2012-11-24

Beg peram


Weekend ni hanya bersama anak-anak, bibik, tailor-tailor dan mak mertua saje. En Wan takde, pergi mencari rezeki di perantauan semalam. Tapi kejap je, Monday balik insyallah. Pagi ni elok aku tengah breakfast, sms dia masuk :



Alahai, tersangkut roti canai aku kat tekak. Tak sampai hati nak telan. Aku sedap-sedap pekena roti canai kuah banjir dia makan meggi. Meggi in a cup pulak tu. Kalau meggi masak tahan la lagi. Bertabahla bang sehingga Isnin.

Oh yes, kepada yang lambat hantar pesanan tu, aku dah sms En Wan, dia kata dia cuba carik size-size yang korang mintak tu. Sape yang hantar request tapi tak dapat reply dari dia semalam maknanya dia tak sempat check la tu, dia dah fly. Yang ada pesan benda-benda lain, dia akan try carik. Kalau ada, ada. Kalau takde, takde la ye.

Selalunya kalau hujung-hujung minggu En Wan takde, aku memang takde la nak merayap ke mana pun. Paling-paling pun ke Giant. Tu pun rasa canggung. Padahal outstation ke hulu hilir. Tapi bila En Wan takde, aku jadi seram sejuk nak kemana-mana. Malam tadi pi Giant beli cotton candy Redza pun aku dah rasa nak cepat balik. Redza pun macam tak seronok bila keluar berjalan bapak dia takde. So today akticiti aku adelah mengangkang je la kat rumah layan Tamil.

Tapi disebabkan minggu ni aku ada agenda yang terpendam sejak sekian lama, maka aku tengah meng-adjust mana aku nak pegi supaya aku boleh melaram dengan beg baru.

Beg baru tak baru jugak la. Dah 3 minggu aku peram kat ofis.




Kelmarin aku up gamba ni kat FB. Sebab tu je la yang aku mampu buat.
Dah 3 minggu aku peram beg ni sebab tak jumpa-jumpa lagi reason apa aku nak jawab kalau En Wan nampak beg ni. Mau dia pekik sampai pecah halkum. Yang komen kat gamba aku rata-ratanya (pehh ayat cas Buletin Utama) kagum dengan ketabahan aku mampu memeram beg baru selama 3 minggu. Tu bukan tabah namanya, tu namanya takut.

Actually kan kelmarin aku stress sampai demam. Bukan stress buat keje tapi stress pikir apekah jalannya aku nak bawak keluar beg ni dari opis nak bagi simpan dalam rumah. Aku punya imaginasi tu gila melampaui pemikiran sampai demam. Macam-macam aku terpikir apa la En Wan nak soal aku ni. Malam tu pi klinik, dokter check darah sekali low blood kau! Hambikk. Punyala takut sampai nak pitam-pitam memikirkan apa nak jawab soalan En Wan.

Beg ni aku pesan kat member aku belikan. Dia pi bercuti, so aku pesan la. Resit simpan okkk. Aku rasa macam nak laminate je. Wakakkaka. Gila gelupur beli Chanel first time. *PANGGGGGG*

Lama gila aku letak beg ni kat opis. Asal masuk bilik je, before buat keje, ambik mood dulu, testing testing beg depan cermin. Pastu ambik gambo. Tu je la keje aku sepanjang 3 minggu lepas. Nak bawak keluar tak berani, maka bergamba beg je la keje aku. Tapi aku akan usahakan supaya esok beg ni menghirup udara Malaysia. Tengah plan mana aku nak bawak beg ni jalan-jalan. Setakat ni plan aku adelah breakfast kat mamak.Gila glabah wei breakfast kat mamak pun nak bawak handbag. Kot ye pun jakun janganlah jakun sangat kan.

Sebenarnya, aku pun tak paham apa motif aku beli beg ni. Sebab aku tak jumpa motif la maka aku takut nak bagitau En Wan. Tapi betul la kata member aku. Masa aku pesan dia beli Chanel ni dia warned aku "Ko jangan start Diana, kau start je konfem pastu kau nak beli lagi". Aku rasa statement itu adelah benar sebab semalam aku dah start menggugel merepek-repek kat iPAD. Pastu gelabah nak clearkan history tak tau. Tau pulak takut En Wan check history tapi gatal pi gugel. Beg skarang pun tak berpakai ada hati nak gugel yang baru. Puiiiii.


Caption ala-ala celebriti blogger :

Beg Chanel
Tudung Ariani
Seluar skinny jeans takde brand RM58
Baju checker brand Padang Besaq RM23



Amacam?
Ada berani follow style aku?

Wakakakka. Gasak kau lah.

Paper dalam beg pun tak tergamak nak buang. Kot la En Wan suruh jual kan, jadi semua benda aku kena simpan ketat-ketat. Tapi kalau dia suruh aku jual beg ni, aku jual kereta dia!



Ni je la keje aku sepanjang 3 minggu ni. Tak tergamak aku nak letak semua gamba berposing selama 3 minggu ni kat sini. Muntah darah korang nanti. Whateverrrrr *tangan kat tetek, mata juling, bibir juih*