Ketahuilah adapun entry ini ditype pada pukul 1.56am bersamaan 5 Oktober 2012 sebab aku telah mentekedarah Ephyra and now aku tak boleh tido. Memandangkan esok juga adelah hari yang busy, entry ni terpaksa di-scheduled-kan. Di saat korang membacanya, aku sedang berada di luar kawasan.
Pagi tadi (semalam) hariku dimulakan dengan masuk opis, pastu zasss ke UPM.
Pastu singgah Bangi ajak Pak Aji and Mak Aji breakfast kat Old Town sebab aku series kelaporang.
Macam ni baru feel makan nasik lemak.
Cukup menyampah aku kalau makan nasik kat Old Town ni sebab dia hidang dalam bakul rotan. Payah betul nak makan. Berlonggok kat situlah nasik, situlah ayam, situlah telo, situlah sambal, bersampuk-haruk engan ikan bilis segala. Tak reti aku nak pilih. Jadi, aku keluarkan nasik makan togel tak beralas. Waiter tu siap offer pinggan. Oh nevermind. Pinggan? I don't need pinggan. I need nasik only. Tu pun dah cukup baik mood aku nak makan pakai sudu garfu. Selalunya memang aku basuh tangan.
Pastu Pak Aji pun order nasik lemak sotong tapi yang new punya.
Aku rasa yang new punya ada kimchi. Sape penah makan nasik lemak yang new kat Old Town?
Old Town kan sebelah dengan Gulatis.
Mak Aji teringin la pulak masuk Gulatis Bangi. Sejak bukak hari tu tak pernah-pernah singgah lagi.
Ni yang aku lemah ni. Aku memang ada terkena sumpahan.
Sumpahan aku menjadi-jadi kalau masuk kedai-kedai kain, kedai tudung ni semua.
Kang yang teringin nak masuk tak apa-apa, aku yang lebih-lebih shopping kat dalam tu.
Tapi sebab aku yakin aku takkan beli apa-apa, jadi aku layankan Mak Aji ngan Pak Aji.
Dorang sibuk kat tingkat atas tengok kain and baju ready to wear.
Aku masuk bahagian Aalia.
Saje je la belek-belek tudung, kirai-kirai shawl.
Malas la nak try sebab aku memikirkan aku ada kad Arianni, so baik aku shopping sana je kan.
Gagal juga akhirnya.....
Rembat 4 helai tudung.
Not bad jugak tudung kat Aalia. Harga murah sikit dari Arianni aku rasa.
This week aku pi carik kain for tailoring aku nak gi survey Gulatis Shah Alam tengok apa ada. Selama ni tak terpikir nak singgah Aalia sebab Arianni pun ada kat Shah Alam.
Man ala tau tetiba Aalia offer tudung lagi cantik-cantik kan.
Ko jangan main-main Arianni. Ko naik-naikkan harga sangatlah. Aku dah terjumpa port baru ni. Kang....ha...kanggggg...
Lepas settle kat Gulatis, aku pi KL.
Balik dari KL, balik rumah jap ganti baju.
Pagi tu aku pakai baju kurung. Nak jumpa customer gomen katakan, kena pakai sopan-sopan sikit.
Sampai rumah, tanggal semua, sarung jeans, sarung blouse, pakai selipar.
Ok, boleh masuk opis semula.
Lantassssssssssss memakai tudung baru beli.
Ni salah satu tudung Aalia. Nice tak kaler dia?
Yang style ni RM78/pc. Not bad la harga dia. Takde la cekik darah sangat. Aku beli empat-empat helai style gini tapi kaler lain la. Kejadah apa aku nak beli empat-empat kaler sama kan.
Style gini banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat pilihan color dia.
Sape nak beli pegi beli sebab dia tak buat banyak tau. Budak sales tu kata, sebab pilihan kain dorang terlalu banyak, so dorang buat kadang-kadang 1-2 helai je untuk satu kaler. Kalau habis, kira habis la. Yang printed punya lagi la, sehelai je semua aku nampak. So kira sape copek dio dapek.
Gamba aku tu, mata aku merah bukan sebab nangis.
Sebenarnya aku sakit mata. Sore eyes gitu. Wadehelllllll.
But the dokter didn't gave me MC because I never never go to see dokter.
Kalau sesape datang rumah tempah baju or collect Ephyra, mintak maaflah kalau aku tak turun ye. Ada sebab. Melainkan kalau korang nak MC senin depan, boleh je aku turun bawah. Nak selet-seletkan kat mata korang pun boleh.
Dan aku terperasan sesuatu di dinding rumah.
Tak pasal je gamba si Filla, Elly, and Win ada dalam rumah aku.
Padahal gamba kat lorong kedai je tapi nampak classic gitu, terus En Wan framekan.
Kat dinding ni memang space En Wan framekan gamba-gamba kitorang pi travel. Kebanyakkan customer yang datang buat tempahan baju akan lalu kat area ni sebab kat area ni aku letakkan cermin untuk customer acu baju. Jadi everytime dorang lalu sini mesti dorang akan tanya "Oh, you pegi oversea tak pakai tudung ye? Sebab imegresen dorang nanti ingat kita terrorist kan?"
Terrorist?
Hmmm...tak pernah terpikir pulak aku.
Tapi masa gi Gold Coast dulu memang Pak Aji kena tahan pun dengan imegresen dorang sebab kat hand carry ada Quran. Seb baik dia tak suruh Pak Aji bogel.
Tadi tengah-tengah tengok DVD, Redza melayan iPAD.
DVD citer saspen lak tu, haruslah konsentrasi.
Sekali Redza sibuk tanya macam-macam.
Redza : Ma, kondom tu apa?
Aku : Huh???
Redza : Kondom tu apa?
Aku : Kau tengok apa tu Redza yang sampai kondom kondom ni?
Redza : Ni ha, Redza tak paham dia tulis apa.
Aku : Eja dia camne?
Redza : C.O.N.D.E.M.N.E.D
Tu kondem nak. Bukan kondom. Kot ye pun nak speaking London jangan la over sangat sleng kau. Bapak kau ada kat tepi aku ni. Tolong jangan sebut keyword-keyword pelik di malam-malam Jumaat sebegini nak. Ibumu ini ingin berehat.