2012-10-03

Itu bukan alasan


Masa aku tengok Shila Amzah perform kat Asian Wave ke apa ntah nama dia tu, mata aku tertumpu kat juri.

HACKEN LEE!!!


Omigod, kau dah layak jadi juri ye skarang??
Tima kasih la pada Alan Tam. Agaknya kalau Alan tam tak ambik kau as bakal pengganti dia, konfem sampai skarang asal ada Jade Solid Gold Award je kau mesti duduk tak baris kedua, ketiga.

At one point of time, aku suka Hacken Lee, tapi tak boleh lawan aku punya gila kat Leslie la.
Aku suka Hacken sebab suara dia tak macam kebanyakkan penyanyi lelaki HK yang lain.
Aku cukup menyampah set-set suara Andy Lau and Leon Lai.
Suara dia macam style penyanyi Jepun dulu-dulu lilke erghhhhhhhhhhhhhhh!! *tarik rambut*
Yang suara macam Long panggg..nggg..ngggg..nggg..ngggg Long lau..au..au..au..au..au
Dia punya vibrato tu terlebih.

Bila first time dengar Hacken menyanyi, masa tu lagu My Shirley kot, aku macam eh, sedap la suara mamat ni. Sape eh? Dah la hensem (itu la pun motifnya).
Tapi aku tak paham apesal dia bukan di antara 4 Heavenly Kings.
Masa zaman-zaman aku layan Jade Solid Gold tu, 4 heavenly Kings : Jacky Cheung, Leon Lai, Andy Lau and Aaron Kwok.
Aaron Kwok?????
Plisssssssssssssssssssssss lah!!

Pastu Hacken tak penah menang apa-apa award.
Duduk pun barisan belakang. Selalunya yang duduk barisan blakang tu memang takde harapan nak naik pentas la. Tapi suara dia sedap! Geram betul aku orang tak notice dia.




Ni antara CD dia yang masih aku simpan.............di bawah katil guest room.
Puas la memunggah semalam.
Rupanya banyak gila CD cina aku dalam kotak tu.
Tapi dulu aku banyak beli kaset dia. CD belum 'in' lagi time tu.

Tapi macam tak selera pulak aku tengok muka si Hacken time Asian Waves.
Nasib je kau duduk sebelah Alan Tam, kalau tak aku tak notice pun kau.
Gila selebet.
Dahi kau dah la jendul, kau pegi buat rambut blonde, mak aiiii, hazab pemandangan mata aku.




Dulu punya la smart.
Sampai aku penah mintak amoi kedai gunting buat rambut En Wan style gini. Sebab En Wan pun dahi luas gak kan, so sepadan la dengan Hacken. Sepadan tang dahi.

Ok, cukup sampai di situ je pasal Hacken. Aku citer panjang-panjang pun bukan orang kenal.
Yang aku nak cerita ni pasal si Shila.

Cantik pulak si Shila ni bila pakai tudung kan?
Tapi dia memang cantik pun. So orang kalau dah cantik ni, takyah susah-susah nak bagi orang notice, orang akan notice dia punya. So dia pakai tudung ke, tak ke, tetap orang 'nampak'.
Kemenangan dia tu sampai tepat pada masanya bila ada orang pertikaikan yang kalau pakai tudung, takde market. Tak sure la pulak aku zaman skarang ni masih ada orang yang bagi job berdasarkan penampilan. Lain la kalau kau mintak keje as model baju dalam wanita kan. Konfem la sape nak ambik kau kalau kau pi interview tu pakai tudung. Shila membuktikan bahawa kalau kau bertudung, if kau bagus, kau tetap bagus. Orang akan carik kau. Tapi kalau kau tak bagus, kau tayang tetek pun orang tak kuasa nak pandang. Jadi, jangan salahkan tudung. Pandai-pandai la fahamkan diri sendiri bahawa rezeki kita Allah dah tentukan, cuma kita tak tau di mana rezeki tu disimpan. So kena carik. Jangan nak salahkan orang lain.

Now rasanya orang pakai tudung kat Malaysia ni sama banyak dengan yang free hair, so adelah satu benda yang bangang kalau majikan still berpegang pada prinsip 'pakai tudung payah nak buat keje'. Dulu boleh la, yang tak pakai tudung ramai, so kau boleh la nak pilih-pilih. Boleh la nak dijadikan alasan. Tapi rasanya sejak aku mula bekerja tahun 2000, dah takde dah pilih-pilih calon berdasarkan penampilan. Tapi kalau kawen, yes, ada.

Masa aku keje kat Prudential dulu, soalan yang mula-mula dia tanya 'Are you married?'
Aku pelik gak, apa kena mengena post as Medical Underwriter (MU) dengan status kawen?
Bila dah keje baru aku tau.
Keje tu perlukan masa lebih di pejabat. Hari-hari aku balik pukul 8pm. By the time sampai rumah dah pukul 9.30pm. Nak menggentel laki pun tak daya.
Tu belum lagi kalau tiap hujung bulan. Setiap hujung bulan je sampai kul 10pm pun MU masih ada kat ofis sebab nak close sales. So MU kena semak health proposal and sehabis boleh kena convert ke policy.
Christmast pun keje. Walaupun aku tak sambut Xmast, tapi agak-agak la kan. Cuti tu. Kasik la chan aku nak keje lebih masa dengan laki aku. Cuti raya pun kena beku. Gaji memang boleh tahan, tapi takde life.
Maybe sebab tu dia tanya dah kawen ke belom.
Ok yang ni aku setuju. Dia memang perlu tanya sebab keje tu ambik masa kau lebih dari waktu kau dengan family. Tapi kalau kau mintak post kerani, yang sah-sah duduk kat opis sepanjang masa tapi manager lagi nak concern pasal tudung yang kau pakai, aku rasa baik jangan keje kat situ. Jangan ber-manager-kan manager bodoh. Yang takde sangkut-paut nak di-concern-kan, buat apa?

So kepada yang cakap berdegar-degar pasal pakai tudung takde market, susah dapat keje, susah dapat job, plis audit diri sendiri. Kalau kita bagus, takde sebab untuk orang tak ambik kita. Dorang pun orang bisnes, ada profit target. Kalau kita can put money on their table, gila kau dia taknak ambik??