2012-10-20

Pos


Selasa lepas aku gerak ke utara.
Kali ni angkut Mak Aji, Pak Aji and Ibal sekali. Kasik dorang berehat setelah berhempas pulas buat kukis non-stop. Aku ajak Ibal sekali sebab hari Rabu tu dorang nak ke Langkawi, aku tak ikut sebab keje, jadi biar Ibal teman kot nak ngangkut-ngangkut periuk ke apa kan.

Sampai Ipoh, aku call Pos Laju sebab Isnin tu aku dah pack Ephyra and shawl siap-siap so that they can collect Tuesday. So bila dah call Pos Laju tu kira legalah, sebab dah pasti barang-barang akan dicollect. Kebetulan Selasa tu appointment aku full kat USM Penang and Bertam. Pastu nak terus ke Kangar sebab appointment aku esoknya tu awal pagi. Lagipun biar Pak Aji and Mak Aji gerak ke Langkawi awal-awal. Malam tu, aku call rumah tanya hal budak-budak. Sekali bibik aku cakap, "Madam, pos tak datang ambil barang". Meloncat la aku kan. Aku dah email semua customer tracking number dorang, alih-alih pos tak datang. Dah la aku penat driving hari ni, kau memang carik point nak trigger kemendidihan darah aku.


Kes 1
 

 Aku tak kira.
10 malam pun 10 malam la. Kau kena ambik jugak barang tu malam tu. Dah banyak kali sangat buat hal. Kalau sekali dua aku leh tolerate lagi. Ni dah banyak kali. Kot ye pun staff yang selalu ambik tu MC, takkan kau takde staff pengganti nak collect/hantar barang area Putra Heights? Gila tak lojik punya jawapan.




 Kes 2




Ni lagi satu aku hangin.
Dia ingat tiap kali invoice sampai aku main issue cheque tak check details gamaknya. Takde de. Aku memang akan check satu-satu. Sekali aku terperasan satu CN ni barang sampai 29kg! Sejak bila aku guna Pos Laju kalau barang more than 10kg? Kalau barang-barang company aku, yang lebih dari 10kg semua aku hantar pakai logistik, takde gila de aku nak pakai Pos Laju.

Bila check balik, Ephyra rupanya!
Customer ni beli 3 kotak, so berat untuk 3 kotak is 2.9kg. Dia boleh salah key in 29kg. Tak sawan kau kejap???

Dia kata nak issue credit note.
Sampai skarang tak sampai-sampai lagi credit note. Nasiblah. Kau tak bagi credite note, invoice bulan depan jangan harap aku nak bayar.



Kes 3


Ni kes email pagi tadi.
Manjang je la pelekat pos laju teetanggal.
Dulu aku dah kena sekali. Ni sekali lagi. Seb baik dia call customer siap-siap, kalau tak, balik-balik asik email aku je la masuk kat e-Aduan. E-Aduan pun fedap nampak email aku.



Kes 4

Ni kejadian pagi tadi.
Aku kan takde dari Selasa lepas, outstation. Pastu Pos Laju datang hantar barang, takde sape yang boleh sign sebab En Wan takde, pastu bibik nak sign passport dia kitorang pegang. So aku kena pick up sendiri. Alang-alang pickup tu aku tanya la sekali, aku dah lama mintak medium flyers and printed consignment note. Dia tanya aku ada akaun ke dengan Pos Laju. Aku bagi no akaun semua. Pastu dia mintak aku tunggu jap "Puan boleh tunggu ke? Kita print sekarang"

Baru nak print!!

Nak kena sembah baru dapat.
Padahal everyday kalau call Pos Laju Pick Up Hotline tu, manjang je before letak telifon, operator akan tanya "Selain dari tu ada apa-apa lagi yang Puan nak?".

Kemain lagi pertanyaan kan.
Tapi sampai ke sudah apa yang aku mintak tak dapat-dapat.   
Bila aku tanya apesal pesanan aku tak sampai-sampai, "Ye, saya tengok memang dekat rekod Puan ada mintak, benda ni ambil masa".

Sangatttttttttttt ambik masa.  
Bila aku datang sendiri kat kaunter boleh pulak print on the spot.

Pos Laju, please jangan overdo dalam membuat sistem.
Nanti kau sendiri yang confuse, customer yang jadi mangsa.