walk on wings, tread in air: Mimpi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mimpi
2012-12-06
Pernah tak korang mimpi something and dalam mimpi tu korang realize yang korang dah pernah berada di tempat yang sama dulu, tempat tu dalam mimpi jugak. And tetiba benda yang korang mimpi tu berlaku kat realiti.

Agak-agak boleh paham tak soklan aku tu?

Situasi aku cenggini. Mimpi ni takde la best sangat pun, biasa-biasa je cuma kronologi dia tu macam misteri sikit.

Dulu aku pernah mimpi aku ada kat satu tempat dengan Redza. Ramai jugak la orang kat situ. Tetiba aku pun tak tau apesal, tau-tau je aku dah ada kat tempat lain, jauh sikit dari Redza tapi still boleh nampak dia lagi la. Pastu tetiba ada sorang budak ni selamba je datang and pukul Redza. Masa tu aku nangis sebab Redza sikit tak melawan and aku nampak dari jauh lak tu, tak dapat tolong. Aku jerit suruh Redza lawan tapi suara tak keluar. Memang sedih sangat aku tengok time tu. Disebabkan aku tak sanggup tengok Redza kena belasah, aku macam cakap kat diri sendiri "Ni mimpi je ni. Mimpi ni". Pastu terus sedar.

Pastu ntah bila masa aku mimpi benda yang sama tapi kali ni aku dah pandai sikit, aku macam tau keadaan ni akan berlaku lagi sekali so dalam mimpi kedua ni aku taknak jauh dari Redza. Aku tunggu je budak tu datang sebab dalam mimpi tu aku macam boleh bajet akan ada scene budak tu datang nak belasah Redza. Eh sekali betul. Tup tup je budak tu muncul. Kali ni aku dah bersedia nak bantai budak tu. Sekali Redza pulak tak kasik. Dia lak mengongoi-ngongoi nangis jangan pukul budak tu. So aku pun tak jadi nak pukul. Agaknya budak tu nampak aku dah tak jadik nak bantai dia, tetiba je dia tarik besi yang ada kat tepi dia (tak tau mana datang tetiba je muncul besi. Biasa la kan, mimpi) and libas kat Redza. Tapi aku try tolak Redza ketepi and besi budak tu terkena kat batang kayu. Batang kayu tu patah and jatuh barang-barang yang ada atas batang kayu tu. Aku tarik Redza supaya tak kena hempap dengan barang-barang yang jatuh tu.

Ok mimpi kedua habis.
(Gila tak best mimpi ni)

Baru-baru ni aku gi dapur nak teman Redza ambik air. Si Rayyan ni biasa la kan, asal aku bukan fridge je, aku belum sempat capai apa-apa tau-tau dia dah ada depan sekali. Ntah bila masa dia menyelit masuk. Redza hulur tangan capai botol air oren. Rayyan menjerit-jerit nak jugak. Bila abang dia terus togok air oren tak kasik dia dulu, dia terus pukul abang dia. Cara dia pukul tu buat aku teringat mimpi-mimpi aku sebelum ni. Memang gila sebijik macam tu la yang aku nampak dalam mimpi. Bertalu-talu dia pukul abang dia.

Aku macam tak buat apa-apa sebab aku macam nak tengok betul tak lepas ni ada scene-scene macam dalam mimpi aku tu. Eh tau-tau si Rayyan capai sudip besi (batang besi) yang terjulur keluar tepi meja terus nak melibas Redza. Masa ni aku dah berlari dah kat Redza nak halang sudip tu dari terkena dia sebab Rayyan ni pantas. Masa Rayyan hayun sudip tu, kepala aku macam boleh bajet sudip tu akan terlibas kat mug holder (batang kayu) and mug akan jatuh bertabur. Sekali betul kauuuuuu. Memang cantik je dia terlibas mug holder tu and bergelimpangan mug aku, berkecaiiiiiii.

Ok now baru aku tau budak yang nak pukul Redza tu rupanya anak aku jugak. Punyalah lama mimpi tu dari zaman aku belum ada Rayyan lagi sampai now baru aku nampak situasi real dia. Patut la Redza tak kasik aku pukul budak tu masa dalam mimpi, rupanya tu adik dia.

Tu je la pun aku nak cerita. Memang tak best pun mimpi ni cuma suspen je bila pernah mimpi benda yang sama 2 kali pastu tetiba ada kat realiti.

Tu satu benda.

Satu lagi benda, aku pernah mimpi jumpa Leslie. And dalam mimpi tu aku jadi kaunselor tanya apesal dia bunuh diri, boleh? Ok, walaupun aku minat gila kat dia tapi mimpi ni rasanya takyah lah jadi realiti. Aku taknak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 12:43 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER