walk on wings, tread in air: Guangzhou 2 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Guangzhou 2
September 06, 2012
Masa dalam taxi dari airport ke hotel, tetiba Filla cakap "Aku heran la. Macamana aku boleh ada kat GZ dengan korang?"

Exactly the same question dalam pikiran aku masa tu.

Padahal kitorang bukannya kenal dari kecik, apetah lagi nak sekolah sama. Cuma baca blog masing-masing je. Tu pun bukannya komen sangat pun, just baca and done. First time aku jumpa Filla pun masa projek Olay. First time jumpa Elly pun masa buka puasa kat De Plama tahun lepas. Tapi tetiba boleh plan nak setup bisnes sesama pastu boleh pulak ke GZ together-gether. Even En Wan penah tanya aku berapa lama aku kenal dorang, aku nak cakap berapa lama pun tak tau. Kalau kenal dalam blog aci tak?

Maybe ada hikmah yang kita tak nampak. Harap semuanya berjaya and baik-baik je.


Dia ni memang takde pose lain.
Memang balik-balik gini.
Aku rasa dia perlukan khidmat Elly and Filla untuk ngajor berposing.




Kenderaan yang patut dinaiki kat sana, tapi aku tak sempat nak naik.
Filla and Elly je naik.

Tapi aku takut nak naik benda ni sebenarnya (apa aje la yang kau tak takut Dianaaaa), sebab dia motor, pastu kat depan sah-sah pemandu je sorang tapi seat belakang dia pasang papan supaya boleh 2 orang bonceng. Aku rasa macam tak konfiden je. Kang dia ye ye je merempit cilok sana sini alih-alih tak perasan aku tersangkut atas bonet kereta orang. Baikkkkk punya tertiarap. Siapalis.



 
Ni first time aku nampak orang potong honeydew gila bapak gedabak macam ni. Kalau kat Malaysia buah-buah semua comel-comel je dia pack. Potong pun muat-muat mulut je.
Kat GZ, ha kauuuuuu.
Seb baik I dah biasa nganga mulut besar-besar tau.
Tapi aku cam kontrol-kontrol la jugak. En Wan yang ambik gamba ni oi. Kang dia nampak aku bukak mulut besar-besar terus dia stim kat situ tengok aku. Susah I nanti. So I gigit hujung-hujung je la.
 
Cuba tengok Elly.
Pehhh.
Dasyattt..dasyatttt.
 
Wakakakaka.




Pastu lalu kat kedai-kedai menjual butang sahaja.

Kedai jual butang pun dah berderet.
Ko bayangkan jual butang??
Kalau kita macam "Hek eleh ape kes kau nak jual butang je?"
Tapi kat sana butang saje dah boleh buat dorang kaya raya.
Apa ajela yang takde kat China ni. Semua dorang boleh buat.



KFC delivery!!!!
 
Bila kat sini nak buat KFC delivery??
Senang sikit hidup aku kalau ada delivery. Takyah nak beratur panjang-panjang. Nak-nak lagi KFC Alam Megah. By the time sampai turn aku "Ayam masak lagi 15 minit"




Hebat tak hebatnya dorang, majalah fesyen tahun 2016 dah keluar skarang, boleh???

Designer Italy nak predict style 2013 pun kena tunggu November 2012 baru dia boleh agak apa bentuk fesyen tahun depan.

In China, apa ade hal 2013?

2016 aku bagi. Hambik!




Lepas settle kat kedai kain, kita serang kedai lace pulak.
Ni kalau aku bawak bibik (tailor) aku sekali ni, mau satu papan lace ni dia nak bawak balik.
Kesian aku tengok customer yang tempah baju wedding dengan aku, lace mahal-mahal. Even kat Jakel pun lace kosong RM140/meter. Kat GZ lace bersepah siap susun atas lantai lagi. Tak larat nak pilih. Tapi dorang tak jual pakai meter. Sebab murah sangat.

Time ni memang dah gila bahabs punya letih.
Muka toksah cakap la.
Dorang berdua ni tahan lagi, semua kulit cerah-cerah. Aku ni dah la malap, bila dah berlengas terus jadi lebam. Dia sebenarnya takde la panas sangat kat sana, takyah bawak payung pun, tapi sebab kau kuar masuk kedai, jadi sangat terasa dia punya berbahang.

Kebetulan kedai ni beraircond.
So sementara nak tunggu orang tu pi ambik stok, kitorang lepak la kat dalam tu.
Sekali dia sound tak kasik kita tunggu.
Cipet betul.
Padahal kita customer dia ni. Siap beli 10 roll lagi. Roll besar okeh, bukan role kecik. Dia boleh sound suruh keluar?? Berbulu je si Elly. Filla tu la kesian, dengan bawak perut lagi. Boleh la pulak cina kedai tu cakap "Malaysia buy small-small".

Puiiii.
Tu pun seb baik beli 10 role. Mula-mula kitorang nak beli 1 role je.

Tapi bak kata Win la, datang masuk kedai kemain lagi sampai berlima.
Pastu kecoh macam nak beli 10 kedai, alih-alih 10 role. Wakakka.
Tapi ada aku kesah?

But nevermind......nevermind.
We buy 10 role for testing testing only.
Later-later when the bisnes big-big, I come again buy 10 contenna with you also I buy!

Memandangkan communication kat sana payah, sebab kitorang pun tak tau sepatah haram cakap cina and dorang pun tak tau cakap english, jadi kita guna ayat basic saje.

Ayat kitorang semua sedondon.

Kalau nak tanya harga "How machi? (much)"

Nanti dia akan keluarkan kalkulator and type harga kat situ.

Pastu kalau nak tawar, kitorang cakap "Many-many?"

Nanti dia type harga beli borong pulak.

Memang tu je la yang kitorang cakap kat sana.
Selebihnya Win akan ke depan sebab dia dah paham sikit.

Tapi yang best bila ada 5-6 orang cina kat sana dengan konfidennya cakap mandarin dengan En Wan.
Aku memang dah agak dah akan ada orang yang cakap cina dengan dia.
Padahal laki aku ni takde la sepet mana pun.
Kalau dirikan dia sebelah cina-cina kat GZ En Wan akan nampak tak berapa cina sangat lah.
Cuba kalau dirikan sebelah aku. Ha...baru nampak. Sangat jelas perbezaannya.




Ni la kenderaan rasmi kitorang sepanjang kat sana. Combi eh nama dia Elly? Aku pun tak sure. Tapi van je la. Ala-ala prebet sapu gitu.

Sepanjang 4 hari kitorang kat sana, macam-macam pesen van kitorang dapat.
Yang cuma letak papan kat seat belakang la, yang hapak la, yang bila break seat pergi kedepan la.
Hari last tu je kitorang dapat van yang senonoh sikit.

Everytime naik van ni, Win mesti kat depan sebab dia tukang cakap.
Elly and Filla akan duduk seat tengah sebab kitorang taknak kasik Filla duduk dekat ngan tayar. Ada gak yang terberanak kat GZ nanti. Aku ngan En Wan je la yang tinggal untuk duduk kat belakang. Jadi, aku ngan En Wan la yang tau betapa 'best'nya duduk kat belakang. Ada satu van tu dia sediakan papan je. Ko bayangkan duduk atas papan betul-betul kat atas tayar. Dah la driver sana merempit ya ampun. Melompat-lompat pantat aku atas papan. Turun-turun je jalan mengangkang.



Try nak snap gamba tower kat sana tapi tak berapa clear sangat.
Ni bukan kabus ye, tapi cermin van gila bapak bertinted. Kaw-kaw punya tinted.
 


Comel-comel je kaler beg-beg ni. Kat sini nampak cam selekeh je jual tepi jalan.
Tapi aku percaya kalau beg ni letak kat Subang Parade, konfem ramai beli.
 


Ni semua pekerja-pekerja kedai yang kepenatan lepas packing barang untuk shipment.
Insyallah, semoga satu hari nanti salah satu packing ni adelah untuk dihantar ke Fidily. Amin.



Converse main campak-campak je okehhhh.
Yang ni dorang unpack kasut pastu later dorang akan lipat the kotak and ship together.



Masa ni dorang dah tak larat dah nak jalan especially Filla.
So bagi dia naik motor ni. Aku risau je tercicir bini orang ni nanti.



Ewah, kemain happy lagi tinggalkan aku jalan kaki.




Aku, Win and En Wan pilih untuk berjalan sebab boleh tengok-tengok barang. Salah satu selipar kat sini aku rembat untuk Rayyan. Cute gila wehhhh. Macam-macam pesen ada, ko cakap je. Yang ko tak pernah nampak pun ada kat sini. Murah toksah cerita la. Gila murah!
 



By the time aku, Win and En Wan sampai kat kedai ni (Al-Madinah), Elly and Filla dah separuh jalan makan nasik. Masa ni aku minum coke, si Filla jeling-jeling coke aku.

"Di, boleh ke aku nak minum coke?"

"NO!"

Kitorang tak berani nak allow Filla ambik coke.

Tapi aku pun satu gak, kat Malaysia punya melambak coke taknak minum. Sampai GZ barulah tekak aku asik nak pekena coke. Everyday aku belasah coke. Mana la si Filla tak mengidam.

Last-last hari kedua tu kitorang bagi jugak Filla minum tapi mesti dengan ais supaya gas dia berkurang sikit.




Ni agent Win kat sana, so this agent akan uruskan semua material-material yang kitorang pilih tadi untuk di-shipped ke Malaysia. Insyallah lagi 2 weeks sampai.

Masa agent ni sampai, aku macam terkesima.
Muka dia macammmmmmmmmmmm......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Michael Tse or Tai Tin Yee (in Young and Dangerous)
 
Cuba scroll balik atas.
 
Perhatikan....
Renungkan.....
Hayatilah......
 



Kitorang sampai hotel around 6pm.
Dari dalam van lagi Elly and Win ajak kitorang pi foot massage kat level 10 hotel yang sama. Memang ok sesangat lah. Kepala lutut aku pun dah nak tertanggal ni.

Tapi aku ngan Filla mandi-mandi dulu.
Kitorang turun-turun tengok wah wah wahhhhh kemain bersantai lagi 3 orang ni makan tembikai tengok tv sambil ada orang gentelkan kaki masing-masing. Elly over siap buat pedicure terus.

Untuk Filla kitorang dah pesan kat amoi tu :

"No hard-hard" (sambil genggamkan tangan kuat-kuat).
"She's pregnant" (tunjuk perut Filla).
"Only light-light" (sambil gayakan tangan ala-ala nak meramas tetek)

Ok, dia faham.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii ujung-ujung aku yang macam orang pregnant.
Si Filla kat sebelah relax je kena urut.
Aku semua tak boleh.
Orang tu pegang je kaki aku, aku dah sound :

"No break-break" (sambil buat gaya letupkan jari).
"No like this-like this" (sambil buat gaya sentap jari kaki).
"This one also no" (sambil tunjuk kat En Wan yang sedang dilipat terbalikkan kakinya)

Last-last amoi tu tanya aku "You pregnant?"

Cibais.
Ko perli aku ye.

Last-last dia usap-usap je.




Di ketika inilah!!!

Di saat dan ketika inilah!!!!

Di saat aku sedang menikmati rendaman air garam panas berkelopak mawar bagai sekali BB aku menjunam dalam besen.

Sebelum tu aku kangkangkan kaki sikit sebab aku letak BB aku celah kangkang.
Pastu amoi ni urut belakang aku.
Agaknya masa dia tumbuk-tumbuk pinggang aku macam nak rak tu, BB aku pun terjatuh dalam besen.

Tamatlah riwayatnya.

Terus pastu aku mati kutu takde henfon.

Maka bermula di saat itulah Filla ngan Elly meracun aku angkat iPhone pulak.
Siap ajar aku Instagram la, Photo Shake la, apa la.
Sampai je Malaysia, aku angkat Bold 4.
Blackberry tetap di hati.



Sampai ke peha-peha sekali dia picit.
Kemain siap pejam-pejam mata lagi En Ean kena urut. Stim ke apa ni.
 


Naik bilik jap, ambik gamba pemandangan waktu malam dari tingkat 29.
So like Hong Kong. Tapi HK cantik lagi la.
Lagipun exboifren aku kan ramai kat HK jadi bias la sikit.




Memang kitorang macam tak reti penat. Tak tau la mana datang energy.
Lepas mandi-mandi turun balik.

Aku kan memang dari awal packing baju macam nak taknak je.
Memang jeans ni je la satu-satunya yang aku belasah siang malam.
Rupanya Filla pun sepesen aku jugak.
Kalau pi travel jeans cuma bawak satu jeans je.
Ada rupanye geng aku.

En Wan sound suruh carik seluar baru dah alang-alang ada kat sana kan.
Tapi mood shopping belum mari sebab keje belum settle.
Ala, apa ade hal dengan jeans tak berganti.
Janji spender bertukar.



This is us :)

Gamba ni jelas membuktikan aku memang jenis selekeh. Dah la pakai kasut pengawas siang malam. Elly ngan Filla asik gelakkan kasut pengawas aku. Orang lain keluar pakai blouse, aku blasah T shirt je. Macam nak pegi pasar malam pun ada.



Win gigih men-try bendalah ni. Dia nak bawak balik sebijik main kat rumah.
En Wan hampir-hampir angkut motor kecik yang pakai minyak tu. Nak kasik Redza main.
Dia kata murah gila, tak sampai 1K kalau tak salah.
Aku bagi jelingan maut sekali je, terus dia kensel.




Sambunggggggggggggg bekerja.
Tapi yang ni selingan, belikan kasut anak-anak.

Sayangnya, semua selipar and kasut yang aku beli untuk Redza, semua takleh pakai.
Rayyan semua fit.
Memang rezeki Rayyan la esok dapat semua kasut abang dia.




Mau tak menggila kejap mak bapak punggah kasut-kasut nak carik saiz anak.

Aku dengan En Wan punya konsep kalau kasut untuk anak ni takyah beli yang branded sangat la sebab pakai sekali dua pastu dah takleh pakai. Nak bagi kat orang sayang, nak bagi kat adik tak sampai hati adik asik dapat barang second hand. Last-last bersusun kasut-kasut Redza dalam lemari kasut.

Time Redza dulu dah bagi kitorang pengajaran supaya Rayyan belikan kasut cokia-cokia je. Sebab budak-budak ni pakai kasut cokia pun nampak kiut. Takyah beli yang mahal sangat pun takpe. Sampai skarang kitorang dok simpan je kasut-kasut Redza yang branded-branded. Terkilan gila pakai tak sampai 5 kali dah sendat.




Ni aktiviti kitorang kat tingkat atas.
Men-snap tetek negro.

Kawasan yang kitorang pegi ni memang market dorang.
Penuh orang-orang dia je kat sini.
Bau pun dah semacam. Ada satu hotel tu penuh dengan orang dia je bersidai kat depan. Bau pun bau negro. Aku dapat bayangkan bau cadar dia camana.
Tapi aku bangga lalu sini sebab aku nampak putih siott. Wakakka.



Ohhhh...sedap gilaaaa bau ikan panggang time ni.
Tetiba lapar.



Aku tak tau la sape yang pakai kasut macam ni.
Tinggi nak mampus.
Kalau termasuk celah jaring manhole terus ter-stuck.
 
Tapi cantik-cantik semua.




Comel kan apple ni?
Aku beli sekilo makan sikit, pastu bawak balik sikit.
Tak sempat tunggu besok. Hari yang aku sampai rumah tu, hidangkan epal ni, terus jam tu jugak selesai.



Tapi buah-buah dia semua fresh-fresh kauuu.
Cantik-cantik.
Kalau pisang tu takde yang lebam.
Ni kalau Mak Aji ada konfem dengan gerai-gerai buah ni dia sorong balik hotel.



Kasik chan la orang lelaki nak test kasut pulak.
 
Kitorang lepak kat luar ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
...teman mak buyung makan epal :)





Kuih ni macam pie.
Dalam dia daging kibasy.
It's halal.
 Tapi kulit dia keras. But sedap.
Memang macam pie daging.
 



Malam tu kitorang makan panggang-panggang tepi jalan.
Selalu aku tengok cerita cina kat TV2 je ada scene makan panggang-pangang tepi jalan macam ni.
Now aku sendiri duduk melepak tepi jalan makan ikan bakar.

Malam tu makan ikan tilapia, sosej, kucai, cendawan, kibasy, tauhu and apa ntah lagi. Lupa.
Siap bertambah-tambah.

Aku kan ngegada tak makan pedas, semua benda bakar ni dah gaul dengan cili sikit.
Win dengan baik hatinya order khas untuk aku.
Sayang Win!




Ko tengok tu, macam-macam ada.
Kepak ayam, cili sumbat, daun kucai, brokoli. Tak salah aku macam semua benda ni kitorang bedal malam tu.
 


Meja dia pendek kerusi pun kerusi cangkung tu.
This is the best moment la. Masing-masing sembang-sembang pasal life, pasal anak, ngumpat-ngumpat sikit. Hahah.
Aku tak pernah tau aku boleh makan macam ni.




Lepas makan, kitorang hantar Filla balik hotel, pastu kitorang berempat keluar balik. Series tak reti penat. Win bawak kitorang pi tengok tapak asal jalan istana zaman Dinasti apa aku dah lupa. Keliling tu now semua kawasan kedai cuma satu part tu je dorang tinggalkan untuk pelancong tengok.

Then kitorang pi beli travel beg.
Sebab masing-masing dah bajet konfem bawak balik barang banyak ni.
Barang bisnes dah tentu-tentu naik kapal laut, barang shopping ni yang agak merisaukan. Jadi sebelum apa-apa hal, kita beli travel beg dulu.

Lepas beli beg, aku ngan En Wan balik hotel. Win and Elly sambung melepak sampai kul berapa pagi aku tak tau la. Kasik chan la dorang bertenet nak ringan-ringan ebab tak dapat tido sebilik kan.

posted by green apple @ 12:30 PM  
Newer›  ‹Older


SEARCH THIS SITE
MY FACEBOOK
INSTAGRAM : MY LABEL
Instagram
ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
Archives
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER