walk on wings, tread in air: Besday En Wan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Besday En Wan
2012-10-08


Semalam besday En Wan yang ke 36.
Takde sambutan sebab memang tak pernah sambut pun. Ngahahaha.

Kebetulan semalam, jiran sebelah rumah aku meninggal. Umur 36 gak. Memandangkan jiran ni balik rumah hujung minggu je, tu pun kadang-kadang, so memang kitorang je la yang kenal dia (kot). Terperanjat jugak bila dengar dia meninggal semalam. Sabtu malam tu, kitorang perasan kereta dia ada kat sebelah. Tapi sebab dah malam, so takde la nampak muka kat luar.

Wife dia cakap kul 6.15am tu dia kejut suami dia bangun Subuh, tapi suami dia macam keletihan. Tetiba sesak nafas then habis macam tu je. Sekelip mata. So dia kata maybe jantung. Yang aku terkilan sangat, anak dia rupanya ada tekan bell tapi kitorang tak sangka and tak jangka sebab memang anak-anak dia suka tekan bell rumah aku. Kadang-kadang malam-malam pun dia tekan. So masing-masing tak terfikir lansung ada kecemasan. Kebetulan no phone En Wan cuma husband dia yang simpan and bila dah panik-panik macam tu wife dia terlupa nama En Wan. Nasib baik abang dia duduk Puchong so abang dia sampai buar CPR tapi macam tak membantu, pastu call ambulans. Bawak pi hospital, dokter sahkan meninggal.

Bila dia bawak balik ke rumah baru la kitorang tau jiran sebelah dah meninggal. Memang jadi orang penting la semalam. Sebab sebelah rumah dia lagi satu tu takde oarng duduk. Jadi selama ni memang kitorang je la jiran dia. Mujur kalau tiap kali perjumpaan persatuan penduduk, arwah ni rajin datang jadi orang kenal la jugak bila kita bagitau dia dah meninggal. Wife dia nak buat post mortem jugak, so kena tunggu polis datang sahkan kematian pastu baru hantar balik ke hospital. Since mak arwah nak anak dia dikebumikan kat Batu Pahat, jadi from hospital terus balik Batu Pahat agaknya. Kitorang tak follow, cuma tunggu kat rumah je.

En Wan tanya kot-kot nak bagi kunci rumah kat kita buat sementara waktu untuk nyalakan lampu ke apa kan, tapi abang dia kata takpe dia akan uruskan. Agaknya semalam rush-rush, kitorang perasan lampu semua dia bukak tapi langsir tak tutup so nampak terang-benderang isi rumah. En Wan sampai malam semalam still rasa terkejut lagi. Dia cakap tak sangka betul jiran meninggal. Dah la memang jiran tu je la pun yang boleh diajak bersembang sebab jiran belah kanan walaupun bersebelahan tapi ada distance sikit sebab terpisah dengan land. Jadi nak bersembang tu menjerit-jerit jugak la. En Wan kata masa open house aku baru-baru ni arwah macam nak sangat bersembang, "Meh la Wan, cerita la lagi..". Tapi camana nak bersembang kan, sebab kitorang host. So semalam tu memang terlupa lansung besday En Wan.


Aku pulak macam shut down terus.
Lepas settlekan arwah, kitorang keluar makan jap sebab dari pagi tak makan. On the way nak pi makan aku boleh terlena dalam kereta. Pastu balik dari makan terlena lagi dalam kereta. Macam shut down gila babi badan aku.

Sampai rumah try bukak laptop, konon nak buat keje. Harammmmmmm.
Elok je laptop tu bersedia untuk diguna, otak aku dah jem. Memang cannot gi.
Tutup. Tido. Santak sampai 3.30pm.

Pastu baru keluar.
Sunway Piramid je pun.


 Sempat jugak la ambik gamba kat laman sendiri sementara nak tunggu pakwe aku tu terhegeh-hegeh pakai kasut.



Masing-masing kelaporang lepas bangun dari tido. Sampai je terus carik port nak makan. Sebab En Wan punya besday so dia nak makan Sakae Sushi.



Food.

Tetiba aku dah terer guna chopstik. Sap sap soiiiiiiiii. Settle. Wah kemain belagak lagi.
Mungkin faktor kebulur sangat membantu.
Aku pun tak sedar aku macam terer guna chopstick. En Wan pun kagum. Dia kata aku makan ebi sushi ngap ngap ngap. Licin. Setitik nasik pun tak jatuh ke piring. Fuiyoo...terer...terer.
Lapar siallll. Mau tak cepat aku sumbat dalam mulut. Mana sempat nasik nak jatuh.



Testing...testing...

Redza lagi terer pakai chopstick dari aku.
Kitorang cabar dia "Kalau nak ikut mama papa pi Tokyo next year, kena pandai guna ni. Kalau tak, tinggal". Wah kemain lagi sound anak. Kau pun padahal baru semalam terer guna. Selama ni makan sushi guna jari.



Aku order ebi tempura untuk makan berjemaah tapi dia conquer sorang. Habis pulak tu. Nak nanges aku tengok dia silap jilat-jilat chopstick dek kelazatan tempura tu.



Hampir licin hadap sorang.




Semalam aku kena dera dengan En Wan minum green tea ni. Aku dah cakap aku taknak. Aku dah penah minum masa aku gi Fukuoka kecik-kecik dulu, mak angkat aku sambut kitorang dengan air ni. Terjuling-juling bijik mata aku nak perabiskan semangkuk kecik green tea. Tak paham camne dia boleh rilek abiskan segelas siap jilat-jilat bibir macamkan sedap sangat. Tapi aku bagi muka la kat dia semalam sebab semalam besday dia so aku layankan je minum setitik je green tea pastu cepat-cepat aku bilas dengan ice lemon tea aku. Suweyyyyy. Apa punya rasa la air tu.

Pastu bising-bising "Apa la, air ni pun tak reti minum. Ni air kesihatan ni"

Kesihatan???
Eii..dari kena minum air ni, takpela, biar aku pilih tak sihat.



 
 Free kid's meal untuk every first Sunday of the month



Disebabkan aku dah nak nangis Redza abiskan ebi tempura, maka terpaksa order lagi. Padahal masa ni aku dah melantak 6 ebi sushi, 1 potato, 1 crab sushi and semangkuk miso.
Tapi bila tempura and scallop sampai tetappppppppppp aku yang perabiskan. Siap nasik semangkuk licin. Pehhh, berlipat tiga perut aku. Tapi takpe, takde orang nampak. Aku dah buat persediaan awal pakai baju besar.



Besday guy paw aku sunglass.
*nanges lagi*

Pastu siap boleh masuk Adidas lagi nak try-try kasut. Seriau aku kejap. 
Tapi takde saiz. Yeay! Selamatttttt.




Masuk Popular, aku nak carikan buku untuk Redza baca-baca. 
Sekarang dah memang takde Ladybird series tu ke? Macam Rapunzel, The Shoemaker, Gingerbread, etc. Mana nak carik?

So aku jumpa ni.
Tak sangka buku ni masih ada.
Dulu masa kecik Peter Jane ni memang ada dalam koleksi. Aku boleh ulang-ulang baca sampai hafal. Bestnya jadi budak zaman dulu.

Nak tengok TV pun takat ada 3 channel je. Boring.

Rumah aku takde video tape. Boring.

Rumah aku takde minicompo. Boring.

Rumah aku takde gamewatch, let alone brick game, or video game yang pakai cartridge tu. Boring.

Nak makan pun, esbok asik la takde makanan. Balik-balik kunyah tomato. Boring.

So apa nak buat?
Balik-balik main mekap-mekap and main bos-bos.
Kalau takde mood nak main, bacalah buku.
Tu je la pun keseronokkan yang tak berapa nak seronok yang aku ada dulu.
Sebab tu la agaknya kita dulu kalau kena suruh buat karangan tak lebih dari 300 patah perkataan memang aukup payah! Sebab terlampau banyak sangat baca buku cerita, jadi idea tu membuak-buak. Paling sikit mesti cecah 500 patah perkataan punya. Betul tak kawan-kawan sekalian?
Budak-budak skarang (anak aku la..) nak suruh baca karangan satu page pun siap aku kena tunggu depan dia pegang hanger. Tu pun baca sambil nangis. Rasa nak siku je.

Anak aku buku BM dia suruh buat ayat berdasarkan :
karib - sahabat - berjumpa - apabila - bersalaman - sunat.
Nak cantumkan ayat macam ni punya kacang putih pun setengah jam.
Balik-balik dia pusingkan buku tu ke kiri, pastu ke kanan, pastu gigit-gigit pensil jap. Banyak sangat hadap iPAD ngan PSP kan. Tu pasallaaa...

Kadang-kadang kekurangan tu adelah kelebihan.
Tapi tu dulu...
Zaman skarang, semua rumah dah ada PC.
Semua rumah ada DVD player.
Semua budak pandai main game.
Aku sampai skarang main Pacman pun tak pass pass. 
Rayyan yang tak pandai bercakap tu pun tau beza ori iPAD ngan iPAD bangang doploh hengget tu.
Abis camno?
Kan tak dibelikan, dah macam jakun pegi rumah orang.
Dah dibelikan dari pagi sampai ke malam dia hadap benda tu je.
Macamana la aku tak terpekik je keje kat rumah ni. Jiran mesti ingat aku mak tiri.

Malam ni aku nak monitor Redza baca buku cerita ni.
Walaupun buku ni cuma buku cerita, tapi sangat membantu. Sape yang tak penah baca or beli, try beli satu set. Sangat berbaloi. Tak caya tengok aku. Sebab banyak baca buku cerita tu pasal sampai skarang aku kuat merepek. Wakakka. Ok tak klaka.

Tapiiiiiii...Redza jawab :



"Ija baca komik IN ENGLISH! Also story book. Lagi panjang cerita dia"


*speechless*






p/s : oh btw kalau sesape tau mana nak beli Ladybird series tu bgtau ye. Tq.



posted by aveo757 @ 12:38 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER