2012-09-21

Dilemma



Ada satu masaelah.

Masalahnya adelah Redza taknak tido bilik dia.
And yang paling ngeri now dia dah start nak tido sekatil dengan kitorang semula.
Tiap-tiap malam dia akan tanya "Ma, Redza tido atas ke bawah?"

Sejak bila pulak kau tido atas kannnnnn????

Ni semua gara-gara pegi GZ hari tu, dia tido tengah-tengah antara Mak Aji ngan Pak Aji, so now nak continue tido dengan kitorang. Pulak tu 3 hari lepas aku takde, outstation. So dia tido dengan En Wan atas katil. Now dia asik la nak tido atas. Asal bangun pagi je aku tengok dia terselit bawah lengan En Wan. Kesian aku tengok. Macamana la kau boleh nyenyak tido bawah ketiak bapak kau yang berselirat tu? Plis la nak. Tolong la...

Aku pulak yang termalu-malu nak salin baju dalam bilik sendiri sebab Redza and Rayyan kemain berpencak lagi dalam bilik aku. Sampai aku kena salin baju dalam bilik air! Hello???? Apekah semua ini???

Sia-sia je aku renovate bilik kau gila-gila dulu supaya ko boleh tido dengan selesa tapi kau tetap nak tido atas toto janji boleh tido dalam bilik aku. Stress aku.
Yang En Wan pulak asik la "Kesian dia Di...biarlah...."

Anak kau tu lelaki okkk.
Dah umur 8 tahun dah.
Budak-budak skarang umur 8-10 tahun dah gedebans.
Macam-macam dah dorang blaja kat skolah. Kang tak pasal dia dapat tengok sessi praktikal pulak kat bilik.

Dulu biasa mandi dengan En Wan.
Kau tengok aku, aku tengok kau. Kemain lagi anak-beranak bulat je dalam shower sama-sama.
Tu pun start tahun ni aku dah sound En Wan jangan mandi dengan Redza.
Memula tu payah jugak la, kadang-kadang time aku takde tu, En Wan ajak anak dia mandi sekali.
Aku paksa-paksa jugak Redza mandi sendiri. Nanti tetiba aku dengar teresak-esak dia menangis dalam shower. Sedih la konon tak dapat mandi dengan bapak. Pastu En Wan nanti terjeling-jeling kat aku. Aku keluar dari bilik je nanti dia masuk la bilik air teman anak dia. Boleh?????

Kot ye la sayang-menyanyi jangan la sampai anak tu dah berbulu atas bawah pun nak biasakan mandi tido sebilik kan. Seb baik anak lelaki, kalau anak perempuan??

Aku pernah tanya En Wan, kalau ada anak perempuan, sampai umur berapa agak-agak dia nak mandikan anak dia?

En Wan kata "La, apa salahnya...anak kan?"

Memang la anak.
Tapi takkan sampai umur dia 11 tahun kau nak basuhkan pepek dia lagi.

Sudahnya dek kerana kesiankan anak, Redza sampai sekarang mandi bukak pintu.
Sebab nak mandi sambil tengok bapak dia.
Nanti anak aku tu menerima je arahan bapak dia.

"Shampoo. Papa dah letak shampoo kat bawah"
"Sabun, pakai sabun ni"
"Pastu gosok gigi. Ni papa dah letak ubat"

Pastu bila dah siap kan, si Redza just "Pa, dah".

Nanti En Wan ambikkan towel.
Padahal towel tu tiga tapak kaki je.
Ajar la budak tu ambik towel sendiri hendaknya.
Ni tak.
Nak jugak tolong ambikkan.

Pastu nanti dia yang ambikkan baju Redza dari bilik. Sediakan siap-siap letak atas katil. Redza tinggal ambik nak pakai je. Nasib baik dia tak pakaikan, kalau dia siap nak pakaikan baju untuk Redza memang aku siat-siat baju tu.

Kadang-kadang aku rasa En Wan ni la penyepoilnya.
Dia suka jadi Mr Nice Guy.
Nanti anak dia sayang dia lebih.


Nanti bila turn aku nak salin baju, dia bukan reti suruh Redza keluar dari bilik tau. Aku yang dia suruh pakai baju dalam bilik air. Dia anak-beranak rilek je berjemaah sarung spender kat luar. Aku kena sorok-sorok. Kadang aku konfius ni bilik sape eh?

Kalau dulu aku nak pakai spender ke, salin bra ke selamba je.
Now dah tak boleh.
Bila anak dah besar, aku nak pakai nighty pun dah segan sebab dia tido sekali.
Bila asik sarung kaftan nanti En Wan sound "Di ni sejak pakai tudung dah tak seksi".
Bukan masalah aku pakai tudung, tu ha anak lelaki kau tu mengangkang dalam bilik ni camana aku nak separa bogel?

Tak paham aku bapak yang sayang and manjakan anak sampai macam ni sekali.
Aku dulu umur 8 tahun toksah kata mandi sendiri, pakai baju sendiri. Siap dah ada tugas tetap kena gosok baju keje mak bapak! Terjengket-jengket aku menggosok baju. 5 helai baju gosok, satu mesti terbakar aku kejekan. Pastu zasssssssssssssss kena sedas hanger kat betis. Tu belum lagi kena basuh bilik air sendiri. Tertonggeng-tonggeng aku basuh kolah. Umur 8 tahun okeh? Siap la pulak bulan puasa Pak Aji sediakan cat and berus suruh aku catkan gate depan. Anak aku???? Toksah kata nak cat gate, pegang berus watercolor pun menggigil.

Aku nak sangat train Redza jadi macam aku dulu.
Semua kena buat sendiri.
Kalau tak buat memang kena belasah.
Kadang-kadang dah buat pun kena belasah.
Masa tu aku selalu imagine aku Cinderella (imaginasi nak yang best je..) Sebab Cinderella dah buat keje pun kena bantai lagi.

Zaman aku dulu, walaupun aku tak penah salin jadual waktu skolah, tapi aku tak lupa check homework tetiap hari. Anak aku, En Wan yang pack-kab bag dia hari-hari. Checkkan homework ada ke tak. Kalau tanya Redza ada homework ke tak, manjang je dia jawab takde. Bila check ha kauuu 5-6 pages. Saje je muka dia macam takde efek. Ni aku tengah pegang pembaris ni. Dia boleh memintal-mintal kertas nak buat lucky stars pulak depan muka aku. Sekali aku panggggg kang.