walk on wings, tread in air: Guangzhou 3 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Guangzhou 3
September 07, 2012
 


Hari kedua di GZ adelah tugasan untuk Filla and Elly. Aku punya dah selesai, tapi aku tolong gak dorang sebab ada antara baju-baju yang dipilih adelah untuk ladies yang bertudung.

Pagi tu kitorang semua breakfast kat bilik je. En Wan dengan rajinnya sediakan aku maggi and susu. Siap simpan sekotak lagi dalam beg kot-kot aku nak susu nanti. Minum susu ye ye je. Tapi tulang rapuh jugak.




Aku tanya Filla level dorang duduk tu ada tak bendalah ni - pengilat kasut. Filla kata takde.
Aku rasa sebab level aku duduk ni nama pun business deluxe, gamaknya yang duduk sini pun orang-orang yang datang untuk bekerja and meeting kot, tu pasal bilik siap ada fax, kat luar ada pengilat kasut bagai. Memandangkan aku pakai kasut pengawas so En Wan suruh aku test benda ni kejap. Tapi aku kan geli dengan bulu-bulu so memang tak la aku nak hulur kaki aku kat dalam tu.





Turun-turun je dari Combi, Filla dah terberkenan dengan baju-baju kat sini. So stop jap dia nak belikan untuk bapak dia. Tapi masa ni laki-laki kitorang je temankan sebab aku and Elly tak tahan bau restoran kat sebelah jadi kitorang selamatkan diri.





Masa nak melintas jalan, bau kat sini busuk ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Tahap nak terbelahak muntah hijau dia punya busuk. Gila pelantung!
Gone bau perfume aku.
Rupanya lori taik tercicir taik atas jalan. Selambak!!!!

*ok aku nak muntah cerita pasal ni. Kita skip*





Mula-mula carik accessories dulu.
Kat sini ada jual kolar-kolar readymade. Gila cantikkkkkk.
Ada kolar yang full embroidery, ada yang penuh pearls...juling bijik mata memilih. Harga pun not bad. Tapi kitorang tak beli la. Kita beli benda lain.

Kat sini dilarang ambik gamba.
So gamba-gamba yang dapat snap ni adelah menggunakan kebijaksanaan masing-masing.





Cantik-cantik kan?
Ni baru satu kedai je tau.




Kat sini memang gila sesak. Sampai senget-benget tudung aku.
Tempat ni jual pakaian wanita. Dia macam Pasar Kedai Payang la tapi tahap dewa punya sesak. Kat situlah dorang jual, kat situ lah dorang beli, kat situ lah dia mengangkut stok, kat situlah laluan troli. Dah la bungkusan dorang semua bangsa pakai guni pikul atas bahu. Asal lalu sebelah je terhentak kat kepala kitorang. Ada la kot lapanblas kali kepala aku kena hentak. Asal terhentak je berdengung kepala. Asal terhentak je berdengung. Ni aku dah terasa cam kepala aku bangang-bangang sikit.
 
"Ni lawa oii. Ni! Ni!"
"Tak cantik lah tu. Cam negro pakai. Yang ni cantik!"
"Ni lagi cantiklaa"
 
Pastu akan keluar statement "Hoi, bukan mata kita nampak cantik okeh? Mata customer kena nampak cantik"
 
Asal salah sorang sawan bila tengok baju, yang dua orang lagi akan keluarkan statement tu biar datang balik kesedaran.

Gila kauuuu kat sini dorang main tarik-tarik je kita masuk dalam kedai.
Terjerit-pekik Elly ngan Filla kena tarik. Aku risaukan perut si Filla tu je. Risau tu risau gak tapi aku selamatkan diri aku dulu. Aku lari. Hahah. Tapi nak larikan diri pun payah. Dorang berhimpit-himpit. Kena ganas sikit masuk sini. Aku redah je. Tolak ngan beg.

Dah la pekedai-pekedai tu angkut barang main libas je kepala kita, kot terlibas perut si Filla tak ke satu hal.




Kedai ni jual topi je. Tak larat nak pilih dah. Terlampau banyak design. Semua cute-cute.




Tengah-tengah carik baju boleh pulak terperasan kedai shawl. Lagi sekali aku menyawan kat situ. Shawl dia semua cantik-cantik terjerit pekik aku kat situ. Asal aku pekik je, Filla ngan Elly terpekik sama. Memang menggila kitorang kat sana. Aku rasa tukang jual tu pun takut dengan sawan kitorang. En Wan ngan En Win duduk jauh-jauh. Cover malu kot.





Kali ni aku la jadik mangsa.
Asik kepala aku je jadik bahan nak try shawl.
Cina kedai yang pakai baju biru ni awal-awal sekali dah tunjuk shawl yang dia pegang tu.
Elly and Filla kata "Ha'ah Di. Yang ni cantikkkkkkk"

Tengkorak korang la!
Shawl ni la yang aku publish hari tu. Shawl 16.
Dah banyak sold out dah pun. Aku kira balik tadi, ada lagi 6 helai je dalam stok.

Elly : Ohhh, hari tu kita jual shawl ni ye?

Aku lempang kanggggg.





Antara shawl yang dorang paksa aku try.
 "Di, ambik ni Di. Skarang trend pakai corak camni"
 
Tak sure la aku ambik ke tak yang ni.
Tunggu kargo sampai lagi 2 minggu pastu aku publish.





Lepas habis kat kedai shawl tu, En Wan tunjuk pulak kedai yang ni.
Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi melambak shawl-shawl dia.
Kat sini memang hiruk-pikuk.
Memang kitorang berlima je kat kedai ni. Orang lain takut nak singgah sebab kitorang terjerit pekik.
Macam nak beli satu kedai je dia punya kecoh.
Tapi seriesly stok tudung tak salah aku kitorang ambik cukup sampai bulan 12.
Kiranya tahun depan la baru datang GZ lagi.





Kali ni Filla punya kepala lak jadi mangsa aku. Sebab kalau aku pakai, aku tak nampak if tudung tu ok ke tak. Jadi, aku kena pedajalkan somebody.
Pasrah je perempuan ni dengan aku.
Dah macam perempuan Kampuchia pulak aku tengok kau.





Sebenarnya aku pun tak tau camne nak ikat shawl ni. Main lilit je dulu janji boleh nampak apa pesen dia bila dah ada atas kepala.





Korang tengok manusia punyalah macam ulat taik ramainya.
Kat situ lah kau jalan, kat situlah kereta lalu, kat situlah kau pack barang. Bersampuk-haruk.
Sebab tu kat sana dorang bekerja macam takde besok. Sebab suasana kat sana hiruk-pikuk and busy, sentiasa penuh dengan orang jadi pace dorang laju. Bila pace laju, nak kejer pun semangat.

Now baru aku tau kenapa aku takleh keje dalam keadaan senyap.
Macam aku kat MOSTI dulu, aku cepat bosan.
Sebab suasana kat opis macam aman je. Sebab keliling aku semua KPP, semua jenis kejer ada protokol jadi keadaan sangat senyap sepi.

And aku perasan kalau keadaan bising and mendesak, aku lagi fokus nak buat keje sebab ada pressure yang menyebabkan aku aka lebih fokus. Kalau senyap-senyap aku lagi senang nak berkhayal.

Hmmmmm....
Agaknya sebab tu la zaman skolah dulu asal exam je aku jadi bangang.
Sebab dewan peperiksaan senyap sunyi.
Yes!
Yes!!
Now I know!
*alasan*

Kat GZ, dorang kerja 7 hari seminggu. Takde cuti.
Tapi bila CNY, dorang akan cuti panjang.




Disebabkan kitorang beli shawl gila banyak, Win telah mengambil kesempatan ambik satu shawl as free gift. Mana kedai dia masuk semua dia mintak free gift. Rupanya ada jugak orang yang sepesen dengan En Wan. En Wan pun macam tu, kalau tawar-menawar kadang-kadang aku rasa nak bagi backhand je. Harga dia gila melampau. Dulu topi kat Bali orang tu bukak harga RM150,000 rupiah. En Wan punya tak agak-agak tawar, last-last aku dapat dengan harga RM30,000 rupiah je. Boleh??
Tak agak-agak okk.
Kesian orang tu.
Tapi kesian-kesian pun, aku tetap ambik gak topi tu.

Shawl yang Filla and Win pakai tu adelah hasil dari tawar-menawar yang mem-pressure-kan cina kedai. Win siap tunjuk perut Filla lagi kat cina kedai tu "For baby. Gift. Can? Can? Can lorrrrrr"

Dia yang tanya.
Dia sendiri jawab.

Pastu dengan bangganya masing-masing posing dengan shawl.




Conveyor nak memudahkan angkut barang.
Pakkal ada barang. Kalau takde, memang aku berdiri atas ni. Malas gila nak pakai tangga.





Masa ni muka memang dah super berlengas.
Berkilat je hidung masing-masing.
Masa ni kitorang dah settle dengan baju and shawl, so nak pi lunch pulak.
Gila kebuloq. Maunya tak. Pagi tu kedarah maggi je.





Lelaki-lelaki yang gagah perkosa tolong angkat barang-barang kami.




 
Padahal ni jalan utama tau.
Tapi rilek je dia boleh gergaji kayu bagai kat tepi main road.
 
 
 

Sebelum makan, pi beli accessories dulu.




 
Pilih bangles





Ada sape nak kesah kalau kasut ni tak ori???
Kalau dah budak-budak yang pakai konfem kiut!
Kat sana, toksah kata yang ada brand.
Yang takde brand pun cantik-cantik.
Tapi aku tak ingat saiz kaki Rayyan, jadi snap gamba je la sudehhhhh.
 
 



Aku lupa apa menatang ni.
Bunga matahari?
Bunga kekwa?
 
Lupa.
Tapi ramai beli.
 




Lunch at Makkah Restaurant.
Berseri-seri muka dapat masuk tempat beraircond.
 
 



Di-snap dari meja orang lelaki.
The guys ada discussion dengan agent. So kitorang duduk meja lain. Kami perlukan tumpuan penuh ke atas nasik beriyani. Lagipun kitorang kan suka merepek time makan. Pastu mulut sekor-sekor laser, tak sampai hati la nak bagi laki masing-masing dengar kelaseran mulut kitorang.
 
 



Layankan Elly and Win beli kotak jam.
Kedai ni hanta jual kotak jam okeh?
Aku dok ingatkan dia jual box untuk door gift, rupanya kotak jam semata.
Elly tanya aku "Beli satu Di. Cantik sikit nak letak jam"

"Aku mana ada jam??"
Ceh!

Kalau ank kira aku banyak jam.
Banyak jam jahanam.
Reason aku tak suka pakai jam adelah sebab kejap-kejap nak kena bukak.
Nak lagi kalau jenis bracelet tu. Gila leceh.

Jam yang aku ada skarang adelah hadiah dari En Wan time besday aku yang ke berapa tak ingat.
Tapi aku tak pakai. Sebab aku rimas pakai jam, aku rimas pakai cincin, rimas pakai gelang. Lagipun henfon kan ada jam, jadi aku tambah malas. Kalau takde henfon pun takpe, boleh tanya orang. Haha.

Tapi memang aku tak suka pakai jam dari sejak sekolah lagi.
Orang sibuk Baby G ke, G-Shock ke, aku buat dekkkkkkkkkk je.

Tapi masa kat U, Mak Aji ada belikan aku satu jam, tajuk apa ntah lupa. (punya la tak minat pakai jam, nama jam pun boleh tak ingat). Jam tu aku pakai, tu pun pastu aku pass kat exbf aku suruh dia pulak pakai.





Kitorang balik around 6pm jugak la.
Malam tu kul 8pm turun balik untuk discuss barang-barang yang dah dibeli, plan macamana nak deliver barang, sape simpan stok apa, barang sape publish dulu kat blog, bla bla bla.

Sambil discuss sambil mentekedarah roti telur.
Tak sampai hati aku nak makan roti ni, tak salah aku ada la RM7-8 duit kita.
Rasa nak makan dengan plastik-plastik sekali. Biar tak membazir.





Kuah kari.
Kat sana roti beli asing, kari beli asing.

Masa ni masing-masing terasa I REALLY LOVE MALAYSIA.
Malaysia kuah siap bagi free.
Bukan satu, tapi dua!
Kari ikan. Dalca.
Siap banjir lagi!
Kat sana, kuah dah la beli asing, pekat pulak tu.

Dah la beli asing, pekat, esok pagi aku ngan Filla cirit birit. Sebab rasanya kitorang je kot yang beria-ia tenyeh kuah ni. Lembik pagi tu. Pucat je muka.




Minah stylo la katakan.
Makan roti telur pun guna sudu garfu. Puiiii.
 
Sampai kedai dah nak tutup la baru kitorang keluar.
Masa tu kitorang busy berdiscuss. Laki-laki semua keluar berjalan.
 
 



En Wan balik hotel tunjuk dengan bangganya dapat beli 3 electric massager ni dengan harga RMB40 je. Aku boleh bayangkan betapa stressnya tukang jual tu melayan En Wan ngan Win. Siangnya tu Filla beli gak menatang ni, tapi harga RMB20 sebijik. Tu pun memula cina tu bukak harga RMB40. Datang En Wan ngan Win memang ranaplah bisnes orang tu, sampai RMB20 dorang mintak tawar. Malu gila aku. So malam tu dorang kejekan tukang jual lain kaw-kaw. Dapatlah 3 bijik RMB40.
 
Aku tanya nak buat apa beli banyak-banyak?
 
En Wan kata untuk mak satu, untuk mama satu. Kita punya 2.
 
"Best ni Di. Takyah beli vibrator. Pakai ni pun boleh. Tapi pendek la"
Pastu gelak sambil angkat-angkat kening.
 
Bodo gila okeh. 
 
 
 
posted by aveo757 @ 11:54 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER