walk on wings, tread in air: Perang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Perang
2012-09-27

Semalam Mak Aji and the geng datang rumah, dinner sini.
Rupanya Ibal nak hantar present untuk Redza punya birthday hari tu.
Acu dia belikan Nerf.

Redza selama ni main Nerf yang macam pistol tu je, tapi lengkap la dengan beg peluru la, peluru tambahan semua la. Rupanya Nerf ni dah jadi fenomena, at least kat kawasan perumahan aku ni la.
Redza kata dia selalu kena tembak sebab dia pakai pistol, budak-budak lain pakai gun.
Memang tetiap hari dia dok nyanyi kat telinga aku nak Nerf nak Nerf nak Nerf.
Yang si bapak dia, "Apa? Nerd?"

Nerd tu kau.
Wakakakka.

So Acu telah menyepoilkan anak aku dengan menghadiahkan Nerf gun.
Lengkap dengan peluru, beg peluru semua.
Ni kalau nak berperang dah kira ada potensi nak menang ni.
Menang gaya la tapi.



Disebabkan abang dah dapat Nerf baru, maka Nerf pistol ni dapat kat adik la jawabnya. Kemain riang lagi Rayyan dapat main Nerf abang dia. Selama ni toksah kata nak pegang, nak kuis pun tak dapat.



Bersiap sedia untuk mempertahankan ibu pertiwi



Okeh.
Dah siap untuk menjadi seorang Rambo. 
Nanti aku conteng pipi dia dengan kiwi eh?



Rayyan ni tak padan dengan kecik.
Main nak dengan orang tua.
Orang naik beskal dia nak beskal jugak.
Jalan pun tak betul ada hati nak kayuh beskal.
Ntah kau naik beskal, beskal naik kau.

Tapi kesian Rayyan.
Jarak sangat dengan abang dia.
Abang dah Darjah 2, kau baru nak masuk 2 tahun.
Sok abang kau Form 2, kau baru nak masuk Darjah 1.
Kau baru nak blaja main PSP, abang kau dah blaja main gitar.

Sebab tu Rayyan tak banyak mainan.
Sebab abang dia dah tak main mainan, asik main PSP, PS2 and iPAD. Jadi Rayyan pun takde selera nak main dinasour, lego, Fisher punya barang mainan semua dia tak layan. Pastu sebab dia dah didedahkan dengan iPAD, aku belikan iPAD budak-budak tu selamba je dia campak ke tepi. 2 minit pertama je dia excited sebab ingatkan iPAD betul. Bila dia slide-slide screen tu tak bergerak, PAPPPP dia hempas. Pastu terus gi dapur, main senduk.

Stress aku tengok senduk aku semua dia buat korek tanah.
Budak lain mandi dalam bilik air, dalam kolam, bawak itik, bawak ball. Si Rayyan tak.
Dia bawak sudip dengan tupperware. Ntah apesal cukup berkenan dengan sudip.
Memang cukup rajin berkemas barang-barang dapur aku.


Nenek melayan cucu pasang gun, padahal dia bukan tau pun tu. Hahah.




Ni lah dia anak-anak zaman sekarang.
Nak main ngan member-member kat playground pun nak kena ada barang beratus ringgit.
Takat nak main tembak-tembak je pun.
Peluru pun alahai...sponge. Apa barang tembak cenggini.

Aku dulu kalau main polis sentri time nak tangkap perompak tembak perompak tu, baling je dengan batu. Pelepukkkkkkkk kena kat dahi.
Baru pueh hati. Tu baru namanya main perang-perang.
Nak lagi pueh hati, gosok bijik getah kat simen pastu letak kat tengkuk member.
Melompat member kalau kena tu. Silap-silap terkentut keluar taik sekali.

Budak-budak sekarang harap gun je gempak. Peluru besar kote anjing je. Ceh!

Zaman-zaman kita dulu lebih kreatif.
Zaman tu belum maju sangat. Tapi imaginasi dah merentasi zaman. Jadi terpaksa la merealisasikan impian dengan mempraktikkan apa yang ada kat sekeliling.
Masa tu kalau yang main perang-perang, senjata dia batu, batang penyapu, kadang-kadang penyodok sampah ngan pongkes pun keluar. Aku tak tau la apa motif.

Kalau yang main masak-masak, bahan masakan dia bunga-bunga jiran sebelah (takleh petik kat rumah aku, mampus kena sesah ngan Mak Aji nanti). Pastu mesti ada batu untuk dijadikan kesung. Mesti ada batu bata konon nak buat tempat letak kuali (dari papan). Budak-budak skarang kalau main masak-masak bawak kuar Play-doh!
Kalau yang main kawen-kawen, masing-masing bekerjasama. Nak buat kenduri-kendara la katakan. Mesti mau ada rewang. Aku bawak mangkuk ngan sudip, kau pegi petik bunga nak buat renjis-renjis, kau pulak pegi songlap lipstik ngan bedak mak kau nak mekapkan pengantin jap lagi, kau pegi ambik buku teks nak buat kipas-kipas pengantin, etc.

Yang bestnya bila melayu and cina main kawen-kawen okeh? Budak cina tu redho je jadi pengantin. Kawen style melayu lak tu. Fun! Muhibbah gila.

Anak aku, kalau main sorok-sorok, alahaiiiiiii.
Belakang langsir dipilihnya.
Belakang pintu.
Dalam lemari.
Dalam toilet.

Amende laa...

Zaman aku dulu kalau kata main sorok-sorok, berdesuppppppp lari menyorok kat laman rumah orang.
Yang gigih sikit, pi lari jauh masuk dalam kedai.
Yang terlebih bijak, menyorok dalam rumah sendiri dan terus tak keluar-keluar sampai besok.
Mau berpeluh kau nak mencarik.

Skarang tengok budak-budak main perang-perang siap dengan gun, pastu dengan beg peluru, pastu dengan beg galas gitu gini gedebak gedebuk. Ni mau kang belum berperang semua dah mati awal-awal. Berat sangat pikul macam-macam.



p/s : Shawl ada lagi 29 helai saje. Grab while stok masih ada!
posted by aveo757 @ 6:33 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER