2012-10-03

MSN Parenting Page



Nuffnang Sponsored Post for 48 hours.
Please scroll down for the latest entry.



Ok, a few readers tanya aku macamana aku handle keje, famili and anak-anak dalam satu masa memandangkan aku buat macam-macam keje. Tak penat ke?

First, I have a business to run. XB, this company adelah keje hakiki aku. Banyak masa aku habiskan for XB. Kalau perlu webinar meeting pagi-pagi buta pun, aku masih enjoy attend. Coz this is my 'baby'.

Second, aku ada Fleur by Mrs Him. Walaupun bukan aku yang jahit, but the marketing and administration part aku yang handle. Fleur by Mrs Him adelah sister company syarikat aku so aku tak boleh buat as if Fleur adelah kedai runcit. Segala duit keluar masuk, paper work semua kena complete sebab audit konfem sesah aku cukup-cukup kalau ada benda-benda pelik dalam statetement bank nanti.

Third, now aku ada Fidily. Dalam Fidily, selain buat marketing, aku juga as penjaga akaun.

Then sambil-sambil tu ada Ephyra and kukis.

Keje aku pulak requires aku untuk travel a lot. Kalau nak ikut hati memang penat.
I don’t have the luxury untuk bersantai-santai sangat sebab aku bukan keje makan gaji. No offense ye. Tapi aku selalu cakap kat En Wan, dia makan gaji. Dia keje sikit, keje banyak, hujung bulan dia KONFEM dapat banyak tu jugak (gaji). Tapi aku tak. Kalau aku leka, sales target aku lari. And being a Sdn Bhd company, aku mesti pastikan, profit setiap tahun semakin meningkat. Supaya aku boleh keluar dari auditor’s office dengan senyum sampai ke telinga.

Yes, PENAT.

Tapi jadi mak lagi penat kan?
Bukan penat menjadi emak tu sendiri, tapi penat sebab sebenarnya profession as a mother tu lagi 'stressful' sebenarnya. Stress memikirkan anak-anak ni esok besar apa jadik, kalau aku mati dorang ni boleh ke hidup berdikari, dia ni kat sekolah perangai elok ke tak, yang ada anak perempuan mesti risau sok dah jadi anak dara lain perangainya, yang ada anak lelaki sok kalau dah bujang lain kehendaknya. Rasa takut sebenarnya. Bukan penat.

Kadang-kadang aku kesian tengok En Wan, dia yang ambik tugas monitor homework Redza and teman Redza ulangkaji sebab sometimes malam pun aku kena sambung buat keje sampai 2-3 pagi. Satu hari tu aku dok gugel-gugel maths exercise untuk Redza, aku ter-stumbled upon MSN parenting page (plis klik)

Ada survey kat situ. So aku pun try la godek-godek. Layan gak.

Ada 2 questions yang buat aku terfikir jap.

Yang pertama soklan dia if aku secretly favour salah seorang anak.




DANGGG!!!!!

Soalan ni mengingatkan aku dengan satu talk yang aku pernah attend dulu. Bukan pasal parenting tapi somehow topik ni berkait dengan soalan survey. Speaker tu kata memang betul kita sayang semua anak kita tapi kita tak boleh tipu diri kita sendiri akan ada sorang anak yang paling kita sayang. Sebab manusia boleh bersikap adil dengan semua kecuali bab kasih sayang.

Macam aku, anak aku 2 orang je. And aku tak berpeluang nak tambah anak lagi unless En Wan gatal buah nak tambah cawangan la kan. 

Dua je anak, aku tak banyak pilihan. Memang aku kena sayang dorang sama-rata. Aku percaya semua makbapak sedaya-upaya nak seimbangkan kasih-sayang tu tapi aku tak dapat menolak kebenaran kata-kata speaker tu. Memang akan terjadi satu hari nanti kita akhirnya sedar yang kita memang ada anak kesayangan. Bukan la yang lain kita tak sayang, tapi yang satu ni kita palingggggg sayang.

Contohnya mak mertua aku ni la. Anak yang dia paling sayang memang En Wan. Padahal anak lain ada.
Apa En Wan nak makan dia konfem akan buat. Kalau balik Tganu, dia akan start masak lunch berdasarkan En Wan rasa lapar ke tak.

"Nak makan dah?"

"Tok rasa nok lagi"

Ok, takyah masak dulu.
Padahal aku dah bekeroncong ni. (cewah, jadi mem pulak kau kan. Lapar masak lah sendiri!)

Kau bayangkan dia datang KL dengan bas, berunduh-randah angkut jeruk kelubi, kepok lekor, kepok keping, kepok sayur, budu, etc. Padahal dia naik bas ni tapi susah-payah dia angkut macam-macam untuk En Wan. Memang Kak Long pernah bagitau aku before kawen lagi, dorang sekeluarga memang tau yang En Wan pernah cakap, sape tak sayang emak dia, takleh jadi isteri dia. Sebab dia paling sayang mak.

Kau dengar tu pengakuan berani dia?
PALING SAYANG MAK.

Berani aku nak kutuk mak dia?
Makan lutut nanti.

Macam Mak Aji and Pak Aji – Ibal!
Erghhhhhhhhhhhh...sayang sangat-sangat nya laaaaaaaa.
Sampaikan tolong hantarkan kereta pi servis, tolong bayarkan duit kereta, adik aku nak keluar nnati Mak Aji tanya ada duit tak?
Kemain lagi kau kan??
Tapi aku takde hal la, sebab sebelum ada Ibal, aku ada Ima.
Jadi aku dah biasa mengalah. So tak kisah.

Tapi dalam situasi diri sendiri, sejujurnya aku belum ada lagi anak yang paling aku sayang. Semua aku sayang. Sebab masing-masing belum menyakitkan hati aku to the max lagi. 

Aku selalu membayangkan yang satu hari nanti anak-anak laki aku akan ada orang lain, and siapa tau dia lebih sayangkan isteri dia sok. So aku tak boleh nak pilih-pilih bab sayang-sayang ni. Aku kena sayang semua sebolehnya sama-rata. Sama-rata di sini bukan saje yang dizahirkan tapi yang lebih penting dalam hati aku sendiri. Hati aku ni aku kena didik supaya takda favour pada salah seorang. Sebab kalau aku favour pada salah sorang, aku takut diorang akan carik kasih-sayang tu pada orang lain. Dapat wife yang ada tolak-ansur takpe, kalau dapat yang jenis dia dia jugak.....ke Rumah Pengasih la aku jawabnya. Nauzubillah.

Lagi satu soalan survey dia kan macam keji sikit.
Soalan dia : Do you secretly feel happy when you mother-in-law makes a mistake?

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sape nak tolong jawab? Hahaha.
Keji kan soalan dia?

Aku takde rasa apa pun kalau mak mertua aku buat silap, sebab aku kan bangsa blur. Sometimes aku tak tau pun if mak mertua aku ada buat silap.
Tapi aku juga jenis direct. So adelah lebih baik aku blur daripada aku sedar dia buat salah.
Sebab kalau aku tau dia buat salah dan aku tak happy about it, aku memang akan sound. Tapi aku sound kat En Wan la. But knowing that En Wan sayang sangat kat mak dia, so aku takdela sound kuang ajaq, sound berhemah kata orang.

Mak mertua aku ni berjimat sikit orangnya, kalau orang Tganu cakap berhalus.
Kalau dia basuh kuali mesti pakai sabun sikit sangat. Jadi kuali tu masih berminyak lagi la. Kalau orang lain memang aku sound direct je tapi aku takde la gila tak tau beza sound member dengan sound mak mertua kan. So tunggu En Wan balik, dah makan, dah mandi, dah baca sokabar semua, baru aku bagitau "Mak basuh kuali tak pakai sabun banyak, kuali berminyak lagi. Nanti cakap la dengan mak pakai je sabun tu banyak-banyak, takyah takut-takut, kalau habis boleh beli lagi. Giant dekat je"

Aku kena mintak En Wan cakapkan sebab first sekali aku taknak cakap sendiri sebab how lembut dan berhemahnya aku cakap, mak mertua mesti akan terasa punya sebab yang sound tu bukan anak dia. Kalau taknak cakap pun boleh, aku boleh je ambik kuali tu basuh balik tapi so rude la kan, orang tu dah basuh pastu kau angkat balik kuali and basuh semula. Terasa hati dia nanti. Kadang-kadang aku anggap je la mak pakai sabun sikit untuk membasuh sebab dia pun mungkin takut menantu kata dia yang tukang habiskan sabun. Serba salah jugak kan. Lagi serba salah kalau aku cakap "Mak, takyah basuh mak. Tinggalkan je. nanti bibik basuh". Niat kita supaya dia takyah bersusah-susah. Tapi hati orang tua sape tau. Kang dia ingat "Ohh, aku basuh tak bersih la tu, tak kasik aku pegang barang-barang dia".
Adoiii.

So banyak sangat kemungkinan dia kan.
And menjadi seorang isteri yang bersuamikan anak emak, lagi la buatkan aku sangat berhati-hati.

Frankly aku takde rasa gembira kalau mak mertua aku buat silap. So soalan ni tak relevan untuk aku.
Soalan yang relevan untuk aku sepatutnya “Do you secretly feel happy when your spouse's siblings make a mistake?”.
Wakkakakak.
Kalau ipar duai aku baca ni, konfem kena pulau balik Tganu pasni.

Ok lah, kalau korang free, cuba release tension, lapangkan fikiran dan hati, buat survey ni. Sangat membuka mata!