan-angan nak jadi orang kaya.
6. Nak penuhi KEHENDAK.
Bagus sebenarnya kalau ada keinginan untuk ada gaji besar dengan niat nak bantu keluarga. Tapi percayalah cakap aku, duit kita sebenarnya cukup dah. Kita ni je yang kadang-kadang terlalu berangan jauh. Ikut-ikut orang. Orang tu sebulan simpan RM3000, kita pun nak simpan RM3000. Kalau boleh buat, baguslah. Tapi tak salah kot bulan-bulan simpan RM50, tabung haji bulan-bulan simpan RM50, ASB bulan-bulan RM20. Ada dorang kisah ke berapa kau nak simpan berapa kau nak spend?
Mula-mula nak kawen dulu aku rasa macam takleh gi je. Macam aku bakal mati kelaparan sebab tak cukup duit. Tapi alhamdulillah, cukup.
Masa nak mengandung pun bertanggung-tangguh sebab takut tak mampu bagi anak makan. Tapi Tuhan nak tunjuk kekuasaan DIA. Aku bersalin dengan kaedah sembelih, hospital swasta lak tu. Boleh bajet la kan berapa bil dia. Tapi alhamdulillah, cukup.
Masa nak ambik bibik, rasa cam mampu ke tak ni bayar gaji maid tetiap bulan ni.
Alhamdulillah, rezeki tu ada.
Sebenarnya, kalau nak rasa banyak duit ni mudah je. Jangan berhutang.
Duit sikit tapi tak berhutang lebih baik dari duit banyak tapi hutang keliling pinggang.
And lagi satu, kalau kita dah niat bagi parents kita duit, please jangan ungkit bila tak cukup. Kalau kita tak cukup, kita takyah bagitau dorang. Sebab dorang pun pernah lalui masa-masa 'tak cukup' tu, tapi kita tak pernah tau kan? So, takyah la bagitau.
Masa mula-mula start keje, memang tunggang-langgang nak handle financial, pulak tu dah kawen, macam-macam benda nak pikir. Serabut perut. Memang aku tak dapat nak bagi Mak Aji Pak Aji duit. Sebab aku tau tak cukup. Tapi aku cuba untuk replace dengan benda lain like kalau sesekali balik tu belikan apa-apa, bawak pi makan, etc.
Tapi aku bertuah, sebab Mak Aji bagitau kat anak-anak dia "Korang tak bagi mama duit takpe. Jangan mintak lagi duit aku dah cukup"
*bunyik petir berselang seli*
Agak panahan jugakla statement mak aku tu. Tapi percayalah cakap aku, mak bapak ni sebenarnya bukan hadap sangat duit kita, tapi bila kita dah bagi tu memang la dia happy. Kita pun kalau tetiba orang hulur duit mau tak happy? Tapi kalau lepas orang tu bagi kita duit, dia cakap "Duit aku ni asik tak cukup je tetiap bulan. Nak menyimpan pun tak dapat. Orang lain tu boleh je ke sana sini, aku ni ikat perut je la". Agak-agak kita kecik ati tak? Rasa nak pulangkan je duit tu kat dia.
Jangan sedih sangat bila parents kita tak kasi kita kerja jauh, tak kasik kita carik keje yang gajinya besar. Ada hikmah yang kita mungkin tak nampak. Bak kata Abby Abadi "Mereka tak diizinkan untuk melihat" (Mata ke atas, tangan jerut leher sendiri).
Gaji first degree sekarang berapa? RM1900 ada?
RM1900.
Kalau duduk jauh, nak kena bayar sewa.
Dah keje nak kena ada transport. Paling tak duit tambang bas, LRT, komuter.
Dah duduk sendiri tu, makan nak kena beli.
Kalau duduk dengan kawan-kawan bila dah ramai-ramai tu tak banyak sikit pun mesti terikut-ikut nak beli barang, nak pegi shopping, nak bercuti, bla bla bla.
Belum lagi nak bagi mak bapak, nak simpan.
Alhamdulillah, mak bapak aku akhirnya izinkan jugak aku keluar dari Bangi. Tu pun sebenarnya laki aku yang bawak aku lari. Life memang struggle. Aku rasa kalau Mak Aji tau apa yang aku lalui dulu mesti dia nangis. Mungkin sebab tu la makbapak kita taknak kasik kita duk jauh dengan dia, sebab dorang dah pernah lalui susah. Dorang taknak kita susah.
Sebenarnya duit kita tu cukup. Yang buat tak cukup tu adelah kita jugak.