walk on wings, tread in air: Weekend <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Weekend
2012-10-02

Mula-mula sekali nak bagitau, aku dah pandai letak watermark kat gamba. Hahaha.
Sangat tak IT okk, dah nak masuk 8 tahun blogging baru nak reti letak watermark. Thank you pada Mak Buyung Filla tersayang sebab dia yang paksa aku letak watermark kat semua gamba. Baiklah, aku akur.

Macam weekend-weekend kebiasaannya aku laki bini memang sangap, jenis tak reti duduk kat rumah. Tido la hendaknya kan. Taknakkkk. Nak jugak merayap. Pagi tu lepas hantar Redza pi tusyen, aku macam biasa pi beli barang-barang tailoring, pastu beli groceries. Sementara nak tunggu time ambik Redza tu, merayap jap kat Shah Alam alih-alih En Wan "Nak tengok Lawak Ke Der?"

Oh, macam tau-tau je aku nak pi tengok.
Lantassssssssssssssssssssssss.....pi beli tiket.



Kitorang beli kat travel agency.
Gila bahabs tiket sold out.
Bayangkan tiket RM300 pun habis.
Habis awal-awal lak tu. Entah berapa bulan awal la dorang book tiket. Yang aku malam tu nak tengok, siang baru beli. Memang dok atas la kan. 




Beli kat sini




Petang dah keluar, sebab show 8.30pm.
Selamba je aku tinggalkan customer yang tempah baju duduk kat rumah, aku keluar.
Tapi kalau aku tunggu pun bukan aku yang tukang jahit, mana aku paham.
Sorry la pada customer-customer yang datang petang tu ye. Sempat salam je.

Tudung ni aku beli kat Arianni sebelum puasa lagi, tapi baru Sabtu lepas aku pakai.
Reason dia, tudung ni empatsegisama. Aku tak reti ikat.
Tak reti ikat, tapi beli. Beli sekali 3 pulak tu, pastu peram.
Ni nampak cam kemas gila je kan, padahal kat belakang tu bergulung-gulung aku lilit.
Tapi rasa ni first and the last la kot aku pakai sebab kaler dia striking sangat. Kulit aku kalau seputih salju takpelah jugak kan. Ni dah macam glow in the dark muka guwe.





Sampai IB lagi sejam show nak start. Ada booth jual merchandize Jizan and Boboi. Tapi sebab aku takde la minat dorang gila-gila so takde la beli. Tapi malam tu Nabil takde, so tak dapat tengok Nabil. Tak kisah la.



Tapi dalam pada tak minat tak minat tu begamba jugak la kat bunting ni. Jadikla....
Eh eh kemain naik semporna pipi aku. Macam makan baking powder pulak.
Err..tapi aku perasan sejak aku kunyah Ephyra balik semula, pipi aku montok semacam. Tetek pun begitu juga. Tapi bontot tetap leper.



Masa ni kitorang buat lawatan tapak dulu kat IB, first time sampai katakan.



Selamba je kitorang sampai awal tapi boleh buat lawatan tapak. Sikit tak teringat tak ambik tiket lagi.
Seb baik dah nak masuk orang tak ramai, so takde la gabra sangat.




Tapi kan, seat aku tak best!
Beli sampai RM120 satu seat tapi view tak cantik. Nama je Grand Circle. Puiii.
Yang tukang jual tiket pun tak advise kitorang untuk ambik seat-seat lain.
Aku duduk betul-betul tepi projector. Seb baik hujung kiri je yang tak nampak. Mujur ada projector jugak, boleh la gak jeling-jeling projector. Awek sebelah aku lansung tak nampak stage! Dia terpaksa sengetkan badan dia sebelah laki dia baru leh nampak stage. Tapi sebenarnya boleh la tengok kat projector tapi of cos masing-masing nak tengok stage kan. Tapi dalam pada tak nampak tu, gelak sampai sakit tekak la jugak.

Tapi seat RM300 tu memang dekat ngan stage tapi bukan ke dia se-level je, so kalau orang pendek cam aku mesti terhadang jugak dengan orang depan kan? Ke tak?

But seriesly Lawak Ke Der 2 best!
Aku suka opening by Douglas. Terasa macam PSY buat show. Macam nak join je Gangnam style tu. Eh terbagitau pulak.

Tapi Harith Iskander memang class la. Lawak dia ada level tersendiri. Aku rasa kalau Harith buat show 3 jam pun dia sorang je pun mesti ramai yang beli tiket. Cuma macam Harith tak habis bagi point-point why women are smarter than men. Rasanya satu point je kot. Sebab dia bercerita panjang lebar untuk satu point tu. Tapi tak kisahlah, memang suka dia cerita panjang-panjang pun.

Jozan macam biasa la, lawak cam kesiyal.
Dia sama dia atas stage tu pun selamba je kenakan each other. Dah la lupa lirik bagai. Tapi sebab dorang memang klaka, benda salah pun boleh jadi bahan lawak.

Boboi, boring sikit. Bukan la tak best, tapi sebab yang lain-lain lagi best, so dia kira paling tak best la antara yang best.

Tapi berbaloi la bayar tiket mahal-mahal.
Lawak first class!


Kul 11 lebih habis, belum sampai rumah lagi, dalam kereta dah plan nak pegi mana pulak esoknya.
Kitorang memang kena keluar dari rumah every weekend, at least sehari. Sebab kesian mak, bibik and tailor aku seminggu duduk je dalam rumah tak kemana-mana. At least kitorang keluar la jugak, walaupun ke ofis. Kang dorang boring pulak. Lagipun si Rayyan ni perlu dilatih berjumpa dengan orang ramai. Kalau tak nanti dia troma. Nampak orang penuh sikit je dah terpekik terlolong. Cam kejakunan tak pernah nampak orang.

So esok paginya kitorang ke Genting......again.

Rasanya tiap kali ada bibik baru, tiap kali tu la aku anak beranak ke Genting.
Promosikan negara gitu.




Aku kena consider beli van skolah.
SUV ini sudah tak bermakna lagi mengangkut 5 dewasa, sorang kanak-kanak dan sorang bayi yang belagak dewasa. Terpaksa la aku memangku yang 20 kilo ni sepanjang perjalanan. Half way, si 12 kilo tu pulak nak sama-sama duduk atas riba aku. Maka, memangku lah aku 32 kilo. Sampai aku sendiri dah tak nampak depan.



 Risau pulak aku dengan En Wan ni.
Makin hari makin kurus. Naik stress aku nak mengecikkan badan. Makin lama dia makin kecut. Kau dah la makin tua, kering pulak tu. Nampak cam lagi tua 10 tahun dari usia. Tak best la camni bang. Tak feel la kita nak main lambung-lambung pasni.



 Cuba tengok aku. Kemain tembun lagi pipi. Macam nak bersaing pulak dengan pipi Rayyan.



 Mak mertua aku mempersiapkan diri kali ni agar tidak kecundang lagi di Genting. 

Before ni, kitorang ke Genting dengan pakai macam nak pi sunbathing. T Shirt ngan selipar je aku pakai. Masa tu aku cakap takyah pakai baju tebal-tebal. Genting dah tak sejuk. Sekali hari tu hujan. Kabus gila tebal. Mak aku kopek limau tak habis-habis. Dia kata tangan dia tak berasa sebab sejuk sangat. Sampai kebas tangan orang tua tu. Kali ni dia pakai stokin siap pashmina bagai. Cucu dia releks je pakai short.



 Keringnya laki aku. Patut la dah tak best peluk malam-malam.
Takde beza badan dia 15 tahun dulu dengan now.
Apesal eh??
Aku dah penat nak kuruskan badan ni.



 Makin lama makin ramai rakyat aku kan?
Ni esok ada rezeki nak tambah sorang lagi tailor, memang konfem tinggal la semua kat rumah. Aku bawak anak-anak ngan mak mertua aku je berjalan pasni. Mana nak sumbek ramai-ramai lam keta tu.



 Man of the house sekarang.
Asal aku nak keluar je, aku belum apa-apa, dia dah sampai grill depan. Konfiden je aku nak angkut dia sekali. Siap bukak lemari kasut keluarkan kasut. Dah satu keje pulak aku nak kena bawak seround dua sebelum pi keje. Kalau tak diajak kang menangkup menonggeng dia atas lantai. 
Oh skarang dah pandai amukan.
Kalau tak dapat ikut je, dia punya pekik macam kena belasah seratus sebatan.



 Seperti biasa, akulah manusia paling gembira kalau dapat berjalan, walaupun hanya ke Giant.



 Redza kalau diajak bergamba cukup susah. Tapi kalau angin dia baik time bergamba, muka dia mesti macam ni.




Kali ni aku saiko dorang ikut En Wan masuk pirate's train.
Bibik-bibik aku tanya 'Apa ni Madam?'

'Oh, takde apa-apa. Naik keretapi'

'Madam tak ikut?'

'Takpe, saya dah selalu naik'

Keluar-keluar je muka masing-masing blur.

'Sebetulnya apa di dalam, Madam? Kok gelap sangat'

Haaaa, sebab tu la aku taknak masuk.
Sebab aku pun tak paham apekebodohnya pirate's train ni. Motif dia apa pun aku tak tau walaupun dah 3 kali aku masuk. Tak nampak apa pun kat dalam. Sabit nak bergelap je. Kat luar ye ye je ada patung hantu bagai. Dulu aku bajet kot ada la mamat-mamat yang tetiba muncul sergah aku ke apa kan. Boleh gak aku bagi penampa sedas, tapi takde pun. Ye ye je dulu aku cover tetek aku kot la dia meraba kat tetek kan. Tapi hampeh. Motif kau apa bodooooooooo???



 Bangga si bapak nak bawak anak masuk Genting.
Sekali anak keluar-keluar melalak macam nak rabak mulut. Ye la, kat dalam tu gelap gila. Mana la anak aku tak terlolong-lolong. Seb baik tak meracau malam. Patutnya kalau betul ada hantu mesti dia tak kasik budak kecik masuk kan, tapi yang ni tak, dia halalkan je. So nampak sangat kat dalam tu memang takde apa.



 Dia ni pun tak masuk, sebab dia la yang dulu terlolong-lolong. Ni kira tobat nasuha la ni taknak masuk dah.



 Banyak-benyak permainan kat atas tu, ni je yang Rayyan paling enjoy.
Amende la ko nak, kalau aku tau ko suka benda ni, baik aku ajak semua berkelah depan rumah je semalam.



 Pastu bawak dia naik gajah.



 Punnnn nangis!
 Tak tau la apa yang kau tak takut. Semua benda ko takut.

Cewah, cakap pandai kan. Padahal aku pun sama gak naik gajah batu kat USS hari tu pun menjerit.
Nampak sangat Rayyan ni banyak ambik perangai aku.
Muka je ikut bapak.
Takpe, muka ikut bapak, personaliti ikut mak, konfem kau menjadi igauan dan kegilaan ramai gadis esok. 
*PANGGGGGGGGGGGGGG sedas*



 Macam ni la gaya En Wan kalau menjilat. Eh.



 Sejuk-sejuk makan eskrim. 
Tak faham....tak faham...



 Padahal train ni la paling boring tapi tetap train ni jugak kitorang naik everytime masuk Genting. Mabuk aku dalam train ni sebab lembab sangat. Sama laju dengan aku jogging.



 Ok, kalau main game-game kat Genting semua dia takut.
Tapi kalau main pintu, main kayu, main pintu train, memang cukup success.



 Kalau nak ikutkan memang boring sebenarnya, tapi sabitkan nak bawak bibik-bibik ni berjalan, biar dia kenal tempat. Kalau tak, memang aku bawak pi IOI Mall je la. Seb baik dorang enjoy.


 Main interkom. Nice. Mak bapak tak perasan. Tetiba dengar macam suara walkie talkie je.



 Oh tuanya anda....
7th Oct ni besday dia. Tak tau nak bagi apa.
Bagi body je lah.



 Akhirnya.....naik ni Rayyan tak nangis. Maybe sebab geng-geng se-kote naik sama bendalah ni. Jadi dia jadi macho sebentar.



 Bibik-bibik aku kemain lagi "Madam, saya kepingin naik itu"

Aku tengok dari jauh pun ada rasa macam nak pitam.
Tapi kau nak naik sangat kan.
Silalah...



 Sekali kena hayun macam ni, dari bawah aku dengar suara bibik Jamilah aku yang paling kuat.
Kepingin yeeeee...
Naik sampai keluar airmata okkkk.



 Port biasa everytime naik Genting.
Pizza Hut.
Eh benci pulak aku percutian macam ni.
Semuanya sama je...takde yang berubah.
Aku je yang berubah, makin tua.



 Tadaa!!

Baju Rayyan dah bertukar.
Memnag macam ni, tiap kali salinkan pampers, tak kira dimana jua dia berada, kitorang akan mandikan dia terus. Jadi ko bayangkan lah kalau seharian berjalan 3-4 kali salin pampers, berapa banyak baju dia aku kena angkut?? Macam nak pegi bercuti kat Ostrolia. Padahallll.




Ok, ni aktiviti yang En Wan tak suka.
Tapi sebab duit aku, so aku punya suka lah. Hahaha.
Kat atas ni pun aku nak bershopping. Sikittt je lagi aku nak beli VIP212 ngan Daisy MJ perfume.
Tapi sebab aku membayangkan tengah bulan ni aku nak pi Langkawi, so aku bersabarkan diri. 
Astagapar Diana...astagapar...

Tapi last-last shopping dalam kedai cokelat.
Jangankan tidak kan, tak dapat beli yang tu, beli yang ni.
So sama je la kekdahnya.

Actually ni selingan je sementara nak masuk Snowworld.
Sian aku, plan nak gi Korea nak feeling-feeling winter sonata tahun lepas tak jadi sebab Rayyan still baby.
Tahun ni GZ, musim panas lak tu.
Jadi masuk Snow World je la dulu buat hilangkan kempunan.



Not bad la untuk orang yang belum pernah rasa snow.
Tapi aku rasa aku tak boleh la pi musim snow macam ni. Aku kat dalam tu 10 minit je pastu aku menarik diri. Berbulu je En Wan. Aku tak tahan la sejuk, sampai krem muka aku. Bila brader tu ambik gamba, aku rasa aku dah senyum tapi brader tu 'smileeeee...smileeee'. Aku bukan tengah tak smile ke ni??

Rupanya memang tak.
Gila kebas pipi aku.
Terus aku keluar.

En Wan dah biasa takpela.
But Redza boleh pulak tahan kat dalam tu siap lonact-loncat sampai tak sedar seluar tertanggal.
Tertanggal okeh? Boleh?
Tu pun dia tak sedar, bapak dia yang perasan pinggang seluar dah turun ke peha.
Apa ko tak rasa sejuk ke.




 En Wan kata kalau kat oversea, ada jual patch macam Tigerbalm/Salonpas tu, boleh letak kat belakang kasik panas badan. Pastu ada krim untuk hangatkan muka.
Ohhhh, no wonder la boleh tahan sejuk.



 Wahhhh..macam real kau.
Padahal atas tu ada lampu ngan kipas, aku crop. Hahha.



Si Redza kesejukkan.
"Ma, sejuk la Ma. Jom carik shelter"
Pastu dia masuk dalam igloo ni.

Shelter kejadahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


posted by aveo757 @ 12:14 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER