2012-10-02

No secret





Last week aku upload teaser pasal shawl kat FB.
Tapi bukan shawl yang orang spot, baju pulak yang dorang dok tanya.

Aku tak paham tang mana cantiknya baju ni. Ni baju mengandung sayanggggg.
Aku kan skarang pakai baju gedobos-gedobos, so aku blasah pakai balik baju ni.
Lama aku tenung apesal tetiba baju ni yang dorang spot. Padahal baju ni aku beli 2 tahun lepas, masa berpantang Rayyan. Punyalah banyak gamba aku pakai baju ni dah aku tepek kat blog, this time pulak ramai yang tanya mana aku beli or if tailor aku yang jahitkan.




Padahal aku dah pakai baju ni banyak kali.
Tapi sorang pun tak perasan ni baju lama.
Mentang-mentang la time tu aku gemuk.
Tapi takpe...takpe..

Aku memang suka baju ni sampai En Wan naik boring aku asik la tarik keluar baju ni everytime nak pi mana-mana. Selesa sangat. Aku dah plan this week, akunak beli kain chiffon macam-macam kaler, suruh bibik aku buat baju macam ni sampai 20 helai. Aku nak pakai baju style gini je. Senang. Dah la takyah gosok. sesuai sangatla dengan karakter pemalas cam aku.

Jadi, moral of the story, baju biar murah. Badan kena kurus.
Kalau badan kurus, kau pakai baju pagoda pun nampak gojes.
*nasihat untuk diri sendiri*

Yang tanya pasal rahsia kurus??
Takde, takde rahsia.
Sebab aku belum kurus pun, now berat aku beralih 49-50-49-50kg.
Jadi belum layak nak bagi tips kurus. Sila tanya orang lain.
Tapi aku rasa antara faktor penyumbang kepada turun sikit berat badan adelah sebab life is treating me good beberapa bulan kebelakangan ni. Selalunya kalau stress je berat aku naik sebab mentekedarah pun laju.
Bila mood happy, nak makan pun malas.

Sebab tu aku kagum ada orang beranak kecik, badan cepat kurus.
Aku pulak beranak kecik, badan makin boyak sebab stress bangun malam gamaknya. Pastu tak cukup tido. Bila stress, aku makan. Asal stress, aku makan.
Pastu tengok cermin stress tengok badan sendiri. Makan lagi. Stress. Makan. Stress. Makan.

Bila mak mertua meng-offer untuk tido dengan Rayyan, jaga Rayyan semua, jadi aku sangatlah happy! Hahhaa...dasarrrrrrr.
Bila happy, barulah hati tenang, fikiran lapang, jadi berat slowly turun.
Mungkin style badan aku camtu kot.
Lain orang, lain style-nya.
Jadi, jangan ikut orang. Ikut diri sendiri.
Anda mampu mengubahnya!

Saya pilih mengundi.